NUFFNANG AD

Wednesday, November 16, 2011

WW: SEMINAR @ LE GRANDEUR

Ada 2 kolam actually, yang ni untuk perenang2 santai, yang satu lagi, untuk perenang2 serius, size olimpik, kelas kau jah.

Tuesday, October 25, 2011

TERBANG BERSAMAMU

Assalamualaikum...

Adoii, lama dah tak update ini blog ok. Busy tang mana pun aku taktau. Tak rasa nak update la gua rasa. Btw, pagi tadi kawan gua kol, ngadu pasal gf dia yang suka nak control perjalanan hidup dia, haha, macam2, kapel zaman sekarang kan. Sebelum aku bagi jalan penyelesaian aku, meh aku citer apa GF kawan aku tu control dulu, haha, comel je.

1. Make Call selama 81 kali tanpa nak henti2 - pehhh rimas ok kol banyak2 kali ni, (kawan aku ni kena bawa charger bersama2, sebab bateri cepat habis). Haha, banyak kerja lain nak buat la, tolongla paham adik manis oiii.

2. Persoalkan number2 tak dikenali kat bil henpon - ewwww banyak nyer masa GF kau bro nak check, baik belajar buat Cup Cake, lagi best, please la.

3. Pi send msg kan inbox FB kawan girl - Ayoo, janganla nak gaduh2 pasal lelaki cik kak, kawan aku ni bukan bagus sangat pun, ko nak rebut2 kan, malu la...

4. Tolong jawabkan telefon - ni pun lawak, so, kita ramai2 pun blh ramai kawan kan, hidup pasti lebih meriah. Yer meriah la sangat.

5. Nak kena diupdate kat mana berada - yesss, mmg selesa la mcm ni, cthnya: Nak pi toilet update, pi makan update, semayang update, beli cakoi pun nak kena update. Adik manis, meh abang masam nak tanya, adik manis selesa ke kalau adik manis tengah lepak2 dengan kawan2 ke, sanak sedara, abang masam kol tanya itu dan ini, sure adik manis pun tak selesa kan, habis adik manis ingat, BF adik manis tu tak rimas ke, adik manis sendiri pun nak space kan, so, tolerate la adik manis.

Dah, 5 je yang aku ingat, lagipun ni ada meeting sat g, pastu nak kena cari bahan untuk English Class on Friday, nanti kang Kak Fafa bising plak. Btw, kawan aku ni bukan hensem mana pun, yang GF dia kalut sangat tu apasai la, xpaham aku...(Solution: Haha, gua dengki sebab GF dia cunnnnn, kawan aku ni, biasa2 aje). Nah la gambar Nik, dulu masa form 6 selekeh lagi sengal, after 7 year tak jumpa, haaa, Mari ok.

Gambar kaf FB Nik yang dapat 48Like dan 86Komen

Wednesday, October 12, 2011

WW: MACAM-MACAM

PUAN SAYA TAK BAGI SAYA PI KURSUS KAT KL. DIA KATA DIA SAYANG SAYA.

Wednesday, September 14, 2011

WW: FULLY RESIDENTIAL SCHOOLS INTERNATIONAL SYMPOSIUM (FRISS) 2011

Cikgu Joanna from STF
Briefing Session
Explaination About Induk Siakap from Mr Azizi
Kak Fafa - Hippo Campus Kuda
Duta FRISS
Peace and Smile
The Girl
Back Home

Wednesday, September 7, 2011

WW: HANTARAN PERTUNANGAN

1. Hantaran Pertunangan ni saya shoot masa masa majlis pertunangan Sedara saya kat Kedah baru2 ni.
2. Unik, cantik, dan colourfull kan? Macam karang dalam lautan
3. What a great Idea la
4. Majlis kat setiap negeri adalah berbeza cara dan sambutannya
5. Majlis yang dikata berlangsung selepas solat Jumaat tertangguh sehingga lepas Asar plak, banyak tetamu dah balik
6. Majlis kena diatur dengan proper. Hihi

Tuesday, September 6, 2011

CENDAWAN


1. Bengong
2. Tintong dan Serabut
3. Masa first time jumpa muka masam seribu
4. Cantik tempat ke 10, sebab kalah dengan Ain, Wawa, Saliah dan kawan2 dia yang lain
5. Engineer to Be (Engineer cun yang jahat)
6. Cantik sebab Mix Vege (sangat ramaiiiii peminat, puluh puluh) Gila Kentang
7. Ana x ske guy yg ske menipu,smoking,niat x baik,playboy,gatal (HOHO)
8. Ana = Colour Putih = Tak dapat dipisahkan
9. Thats it.I decide when the time come to an end between us.Now.End (Status FB Ana baru2 ini)
10. Ana berumur 39. Confirm.

Tuesday, August 23, 2011

MAJLIS TADARUS, KHATAM DAN BERBUKA PUASA OPIS

Majlis Tadarus. Satu kumpulan ada 3 orang. Sejuk je. Alhamdulillah.
Ustaz Muda. Sesi Khatam Al Quran.
Kurma Madu

Thursday, August 18, 2011

KARNIVAL BIOTEK JOHOR 2


TermenungLumrah pergi mana2 Event. Dah banyak Event yang gua pergi, dan join, penat memang penat, tapi enjoy, every Event dapat networking baru, pengalaman dan perspektif baru. Yang paling penting dalam buat2 Event ni kena SABAR la aku rasa. Yess, Sabar is the Word.
Aus Bom, dengan gaya Tai Chi beliau masa J-Robik KBJ masa pagi Ahad. Thank You Aus Bom banyak membantu kelancaran program. Tanpa student2 LI macam korang pasti tak meriah program KBJ ni.
Ohye, KBJ ada buat Pertandingan Fotografi, so, gua, EJ dengan Encik Hafis masing2 try amik gambar nak masuk la konon. Last2 tengok contestant yang hantar gambar semua "meletup2", lalu kami membatalkan niat kami. What The Fish kan? Nampak daun yang gugur tu, tu pun sebahagian teknik kami tu, hahahaahaha. Damn.
Mother Booth kami, orang ramai ok datang tengok ikan siakap la, serai wangi la, kuda laut la...Maybe Biotek ni bidang baru untuk warga Tangkak tu yang ramai turun tu, cungap aku tengok kawan2 yang tugas kat Booth. Btw, congrat yer kawan2
Haa, ni pun gambar yang aku nak pertandingankan la konon...Siap pergi zoo dengan EJ nak amik gambar "Biotechnology & Biodiversity" la konon. Memang canggih betul. Harimau ni pun malas layan kami, duk bawah pokok je. Pengalaman betui.
Abang Kawasan Tangkak - Gua rapat dengan Abang kawasan yang tengah, Abg Long Hazwan sebab dari dulu lagi mana2 Event pergi mesti ada Hazwan. Masa last BIOMALAYSIA 2010, aku stay sebilik dengan Bro Hazwan dekat The Zon, dahla pintu bilik air hotel tu takda selak boleh Hazwan masuk plak, apalagi, mandi la sama2, ehhh. Korang memang terbaek. (Teringat moment bersama Obey Grey dan Pudin dekat Palm Resort Putrajaya)

Wednesday, August 17, 2011

WW: YONG TAU FU

Cadangan untuk Makan pada Bulan Ramadhan: Tapi saya tak boleh makan banyak2. Nampak menyelerakan. Huhu.

Tuesday, August 16, 2011

SELIPAR RAYA

Sekejap je dah Ramadhan ke 16. Semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Ohye, selipar raya jangan dilupa, cari selipar yang cantik dan praktikal. Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya.

Wednesday, August 3, 2011

WORDLESS WEDNESDAY - DESKTOP WALLPAPER

Wordless - Dari zaman belajar pakai wallpaper ni, also, dari zaman belajar tak pernah buat cleanup...TERBAEK.

Thursday, July 28, 2011

FRIENDSHIP TU MACAM MATAHARI KAN?

Berkawan dan Bersahabat, jangan pernah ukur pada paras rupa, harta dan kedudukan, hitam putih, kaya miskin dan jangan pandang rendah pun, sebab apa, sebab persahabatan itu indah, seindah matahari terbit seawal pagi, dan setenang matahari senja kan...
Gambar diambil kala melepak2 amik gambar kandid dekat KLCC, macam2 watak dan tawaketawa ok manusia kat KLCC ni...hehe.

Thursday, July 21, 2011

KARNIVAL BIOTEK JOHOR 1

Assalamualaikum WHT. Gua ni banyak je pergi event sana sini, cuma malas je nak update gambar dan cerita2 pasal journey gua tu, ni gua share sikit pasai event KBJ 2011 yang baru lepas, citer bergambar, hari ni emo sikit, nak pi dating dan makan sedap la...
Dah lama tak letak gambar gua yang blur. Ni letak la, sekarang gua suka pakai baju putih...Hehe...Nampak kan gua semakin putih. Masa ni baru sudah habis J-Robik pada pagi Sabtu, naik hilux okies...Duk 6 orang kat belakang.
Haa, nampak tak Aus Bom cuba amik gambar spender amoi masa ni, manakala En Zik tersenyum suka, dan Nazri Nadar maintain kacak, ni kami nak pi sarap ni, lapar okies.
Dorang ni bermain2 dengan induk siakap sambil nyanyi lagu "wahai induk, malam last kami goreng kau buat siakap asam limau garlic"...
Eleanur P/S: Kalau gua rajin, banyak lagi la gua upload gambar dan cerita...

Tuesday, July 19, 2011

ANTARA AKU & KACANG

Cantikkan presentation kacang macam ni. Macam Gunung Kekacang yang memuntahkan kekacang. Meletus. (Merepek dah ni)
Pandangan dari atas kapalterbang, masa ni saya berkesempatan shoot, so nampak la puncak dan rabung Gunung Kekacang ni. Dalam hati saya berdetik, "ishh, kalau terhempas ni, tercacak kat badan, macam sate jadi nanti". Cepat2 saya suruh pilot drive laju sikit. Btw, pandangan gunung ni indah kan?

Eleanur P/S: Saya tak boleh makan kacang. Sekian.

Tuesday, July 12, 2011

Nasi Arab - Yummy

Nasi Arab /  Nasi Bukhari. Sedap weii ayam dia...Tapi aku rasa nama betul dia aku dah lupa. Kalau penat kerja kan, korang kena reward diri korang. Bayar bill is bayar bill, tapi belikan diri korang juga. Atleast Nasi Arab. Hehe.
Assalamualaikum Semua. Haa, kembali pulang dah gua. Busy ok menyiapkan report untuk KBJ yang baru sudah...Ambik, banyak muka surat, dah macam thesis dah...Penat. Lepas ni harus merewardkan diri, nak makan sedap dengan nak shopping baju, seluar dan seluar dalam. Hoho. Tak sampai seminggu, Datuk dah minta H ber 3 prepare untuk BIOJOHOR 2012. Lokasi dah dapat...so, date pun kami dah adjust. Maybe buat lepas raya kot tahun depan, (mean beraya tak aman la nampaknya), duk pikir participant dah penuh ke belum. Wahh so excited. Datuk suruh we all cuti, tapi semua masih tak cuti2, kuat kerja betul teammate2 aku ni. GILA KENTANG. La korang. 

Ntahla, dah lama kot tak mereward diri ni, so, nak pi rayau2 la kat Jusco. Beli apa yang patut. Ok, tu je yang sempat, kalau rajin update pasal KBJ Tangkak 2011 yang penuh dengan tawaketawa. Ke nak update lepas Post Hentam? Lalalalala.

Thursday, June 30, 2011

SYUKUR KBJ 11 DAH HABIS DENGAN JAYANYA - NEXT BIOJOHOR 2012?

Bunga Matahari -  Gua shoot masa pi Kursus Fotografi Asas kat KL anjuran Adhadi Mohd
Assalamualaikum...Terasa nak upload gambar bunga plak pepagi ni, maaf la, even KBJ dah habis, masih banyak perkara nak follow up, nanti rajin gua update lagi la...Tengokla gambar bunga ni dulu.
Daa.

Tuesday, June 14, 2011

Aktiviti ku beberapa minggu yang lepas

Assalamualaikum WHT
Salam sejahtera kepada semua rakan blogger. Hari ni kepalaku pusing dan pening la. Petang tadi dah makan 2 biji panadol, tadi sebelum tidor pun aku dah makan(eh, sekarang ni aku belum tidor pun) - pening betui ni, so, dah lama tak update blog, jadi malam ni dengan kepala yang berat lagi pening, ku gagahkan diri menype sikitla. Huh. Meh gua maklumkan sikit apa aktiviti gua sepanjang gua menyepi ni:

1. Balik kenduri kat Yong Peng - Gua suka balik kampung sebab dekat kampung ada macam2 makanan yang sedap. Yang jarang kita jumpa kat bandar. Contohnya, sambal goreng kacang telon, kerabu pucuk betik, ayam kampung masak kicap dll lagi.





2. Meeting kat Tangkak - berikutan kerap pi Tangkak, aku merasakan jarak JB - Tangkak dah mcm sejengkal je. Yeke?

3. Sambutan Hari Lahir Puan Mariyati dan Kak Noni kat opis - comel je kaedah suprise budak2 opis gua. Anda memang comel. Btw, kek SDS tu agak sedap ok. So Chocolate. Mewah dengan coklat. Haaa
Tengoklah kalau tak caya.

Wednesday, June 1, 2011

Gunting Rambut kat Salon

Assalamualaikum...

Hehe. Dahlama sungguh gua tak update kan. Busy sungguh. So atas alasan busy tu la, baru tadi gua memanjakan diri gunting rambut kat salon. Haaa kelas kau maria. Hehe.

Reward diri la kononnya.

Juga tadi pi setel semua bil2. Done.

Now tengah tunggu nasi goreng ayam gua siap. Wawi. Ginilah hidup bujang. Semua sendiri.

Btw, gua jumpa application yang blh update blog via phone. Sukaaaa. Pasai blh attach gambar sekali. Hahaha. Semoga mood berblog itu datang. Lalallaa.



Nasi Goreng Ayam kedai Iwan. Sedap ok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER