Assalamualaikum, salam Ramadhan. Kalau dah bulan Ramadhan, mestilah ada bazaar Ramadhan, so nak review jugalah pengalaman Bazar Ramadhan saya. Macam biasa, mesti berkepit dengan GF punya. Jom, Eleanur kita terjah, Bazar Ramadhan Taman Perling, Johor Bahru. Balik keje je, terus saya pi sana, hehe.
Foto: Ini gambar pertama diambil, sebab lepas je nampak aku keluarkan Eleanur, abang2 ni terus panggil suruh amik gambar dorang tengah jual air yang pelbagai. Lebih 10 jenis air terdapat kat sini, menarik. Dorang ingat aku wartawan Nan Yang Siang Pau. Haha.
Foto: Abang yang sangat asyik menguli barisan roti2 canainya…Peluh dahi abang.
Foto: Ayam Tandoori ke ni, sebab masuk dalam Pasu Besar. Hehe.
Foto: Murtabak, gerai yang sentiasa menjadi tumpuan kat mana2 bazar aku pergi…Apasal ek, dah mcm sinonim plak, ramadhan dan murtabak…yang kat stall ni mmg banyak orang beratur nak membeli berbanding stall lain, sebabnya, murtabak stall ni kembung ok, isi dalam macam nak keluar, haha.
Ohye, saya beli Sata, Tongkeng Ayam, Kebabo, Ayam Percik, Kuih Tako, itu je la kot. Hehe, kalau rajin akan terjah Bazar Ramadhan kat negeri lain plak, Jumaat lepas saya buka pose dgn Geng 3 Jari, wah, bestnya, dapat buka bersama dan sembang2 sampai pukul 10. Hehe.Nanti kalau rajin akan direview, kami buka puasa makan steamboat.
No comments:
Post a Comment