NUFFNANG AD

Friday, September 3, 2010

FULLHOUSE RESTAURANT, TRYLA LEPAK SINI


Assalamualaikum, Salam Pagi Jumaat yang ceria pada 3 September 2010. Hari Jumaat memang menggembirakan hati gua. Yela, dapat balik kampong berjumpa mama dan keluarga tercinta. Wahwah. Rasa macam dah lama sangat tak balik. Jadi, hari ni dengan senang hatinya gua nak review pasal Kedai Makan.
Para adik manis sekalian, pasti pernah tengok citer Full House yang Rain berlakon tu. Tentang rumah yang berwarna putih. So, rumah tu dah ada kat KL, dah dibuat kedai makan. Yang gua pergi adalah dekat alamat di bawah, Fullhouse, Jalan Yap Kwan Seng. Betui2 kat tepi jalan (btw, aku tak ingat sangat jalan nak pi sana, sebab aku pi malam).
Foto: Inilah Pelakon FullHouse versi Melayu. Wahaha. Yang tangan kanan gua tu la air Pop. Yang hijo tu Bandung Pandan Rasanya...(Tips Ambil Gambar: Kalau dalam rumah macam ni, ko bantai je pakai flash, pedulikan je pelanggan lain, baru gambar bermaya. huhu)

Dekorasi dalam dan luar kedai, memang dia buat ala2 mcm citer tu la, semua putih, ada banyak bunga, ada tangga ke tingkat atas, dan ada air yang sedap. Wahh. Gua minum air je. Btw, gua cadangkan untuk minum air, bertajuk: Soda Grape Peppermint With SourPlum Pop (Pop sebab ada mutiara dalam air tu yang akan meletup bila korang minum, sedap ok). Murah je harganya RM 6.90. Kalau datang berdua, order satu je air, sebab banyak…Haha. Btw, kedai ni memang menarik la untuk mereka yang gemarkan suasana damai, nak relaks2, nak sambut birthday pun ok. 

Foto: Haa, nampak tak, hampir sama kat mcm citer Fullhouse, dalam dia lagi la sama. Kalau and datang bersama pakwe, duduklah di belakang rumah ni, ada taman kecil, ayaq pancur

Nak bergambar lagi la ok, tapi masa aku lepak kat sini Eleanur dengan cantiknya habis bateri plak…Wahahaha. Memang terbaek kan, selamatlah sempat tangkap beberapa gambar kat sini. HOHO. (Nota: Pastikan kamera anda sentiasa penuh dengan bateri) Btw, masa ni pun aku bawa kamera digital aku, tapi, kamera tu pun habis bateri juga. Waaaaaaaaaaaa. (Yaa, gue memeng pinter).

Foto: Gambar tisu Fullhouse, yang disip di celahan pokok. WoWo
Hehe, itu saja edisi Kedai Makan kita pada kali ini. Kawan2 kalu berkesempatan, bolehla cuba menjelajah kedai makan ini. Staf mereka sangat membantu bila nak bergambar. Btw, sapa nak ajak gua minum kat sini, roger2 la. HOHO. Chaloo dulu. Selamat Berbuka Puasa Bersama Keluarga Tercintan. Vroom (Bunyi Motor Gua)

Fullhouse
No. 2, Jalan Liew Weng Chee
Off Jalan Yap Kwan Seng
Kuala Lumpur
Tel: 03-2164 6466

8 comments:

~~DucKneSs~~ said...

xmo baca dah pasal makanan waktu bulan posa nih..lapo weh..huhu..ini diiktiraf sbg penderaan pada perut aku nih..

Yazid Husain said...

best

en_me said...

patutla mcm pernah nmpk, sepelaung jakk dr ofis me.. ehehe

ZaliHazali said...

duck: air je duck, tak mendera sangat...hehe, sila baca entry ini selepas habis tarawikh

hehe

ZaliHazali said...

yazid: best2 zid, kena try kalau ke kL...

En me: patutlah mcm nampak kelibat en me that time, tapi bukan area2 situ ada kedai mamak yang meriah ke en me...

::cikjuju::◕‿◕ said...

waaaaaa...nak pegi la..hehe
sgt menarik!!!!

::cikjuju::◕‿◕ said...

waaaaaa...nak pegi la..hehe
sgt menarik!!!!

nisa fadzil said...

wah nak pi jugak la, macam best ja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER