NUFFNANG AD

Thursday, December 5, 2013

Musim Cuti Sekolah & Musim Hujan

Assalamualaikum. Haaa berkali lagi malas nak update Blog ni, sebab xda mood, sebab trend media sosial baru, sebab busy apa ntah. Banyak sangat benda nak citer, tapi ntahla, still looking space & time yang sesuai nak mengarang. Semoga suatu hari dibuka hati & semangat nak mengarang semula. Actually, baru balik dari travel ke pantai timur, terperangkap dalam gejala banjir sana sini yang buat jalan terputus. Family holiday yang dirancang hanya 2 hari 1 malam bertukar jadi 4 hari 3 malam. Masing-masing redha, semuanya Kuasa Allah Swt. Nampak sangat yang kita ni kecil je di sisi Nya, sila banyakkan muhasabah diri selepas ni. But, niat dah tercapai, nak bawa lil sis bercuti lepas habis SPM Exam. Cuma xdapat merasa mandi pantai, sebab hujan & angin kuat sana sini. Okies, ni dah panjang membebel, next time gua kongsikan lagi citer2 yang tertangguh-tangguh tu.

Nota: Jangan meredah banjir kalau kaki xpanjang.



Tuesday, July 2, 2013

TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR (SARAPAN, LUNCH, DINNER, SUPPER)

Thai Tomyam yang pekat lemak bersantan. 4 bintang.

Hai kawan-kawan, again, bersawang balik blog ni. Semalam ada terbaca satu blog ni citer pasal tempat makan best kat JB, tapi dalam list dia tu banyak makan kat Bukit Indah je, maybe dia kena tukar tajuk "Best food Spot in Bukit Indah", HAHA.

Semalam, ada main Trivia dengan GF gua "kalau i ni nak datang johor, mana tempat makan best u nak bawak?" xdapat jawab kan. Now, Gua nak share pasal tempat makan yang best dari versi tekak gua plak. So its coverla sarapan, lunch, dinner dan supper. Jemput. 

1. Sarapan: Kalau dekat Kluang, mesti gua cakap roti bakar Kluang, tapi kalau dekat JB ni, gua syorkan makan Kacang Pool Haji kat Bomba Larkin. Xheavy + kuah sedap.
2. Lunch: Asam Pedas Tasek, ni dekat area2 Pejabat Pendidikan JB. Sedap, masak baru, banyak ulam dan a bit mahal. Dari tepi jalan dah nampak signboard dia. Should try.
3. Dinner:  Kalau nak bawa Makwe or kawan or sedara dari negeri Luar, u can go for Senibong Village. ambient is cool (boleh nampak Singapore), relax, variety of seafood - nasi lemak sedap pon ada. tapi hati-hati kalau nak order Chilli Crab, sebab mahal, kang berpeluh plak. (cucuk duit dulu sebelum makan kat Senibong).
4. Supper: I go for Roti Naan Cheese Kichi kat Taman U. Jangan lupa sebut nama gua, nanti dapat meja tepi Oven Roti Naan tu.

Tu je cadangan tempat nak makan kat JB ni dari pandangan gua, actually banyak lagi tempat lain, but for now share ni dulu. Nota: Selamat Berpuasa dan jangan ponteng2 puasa. Have a nice ramadhan.

Tuesday, February 19, 2013

Amazing Phuket 2013

Impian dah direalisasikan - penuh kenangan - penuh gelak - penuh plan nak datang lagi ke sini. Kalau rajin gua citer day by day. Happy. Wink2.

Monday, October 29, 2012

Day 16 - Backpacking 1 - Kuching, Sarawak

Damai Beach. Smile. Backpacking.

Yuhuu, im back - Malas gila dah berbulan2 tak update blog, yerla sekarang kan musim Instagram gitu. Btw, gua baru balik holiday kat Kuching Sarawak. Great Vacay. Dah plan for second backpack juga...lalala. Ohye, banyaknya entry nak diupdate, akan gua cari masa dan semasa.

Thursday, August 16, 2012

Day 15 - Berbuka Puasa di Villa Warisan JB

Assalamualaikum, hei kawan-kawan. Haa, Ramadhan kalii ni banyak sungguh jemputan berbuka di Hotel, hingga ada yang tak dapat nak join. So, macam biasala gua dijemput untuk jadi photographer sempena Iftar anak syarikat ni. Nice place, nice view, but makanan kena improve lagi, sebab tempat ni katanya baru je buka bulan 3 tahun ni, so, maybe dari segi makanan masih kureng sikit, but, the Balinese Style yang ada kat Villa Warisan ni adalah sangat Balis. So, even kat Malaysia, mood Bali tu ada kat rumah ni, sedikit info:

Program: Majlis Iftar BioDesaru @ Villa Warisan JB
  1. Gua datang awal sebab takut sesat n ternyata tak sesat, guna google map je. Like old day sebab henpon gua takda GPS.
  2. As jurugambar di hari kejadian, so, kenala Usher Datuk melawat Villa ni, haa amik, luar dalam is made by kayu, ada banyak kuda2 n potret kuda dalam Villa ni.
  3. Villa ni ada bagi pakej holiday. Yang room at level 3, RM300, level 2, RM 200 kalau gua tak silap dengar. Still ada bahagian dalam renovation dan repairing
  4. Makanan - kambing golek, ikan pari sambal n air soya kita boleh bagi A, erm, manakala dish lain adalah biasa2 saja. (Kena improve dari sudut makanan dan tambah variety makanan yer)
  5. Staf sangat baik and rajin bekerja - sebab gua sorang je dapat biz kad Sales Exec Villa ni, and ABC yang girl tu buatkan, korang ada? (U being nice to people, lagila nice2 people treat u)
  6. Villa ni sediakan pakej untuk perkahwinan juga, untuk tetamu rapat sesuai la sebab tempat agak limited but the fasiliti is best. Parking boleh letak dalam sekolah kat depan Villa ni, luas kot
  7. Konklusi - Its good untuk give try kat tempat baru - try la yer. Btw, tempat Iftar lain yang tak sempat diupdate is Iftar@ Puteri Pacific, KSL Resort Hotel, Singgah Selalu Danga Bay, Mutiara Hotel. Kalau rajin melanda nanti gua update
  8. Eh, hari ni n semalam dapat banyak hadiah, kuih raya n duit raya la, penuh meja i tau...Suka laa, wiii
  9. Semalam gua realise yang, gua ada taboo dengan ciki2 cantik - xboleh long lasting.ewww. Also Ciki Cantik hate Explanation. Proven tested. Kan kan?
Balinese tak? Hiasan dalaman dia lagila cun, semua kayu n ukir. Villa Warisan nama diberi
Ni kawasan makan VVIP, ekslusif di tingkat 2, nampak la sikit pemandangan bandar JB dari sini, sikit je
Ruang Solat yang luas kat tingkat 3, lepas jamah kurma, naik bersolat yer pakcik
Sesi bergambar adalah wajib dan kawan2 gua semua suka bergambar, cakapla sapa tak suka, Niza je kot
Nice to see u smile again Ain, ceria je all the time we see u, putus cinta tak semestinya end of life kan, muda lagi kan, banyak lagi guy kat luar sana, surely ada hikmah what u all tak dapat bersama. Bright smile of the day.
 

Monday, August 6, 2012

Day 14 - Iftar Ramadhon @ Selesa Hotel, JB

Assalamualaikum, rasanya dah terlambat kot nak ucap Selamat Berpuasa, tapi ucap je la. Dah nak habis separuh pun bulan Puasa ni. Here, sedikit sedutan buka puasa bersama kawan-kawan anak syarikat. Fun, enjoy, tapi cikiless (mean takda ciki). Nama Iftar ini juga telah diubah ke Iftar Mat Mat Kilang. Adoi. Tapi tak kisahla, yang penting dapat support member and makan banyak makan. Sedikit info sharing: 

Programme: Iftar Mat-Mat Kilang @ Selesa Hotel JB
  1. Kami list down hotel-hotel yang anjurkan bufet ramadhon ni -  memang banyak dengan harga yang agakla mahai juga.
  2. Untuk kat Selesa ni, kami di caj RM 55.70 per head dengan yang pi seramai 13 orang
  3. Pilihan makanan yang agak banyak, ada dekat dalam Restoren Nelayan dan dekat tepi pool plak ada gerai2 bakar sate n ikan bakar
  4. Ada beriani kambing, sate, sate, soto, aiskrim, jeruk n nasi lauk (udang, sotong, etc)
  5. Orang tak ramai sangat kat sini, maybe kurang promosi n tempat agak old skool, tapi kan bagus kalau tak ramai orang, xdala berebut2 nak amik makanan
  6. Kami pergi 3 keta konvoi dari Tampoi. Enjoy sebab semua hemsem2 belako
  7. Air Bandung Jagung adalah sangat sedap, balik kampung minggu ni gua nak buat la
  8. Cadangan: Mungkin anda boleh buat survey dulu beberapa hotel yang tawar bufet ramadhan, orang kata Mutiara Hotel bufet best, tapi dah pernah pi la gua, tu yang nak try lain
  9. Erm, minggu ni ada 2 jemputan berbuka puasa kat Hotel. Eh, U, xnak ajak I buka puasa ke...kesian kot hari ni buka puasa sorang2 rumah bujang
Ahli-ahli majlis Mat Kilang. Takda ciki pun tetap senyum n makan dengan banyak. Damn, u all memang kentang. Minggu ni ada lagi, wawi.

Lupa plak, nice view tau pool ni, sebab kiri kanan nya adalah bangunan, u all mandi nanti orang tengok dari atas...haha. but the view from this level at night is awesome. JB Night.
Inilah beberapa pinggan awal yang kami bedal, sate not bad sedap, adake RM 55.70 gua duk bantai sate je, ayoooo. makanla food lain juga zali oii.

Monday, July 23, 2012

Day 13 - Ke Oversea - Singapura

Hai All. Lama dah gua pi Singapore ni, tapi baru la ni nak upload. Xbest pun Singapore ni, gua bantai tido jer dari CIQ tu until sampai Marina Bay Sand, hebat kan...Ohye, Puan ajak teman her pi Event Communic Asia 2012 - nak tengok penganjuran Exhibition bertaraf dunia ni, yaa ianya memang super grand - Communication World kan, memangla luas. Besar ya amat ok Pameran ni, rasa nak nangis pusing. Sedikit info:

Programme: Communic Asia 2012, Marina Bay Sand (Casino) Singapore, 19-22 June 2012
  1. Macam biasa - tido sepanjang perjalanan - bangun2 dah sampai - boring je gua tengok - someone said, malam baru cantik n colourful. yerla tu
  2. Langsung xtukar duit kepada Sing Dollar -  boringkan - gua minum air putih je
  3. Marina Bay Sand - besaq - jangan sesat dan sentiasa hampir dengan collegues anda. Jangan jadi macam saya.
  4. Jangan lupa masuk kasino. Eh. 
  5. Mother booth negara2 bersize megalopolis okies. 40 x 40 feet gua rasa. Kagum
  6. Gua tak paham kenapa adik2 manis sangat beria ajak gua pi Singapore - kalau jawab taknak boleh tak...apakata pi Island. Oh so heaven. Lalalala
  7. Lepas dah habis kat MSB, our Supir, Si Azlan bawa pusing la tengok Singapore -  still boring. Amik gambar ala2 kadar sudah. Weekkkk
Lihatla gua, diapit situ, - sebab diapit - kasut warna putih - over kan. Abaikan fake smile tu. Kih kih
Booth Area untuk Negara China - sengaja amik gambar booth biasa2 saja agar nampak la boring. kah kah
Taktau nak amik gambar apa kat sana - so amikla gambar signboard - merlion la sangat
See, cuaca pun malap n suram je - zzzzz - why everybody so excited bila taking bout Singapore la, USS la, Siloso Beach...Siloso?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER