WORLD OF SMILE

DeliHans (klik kanan & view image)

DeliHans (klik kanan & view image)
Best, Unique, Nak Lagi

Wednesday, November 11, 2009

WORLD of CROCS

Beberapa bulan yang lepas, berkesempatan berkunjung ke Butik Crocs, saja jalan2 cuci mata, telinga, mulut. Sempat la amik gbr, masa kawan2 saya duk membelek2 kasut untuk diberi pada ibu bapa mereka.

Ini plak adalah perhiasan untuk dilekat kat lubang pada kasut2 anda, menambah seri kasut la kiranya dan pemakai akan lebih kelihatan comel jika memakainya dalam kuantiti yang banyak...hahaha.

Alasan, kenapa CROCS perlu menjadi kasut yang anda ingin pakai:
1. Lemah lembut, selesa, dan mantap di kaki anda
2. Kasut yang ringan, mudah terapung dalam air sungai...haha
3. Lubang udara, memberi keselesaan dan menyejukkan kaki



Kasut CROCS yang tergantung...yang ni mcm kasut nak pi jalan2 atau ke rumah kahwin sedara, fleksibel la pasal bukan hanya untuk aktiviti lasak je, tapi boleh juga untuk jalan2.

Panduan membeli dan memakai kasut jenama ini:

CROCS should not fit like other shoes

They should fit very loosely. The sizes of your foot should not really touch the sides of the shoe. Your toes should never make contact with the front of the shoe.
Turut disediakan juga CROCS untuk kaum wanita dan kanak-kanak

Waaaaa ini la himpunan kasut2 CROCS yang bermacam kaler dan warna, memudahkan mata kita untuk memilihnya, jadi, belilah ketika sale, beli 1 percuma 1 ke...best2. Bagi kawan2 di Selangor, ni alamat kedai dia kat
S51, 2nd Floor, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre Klang. Pergilah beli, sebab musim melancong dah bermula, pasti bergaya kalau jalan2 pakai kasut ni.huhu


Monday, November 2, 2009

SAYA KE PAVILION LA PULAK

NILAI - JALAN TELAWI - IKEA - THE CURVE - SESAT KE BATU CAVE - PAVILION - BUKIT BINTANG - KEDAI MAMAK JUGA

Nak citekan pengalaman berkunjung ke ibu kota baru2 ni...haha
...kan saya ni kaki jalan yang merupakan kaki amik gambar, so abadikan la juga gbr time dekat KL hari tu...

Kawan saya cakap tempat ni namanya FLEA MARKET, dekat dalam The Curve tu...sempat la sambar keychain berbentuk bintang kat sini,

Tujuan beli keychain:
1. Kenangan zaman muda
2. Nak memberatkan kunci moto dan kunci keta
3. Keychain sgt comel, ada ikon muka orang guilty

Suasana malam di The Curve...Bestnya kalau ada kamera hitam kan...

1. Yeap, mmg best, boleh shot gbr bangunan
2. Yeap, mmg best, boleh shot gbr makanan
3. Yeap, mmg best, boleh shot gbr orang


Yer, saya sempat shopping, donut donut di JCO, makwe sebelah saya ni yang belanja...
kalau kat situ, beli air percuma donut agaknya, dan donut tu nak lagi sedap, kena cicah dgn air JCO tu sendiri...btw, donut tu mmg sedap dan rasa nak lagi, someone takmau bawa lagi ke, kali ni saya nak pi delicious plak...yeayyyyy.

Panduan membeli donut di J.Co
1. Pastikan duit cukup sebab ia bukan donut RM1:3
2. Kebolehan bertutur dalam bahasa Indonesia tidak akan mempengaruhi harga donut (J.Co asal dari Indonesia, sebab mostly cowok dan ceweknya orang sana)
3. Air Sedapnya itu mahal sebab melalui 8 proses rumit...ayarkkkk
4. Kemudahan WIFI disediakan


Nampak tak bunga merah ni, ramai sangat yang dtg amik gambar kat bunga ni...kenapa yer,...maybe sebab ia akan bertukar kaler ikut mood...

1. Mood Ok: Kaler Hijau
2. Mood kurang Ok: Kuning
3. Moody: Merah rasanya...
Pandai2 je aku ni...x boleh blah sungguh

Pakcik Mahal...(Bintang Walk)...kenapa Mahal???

1. Sebab baju diselaputi emas 43 karat
2. Nak bergambar kena bayar RM1 (budak yang bergambar dgn pakcik tu cakap)
3. Pakcik ni mcm robot la, sangat cool ok...

Sekian saya tawaketawa saya pada kali itu ke k.l...memang seronok je, pasal dari pagi bawak ke malam minum 8jenis air.
Antaranya ialah

1. Air Kopi O (Sarapan di rumah Nilai)
2. Air Ribenna (Air ketika kipas sate)
3. Air Mineral Kena Matahari (Dalam keta)
4. Air Mirinda Merah (Masa makan kat Ikea)
5. Air Pepsi (Masa refill air kat Ikea)
6. Air Nescafe Susu J.CO (Sedap sgt)
7. Air Tin Krisantimum (Penat lepas berjoging2 di BB)
8. Air Teh Ais (Minum masa tgk bola kat mamak)

Ayarkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Wednesday, October 21, 2009

UPDATE DAH, TENTANG SYAWAL 2009 SAYA

Saya rasa lama benar dah saya tak update blog ni, so ni nak cite sikit pasal Syawal 2009 saya ni

Gambar 1: main bunga api, baru belajar lightpainting la kononnya, pakai bunga api



Gambar 2: my new gf, kahkah...ni my aunty, mmg muda dengan bulu mata ori beliau (dslr + makeup + terer konon...kahkah)


Gambar 3: Salasilah keturunan saya, masih belum ada semua ni



Gambar 4: Tahniah, keta anda masih dalam laluan


Gambar 5: Lihat juga keluarga2 kat belakang, masing2 penat dan lapar beraya (lokasi, air hitam, johor)


Gambar 6: Abah pesan, Abg, jaga perangai kat rumah orang...


Gambar 7: Menziarah kubur pada raya ke 3, orang pun dah kurang

Gambar 8: Adik2 ni berjaya masuk beraya ke rumah saya. saya yang serve dorg. cool

Sekian, update pada kali ini, 24 ni saya ada jemputan Open Ouse di Nilai...saya suka...jalan2










Thursday, September 17, 2009

AIDILFITRI YANG LALU & KINI

Assalamualaikum wht...Sempena kedatangan Syawal pada kali ni, nak mengimbau kenangan raya beberapa tahun lepas...So entry kali ni lebih kepada gambar yang bercerita je...Mood raya mempengaruhi mood blogger...
Keterangan gambar: Baju raya 2 tahun lepas, baju ni dapat disiapkan dalam masa 5minit je, hebat tak, sebab beli kat bazar ramadhan, ntah kenapa tahun tu teringin plak pakai baju melayu Johor...teringin teringin


Dah menjadi rutin selepas bersembahyang Raya, balik rumah minum air tea o dan selepas sesi mama menangis salam suaminya, dan anak2 beliau, dan sesi dapat duit raya, kami akan bergegas menziarahi pusara nyai dan arwah adik...dan bertahun2 juga la aku menjadi penyiram kubur dan penabur bunga pertama ke atas pusara pusara itu. Macam biasa, kawasan perkuburan akan ramai dengan orang dan jalan menjadi sangat jam...
erm, nak tya, pergi kubur perlu time raya je ke...hehe...(ayat pembujukan bendung kesesakan ketika orang ramai2 berpusu menjiarah kuburan)




Baju raya tahun lepas, kawan mama yang buatkan, sebab time ni teringin nak pakai baju kaler krim…tapi banyak kawan2 dan sedara mara yang salah tafsir ingat yang tu baju nikah. Ok. Baju nikah warna putih yer, dan saya punya baju warna krim. Krimmer. Saya masih belum nak nikah yer, kurang mampu dari 2,3 aspek nak berumahtangga (ayat defensive bila orang Tanya bila mau kahwin…hoho). Ohye, sampan maroon tu abah beli dari Indonesia masa dia bersojer di sana. Suka pada coraknya, tu yang pakai buat samping. Cantik ke?



Kad raya. Saya suka bagi kawan2 kad raya, dan sms raya...tapi saya lebih prefer bagi kad raya...sebab susah sikit nak terhilang kalau bagi kad raya. mcam tahun ni rasanya, saya bagi lebih 30 orang gbr raya mcm di atas ni. Ohye, ni gambar kawan saya dan ada banyak lagi gbr2 kawan yang saya jadikan kad raya bergambar (inilah alasan kenapa saya suka amik gbr kawan2 dan orang ramai kandid2, sebab boleh hasilkan kad melaluinya...good reason la kot)...Kepada kawan2 yang dapat kad dari saya, simpan la elok2. lagi better kalau tampal dekat cermin toilet...everyone can see...haha run.

Panjang plak type...erm, sempena penghujung ramadhan, saya berharap agar ramadhan ni lebih bermakna, penuh memori (masak2 sayur labu, goreng pisang manis, nasi ambeng, tgk rancangan spice route, bersahur ala lelaki bujang, main scrabble...sungguhnya, ramadhan kali ini, banyak kenangan manis...semanis goreng pisang manis.
Dan sempena syawal yang bakal terbit, saya nak minta maaf kat abah mama, kri dan ayin, sedara mara, geng 3 jari, han,hai,yaz dan teman2 sekantor, bff kesayanganku, makwe2, skandal2, pakwe2, en naim dan especially kawan blogger yang saya rasa, anda sangat best OK.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 2009...

HZL
http://tawaketawa.blogspot.com/



Friday, September 11, 2009

MALAM LAILATULQADAR

Kehebatan Malam Al-Qadr

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Masa Form1 dulu kan, ustaz aku pernah bercerita yang masa dia kecil, dia pernah jumpa Malam Lailatulqadar, dan kami semua rasa sangat kagum...ustaz sangat bertuah ok...

Semoga kita beroleh keberkatan dari malam2 terkahir ramadhan ni...

Yeay, petang ni nak balik kampung...

Taktau nak letak gambar apa, jadi saya letak gbr kawan2 baik saya ber3 ni...


Kalau tak silap, ni kami pergi masa Hari Pekerja 2009 yang lepas, Kota Tinggi Waterfall...

Memang tak plan langsung, lepas jumaat kami terus je pergi...sampai pukul5, mandi la apa yang patut...jakun sungguh time tu...hehe


Sesi berkenalan dengan kawan2 saya


1. Ke1 Kiri: Identiti terpaksa dirahsiakan. Kerja: Bidang Bioteknologi

2. Ke2 Kiri: Mr Budi. Kerja Radicare. Kuantan. Jarang jumpa

3. Ke3 Kiri: En Rasis. Lam Soon, PGudang. Chelsea Fan

4. Ke4 Kiri: En Iwan. Sime Darby. Chelsea Fan, tapi kuar jalan pakai jersi MU (xblh blah)


Lama sungguh tak dapat jumpa berempat, harap harap raya ni ada kesempatan...

Salam dan maaf zahir batin sahabat...datangla rumah aku, makan ketupat madu dan bagi aku duit raya...

Wednesday, September 9, 2009

http://tawaketawa.blogspot.com/


Salam, kepada kawan2, saya dah tukar la address link blog saya, berikutan address blog dulu saya rasa sangat panjang...jadi kat atas ni, adalah link blog saya yang baru...
http://tawaketawa.blogspot.com/

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

So harap, kawan2 dapatla link balik kepada blog kawan2, maaf atas kesulitan yang disengajakan ni semoga persahabatan terus mekar...jengjengjeng...

Keterangan Gambar: Mee Hoon Soup Kala buka pose Rumah Terbuka Kak Arai

Tuesday, September 8, 2009

RAMADHAN, BUKA POSE & RUMATE

Keterangan gambar: Lihatlah kasih sayang antara kami...(rumate sila malu2)

Assalamualaikum, semalam explore balik folder gambar lama2 dalam laptop ni, terjumpa plak, gbr2 time Ramadhan bersama rumate tercinta masa zaman study dulu...mari kita mulakan sesi Kenali Rumate Anda...

Nama: Fairul Errol
Umur: 24 tahun pada Januari lalu
Asal: Kampung Gajah, Bota, Perak (Botarian katanya)
Waktu tido: Awal, sekitar 10-11pm
Skil: Mahir dalam bidang photoshop dan selalu jadi ketua untuk assignment kumpulan
Kemahiran memasak: Tomyam Halia...Spaghetti Bujang...Maggi Kari (Asam pedas paling power)

Keterangan Gambar: Sharing is Saving. TQ

Rumate aku ni, banyak membantu, baik orangnya, suka masak spagethhi dalam bilik dan dia ni biz mind, bilik kami dah mcm kedai runcit ada, pusat fotokopi ada, pengedaran kerepek ada, sandwich, apatah lagi menggunakan khidmat translate jurnal ada...mcm2 ada juga la...

Ramadhan di universiti, satu pengalaman best, sebab kadang2 kalau malas nak pegi bazar, we all just masak kat bilik aje, simple2 sudah...kan rumate? tapi disebabkan rumate ada motor, jadi dia ni rajin pegi bazar2 ramadhan untuk survey dan membeli lauk pauk...antara yang best adalah acar jeruk ek, ke apa, ala yang boleh dimakan dengan nasi tu...ikan pekasam pun rumate suka, tapi yang paling tak boleh lupa, adalah rumate ajar makan tempoyak, atas tempoyak tu ada ikan bilis kisar, waaaaaaaaaaaaaaaaa (sgt sedap ok). rumate ajar makan tempoyak tu dengan nasi lemak panas RM1.00. Ianya sgt sedap...syukur syukur...sejak jatuh hati dengan tempoyak tu, mmg dalam peti ais kat rumah ada stok tempoyak...best wei...sila try...

Keterangan gambar: Laaa, aku pernah join bengkel Photographer masa kat U dulu...mana sijilnya...(ni pun Rumate yang ajak).

Sememangnya kenangan ramadhan kat U satu pengalaman yang menarik...
Thank kpd Rumate yang banyak mendedahkan aku kepada variety local food dan mendewasakan aku, di kesempatan ramadhan yang berbaki 2 minggu ini, aku ingin mengucapkan selamat berbuka pose kepada rumate dan kahwin jgn lupa jemput aku, aku tau, ko dah gatai nak kahwin...
btw, baru2 ni rumate baru hilang laptop, pendrive 2 biji dan broadband beliau (padan muka)