NUFFNANG AD

Monday, July 27, 2009

SONG TODAY Kembali Pulang By Kangen Band



KEMBALI PULANG by KANGEN BAND

Terlihat Terang
Saat Dirimu Datang
Cinta Yang Dulu Hilang
Kini Kembali Pulang

Lihatlah Dia Mulai Bernyanyi
Coba Merangkai Mimpi
Cinta Yang Dulu Pergi
Kini Datang Kembali

Wajahmu Mengingatkanku
Dengan Kekasihku Dulu
Wajahmu Mengingatkanku
Dengan Masa Laluku

Chorus:
Kekasih Yang Dulu Hilang
Kini Dia Tlah Kembali Pulang
Akan Ku Bawa Dia Terbang
Damai Bersama Bintang

Kekasih Yang Dulu Hilang
Kini Dia Tlah Kembali Pulang
Betapa Senang Ku Dendangkan
Dan Takkan Ku Lepaskan

Wajahmu Mengingatkanku
Dengan Kekasihku Dulu
Wajahmu Mengingatkanku
Dengan Masa Laluku

Chorus 2x


Antara lagu lain yang boleh layan untuk tido adalah pujaan hati, pujaan hati,,,
Lagu enjoy2 pun ada juga...
Album kali ni agak bagus la...

p/s: Seorang kawan menyatakan perasaan ingin bercinta membuak2 bila dgr lagu pujaan hati..hehehe

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
p/s: gambar dipetik dari facebook aku...

Wednesday, July 15, 2009

SEDAPNYA MEE HAILAM INI

Kesempatan berada di Seremban atas urusan kerja selama seminggu membolehkan kami mengexplore kemeriahan juadah yang disediakan kedai2 makan sekitar Negeri Sembilan ni.

Pakcikku yang rumahnya terletak di Nilai telah dipelawa oleh aku untuk datang ke Seremban untuk membawaku berjalan2.

SMS 1:

Aku di Seremban: Aman Ujie, saya kat Seremban ni, sila dtg sini dan belanja makan...
Aman Ujie (Aman = Paman): Stay kat mana?
Aku di Seremban: Seri Malaysia...
Aman Ujie (Aman = Paman): Lepas maghrib Aman sampai
Aku di Seremban: Yess


Actually, Aman Ujie nak bawak makan dekat Jusco Seremban, tapi disebabkan orang ramai tak ingat dan food court semua penuh maka rancangan B terpaksa digunakan.
Kami sampai ler ke Restoren ni yang terletak di Oakland, Seremban tu...
Masa mula2 sampai takda langsung meja yang kosong,
semua penuh dgn orang...
Masing2 fokus pada santapan mereka time tu...
Dahla perut aku kosong time tu...

Dialog 1:

Kami yang lapar: Erm, mee hailam, nasi goreng ayam, kuey teow spesel dan sate 40 cucuk yer
Waitress yang sweet: Ok, Ok, Ok, Ok....
Kami yang lapar: Semua orang kat sini makan mee nampaknya...menu spesel rasanya


Sila lihat gambar di atas ni, nampak sangat yummy kan...
gambar je dah yummy apatah lagi rasanya...
sedap tuuu...

Ohhh untuk pengetahuan semua, kedai ni menyediakan masakan Chinese yang halal...
So, pada anda yang teringin merasai masakan cina yang halal boleh datang ke sini...
Tukang masak dia mmg berpengalaman, harga berpatutan dan sedap la...
kalau tengok kat gambar di atas ada logo HALAL...
so, kalau berkesempatan ke Seremban, datang la ini kedai

Tauke sangat mesra pelanggan...dia ada bagi kanak2 gula2.thats so nice



Inilah front page kedai tersebut...kalau tanya orang sekitar sini, mesti dorang tau punya...
So, malas jadi duta kedai ni sangat, apa yang penting, kalau nak tau sodap ke tak, dtg sendiri dan rasa keenakan hidangan di Kedai Victory ini...

Dialog 2

Aku dah smpi JHR: Kawan2, kalau jadi kita konvoi utara selatan, kita singgah makan kedai ni yer
Geng 3 jari: Oraittt, takdahal
Aku dah smpi JHR: Tapi iwan belanja la, dia kaya...
Iwan dari geng 3 jari: Diam.as usual.
Geng 3 jari: Hahahahahaahahah
Aku dah smpi JHR: Tak baik doh kita asyik buli Iwan...Hahahaha

APA NTAH BENDA NI

d5acmqrsz8

Tuesday, July 14, 2009

Boss Orange by Hugo Boss Sienna Miller


Hugo Boss will launch Boss Orange, a new fragrance for women fronted by actress Sienna Miller, in June. It is the first women’s perfume from the Boss Orange label, which is described as sportier than the Hugo and Boss Black lines.

The Boss Orange fragrance is described as “sensual and luminous”, and as a perfect match with the casual, bohemian chic style shared by Sienna Miller and the Boss Orange line. The scent features notes of apple, orange blossom, jasmine, plum, white peach, vanilla, sandalwood and olive tree wood.
p/s penaja:

Selalu tengok iklan boss baru ni dalam tv, warna oren2 gitu...
Shes got beatifulll smile...
Berangan bila la dapat dating dengan Sienna ni...

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
malu la

Friday, July 10, 2009

LURVE AFFAIR STORY

My Lurve Affair is Officemate. Actually, jumpa contest ni dekat satu blog terkenal tu. Rasa terpanggil plak nak join this contest.Ada beran? Beran la ni. Why? Sebab rasa cinta tu lebih bermakna jika dikongsi bersama. Kan kan?
Alkisah bermula ceritera di sebuah pejabat yang terletak nun jauh di selatan tanah air Semenanjung Malaysia...(Tirai terbuka-macam dalam opera dahulu kala)...

Bermula la kisah hubungan cinta terindah ("inverted comma"). Sang jejaka merupakan senior di pejabat ni apabila sang gadis muncul pada satu hari untuk temuduga di pejabatnya.

"Cantik juga minah ni", getus hati sang jejaka (Fasa 1 cite tamat)

Sebulan kemudian...
(Tirai dibuka kembali)
Sang gadis diterima bekerja di pejabat

"Eh, dia ni lagi la" sang jejaka seakan tak percaya...
Hari hari mendatang dirasakan indah berikutan sang gadis hanya berjarak 5meter dari meja sang jejaka, even hanya dapat lihat dari belakang pun sudah mencukupi bagi sang jejaka.
Sikap si gadis yang ceria, ramah, friendly dan sering ketawa sering membuatkan hati sang jejaka berbunga tulip dan sekaligus mengurangkan kadar sang jejaka ponteng kerja apatah lagi menjadi orang pertama punch card. (semata-mata untuk tampil imej sihat dan disiplin tinggi di kaca mata sang gadis yang memang berkaca mata)

Sang jejaka memberanikan diri mendekati sang gadis...
Kaedah memberi bunga ros atau coklat untuk gadis dirasakan terlalu klise dan dah banyak orang buat (Hehe-sori) jadi sang jejaka try plak Twisties LURVE dengan merasakan sang gadis akan suka akan pemberian tersebut...

SJ: "Saya ada belikan awak LURVE ni, try la, sekarang tengah musim orang makan LURVE ni"
SG: "Really?"
SJ: "Iye, bentuknya pun menarikkan? tapi a bit spicy, kena sediakan air banyak2..."
SG: "Thank for this LURVE, nak try rasa dulu camne"

Sang jejaka kembali ke meja tugasnya
DUP DUP DUP DUP (heart beat ni)...


Hati sang jejaka berbunga matahari apabila melihat sang gadis memasukkan tangan berkali kali ke dalam bungkusan LURVE sambil mengunyah sambil menyiapkan kerjanya...
(Maaf kerepek pedas, bukan melupakan pada yang lama, tetapi nak habiskan LURVE dulu...
Then baru makan engkau)

Sang Jejaka tersenyum
Rasanya perasaan hatinya yang terbuku telah dapat diluahkan
Tak kisah samada sang gadis faham maksud yang tersirat atau tidak, tapi apa yang penting
perasaan LURVE itu dapat dikongsi bersama semua orang...

Tirai ditutup

Sekali lagi, perasaan CINTA itu akan bertambah indah apabila dapat dikongsi beramai ramai...
Hehehehehehheheheheheheh...

p/s: Trimas untuk kawan2 yang membantu menjayakan entry pada kali ini
p/s: Minggu depan kita pergi tengok Nidhal Aliff Al Azim yer kawan2 (baby en hafis)
p/s: Geng, sila beli LURVE kaler lain, aku plak nak merasa...

Thursday, July 9, 2009

PERKAHWINAN HAJAR DAN ZUL

Majlis Perkahwinan Mempelai Hajar dan Zul yang berlangsung pada 290609 di rumah kedua orang tua Hajar...Tema kaler nyer adalah hijo yer...saya rasa sangat kena dan match apabila digandingkan baju di atas tubuh pemakai...Tahniah.
Aku rasa gambar hajar tengah tgu kawan ni sangat sweet untuk dipublish...

Dialog 1

Aku yang amik gambar: Hajar, sila tengok sini aku nak amik gambar...
Hajar yang kahwin: Jap la, tengah cari kawan ni
Aku yang amik gambar: Ishh pompuan ni...

So, terjadila gambar seperti di atas...Tapi aku suka sgt gbr ni...hehe.TQ Hajar
Bukan nak amik gbr crown sgt pun, just nak nampakkan pengantin lelaki di belakang tu je...

Yaaa sesi bergambar di atas katil pengantin...
Sambil pegang bunga...

Kak Andam: Zul, jangan la malu malu plak, rapat la sikit
Zul (Pengantin Lelaki): Tersenyum (senyuman malu + gatal2 sikit)
Kak Andam: Weiii cium la pipi isteri ko tu...
Zul (Pengantin Lelaki): Malu la kak
Aku yang amik gambar: (Dalam hati: Malu konon)kahkahkahkah

Ini mata dalam filem AYAT AYAT CINTAN
"Maafkan bila ku tak sempurna...
cinta ini tak mungkin ku kicap...
Sila sambungkan...hehe

Ini pula dalam filem Transformers
Gadjet ini adalah milik kawan pengantin
So, tengah dia amik tu, aku pun memintas dengan pantas amik gbr henpon dia
Thank yer dik...

Btw, itu la gambar2 yang saya amik untuk diselitkan dalam album kahwin mereka
SEMOGA KEKAL BAHAGIA KE ANAK,CUCU,CICIT DAN SETERUSNYA...

Wednesday, July 8, 2009

KLUANG RAIL COFFEE (ROTI BAKAR JIWA ANDA)


Inilah dia roti bakar Kluang Rail Coffee yang terkenal itu...
Dihasilkan dengan aduan dan resepi tersendiri sehingga kesedapannya tiada bandingan
(Wuyoooo ayat sungguh ala penyampai berita...hahaha)
Selusuri perjalanan penulis mencari hidangan yang famous ini
(Sekali lagi ayat xboleh blah)

Kesempatan seorang kawan yang berkunjung ke rumah aku awal Jun lepas dari Terengganu
telah membuatkan aku terfikir nak bawa dia ke Kluang Rail Coffee yang terletak bersebelahan dengan betul2 stesen Keretapi Kluang. Kedai ni terletak mcm atas bukit sikit, tapi ianya betul2 sebelah Pos Opis Kluang, manakala branch dia pula, dekat depan Kluang Parade. Kalau tanya orang Muar, mesti dorang taktau sgt tmpt ni, tapi kalau tya org Kluang, maybe akan dapat petunjuk.(haha)


Dialog 1:

Kwn dari Terengganu: Semalam dah pusing habis JB, bila nak pusing Kluang plak?
Aku dari Johor: Dis morning kita pegi makan Roti Bakar Kluang dengan kopi dia.
Kwn dari Terengganu: Jom Jom

Dah sampai,dah order,dah makan,belum bayar..

Aku dari Johor: Amacam? Sedap ke tak?
Kwn dari Terengganu: 5 bintang...sedap, nak tapau boleh?
Aku dari Johor: Lopan, bagi ini pelempuan roti 4 set, dia mau tapau
Lopan: Okeh okeh...
Aku dari Johor: Hahahahahahaa... sedap kan...nanti kita bungkus kopi dia, boleh buat minum dan bawak balik Tereangganu nanti...
Kwn dari Terengganu: Thank ngelot...
Haaaa itulah sedikit suasana kat Rail Cofffee...
Orang memang ramai EVEN dah ke petang pun
Dari singapore pun ada juga pasal flat S ada banyak singgah kat situ
So, kepada kawan2 yang berkunjung ke Johor, singgahlah ke Roti Bakar Kluang
Mmg sedap rasanya, ada kelainan dari Roti bakar yang dibuat dekat rumah...
JEMPUT DATANG!!!

Dialog 2

Kawan yg curious: Li, apa yang best sangat dengan Roti Bakar Kluang tu???
Aku berjenaka: Oh, sgt sedap, dia bakar roti tu guna arang keretaapi tu...

HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
(Guro je, dia mesti ada kaedah rahsia, tu yang sodap tu)

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Monday, July 6, 2009

EKSPO Di SMT LELA MAHARAJA, REMBAU, N9



Seminggu menjadi pemamer di SMT Lela Maharaja Rembau
So, dia atas ni adalah Monumen/tugu/tanda yang kita dah masuk ke Pekan Rembau.iaitu Tepak Sirih...so sweet.

Dialog 1

En Nizam: Waa, pns jg cuaca kat Rembau ni, ko pnh dtg sini ke Li?
Aku: Tak pernah, ini la first time saya datang
En Nizam: Ohhhh...
Aku: Lunch kita cari Ikan keli masak cili api? ada beran?
En Nizam: Boleh je takdahal

Manakala gambar di atas pula adalah tempat kami rakan seperjuangan menetap selama seminggu kat Rembau tu...ada sarapan pagi untuk 3 orang disediakan kan plus katil single dan tak single...

Dialog 2

Pukul 930 am
Pelancong (Aunty): Boleh buatkan saya omellette, pasal dah takda apa yang tinggal (nada marah)
Staf Hotel: Kena bayar untuk kami sediakannya Puan
Pelancong (Aunty): Huhhh...there's nothing left here...nak makan apa (terus makan apa yang tinggal...padahal ada mcm2 lauk lagi)
Staf: Berlalu pergi
Aku: Kalau nak macam2 bangunlah awal sikit...hehe(dalam hati)
En Nizam: (Still fokus pada baked bean)

Rombongan pelajar ERT yang datang untuk menyediakan high tea untuk VIP2 yang dijemput untuk Majlis Penutup Hari Koperasi hari tu...Mereka sangat nice dan memiliki rasa ingin tahu yang mendalam...
blogger-emoticon.blogspot.com

En Nizam: Penah tengok Kuda Laut versi bukan kartun
Pelajar: Belum pakcik, tapi pernah sekali tengok la
Aku: Kat mana?
Pelajar: Dalam citer Spongebob
Aku: Ceh...hampeh, mainkan aku budak2 ni...
En Nizam: Inilah kuda laut, nama sains dia HIPPOCAMPUS KUDA
Pelajar: ooooooooooooooooooooooooooOoOOooOoO
Aku: Bagus anak2 sekalian
Manakala ini pula adalah gambar kambing...
iaitu PERADUAN SILA TEKA BERAT KAMBING
aku punyalah teruja nak teka sampai terkejar2 kambing dan tuannya, sebab hadiahnya sangat lumayan, iaitu KAMBING itu sendiri...
dengan yuran kemasukan sebanyak RM1, aku pun coba la

Aku: Dik, abang nak tikam berat kambing ni...(dgn harapan kalau menang boleh bawa balik opis)
Penjaga Kambing: Sila sila bang teka, jangan segan2
En Hafis: 365kg (niat dia ni bukan nak menang hadiah, tapi nak beramal...)
Aku: 61kg(konfiden tak ingat pasal selalu angkat kucing kat rumah, yela, kucing dengan kambing tak jauh beza, beza pun pada misai (kucing) dan janggut (kambing)
Aku: Bila nak umumkan berat kambing dan pemenangnya ni?
Penjaga Kambing: Besok bang...masa rasmi...
Aku: Ok, tunggu besok (Isnin)
Sampai la ke khamis aku tunggu, takda pun umumkan pemenangnya
Janggut kambing pun tak nampak...
hahahahahahaha

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Hahahahahahaha...
macam2 pengalaman dirasai masa Expo kat Rembau tu
Kepelbagaian makanan, minuman, pelajar dan guru yang sangat baik....
Orang2 nya pun ramah...
Cuma kambingnya yang hilang...
Kambing berapa berat kau....

blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, July 1, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK LALA DI BUKIT SIPUT, SEGAMAT



Keterangan Gambar:
Meter: Menunjukkan aras DANGER terjadi berikutan ia telah menerjah angka 160km/h
Ini disebakan kami kena sampai ke Segamat sebelum pengantin berarak (reason: sila Tanya pada Mr Xaxixu…lagipun dia yang bawak keta tu dgn sangat laju menyebabkan kami ni terdiam. (Takut seh)..ohye, sang sahabat aku ni mmg suka bawa keta dgn laju (reason: teringin rasa airbag kena kat muka…betul. Tapi airbag hanya ada pada pemandu sahaja, yang ada pada kami hanyalah aircond saja)



Date: 270609 Hari Sabtu hari ni (cuaca sangat indah) alhamdulillah. Syukur.
Tema: Berbaju ungu, kaler ungu, tshirt ungu dan yang sepadan dgn dia...sekali lagi Mr Xaxixu hanya mengenakan tshirt yang kolarnya warna ungu...
(Sambil mendendangkan lagu terlanjur cinta dari Pasha ungu)
Tema Lauk Kenduri:
Ada kambing seh...sedap tak ingat...saya pun pantas mengambil bahagian tulang kambing tu...sedapnya...



Dialog Di Majlis

Aku: Pakcik, sedap kambing ni, kenapa tak ambil
Pakcik: Pakcik ada HBP la dikkk...
Aku: Maaf yer pakcik, ayam pon sedap kan...hehe

Aku: Sis, ko bila plak majlis?
Sis: Aku lama lagi la, tgu ko dgn iwan dulu...
Aku: Banyak la ko...Iwan dulu, pasal mak dia akan carikan dia isteri
Sis: Hahahaha...
Aku: Alasan kenapa aku tak kahwin lagi, kerjaya NO 1...hahaha

Aku: Lepas ni duk Johor ke Kelantan (tya pada pengantin lelaki)
Pengantin Lelaki: Kelantan...dapat tukar hospital sana
Aku: Ohhhhhh....ok

Dah siap makan dan minum banyak kali air sirap, kami dengan adik angkat mr xaxixu terus je amik gbr dgn pengantin, yela, dah pakai satu kaler semua, ,mestilah nak amik gbr dgn mempelai...


After that, dah salam dengan semua sedara mara, mr xaxixu ajak pegi rumah nenek dia pula, kat Segamat juga...vroom...

Mr xaxixu digesa balik cepat ke Kluang, sebab Mama dah ajak aku pergi rumah kahwin anak kawan baik dia...baik Mama, abg balik ni...sempat beli 2 biji watermelon untuk dibawa ke rumah kahwin...

p/s: Nantikan entry dan gambar2 kahwin Mempelai HAJAR dan ZUL (bukan zul afif tau)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER