NUFFNANG AD

Wednesday, February 23, 2011

AIMY & FAIS, JITRA KEDAH - KEMBALI PULANG KE UUM

Foto: Aimy. Cantikknya kawan aku sorang ni. So Blossom and Bloom. Tahniah Mi. Dilupa jangan moment kita makan roti nan dan kutuk bos masing2. Keh2.
Foto: Seronok tengok orang ramai gotong royong memasak untuk jemputan, masak on the day plak tu. Thumbs Up untuk All Orang Kampung. Cayalah. Haa, makcik2 ni suka je nak offer aku menginap rumah depa. "Takpelah makcik, saya duk bilik adik saya kat Sintok je. "Makcik ada anak dara ke? Eh, hahahahaha.
Foto: Masak nasi bertingkat2. Menarik ok kaedah ni. Sporting la Pakcik.
Foto: Alalalala. Comel adik2 kau ek Aimy. Hehe.
Foto: Inilah kampus gua beberapa tahun dahulu. Tempat gua study dan mencurah keringat mencari ciki. Eh.
Foto: Nasi Goreng Ayam Faveret Selama 3 Tahun Gua kat UUM. Haa, betul2 tepi Jalan kat Busten Changloon. Haa, pakcik makcik kedai ni masih ingat gua ok. Haa, lain kali jangan hanya senyum pada ciki, senyum la pada pakcik makcik juga.

Wednesday, February 9, 2011

FIRST DATE

Foto: Haa, dating di McD. Lately ni gua suka makan McD. Camne nak sixpack macam ni. Adoi.
“Lokasi telah ditentu bersama, Full House dipilih menjadi saksi date pertama. First date yang dirasakan sungguh special dalam hidup, kemeja Raoul digaya rapi, Loafer kulit Bonia coklat disarung, wangian Dunhill 51.3 disembur bagi menambah keyakinan diri bertemu sang gadis buat pertama kali. Langkah kaki disusun penuh rapi, senyuman sentiasa diukir, debar di dada kian kencang, peluh jantan keluar dalam kedingingan aircond Restoren”.

Salam, dah lama kot gua tak bagi Petua Cinta, kali ni petua untuk first date bagi kiter ni kaum lelaki. Hehe, ni melalui pendapat gua la…Kalau korang ada idea, boleh je share. Fuyoo, first date, sungguh bersedia. Yela, sapa nak tampil selekeh dan tak konfiden pada date pertama. Ok, sini gua nak share sikit idea untuk date pertama. Layan.
1.    Wajah hendaklah kemas – Shave la sikit muka kau bagi yang berjanggut, jambang dan misai. Barulah rapi. (Kalau makwe date korang tu suka lelaki hairy2, haa, boleh, tapi sila kemas la, jangan ala2 Tom Hanks dalam Castaway)
2.    Gosok baju dan seluar – Baju kedut adalah tidak digalak. Nampak sangat korang tak well prepared, spentla sikit masa untuk pegang iron tu. First Impression tu penting.
3.    Pakaila Haruman – Barulah wangi. Pasti itu adik manis terhidu bila engkau menghampiri beliau untuk menghulur salam perkenalan (Sembur kat pergelangan tangan tau) -  Gua suggestkan D&G The One. Waweiii.
4.    Pemilihan Pakaian – Haa sila pilih baju yang sesuai ok, gua cadangkan Kemeja dengan suar Khakis. Haa, barula menawan gitu. Dah dapat markah A dari adik manis
5.    Tempat Date: Haa, jangan kau ajak Ciki tu date dekat Warung tepi jalan, tak romantis la, manatau berjodoh, maka adalah kenangan manis first date korang nak dicite masa malam pertama nanti. EH. Bawakla kat tempat yang agak tenang, yang membolehkan korang bersembang tanpa gangguan bunyi, namapun first date, maka semua benda harus clean and clear. Pi la survey kat Internet mana2 Restoren yang romantic, alunan Piano, makanan sedap.
6.    Communication – Haa, ini la paling penting. Anda sila jangan syok sendiri dengan asyik citer pasal diri kau je, kena balance tau bro. Haa, nanti adik manis tu boring, kau juga yang melepas. Padan Muka. Ingat zaman sekarang senang ke nak cari adik manis. Just be yourself, tapi janganla jujur sangat hingga keluar dialog ni, “U, cara u makan mengingatkan I pada Ex I la, comel tau U ni”. Haa, memang goal la korang malam tu. Bijak. Tarik minat dia dengan banyak bertanya tentang diri dia. Hehe.
7.    Jangan SMS dengan Ciki lain – Abang Hensem, cover line la sikit. Sila jadi kasanova yang bijak ok. (Pendek je explanation, eh)
8.    Akhiri dengan Senyuman – Hantar itu adik manis ke kereta dia, kalau bapa dia jemput, pi jumpa dengan bapa dia sekali. Pastu SMS, “Thank yer U, really2 great tonight”, besok u plak belanja I lunch. HAHA.
Begitulah serba sedikit idea gua tentang amalan biasa nak date pertama ni, apa yang penting kita jadi diri kita, jangan nak Nampak cool hingga menjadikan kita janggal. Biasa2 dahla. Yang penting moment tu diisi dengan baik. Next date maybe u all boleh perbaiki lagi kelemahan. Sila jangan share / collect duit untuk bayar makan korang malam tu. Mr Gentle, sila bayarkan. TQ
Foto: Happy Ending Story. Lalalilalilala
Eleanur P/S: Ohye, second date korang bawala surprise roses, tangkap cintan punya la itu adik manis.

Tuesday, February 1, 2011

HARI ITU & HARI INI

Foto: Rayyan dan Fidah

Hari Itu, aku nampak seorang ibu menyelimutkan anaknya yang kesejukan dengan tuala.
Hari Ini, aku dengar betapa seorang ibu risau anaknya lari dari rumah mengikut kekasih hati.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu sibuk mengajar anaknya berbasikal di taman.
Hari Ini, aku dengar resah seorang ibu pabila anak kesayangan dicuit pembantu rumah.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu menyuap nasi ke mulut anaknya dengan penuh kasih sayang.

Foto: Marissa dan Lili

Hari Ini, aku dengar gumbira hati seorang ibu kala anak diterima masuk asrama penuh.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu berusaha memasak lauk pauk untuk anaknya.
Hari Ini, aku dengar seorang ibu bercerita tentang anak-anaknya yang kian membesar.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu tergesa punch kad untuk menjemput anak pulang dari sekolah.
Hari Ini, aku dengar excited seorang ibu mengurus majlis kahwin anaknya.
Hari Itu, aku nampak wajah sayu seorang ibu menghantar pemergian anak tersayang pulang ke U.
Hari Ini, aku dengar seorang ibu rindu dan rindu pada anak-anak pada nafas2 terakhirnya.

Foto: Eva dan Mimi

Eleanur P/S: Hari Itu & Hari Ini, untuk ibu tercinta, berusahalah, ukirlah senyuman di wajah mereka sehabis daya, sebab kita taktau akan ada Hari Itu & Hari Ini lagi untuk kita dan Ibu. Sayangi Ibu Bapa anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER