NUFFNANG AD

Thursday, April 14, 2011

HUJUNG MINGGU YANG LEPAS


Assalamualaikum. Yo, hujung minggu yang lepas, adik gua si Kritikal balik rumah mama bersama Lin, memanglah kena balik, lama gila tak balik Johor, ada ke patut bertapa selama2nya kat Sintok tu. Maka, si Kritikal pun balik la jumpa mama dia…Rancangan diatur dengan membeli otak2 sebanyak 50 keping, sebab adik gua ni je rajin membakar, aku macam biasa, tukar rasa otak2 tu dah masak ke belum. Haa, tugas yang cukup rumit. Huhu. So, layan je la apa aktiviti gua buat hujung minggu yang lepas. Tengok gambar lagi la…
Kritikal dan Lin gigih memasak sphageti dan lengkong dan jemput2. Haaa, bagusla pasangan ni sama2 pandai masak, nanti jemput abang korang ni makan yer...Sikap seperti inilah harus diteladani. Kepada bakal2 isteri gua, gua suka makan2, rajin2 la belajar memasak yer, nanti I makan luar plak...huhu.

Ini mama kesayangan saya, Puan Hamidah namanya. Kelihatan beliau masih teruja mendapat mesin basuh baru. Yang kali ni 10kg sizenya. Mama bangga bercerita tentang abiliti mesin basuh beliau yang mampu basuh toto besar dan suar jean gua yang banyak tu. Haha. Tapi, mesin basuh mama ni semi auto, dah 3 biji pun semi auto. Abah kata, mesin auto senang rosak...OOO. Ilmu baru.
Kritikal dengan bangganya mencedok kauh sphagetti yang telah siap. Haaa, not bad. Mama dan Ayin cakap, yang kritikal buat ni lagi sedap dari Sphagetti yang aku buat dulu. Ishh, jujur plak. Haha, takpe, aku pandai buat air minuman. Kelasssss....
Haa, nampak dak TV baru mama gua. Eh, banyak betul yang baru ni, terkejut kritikal sampai2 dari KL terus nampak TV baru. Dari Jumaat malam aku godeh TV ni nak bagi dapat main by Pendrive / Hardisk. Tak boleh2 juga. Siap aku pi jumpa basuh mamat kedai TV tu suruh dia buat bagi dapat, haaa, berpeluh2 kau...(Gua memang nampak je cool, eh). Haa masa aku nak beli super confirm je mamat tu kata, cucuk je bang, boleh terus play movie. Gua siap bawa semua gadjet malam tu, suruh mamat tu buat. Kami dahla besar2 badan, cuak mamat tu, dah 1 jam dia godeh, dan kami tengok dia macam nak nangis dan basah kuyup berpeluh, last2 dia kata nanti dia call Technician. Refer balik pada gua besoknya. Haa, moralnya, as sales promoter, u all kenala tau detail pasal produk yg korang jaga tu. (Mangkuk) - Haa, gua ni penyabar, tapi sebab u all "bagus" sangat, maka aku just hantar Surat Komplen kat HQ korang ek...UNGKAL. Dahla semua staff macam bagus dan layan acuh tak acuh. Layan gua acuh tak bancuh takpe, ni ko layan mama gua macam tu, memang kena la...Eh, panjang plak caption gambar ni...

Haa, the best part is, pada Ahad tu, kala semua orang tertidor kepenatan, hanya ada aku, kritikal dan mama kat ruang tamu, kami mainla godeh2 TV tu lagi, haaa sekali dapat plak sambungkan dari laptop ke TV. Hahahaha. Gembira ok. Mama la paling gumbira tengok kerjasama anak2 dia mendatangkan hasil…(Ke happy sebab dapat tengok movie dengan lebih jelas). Haaa, dalam fikiran gua nak install game bola je, puas la layan PES dekat TV besar…huhu. Ok, chaloo…Nak update FB opis gua plak ni…Huhu.

Wednesday, April 13, 2011

COLMAR TROPICALE with LOVE

Japananese Tea House. Takda apa2 pun kat sini. Dahla penat korang kena naik ke tempat ni. Curam tak ingat. Ciki Jepun yang gua harap2 kan pun takda, apek dengan pak Arab banyakla.
Mereka-meraka yang terlibat menjayakan program ini, btw, kami attend wedding gua punya 2 kupu kupu kazen dekat UIA, Gombak, jadi dah dekat tu yang pi naik ke Bukit Tinggi tu. Ohye, korang kalau nak pi, naik pukui 430pm ke atas, dapatlah potongan harga 50%. Entry Fee RM 12= jadi dapatla RM6 per pax. BTW, aku punya tiket pukui 415. Damn...Lepas dah beli baru dia bagatau. Haha
Ayin dengan Lin je rajin nak turun pergi tengok ikan koi dengan Swan. Jinak ok Swan2 di sini. Aku prefer pandang dari atas je.
Korang jangan mainla game2 dekat atas ni, mahai dan kadar korang nak menang adalah sangat tipis. Haha. Baik beli sate dari beli token (Ke sebab tangan aku yang tak lurus). Btw, barang2 kat atas ni mahai. Aiskrim yang biasanya RM1 tiba2 suddenly jadi RM3. Kelas kau Maria. Maybe harga tanah tinggi kot. Haa, itulah sedikit sahaja gambar2 yang ingin gua kongsikan sepanjang holiday famili gua ke Bukit Tinggi. Kritikal (Adik Gua ajak kami sekeluarga pergi Singapore, sebab dia dah ada passport. Apa Kes. Sayangi Keluarga Anda. Bye, jumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER