NUFFNANG AD

Friday, July 10, 2009

LURVE AFFAIR STORY

My Lurve Affair is Officemate. Actually, jumpa contest ni dekat satu blog terkenal tu. Rasa terpanggil plak nak join this contest.Ada beran? Beran la ni. Why? Sebab rasa cinta tu lebih bermakna jika dikongsi bersama. Kan kan?
Alkisah bermula ceritera di sebuah pejabat yang terletak nun jauh di selatan tanah air Semenanjung Malaysia...(Tirai terbuka-macam dalam opera dahulu kala)...

Bermula la kisah hubungan cinta terindah ("inverted comma"). Sang jejaka merupakan senior di pejabat ni apabila sang gadis muncul pada satu hari untuk temuduga di pejabatnya.

"Cantik juga minah ni", getus hati sang jejaka (Fasa 1 cite tamat)

Sebulan kemudian...
(Tirai dibuka kembali)
Sang gadis diterima bekerja di pejabat

"Eh, dia ni lagi la" sang jejaka seakan tak percaya...
Hari hari mendatang dirasakan indah berikutan sang gadis hanya berjarak 5meter dari meja sang jejaka, even hanya dapat lihat dari belakang pun sudah mencukupi bagi sang jejaka.
Sikap si gadis yang ceria, ramah, friendly dan sering ketawa sering membuatkan hati sang jejaka berbunga tulip dan sekaligus mengurangkan kadar sang jejaka ponteng kerja apatah lagi menjadi orang pertama punch card. (semata-mata untuk tampil imej sihat dan disiplin tinggi di kaca mata sang gadis yang memang berkaca mata)

Sang jejaka memberanikan diri mendekati sang gadis...
Kaedah memberi bunga ros atau coklat untuk gadis dirasakan terlalu klise dan dah banyak orang buat (Hehe-sori) jadi sang jejaka try plak Twisties LURVE dengan merasakan sang gadis akan suka akan pemberian tersebut...

SJ: "Saya ada belikan awak LURVE ni, try la, sekarang tengah musim orang makan LURVE ni"
SG: "Really?"
SJ: "Iye, bentuknya pun menarikkan? tapi a bit spicy, kena sediakan air banyak2..."
SG: "Thank for this LURVE, nak try rasa dulu camne"

Sang jejaka kembali ke meja tugasnya
DUP DUP DUP DUP (heart beat ni)...


Hati sang jejaka berbunga matahari apabila melihat sang gadis memasukkan tangan berkali kali ke dalam bungkusan LURVE sambil mengunyah sambil menyiapkan kerjanya...
(Maaf kerepek pedas, bukan melupakan pada yang lama, tetapi nak habiskan LURVE dulu...
Then baru makan engkau)

Sang Jejaka tersenyum
Rasanya perasaan hatinya yang terbuku telah dapat diluahkan
Tak kisah samada sang gadis faham maksud yang tersirat atau tidak, tapi apa yang penting
perasaan LURVE itu dapat dikongsi bersama semua orang...

Tirai ditutup

Sekali lagi, perasaan CINTA itu akan bertambah indah apabila dapat dikongsi beramai ramai...
Hehehehehehheheheheheheh...

p/s: Trimas untuk kawan2 yang membantu menjayakan entry pada kali ini
p/s: Minggu depan kita pergi tengok Nidhal Aliff Al Azim yer kawan2 (baby en hafis)
p/s: Geng, sila beli LURVE kaler lain, aku plak nak merasa...

Thursday, July 9, 2009

PERKAHWINAN HAJAR DAN ZUL

Majlis Perkahwinan Mempelai Hajar dan Zul yang berlangsung pada 290609 di rumah kedua orang tua Hajar...Tema kaler nyer adalah hijo yer...saya rasa sangat kena dan match apabila digandingkan baju di atas tubuh pemakai...Tahniah.
Aku rasa gambar hajar tengah tgu kawan ni sangat sweet untuk dipublish...

Dialog 1

Aku yang amik gambar: Hajar, sila tengok sini aku nak amik gambar...
Hajar yang kahwin: Jap la, tengah cari kawan ni
Aku yang amik gambar: Ishh pompuan ni...

So, terjadila gambar seperti di atas...Tapi aku suka sgt gbr ni...hehe.TQ Hajar
Bukan nak amik gbr crown sgt pun, just nak nampakkan pengantin lelaki di belakang tu je...

Yaaa sesi bergambar di atas katil pengantin...
Sambil pegang bunga...

Kak Andam: Zul, jangan la malu malu plak, rapat la sikit
Zul (Pengantin Lelaki): Tersenyum (senyuman malu + gatal2 sikit)
Kak Andam: Weiii cium la pipi isteri ko tu...
Zul (Pengantin Lelaki): Malu la kak
Aku yang amik gambar: (Dalam hati: Malu konon)kahkahkahkah

Ini mata dalam filem AYAT AYAT CINTAN
"Maafkan bila ku tak sempurna...
cinta ini tak mungkin ku kicap...
Sila sambungkan...hehe

Ini pula dalam filem Transformers
Gadjet ini adalah milik kawan pengantin
So, tengah dia amik tu, aku pun memintas dengan pantas amik gbr henpon dia
Thank yer dik...

Btw, itu la gambar2 yang saya amik untuk diselitkan dalam album kahwin mereka
SEMOGA KEKAL BAHAGIA KE ANAK,CUCU,CICIT DAN SETERUSNYA...

Wednesday, July 8, 2009

KLUANG RAIL COFFEE (ROTI BAKAR JIWA ANDA)


Inilah dia roti bakar Kluang Rail Coffee yang terkenal itu...
Dihasilkan dengan aduan dan resepi tersendiri sehingga kesedapannya tiada bandingan
(Wuyoooo ayat sungguh ala penyampai berita...hahaha)
Selusuri perjalanan penulis mencari hidangan yang famous ini
(Sekali lagi ayat xboleh blah)

Kesempatan seorang kawan yang berkunjung ke rumah aku awal Jun lepas dari Terengganu
telah membuatkan aku terfikir nak bawa dia ke Kluang Rail Coffee yang terletak bersebelahan dengan betul2 stesen Keretapi Kluang. Kedai ni terletak mcm atas bukit sikit, tapi ianya betul2 sebelah Pos Opis Kluang, manakala branch dia pula, dekat depan Kluang Parade. Kalau tanya orang Muar, mesti dorang taktau sgt tmpt ni, tapi kalau tya org Kluang, maybe akan dapat petunjuk.(haha)


Dialog 1:

Kwn dari Terengganu: Semalam dah pusing habis JB, bila nak pusing Kluang plak?
Aku dari Johor: Dis morning kita pegi makan Roti Bakar Kluang dengan kopi dia.
Kwn dari Terengganu: Jom Jom

Dah sampai,dah order,dah makan,belum bayar..

Aku dari Johor: Amacam? Sedap ke tak?
Kwn dari Terengganu: 5 bintang...sedap, nak tapau boleh?
Aku dari Johor: Lopan, bagi ini pelempuan roti 4 set, dia mau tapau
Lopan: Okeh okeh...
Aku dari Johor: Hahahahahahaa... sedap kan...nanti kita bungkus kopi dia, boleh buat minum dan bawak balik Tereangganu nanti...
Kwn dari Terengganu: Thank ngelot...
Haaaa itulah sedikit suasana kat Rail Cofffee...
Orang memang ramai EVEN dah ke petang pun
Dari singapore pun ada juga pasal flat S ada banyak singgah kat situ
So, kepada kawan2 yang berkunjung ke Johor, singgahlah ke Roti Bakar Kluang
Mmg sedap rasanya, ada kelainan dari Roti bakar yang dibuat dekat rumah...
JEMPUT DATANG!!!

Dialog 2

Kawan yg curious: Li, apa yang best sangat dengan Roti Bakar Kluang tu???
Aku berjenaka: Oh, sgt sedap, dia bakar roti tu guna arang keretaapi tu...

HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
(Guro je, dia mesti ada kaedah rahsia, tu yang sodap tu)

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Monday, July 6, 2009

EKSPO Di SMT LELA MAHARAJA, REMBAU, N9



Seminggu menjadi pemamer di SMT Lela Maharaja Rembau
So, dia atas ni adalah Monumen/tugu/tanda yang kita dah masuk ke Pekan Rembau.iaitu Tepak Sirih...so sweet.

Dialog 1

En Nizam: Waa, pns jg cuaca kat Rembau ni, ko pnh dtg sini ke Li?
Aku: Tak pernah, ini la first time saya datang
En Nizam: Ohhhh...
Aku: Lunch kita cari Ikan keli masak cili api? ada beran?
En Nizam: Boleh je takdahal

Manakala gambar di atas pula adalah tempat kami rakan seperjuangan menetap selama seminggu kat Rembau tu...ada sarapan pagi untuk 3 orang disediakan kan plus katil single dan tak single...

Dialog 2

Pukul 930 am
Pelancong (Aunty): Boleh buatkan saya omellette, pasal dah takda apa yang tinggal (nada marah)
Staf Hotel: Kena bayar untuk kami sediakannya Puan
Pelancong (Aunty): Huhhh...there's nothing left here...nak makan apa (terus makan apa yang tinggal...padahal ada mcm2 lauk lagi)
Staf: Berlalu pergi
Aku: Kalau nak macam2 bangunlah awal sikit...hehe(dalam hati)
En Nizam: (Still fokus pada baked bean)

Rombongan pelajar ERT yang datang untuk menyediakan high tea untuk VIP2 yang dijemput untuk Majlis Penutup Hari Koperasi hari tu...Mereka sangat nice dan memiliki rasa ingin tahu yang mendalam...
blogger-emoticon.blogspot.com

En Nizam: Penah tengok Kuda Laut versi bukan kartun
Pelajar: Belum pakcik, tapi pernah sekali tengok la
Aku: Kat mana?
Pelajar: Dalam citer Spongebob
Aku: Ceh...hampeh, mainkan aku budak2 ni...
En Nizam: Inilah kuda laut, nama sains dia HIPPOCAMPUS KUDA
Pelajar: ooooooooooooooooooooooooooOoOOooOoO
Aku: Bagus anak2 sekalian
Manakala ini pula adalah gambar kambing...
iaitu PERADUAN SILA TEKA BERAT KAMBING
aku punyalah teruja nak teka sampai terkejar2 kambing dan tuannya, sebab hadiahnya sangat lumayan, iaitu KAMBING itu sendiri...
dengan yuran kemasukan sebanyak RM1, aku pun coba la

Aku: Dik, abang nak tikam berat kambing ni...(dgn harapan kalau menang boleh bawa balik opis)
Penjaga Kambing: Sila sila bang teka, jangan segan2
En Hafis: 365kg (niat dia ni bukan nak menang hadiah, tapi nak beramal...)
Aku: 61kg(konfiden tak ingat pasal selalu angkat kucing kat rumah, yela, kucing dengan kambing tak jauh beza, beza pun pada misai (kucing) dan janggut (kambing)
Aku: Bila nak umumkan berat kambing dan pemenangnya ni?
Penjaga Kambing: Besok bang...masa rasmi...
Aku: Ok, tunggu besok (Isnin)
Sampai la ke khamis aku tunggu, takda pun umumkan pemenangnya
Janggut kambing pun tak nampak...
hahahahahahaha

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Hahahahahahaha...
macam2 pengalaman dirasai masa Expo kat Rembau tu
Kepelbagaian makanan, minuman, pelajar dan guru yang sangat baik....
Orang2 nya pun ramah...
Cuma kambingnya yang hilang...
Kambing berapa berat kau....

blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, July 1, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN ADIK LALA DI BUKIT SIPUT, SEGAMAT



Keterangan Gambar:
Meter: Menunjukkan aras DANGER terjadi berikutan ia telah menerjah angka 160km/h
Ini disebakan kami kena sampai ke Segamat sebelum pengantin berarak (reason: sila Tanya pada Mr Xaxixu…lagipun dia yang bawak keta tu dgn sangat laju menyebabkan kami ni terdiam. (Takut seh)..ohye, sang sahabat aku ni mmg suka bawa keta dgn laju (reason: teringin rasa airbag kena kat muka…betul. Tapi airbag hanya ada pada pemandu sahaja, yang ada pada kami hanyalah aircond saja)



Date: 270609 Hari Sabtu hari ni (cuaca sangat indah) alhamdulillah. Syukur.
Tema: Berbaju ungu, kaler ungu, tshirt ungu dan yang sepadan dgn dia...sekali lagi Mr Xaxixu hanya mengenakan tshirt yang kolarnya warna ungu...
(Sambil mendendangkan lagu terlanjur cinta dari Pasha ungu)
Tema Lauk Kenduri:
Ada kambing seh...sedap tak ingat...saya pun pantas mengambil bahagian tulang kambing tu...sedapnya...



Dialog Di Majlis

Aku: Pakcik, sedap kambing ni, kenapa tak ambil
Pakcik: Pakcik ada HBP la dikkk...
Aku: Maaf yer pakcik, ayam pon sedap kan...hehe

Aku: Sis, ko bila plak majlis?
Sis: Aku lama lagi la, tgu ko dgn iwan dulu...
Aku: Banyak la ko...Iwan dulu, pasal mak dia akan carikan dia isteri
Sis: Hahahaha...
Aku: Alasan kenapa aku tak kahwin lagi, kerjaya NO 1...hahaha

Aku: Lepas ni duk Johor ke Kelantan (tya pada pengantin lelaki)
Pengantin Lelaki: Kelantan...dapat tukar hospital sana
Aku: Ohhhhhh....ok

Dah siap makan dan minum banyak kali air sirap, kami dengan adik angkat mr xaxixu terus je amik gbr dgn pengantin, yela, dah pakai satu kaler semua, ,mestilah nak amik gbr dgn mempelai...


After that, dah salam dengan semua sedara mara, mr xaxixu ajak pegi rumah nenek dia pula, kat Segamat juga...vroom...

Mr xaxixu digesa balik cepat ke Kluang, sebab Mama dah ajak aku pergi rumah kahwin anak kawan baik dia...baik Mama, abg balik ni...sempat beli 2 biji watermelon untuk dibawa ke rumah kahwin...

p/s: Nantikan entry dan gambar2 kahwin Mempelai HAJAR dan ZUL (bukan zul afif tau)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2009

Salam Tag dari Diyabest dan Zizi



Selamat menjawab soalan dalam Bahasa Malaysia!

TAG 1
Bekas kekasih saya adalah : Takda, mcm mana nak jawab yer...
Saya sedang mendengar : We made you...eminem (maaf lagu ni lagu BI)
Mungkin saya patut: Balik dari rembau dan terus berjumpa Mama...sebab dah lm tak jumpa (4hari)
Saya suka : Kucing...menjadikan saya penyayang orangnya.
Sahabat-sahabat baik saya : Ada macam2 karekter dan best.
Saya tak paham : Apa itu Calculus? Boleh bantu?
Saya kehilangan : Duit gaji apabila terlebih membeli belah
Ramai yang berkata : Cemburu tandanya sayang. bukan caring tandanya sayang ke? (caring dalam BM ialah amik berat)...sori2
Makna nama saya : Dari dulu lagi?.
Cinta itu adalah : Tanya pada hati, dan ketawa.
Di suatu tempat, seseorang sedang : Sms saya dah makan ke belum.
Saya akan cuba : makan malam atas kapal.
Ayat SELAMANYA membawa maksud : berpanjangan harap ada pengakhiran yang mengembirakan.
Telefon bimbit saya : Oren daaa.
Bila saya terjaga dari tidur : Tengok jam, adakah itu waktu yang sesuai untuk bangun"
Saya paling meluat apabila : seseorang itu tak kemas...hahaha.
Pesta/Parti adalah : bagus kiranya ada buih.
Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : Anak Shiro.
Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Kanak2.
Hari ini : Hari Selasa.
Malam ini saya akan : Makan malam di Seremban 2.
Esok pula saya akan : Mempamerkan diri si SMT Dato Lela Maharaja di Rembau.
Saya betul-betul inginkan : Makan Malam yang gembira dan saya akan ketawa bila ingat makan malam tu
Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Yeaay bebas akne
Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah.
Makanan Barat atau Jepun : Barat. Sama macam suka tengok filem dari sana
Bilik yang terang atau gelap: Gelap.
Makanan segera adalah : Seminggu sekali masa belajar.
Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Jom main PES.

TAG2
Apakah perasaan anda sekarang? Badan penat.
Saya nak makan? Nasi Ayam Mama.
Saya tak suka? Keadaan bersepah.
Impian saya? Makan malam yang ada ketawa.
Haiwan yang saya tak suka? Kalau takda?.
Saya harapkan? Makan Malam lagi.
Jika boleh putarkan masa? Saya akan belajar memasak.
Saya pada 10 tahun akan datang? Stabil dan berkahwin.
Handphone saya adalah sebuah? Nokia yang biasa je omm
Saya pernah bercinta sebanyak? 43 kali?.Haha run
Kawan-kawan saya? Sangat baik. dan memahami saya
Pernah dikhianati? Kurang ingat
Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Suruh dia rasa perasaan dapat makan malam yang ketawa.
Siapa yang anda nak Tag? Hint, Yazid, Thumbelina, Cats, KucinOG, #
ZaHiRaH-Life's In Pink, ST, Hanna..sila jawab yer
DALAM BAHASA MELAYU KITA YER

Thursday, June 18, 2009

JAGUH KOMPANG DI KAMPUNG YAZID



Keterangan Aku:
Kesempatan bercuti ke rumah kawin kawan opisku di Punggor, Rengit, Batu Pahat
Dengan berpandukan peta pada kad kahwin yazid, kami melintasi 6 rumah kahwin lain sebelum sampai ke destinasi yang dituju

Date: 070609(Ahad)
Venue: Rumah mak dan ayah yazid di punggor mesjid
Misi: Amik gambar wajah yazid dan cat yang berkahwin
amik berkat juga, manala tau berjangkit...hehe

Sampai di rumah kenduri sekitar 2pm ingatkan pengantin dah habis bersanding.selamat la masih di rumah penanggah lagi, jadi kesempatan diambil, makan dulu sebelum pengantin berarak sebab mmg nak amik gbr pengantin banyak2

so, According kepada tajuk di atas dan vc itu

1. Paluan kompang yang sangat bersemangat, sangat menerujakan
2. Especially dari pakcik berkopiah
3. Even lama kelamaan dia kelihatan sedikit pancit, namun...
4. Dia bangkit pada pengakhiran paluan...sgt memilukan, eh salah, sangat mengharukan

Sila beri tepukan gemuruh kepada pakcik berkopiah putih atas semangatnya dan usaha murninya mendidik anak muda dari gejala mat rempit dll sekaligus meneruskan budaya melayu kita...

pang kopang kopang...(bunyi paluan kompang)



blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, June 9, 2009

SPAGHETTI (MISI BERJAYA)




Keterangan: Spaghetti is the plural form of the Italian word spaghetto, which is a diminutive of spago, meaning "thin string" or "twine". The word spaghetti can be literally translated as "little lines."

Keterangan Aku: Peristiwa Oktober 2008 masih segar di ingatan (cubaan pertama untuk menghasilkan spaghetti)...
Bahan2 2008: Sauce Prego dan Spaghetti (itu sahaja yer)
Cara-cara: 1. Lembutkan spaghetti dengan mendidihkannya dalam air panas
2. Tuangkan sauce prego ke atas spagetthi yang dah lembut
3. Sedia untuk dimakan
Reaksi individu yang merasa: semua tersenyum dan gagah menghabiskan first try spaghetti aku tu...(bertujuan menjaga hatiku yang sensitif ni rasanya)...betulkan mama, abah dan ayin...korang buat2 mcm spagetthi tu sedap mcm dekat Restoren Itali kan?
SORRIIIIIIIIIII YER

KINI AKU KEMBALI,2009
Date: 080609
Venue: Rumah Mama
Senjata: Senduk Mama, dan Berbekalkan iltizam yang kuat
Tujuan: Merealisasikan impian membuat spaghetti versi Jejaka Kampung
Chef: Dengan membawa chef spaghetti terkenal untuk mengajar aku memasak spaghetti (di bawa Khas dari Terengganu)

MISI BERMULA:
1. Membeli segala keperluan untuk memasak
(spaghetti berjenama, sauce prego dalam tin, cendawan butang, gula, garam, lada benggala, fillet ikan, dan daging cincang brand ramly dll termasuk sudip, sudu dll)
2. Dimulakan dengan merendam spaghetti bertujuan melembutkannya
3. Menyediakan bahan2 untuk dijadikan sauce(potong cendawan, hancurkan daging cincang, gula garam secukup rasa)
4. Masukkan semua dalam periuk dan kawal penggunaan api
5. Sedia untuk dihidang kepada ibu2/ibu mentua

Tanda Misi Mencapai Objektif:
1. Spaghetti berbau harum, dan kaler yang menyelerakan
2. Aroma yang terhasil menarik perhatian jiran sebelah
3. Berlakunya penambahan (tambah nasik la, kalau kat sini tambah mee)
4. Senyuman terukir pada wajah si pemakan spaghetti

Ulasan aku:
Rasa best, sebab dapat buat spaghetti bersama kawan yang datang dari jauh, actually dia yang banyak mengajar camne nak buat spaghetti ni rasa best...
Thank much much to you F.H
Nanti i datang rumah u, i ajar u camne nak buat Meggi Keramat yer...

So, kat sini ada aku selitkan video sikit2 ketika kami main Masak2 that day...

so sweeettttttttt...

Need advice: sesapa ada idea/resepi rahsia nak bagatau kat aku pasal nak sedapkan spaghetti, silakan?
ohye, teringin juga nak buat carbonara
(masa time study, pernah buat macaroni ikan bilis...sedap2)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, June 3, 2009

KELAHIRAN BABY SHIRO



TAJUK: BABY SHIRO YANG SANGAT COMELLLLLL

Tempat: Garage keta abah (bawah tempat kasut)
Sweet Moment: Sangat sweet bagi famili kitaorang yang mencintai haiwan dan alam flora fauna...
Time: Waktu petang (5.50pm)
Jumlah: 7 ekor (new record created) before this shiro hanya menghadiahkan kami baby sejumlah 5 ekor saya...quite suprise with the result

Keterangan: Famili we all memang tak pernah putus membela kucing...kalau tak silap aku, kami dah start membela kucing sejak aku tadika lagi...even my dad adalah seorang askar, dan sering merantau ke sana sini, tapi di setiap persinggahan tu kami akan membela kucing juga...taktau la kenapa

Keterangan Abah: "Bela kucing ni bagus, dia akan doakan kita kalau kita jaga dia...so, nanti kita murah rejeki, keluarga bahagia, dan kita sekeluarga akan saling menyayangi"..."nanti kita belikan Cokobi, frieskies yer"...

Keterangan Mama: Ohye, sebelum dialog...Mama suka sembang pasal kucing2 dia, dan gelagat dan sikap kucing2 dia jika aku balik dari keje kala cuti hujung minggu kepada ayin yang balik sekolah agama dan Kri yang balik cuti sem...maybe pasal mama mempunyai masa dan mampu meluangkan seharian waktu bersama kucing2 mama..."abang tau tak, hari ni Musang (kucing dewasa,betina) bawak balik burung, mana ntah dia amik...jgn burung gagak sudahlah...

Keterangan Ayin: ayin adalah sangat penyayang dan sensitif bila melibatkan kucing; cth 1: ketika balik dari air papan, keta abah terlanggar kucing yang tiba2 melintas, dan keceper la kucing itu...jadi Ayin: otomatik dan manualnya dia menangis...lama plak tu...bukan kucing kami pun
cth 2: ayin akan merasa sedih sekiranya anak2 kucing dimakan oleh kucing jantan (tujuan mengawal populasi kot, takpun pengguasaan territory)

Keterangan Kri: Kri agak ganas sikit dengan kucing, maybe itu cara dia kot, tapi Kri merupakan Doktor Kucing dan pegawai Imigresen di Rumah kami
Doktor Kucing: sekiranya Tam tercekik tulang, Kri akan terpanggil untuk mengeluarkan tulang tersebut dari tekak Tam...kalau luka kerana gaduh, also, beliau juga akan meletak minyak gamat pada kucing2 kami
Pegawai Imigresen: Tiap2 bulan, rumah kami akan menerima kucing jalanan atau ada orang yang akan buang kucing dorg kat rumah kami...(ada ke patut), jadi telah menjadi tugas Kri untuk menghantar mereka pulang ke destinasi yang tidak diketaui.(bukan taksuka, tapi dah banyak sgt kucin)

Keterangan AKU: aKu maybe sebagai pegawai pendaftar kucing2, yela bagi nama nama mereka...kebiasannya nama itu dimabil dari watak kartun atau paten kucin tu...haha
(SHIRO-(anjing shinchan), TAM (Warna hitam), CIK (badan kecik je), MUSANG (Mcm musang badan dia),NING (warna kunin) dan COKOBI (keropok kegemaran Shin Chan)
AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
oHye, aku juga merupakan pelerai bagi pergaduhan kucing2 yang ,merebut kawasan atau kucing betina (material pelerai: biasanya selipar, batu kecil, air pipe, dan pernah sekali guna mangga besi, sebab kcg tu nak makan anak kucing)...haha ganas2

Panjang la plak aku menulis kali ni...penat pun ada juga...

kelebihan bela kucing ni, aku rasa, anda akan jadi penyayang sikit kot orangnya...haha

Need Advice: Sesapa ada idea nak bagi nama apa kat anak2 kucing yang baru lahir tu...hehe

blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, May 25, 2009

PENYEJUK BADAN DAN MINDA



TAJUK:PENYEJUK BADAN DAN MINDA

TEMPAT: Di kedai2 makan area danga bay, tak berapa nak ingat la kat mana
SEDAP: Sedap tak ingat, yela, selepas je kami habis meeting kat PERSADA, jadi encik drebar, mengajak kami pergi minum untuk menghilangkan rasa dahaga...
berikutan cuaca panas, kebelakangan ni, jadi ingin sekali merasa AIR JELLY di sini..
so, memang sedap la pasal dalamnya ada variasi buahan2 tropika...ada rasa masam, masin, manis dan sejuk
lagipun, tempat minum ni pun agak redup juga, sesuai untuk minum2 petang bersama keluarga...jadi kalau sesapa yang singgah ke danga bay, jangan lupa cari kedai kayu sederet...(taktau la nama dia apa)...dan sila order air JELLY
Ohye, ada rasa durian belanda juga...
AKU SYORKAN: Pergilah mencuba...sebab, sejuk tau...rasa nyaman je...

Wednesday, May 20, 2009

KEINDAHAN KURNIAAN TUHAN



TAJUK: KEINDAHAN KURNIAAN TUHAN

LOKASI: Kaki Gunung Jerai, Kedah Darul Aman
BERSAMA: Seorang rakan yang rumahnya di area ini...
TIME: Sekitar 6.30 petang la kalau tak silap
MAKAN: Nasi Goreng Ayam & Milo Ais

KETERANGAN LANJUT: Kepulangan ke rumah tok aku (nenek dalam loghat kedah) memberi aku kesempatan untuk bertemu rakan yang sudah beberapa bulan tidak ketemu...lalu diajak makan di restoren ni, katanya tomyam di sini sedap. sambil2 makan tu,matahari pun terbenam, maka terhasil la pancarannya seperti di atas, mungkin berlaku kerana terlindung awan..

KETERANGAN AKU: Moment macam ni jarang dapat aku jumpa...sangat sweet untuk ditonton bersama keluarga atau pun insan istimews

AKU SYORKAN: Hayatila keindahan kejadian tuhan...Alhamdulillah

Tuesday, May 19, 2009

TOP GEAR VROOM VROOM 5,4,3,2,1



TAJUK: PERSAMAAN DALAM FOTO INI

LOKASI: Labis ke? yang penting ni dalam perjalanan ke Segamat
HARGA: 500K kot...flat taktau berapa harga...mahal juga kot
LAJU: Mestilah laju, sebab after lampu hijau ianya terus menghilang vroom...

KETERANGAN LANJUT: Mercedes-Benz is a German manufacturer of automobiles, buses, coaches, and trucks. It is currently a division of the parent company, Daimler AG (formerly DaimlerChrysler AG), after previously being owned by Daimler-Benz. Mercedes-Benz has its origins in Karl Benz's creation of the first automobile in January 1886,[1] and by Gottlieb Daimler and engineer Wilhelm Maybach's conversion of a carriage by the addition of a petrol engine the same year. The Mercedes automobile was first marketed in 1901 by Daimler Motoren Gesellschaft. The first Mercedes-Benz brand name vehicles were produced in 1926, following the merger of Karl Benz's and Gottlieb Daimler's companies into the Daimler-Benz company.[1] Mercedes-Benz has introduced many technological and safety innovations that have become common in other vehicles several years later.

KETERANGAN AKU: Sudah terang lagi bersuluh...dapat keta ni sodap babe...

Monday, May 18, 2009

ASAM PEDAS RUMAH LIMAS



TAJUK: ASAM PEDAS RUMAH LIMAS

LOKASI: Rumah Limas Danga Bay

SIGN: Kalau terdengar bunyi angklung berbunyi, di situlah tempatnya, tu pun kalau brader angklung tu tak pindah kedai

SEDAP: Yup, antara asam pedas yang best pernah aku rasa, rasa kuahnya cukup mendalam, dengan renangan ikan pari, dan kacang bendi...yaa, nice taste...
everyone should try sekiranya berkunjung ke Danga Bay...

AKU SYORKAN: Sila rasa, kerana seorang bapa,yang pernah merasanya yang berasal dari Perak, sanggup datang lagi untuk merasa lagi Asam Pedas Pari2 di sini..huhu..
JEMPUT MAI NO...

BAKSO MALAM MINGGU



TAJUK: MARI MAKAN BAKSO
LOKASI: MINI JAKARTA MASAI (Dekat2 busten Masai)
HARGA: yang kecil rasanya sekitar RM 4.00, nak spesel caj lebih la
PERENCAH: Rahsia, tapi rasanya kekuatan adalah pada kuah dan sosnya... dan bola-boli daging itu...hehe

KETERANGAN LANJUT: In Indonesia and Malaysia, meatballs are called "bakso" which are usually served in a bowl, like soup, with noodles, beancurds (tofu), eggs, 'siomay'/steamed meat dumpling, and crispy wonton. It has a consistent homogeneous texture, and spices to it.

KETERANGAN AKU: BAKSO di Masai ni, dah jadi macam rutin tahunan famili aku. iaitu selepas selesai menziarah kubur di pagi raya, dan pegi ke rumah sanak sedara di sekitar JB dan pasir gudang, kami akan pergi ke gerai Bakso ni,walaupun hanya setahun sekali dtg, tapi tuan kedai ni..masih cam kami juga...agaknya, tak ramai famili melayu yang makan kat sini kot time raya...sebab mostly,setiap kali mai...hanya nampak cewek2 yang ganteng saja sedang makan gado gado ataupun sate padang...

AKU SYORKAN: Pergilah merasa bakso di tempat ini, kerana ada kelainan dari segi suasana, rasa dan perasaan...SELAMAT COBA KAU COBA

Thursday, May 14, 2009

WAJAH MIHAS 2009



MIHAS: Every year, MIHAS hosts over 500 buyers and matches them with participants of MIHAS from Malaysia. During MIHAS 2008, this programme resulted in immediate sales of over RM185.3 million with over RM2.02 billion under negotiation.

VENUE: MECC Matrade Convention Centre

WHY: Ke sana sebab kami ada misi yang perlu dijayakan,misi sulit, sebagai duta selit mencari database company yang terlibat;cth "encik, kami akan adakan BIOJOHOR2009, sekiranya berminat, boleh isi form ini dan kami akan send detail kepada pihak encik"

oh ye,boleh kami dapatkan namecard encik, untuk kami hubungi nanti...thank you

itu la sedikit sebanyak mengenai kerja yang aku buat di MIHAS tu, interesting la juga, sebab aku dapat deal dgn ramai orang, dapat tambah kenalan dan pengalaman...
banyak juga la aku dapat database mengenai syarikat yang related dgn event aku tu...
kepada sapa2 yang berminat, boleh emel aku di biojohor@gmail.com...sure layan punya

Wednesday, May 13, 2009

BANGUNAN MATRADE



Tempat: Bangunan Matrade, Kat Jalan Duta ke
Tujuan: Kerja, sempena MIHAS 2009
Best: Mestilah best, pasal jumpa banyak orang
Keterangan:
1. Semasa nak mencari tempat MIHAS ni, kami punyalah sesat tak ingat, sebab ikut gps dlam henpon tu..."we calculating...in 250 turn left...adoiii...sesat sampai 4 kali...
2.malam tu mmg puas la tgk bandar KL
3.KL menjerit pun ada juga la
4.MIHAS, platform untuk traders mengetengahkan produk mereka, espsecially produk halal tu...
5. Kami pergi minum air mcm air tuttttt...yamseng yamseng...muka melayu je ramai kat booth istaf ni...maybe nak tgk keta ralli...haha...bottling dia maybe buat org takut nak beli...hehe

Tuesday, May 12, 2009

MEGGI DALAM MIMPI



Masa belajar dulu, boleh dikatakan tiap2 minggu tu akan makan meggi
Kenapa ek?

Kini, sejak dah keje, sebulan sekali pun susah, maybe pasal dah ada gaji, so
demand pun tinggi...tapi tu la, makanan yang dah jadi ruji sejak 3tahun lalu, tiba2 muncul dalam mimpi...

So, bila ada kesempatan untuk makan bersama kwn di gerai mamak, so, kami pun makan la meggi di atas,sedap tuuuuu. kadang2 teringin kan...so, apa salahnya, tapi jgn amalkan la, tak elok org kata...sebab sorang sahabat pernah berkata, yang lilin pada meggi tu, 3 hari baru nyah dari perut u all semua...
so,sekali2 ok kot...haha

hehe...enjoy...

Monday, May 11, 2009

MENCARI KEKUATAN UNTUK UPDATE BLOG


lama sudah tak mengupdate blog ni...
1.takda masa ke?
2.takda kerajinan ke?
3.takda idea ke?

memang mcm2 alasan kalau nak memulakan sesuatu, tapi maybe kalau dah mula, manatau akan start addict
hope so...

banyak benda nak dicite, dan banyak gbr yang nak kongsi bersama
harap KEKUATAN itu akan muncul...hope so

come on babe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER