Keterangan Gambar: Ini Udang Goreng. Cadangan Untuk Para Penggemar Udang.
Ramadhan Juga Dikenali Sebagai Sahrun Mubarak Bermaksud Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatan
Sempena Ramadhan Yang Mulia Ini, Kita Umat Islam Dituntut Untuk Menambahkan Amal Ibadah, Banyak Manafaatnyer Beribadah Di Bulan Ini. Kena Jaga Mata, Mulut, Pipi, Bibir Dari Melakukan Perkara Yang Dilarang.
Keterangan Gambar: Ayam Masak Kuning Berserta Pucuk Paku Pakis...Sedap Ok, Mcm Biasa, Sekiranya Keseluruhan Famili Kecilku Berkumpul, Mesti Mama Akan Masak Sedap2 Punya. (Makluman: Ini Adalah Tray Pusing No 6. Ada 5 Lagi Tray Yang Penuh Berisi. Aku Je Malas Nak Amik Gambar Semua)
Cerita Sedih Aku: Korang Nak Tau, Gf Cantik Saya Buka Pose Kat Tempat Best, Saya Makan Nasi Ambang Je Sorang2 Kat Rumah...Takpe, Saya Akan Membalas Nanti...Tunggulah...Haha. Gf Cantik Saya Makan Kat Tempat Ni:
Saya Tak Kisah Pun Makan Nasi Ambang, Pun Sedap...Semalam Pun Sedap, Saya Makan Nasi Ayam, Semalam2 Pun Sedap, Makan Ayam Percik + Murtabak...
Keterangan Gambar: Masa Ni Kami Sekeluarga Berbuka Di Luar Berikutan Mengambil Adikku, Kritikal Yang Baru Sampai Dari Nilai, So, Mama Malas Nak Masak, Jadi, Makan Di Luar La. Masing2 Makan Bergoreng. Senang. Cepat. Cepat Balik.
Jumaat Ini, Geng 3 Jari Ada Plan Nak Buka Pose Makan Steambot. Kami Susah Nak Jumpa. Masing2 Busy, Dan Ada Komitmen Tersendiri. Semoga Dapat Jumpa Korang...Tema Berbuka Puasa: Jangan Bergosip. Eh...Lalalalalaallaalalalalaala.
Sempat Pun Update Entry Ramadhan...
Salam Dan Selamat Berbuka Puasa...
1. Sukar melelapkan mata Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
Perspektif Gua: Mana ada, aku lena je tidur, mungkin dah terbiasa jatuh cinta..ehhh, haha…”Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta, aku jatuh cinta kepada setiap wanita” – Ini Lagu. Lalalalalala
2. Perasaan sentiasa berdebar Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.
Perspektif Gua: Setuju. Biasalah, dapat jumpa orang yang kita suka, mestilah heartbeat lebih kencang…yang penting jangan sampai si dia dengar…
3. Suka ambil tahu Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.
Perspektif Gua: Menyelongkar. Amik tahu ni biasanya melalui kawan2 si dia, tempat kerja dia dan yang paling senang tengok je facebook si dia, semua ada kat sana.
5. Dihinggapi cemburu Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
Perspektif Gua: Gua memang tak geti nak jeles2 terlampau ni…Mula2 anda kena rasa bangga, then baru rasa cemburu sikit…haha. “Contohnya situasi begini: Ada mamat kat opis gf anda yang memuji gf anda cantik setiap hari, (itu bukan puji, itu menggatal namanya). Langkah yang perlu diambil: Berlagak la cool, even anda rasa ada kurang secure. Banggalah kalau ada orang puji GF anda. Anda jeles sebab rasa anda tak secure, ke mmg anda sgt sayang gf anda..ehh…mcm2 la.
6. Hobi baru, termenung Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung.
Perspektif Gua: Bengong la termenung. Orang biasanya termenung lepas kekenyangan tau…Aku selalu tgk kat kedai makan, bila orang dah kenyang, dia akan termenung…Sweet ok moment tu…Gila Kentang.
7. Dating Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
Perspektif Gua: Yang ni gua agak setuju la, kapel mana la yang tak suka nak jumpa…ada chance mesti nak jumpa punya…So, mcm2 alasan dicipta untuk jumpa. Adik2, mari Abang ajar alasan2 kritikal bagi membolehkan anda berjumpa kekasih hati anda. 1. Belanja makan adalah paling biasa digunakan, so, ajaklah si dia makan2, sure dia tak menolak untuk berjumpa. 2. Anda perlukan nasihat si dia untuk membeli jenama baru ubat gigi di pasaran. 3. Keta anda tiba2 habis minyak gear, jadi, anda takda kereta nak kuar dah, so, call si dia untuk tumpangkan anda. Haa, kan boleh jumpa…Bergas betul idea2 gua. Wahahaha.
8. Rindu. Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
Perspektif Gua: Malas komen, piker la sendiri sebelum berbuka puasa…
9. Bergayut di telefon Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.
Perspektif Gua: Siang dah dating pun, malam nak gayut lagi ke…Biasala, rumah bujang, kan boring, bergayut la untuk hilang itu boring…eh, terasa plak.
Wahhh, aku kembali menaip panjang2 dalam blog ini…dahla, sepatutnya aku citer pasal bulan ramadhan…takpe, nanti aku citer juga…lately ni mode bercinta je…haha…Ok, apa yang penting sayangilah orang2 tersayang…buat dia ketawa, buat dia happy…sebab, itu kan dah tanggungjawab.
Okla, hari ini aku nak balik kampong, nak buka puasa di rumah…Tapi kena mesej mama aku dulu la Tanya dia masak apa…Ok, kawan2 selamat berbuka pose…Saya akan update lagi blog jika saya rajin…Ok, saya akan rajin2 kan diri…
An action or event regarded as morally or legally wrong and causing general public outrage.
Kamus Aku:
Skandal adalah hubungan/affair yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. (Haaa, tu dia dah keluar kamus gua). HAHA.
PENGENALAN:
Kebelakangan ini, semenjak aku menginjak dewasa, makin banyak citer skandal yang aku dengar, di persekitaran aku dan baca dalam mass media. So, saja nak share sikit kat sini, agar blog gua tak berkarat. Hoho. Assalamualaikum, dan minta maaf awal2 sekiranya isu ini sensitif. Yeargghhhh…
SEBAB BERLAKU:
1.Mencari kelainan dan ingin mencuba sesuatu yang baru:
Yela, contohnya, macam budak2 yang baru nak belajar hisap rokok, haruslah tontong duit untuk beli rokok, pastu telan la gula hacks banyak2 agar mulut bebas bau tembakau agar bila balik rumah tak makan pelempang mak sebab mulut berbau tak sedap. (Konsep lebih kurang gitu la)
2.Tak puas dengan yang sorang: Makwe lu sikit punya cun pun nak skandal ke, apa daa…
3.Hidup sunyi + sepi: So, macam best je kalau berskandal, apatah lagi ada kerjaya stabil dan kereta buatan bangsa asing…Haha.
Dahla, ni je sebab yang aku nampak dari pentafsiran aku…Ayuh, kita terus ke contoh2 skandal…haha. Ni yang aku suka ni…korang boleh tumpang suka.
CONTOH-CONTOH SKANDAL:
SKANDAL ITU INDAH 1:
Lokasi: Opis yang ada air cond
Pelaku: Abang hensem dan dah kahwin & akak cun dan dah ada anak 2.
Kejadian: Biasala, kalau dah satu kantor, mestilah selalu ketemu, mata bertentang selalu, hubungan yang sekadar officemate bertukar menjadi kasih sayang. Ohhh, sweetnya.
Dialog;
Man: “Eh, u jangan angkat file2 ni, berat ni, meh I tolong angkatkan”
Women: “Oh, terima kasih, menyusahkan u je”…(Hati mula terdetik, plink)
Man: “Maybe tomorrow we can lunch together?”
Women: “Oh sure…(See, hubungan dah nak terjalin). HOHO.
Ulasan: Sapa la tak suka diambil beratkan. Dahla file berat. HAHA
SKANDAL ITU INDAH 2:
Lokasi: Kolej aka Tempat Study
Pelaku: Lec Terer Muda Hensem & Pelajar Under PTPTN
Kejadian: Biasalah, dahla muda + hensem + tanda markah = haruslah menjadi kegilaan pelajar. (Pakej maaa, ke Kombo)
Dialog:
Lec Terer: “Ok, semua, markah anda semua cemerlang, bagi yang kurang ok tu, boleh jumpa saya dan bincang kenapa markah anda tak sama, OK?”
Adik Manis: “Encik, markah saya kurang…maybe saya nak study apa yang saya tak paham lebih lanjut dengan encik nanti”
Lec Terer: “Orait, no problem…”
Maka, hari2 pun tak paham (awatla benak sangat ni). Plink, dah hari2 jumpa, so, mustilah rapat. Maka, benih cinta pun disemai (SOL) …Seed Of Love la kunun. SCANDAL HAPPEN
Ulasan: Bolehke, ada affair dengan pelajar?, tapi kalau yang terang2an tu memang mereka serius la…baguslah kalau mcm tu. Yang tak boleh secara senyap2 tu…HOHO.
Eh, dahla, malas nak banyak2, itu je yg aku dgr pun…Ramadhan nak dekat dah ni…
Aku ingat nak letak CARA-CARA BERSKANDAL yang mengikut logic, tapi aku ingat malas la, macam mengajar plak, korang nak skandal, korang reka la mengikut cara dan environment skandal korang…
KESIMPULAN:
1. Skandal tak baik, jangan buat, menghilangkan rasa percaya orang pada anda.xcool
2. Skandal tak baik, sebab meruntuhkan institusi kekeluargaan. Korang aku tak kisah, runtuh akhlak ke apa, yang kesian anak2 la beb…runtuh tempat bergantung…(Bagi penskandal yang telah berkeluarga)
3. Skandal tak baik, sebab bila buat benda tak baik, mesti akan kantoi. Contohnya, video skandal korang tercicir, dan orang jahat yang jumpa, lalu sebab dia jahat terusla dia upload kat youtube demi mengejar rating Youtube. BOOOMMMM, apalagi meletupla nama korang kat dunia maya, apatah lagi kat tempat kerja. Tak pasal2 bos panggil dan pecat korang berdua. Sungguh synchronize perjalanan hidup anda. HAHA. Padan Muka. Lalalalala…
4. Dahla, itu je nasihat hamba kepada tuan hamba (Gua update entry panjang ni, kira kaver untuk sebulan la, ok tak)
AKHIR KATA:
BTW, orang kata skandal ni macam best je…sebab sembunyi2. Perasaan sembunyi, tingkahlaku sembunyi, jumpa sembunyi2, mmg tak dengar bunyi sangat la skandal ni. Eh, baru je aku menasihat tadi…Apala aku ni.
Okla, capek ok menulis panjang2 ni, bukan ada orang nak membaca panjang2. Sekali lagi, saya meminta maaf banyak2 andai isu ini sensitive, saya suka nak bercerita sebenar. Saya sayang GF saya..eh…waka waka tsamina2.