NUFFNANG AD

Thursday, April 14, 2011

HUJUNG MINGGU YANG LEPAS


Assalamualaikum. Yo, hujung minggu yang lepas, adik gua si Kritikal balik rumah mama bersama Lin, memanglah kena balik, lama gila tak balik Johor, ada ke patut bertapa selama2nya kat Sintok tu. Maka, si Kritikal pun balik la jumpa mama dia…Rancangan diatur dengan membeli otak2 sebanyak 50 keping, sebab adik gua ni je rajin membakar, aku macam biasa, tukar rasa otak2 tu dah masak ke belum. Haa, tugas yang cukup rumit. Huhu. So, layan je la apa aktiviti gua buat hujung minggu yang lepas. Tengok gambar lagi la…
Kritikal dan Lin gigih memasak sphageti dan lengkong dan jemput2. Haaa, bagusla pasangan ni sama2 pandai masak, nanti jemput abang korang ni makan yer...Sikap seperti inilah harus diteladani. Kepada bakal2 isteri gua, gua suka makan2, rajin2 la belajar memasak yer, nanti I makan luar plak...huhu.

Ini mama kesayangan saya, Puan Hamidah namanya. Kelihatan beliau masih teruja mendapat mesin basuh baru. Yang kali ni 10kg sizenya. Mama bangga bercerita tentang abiliti mesin basuh beliau yang mampu basuh toto besar dan suar jean gua yang banyak tu. Haha. Tapi, mesin basuh mama ni semi auto, dah 3 biji pun semi auto. Abah kata, mesin auto senang rosak...OOO. Ilmu baru.
Kritikal dengan bangganya mencedok kauh sphagetti yang telah siap. Haaa, not bad. Mama dan Ayin cakap, yang kritikal buat ni lagi sedap dari Sphagetti yang aku buat dulu. Ishh, jujur plak. Haha, takpe, aku pandai buat air minuman. Kelasssss....
Haa, nampak dak TV baru mama gua. Eh, banyak betul yang baru ni, terkejut kritikal sampai2 dari KL terus nampak TV baru. Dari Jumaat malam aku godeh TV ni nak bagi dapat main by Pendrive / Hardisk. Tak boleh2 juga. Siap aku pi jumpa basuh mamat kedai TV tu suruh dia buat bagi dapat, haaa, berpeluh2 kau...(Gua memang nampak je cool, eh). Haa masa aku nak beli super confirm je mamat tu kata, cucuk je bang, boleh terus play movie. Gua siap bawa semua gadjet malam tu, suruh mamat tu buat. Kami dahla besar2 badan, cuak mamat tu, dah 1 jam dia godeh, dan kami tengok dia macam nak nangis dan basah kuyup berpeluh, last2 dia kata nanti dia call Technician. Refer balik pada gua besoknya. Haa, moralnya, as sales promoter, u all kenala tau detail pasal produk yg korang jaga tu. (Mangkuk) - Haa, gua ni penyabar, tapi sebab u all "bagus" sangat, maka aku just hantar Surat Komplen kat HQ korang ek...UNGKAL. Dahla semua staff macam bagus dan layan acuh tak acuh. Layan gua acuh tak bancuh takpe, ni ko layan mama gua macam tu, memang kena la...Eh, panjang plak caption gambar ni...

Haa, the best part is, pada Ahad tu, kala semua orang tertidor kepenatan, hanya ada aku, kritikal dan mama kat ruang tamu, kami mainla godeh2 TV tu lagi, haaa sekali dapat plak sambungkan dari laptop ke TV. Hahahaha. Gembira ok. Mama la paling gumbira tengok kerjasama anak2 dia mendatangkan hasil…(Ke happy sebab dapat tengok movie dengan lebih jelas). Haaa, dalam fikiran gua nak install game bola je, puas la layan PES dekat TV besar…huhu. Ok, chaloo…Nak update FB opis gua plak ni…Huhu.

Wednesday, April 13, 2011

COLMAR TROPICALE with LOVE

Japananese Tea House. Takda apa2 pun kat sini. Dahla penat korang kena naik ke tempat ni. Curam tak ingat. Ciki Jepun yang gua harap2 kan pun takda, apek dengan pak Arab banyakla.
Mereka-meraka yang terlibat menjayakan program ini, btw, kami attend wedding gua punya 2 kupu kupu kazen dekat UIA, Gombak, jadi dah dekat tu yang pi naik ke Bukit Tinggi tu. Ohye, korang kalau nak pi, naik pukui 430pm ke atas, dapatlah potongan harga 50%. Entry Fee RM 12= jadi dapatla RM6 per pax. BTW, aku punya tiket pukui 415. Damn...Lepas dah beli baru dia bagatau. Haha
Ayin dengan Lin je rajin nak turun pergi tengok ikan koi dengan Swan. Jinak ok Swan2 di sini. Aku prefer pandang dari atas je.
Korang jangan mainla game2 dekat atas ni, mahai dan kadar korang nak menang adalah sangat tipis. Haha. Baik beli sate dari beli token (Ke sebab tangan aku yang tak lurus). Btw, barang2 kat atas ni mahai. Aiskrim yang biasanya RM1 tiba2 suddenly jadi RM3. Kelas kau Maria. Maybe harga tanah tinggi kot. Haa, itulah sedikit sahaja gambar2 yang ingin gua kongsikan sepanjang holiday famili gua ke Bukit Tinggi. Kritikal (Adik Gua ajak kami sekeluarga pergi Singapore, sebab dia dah ada passport. Apa Kes. Sayangi Keluarga Anda. Bye, jumpa lagi.

Tuesday, March 15, 2011

Tonton Khurafat di Rumah


Assalamualaikum. Bersua kembali kita setelah sekian lama menyepi. Maaflah para hadirin sekalian, gua agak busy menguruskan hidup (Bukan Kurus). Minggu2 lepas, di kantor gua banyak berlaku aktiviti, dengan Program 5S, Sambutan Maulud Nabi, main pingpong lagi. Ahh, macam2, sudah jemu diriku mengadap semua itu. Wah, ayat macam Merong Mahawangsa dah. Jadi, macam biasala, kalau jemu je, gua mesti balik rumah mama gua di kampung untuk merasai suasana kampung, sure hilang stress punya. 
Haa, tengok tu, mana nak cari Panggung Wayang yang boleh makan talapia goreng. Kerusi selesa plak tu. Boleh baring melintang lagi. Toto tu gua yang stay, sebab gua dah tengok dah Khurafat, gua menjadi elemen terkejut2 je. Hahaha (Ketawa tokey wayang)
Jadi baru2 (12.3.11) ni gua menemani mama, abah dan ayin ke Econsave yang baru dibuka, maka ternampaklah kedai menjual DVD. Lalu, terus gua je mencapai DVD Khurafat bernilai RM 5.00 (Sure cetak rompak). Haa, bila sampei rumah je, tanpa mencuci kaki, gua terus setup hall rumah mama gua menjadi mini cinema. (Kelas Kau). Lengkap dengan speaker buka kuat2 bagi bunyi keliling, nachos dan kitkat pun ada, air masak pun lengkap kalau sapa2 haus kala nonton wayang gua ni. Maka wayang pun bermula, 10 minit pertama elok je DVD ni tak rosak, masuk je minit ke 11, rosak plak. Khurafat betul. Tersekat2. Selamatla tak kena baling dengan popcorn. Haih, impian gua lebur tatkala nak nonton wayang mini bersama keluarga lantaran DVD Cetak Rompak tu. Haih. Maka, penonton pun masuk bilik masing2 dengan perasaan hiba. (Takpe yer TuanPuan, besok kita akan adakan siaran ulangan, u all boleh simpan itu tiket). 
Lilin menjadi pengganti diri kepada lampu rumah gua yang sengaja dipadamkan (ala wayang kan). Pastu gua siap pasang pewangi kuat2 (elemen bunga kubur) dan nachos dan kitkat sebagai kudap kudapan.
Haha, begitulah serba sedikit rencah berkeluarga ni. Ada tolak ansur, support menyupport dan tak baling gua dengan nachos. Ayuh kita salahkan penjual DVD Cetak Rompak tu, eh,  ke salahkan aku yang membeli. Hurm. Ohye, selepas Program 5S, aku telah menjadi super rajin dengan mengemas bilik aku di kampung dengan vakum sekali. Gila kentang. Haha. Itu je pada kali ini, gua nak pegi makan ayam madu la plak. Daa. Assalamualaikum.
Taraa...inilah bilik gua sebelum dikemas dan divakum. Harmony tak...macam2 ada. Selepas korang tengok gambar ni, dah tak macam ni. Bilik gua telah bertukar jadi lebih luas. Mama gua pun puji sebab berjaya kuarkan sekarung besar habuk. Eh, sampah la. Haha.

Thursday, March 3, 2011

GUA TERINGIN PAKAI SUNGLASS

Foto: Refleksi diri gua dalam Kaca Mata Hitam En. Ahmad Nizam. Masa ni ada Program kat sekolah orang Asli SK Pengkalan Tereh.
Foto: Gambar ni masa outing dengan rakan2 Photographer. Panas masa outing ni, tu yang Mira ni pakai Sunglass. (Sila abaikan bibir yang mungil itu. Eh)
Foto: Abang Spek ni plak masa aku shoot gambar kahwin kat Jitra. Happy je abang ni.
Foto: Ni gambar spek mahal gua. Haha. Harga dia RM 18 Ratus ok. Haha. Lihatlah kanta Carl Zeiss yang cukup nipis tu. Eh, terbelagak plak. (Bukan gua nak citer pasal Sunglass ke)
Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya gua teringin nak pakei spek hitam, yela di kala driving, jalan2 tepi pantai, dating dengan dinda2. Namun disebabkan gua rabun, maka agak membataskan la pergerakan gua. Yela, kalau nak bergaya, namun tak nampak jalan, camne la kan. Haha. Contohnya masa Pi Tawau tahun lepas, ada je beli spek hitam, tapi pastu jatuh masa jalan2, terus pecah. Haha. Malas dah gua nak melaram lepas tu, tapi tengok En Hafis pakai Spek Hitam while driving macam Cool je. HAHA.

Wednesday, February 23, 2011

AIMY & FAIS, JITRA KEDAH - KEMBALI PULANG KE UUM

Foto: Aimy. Cantikknya kawan aku sorang ni. So Blossom and Bloom. Tahniah Mi. Dilupa jangan moment kita makan roti nan dan kutuk bos masing2. Keh2.
Foto: Seronok tengok orang ramai gotong royong memasak untuk jemputan, masak on the day plak tu. Thumbs Up untuk All Orang Kampung. Cayalah. Haa, makcik2 ni suka je nak offer aku menginap rumah depa. "Takpelah makcik, saya duk bilik adik saya kat Sintok je. "Makcik ada anak dara ke? Eh, hahahahaha.
Foto: Masak nasi bertingkat2. Menarik ok kaedah ni. Sporting la Pakcik.
Foto: Alalalala. Comel adik2 kau ek Aimy. Hehe.
Foto: Inilah kampus gua beberapa tahun dahulu. Tempat gua study dan mencurah keringat mencari ciki. Eh.
Foto: Nasi Goreng Ayam Faveret Selama 3 Tahun Gua kat UUM. Haa, betul2 tepi Jalan kat Busten Changloon. Haa, pakcik makcik kedai ni masih ingat gua ok. Haa, lain kali jangan hanya senyum pada ciki, senyum la pada pakcik makcik juga.

Wednesday, February 9, 2011

FIRST DATE

Foto: Haa, dating di McD. Lately ni gua suka makan McD. Camne nak sixpack macam ni. Adoi.
“Lokasi telah ditentu bersama, Full House dipilih menjadi saksi date pertama. First date yang dirasakan sungguh special dalam hidup, kemeja Raoul digaya rapi, Loafer kulit Bonia coklat disarung, wangian Dunhill 51.3 disembur bagi menambah keyakinan diri bertemu sang gadis buat pertama kali. Langkah kaki disusun penuh rapi, senyuman sentiasa diukir, debar di dada kian kencang, peluh jantan keluar dalam kedingingan aircond Restoren”.

Salam, dah lama kot gua tak bagi Petua Cinta, kali ni petua untuk first date bagi kiter ni kaum lelaki. Hehe, ni melalui pendapat gua la…Kalau korang ada idea, boleh je share. Fuyoo, first date, sungguh bersedia. Yela, sapa nak tampil selekeh dan tak konfiden pada date pertama. Ok, sini gua nak share sikit idea untuk date pertama. Layan.
1.    Wajah hendaklah kemas – Shave la sikit muka kau bagi yang berjanggut, jambang dan misai. Barulah rapi. (Kalau makwe date korang tu suka lelaki hairy2, haa, boleh, tapi sila kemas la, jangan ala2 Tom Hanks dalam Castaway)
2.    Gosok baju dan seluar – Baju kedut adalah tidak digalak. Nampak sangat korang tak well prepared, spentla sikit masa untuk pegang iron tu. First Impression tu penting.
3.    Pakaila Haruman – Barulah wangi. Pasti itu adik manis terhidu bila engkau menghampiri beliau untuk menghulur salam perkenalan (Sembur kat pergelangan tangan tau) -  Gua suggestkan D&G The One. Waweiii.
4.    Pemilihan Pakaian – Haa sila pilih baju yang sesuai ok, gua cadangkan Kemeja dengan suar Khakis. Haa, barula menawan gitu. Dah dapat markah A dari adik manis
5.    Tempat Date: Haa, jangan kau ajak Ciki tu date dekat Warung tepi jalan, tak romantis la, manatau berjodoh, maka adalah kenangan manis first date korang nak dicite masa malam pertama nanti. EH. Bawakla kat tempat yang agak tenang, yang membolehkan korang bersembang tanpa gangguan bunyi, namapun first date, maka semua benda harus clean and clear. Pi la survey kat Internet mana2 Restoren yang romantic, alunan Piano, makanan sedap.
6.    Communication – Haa, ini la paling penting. Anda sila jangan syok sendiri dengan asyik citer pasal diri kau je, kena balance tau bro. Haa, nanti adik manis tu boring, kau juga yang melepas. Padan Muka. Ingat zaman sekarang senang ke nak cari adik manis. Just be yourself, tapi janganla jujur sangat hingga keluar dialog ni, “U, cara u makan mengingatkan I pada Ex I la, comel tau U ni”. Haa, memang goal la korang malam tu. Bijak. Tarik minat dia dengan banyak bertanya tentang diri dia. Hehe.
7.    Jangan SMS dengan Ciki lain – Abang Hensem, cover line la sikit. Sila jadi kasanova yang bijak ok. (Pendek je explanation, eh)
8.    Akhiri dengan Senyuman – Hantar itu adik manis ke kereta dia, kalau bapa dia jemput, pi jumpa dengan bapa dia sekali. Pastu SMS, “Thank yer U, really2 great tonight”, besok u plak belanja I lunch. HAHA.
Begitulah serba sedikit idea gua tentang amalan biasa nak date pertama ni, apa yang penting kita jadi diri kita, jangan nak Nampak cool hingga menjadikan kita janggal. Biasa2 dahla. Yang penting moment tu diisi dengan baik. Next date maybe u all boleh perbaiki lagi kelemahan. Sila jangan share / collect duit untuk bayar makan korang malam tu. Mr Gentle, sila bayarkan. TQ
Foto: Happy Ending Story. Lalalilalilala
Eleanur P/S: Ohye, second date korang bawala surprise roses, tangkap cintan punya la itu adik manis.

Tuesday, February 1, 2011

HARI ITU & HARI INI

Foto: Rayyan dan Fidah

Hari Itu, aku nampak seorang ibu menyelimutkan anaknya yang kesejukan dengan tuala.
Hari Ini, aku dengar betapa seorang ibu risau anaknya lari dari rumah mengikut kekasih hati.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu sibuk mengajar anaknya berbasikal di taman.
Hari Ini, aku dengar resah seorang ibu pabila anak kesayangan dicuit pembantu rumah.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu menyuap nasi ke mulut anaknya dengan penuh kasih sayang.

Foto: Marissa dan Lili

Hari Ini, aku dengar gumbira hati seorang ibu kala anak diterima masuk asrama penuh.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu berusaha memasak lauk pauk untuk anaknya.
Hari Ini, aku dengar seorang ibu bercerita tentang anak-anaknya yang kian membesar.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu tergesa punch kad untuk menjemput anak pulang dari sekolah.
Hari Ini, aku dengar excited seorang ibu mengurus majlis kahwin anaknya.
Hari Itu, aku nampak wajah sayu seorang ibu menghantar pemergian anak tersayang pulang ke U.
Hari Ini, aku dengar seorang ibu rindu dan rindu pada anak-anak pada nafas2 terakhirnya.

Foto: Eva dan Mimi

Eleanur P/S: Hari Itu & Hari Ini, untuk ibu tercinta, berusahalah, ukirlah senyuman di wajah mereka sehabis daya, sebab kita taktau akan ada Hari Itu & Hari Ini lagi untuk kita dan Ibu. Sayangi Ibu Bapa anda.

Monday, January 24, 2011

CAWAN KOPITIAM

Foto: Sedap tau Air Bandung ni, tapi gua minta yang kurang soda. Lebih senyuman takpe,Hohi2.

Salam. Hari Jumaat yang lepas, berkesempatan untuk makan tengahari di Cawan Kopitiam…Dekorasi kedai Menarik, Air Bandung yang sedap, Customer Service pun baik. Yang penting, Manager kedai yang serve and she’s have great smile. Eh…Takla, akak tu memang baik pasal even mula2 aku order nasi lemak ayam, pastu di tengah jalan aku tukar plak kepada chicken chop. HAHA. Akak tu tak marah pun, terus je dia buatkan aku Chicken Chop. So, makanan memang sedap la menurut kata En Hafis dan En Ahmad Nizam.

Foto: Nasi Lemak Sambal udang untuk En Hafis. Sedap katanya. Haa dah dapat 2 star dah.
Berminat untuk mencuba, kawan2 boleh pi try makan di alamat ini yer.
Zarina Sarmin (Manager Cawan Kopitiam) 017 7165684
13, Jalan Impian Senai Utama, Taman Impian Senai,
81400, Senai, Johor Darul Takzim
Foto: Nasi Goreng Cina untuk En Ahmad Nizam. Haaa, ada 2 udang yang telah siap dikopek bagi para mereka yang malas nak kopek udang. Hehe.
Foto: Inilah Chicken Chop Gua. Blackpaper Sauce beserta Magi Goreng Kering. - Wink Wink -
Eleanur P/S: En Hafis, aku tak senyum pun kat budak waiter tu…Eh.

Wednesday, January 19, 2011

2010 nan Indah

Salam. Yo. Akhirnya berkesempatan nak upload gambar2 sepanjang 2010 yang indah. Sememangnya tahun yang indah untuk gua. Macam2 kenangan. Malas nak type, baca je caption kat gambar2 tu. LAYAN.

Foto: Januari, makan bersama Geng 3 Jari. Bercerita kisah Budi. Haha.


Foto: Bergambar di depan Zon Regency. Event BIOJOHOR buat kat sini. Haruslah gua turun tengok Site.
Foto: OOO. Korang, suda lupa sama aku yer sekarang. Jum dating. Tengok adik manis kat Jalan Susur ke?

Foto: Bersama Ferrari gua yang baru lepas polish dan didatangkan bersama Gundik sekali (Baju Merah)
Foto: Gua ada Conference kat Tawau. Kenangan yang berbaloi even aku jalan2 sorang2 kat Pekan Tawau tu.
Foto: Nasi Dage kat Pasar Besar Siti Khadijah. Besaq ok Udang tu. Ore Kelate Semua Manis2. Huhu.

Foto: Sedap ok Ayam Percikssss. Haaa...Sila pilih bahagian Punggung.

Foto: Ogos, kenangan main Painball firstime. Pediss ok belakang gua kena tembak dekat2. Dendam ok.
Foto:  22Mei10, Amik gambar Fashion Show. Di sinilah ianya bermula.
Foto: Suara Husky gua berkumandang di Corong Radio Best 104. Haha. Terima kasih kepada yang gelakkan gua. Haha.
Foto: Rupa2nya aku pernah jual Kad Pintar PLKN. Haha. Macam2 keje aku dah buat rupanya. Boleh letak dalam Resume.

Foto: Masa Dinner BIOJOHOR. Haa, BIOJOHOR kali ni berjaya make lebihan RM100K tau untuk budak2 setahun jagung macam kami. Niza = Cup Corn, En Hafis = Pop Porn,eh, Corn.

Foto: Disember. Wajah terbaru gua, sapa ntah amik gambar gegar seribu...Bagus. Takpayah susah2 aku nak blurkan. Haha.
Eleanur P/S: Haha. Itula serba sedikit coretan 2010 gua. Semoga 2011 ini akan mantain or lebih gumbira. Syukur kepada Allah. Apa yang penting, happy Selalu.

Thursday, December 23, 2010

PETUA MENAMBAT HATI KEKASIH HATI KORANG

Foto: Kalau nak guna orked pun boleh nak jadikan suprise. Lagi bagus kalau Pokok Orked, pastu suruh buah hati korang jaga, tengok dia jaga elok2 ke tidak. Haa. Idea. Kaktus pun boleh. Tikus belanda pun boleh.
Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi dalam segmen Petua Cinta. Haha. Gua bukan apa, besok dah nak ke Family Day Gambang Resort City selama 3 hari 2 malam, jadi update dulu la sebelum gua berangkat pagi besok. Dinda2, kanda nak pi main Taman Tema dengan Paintball, sila jaga diri dinda2 dengan baik yer, hehe. Eh, tiba2 terasa Hot Bachelor plak. Haha. Tapi jangan risau, kanda akan sangat behave di Gambang nanti. Wink2. Ohh tertinggalkan pesan pada dinda2 plak, nanti kanda SMS je la, lagi more private.

Foto: Sillouhette Pokok Nyok. Bayangkan korang berdating kala sunset ni...Haaa...Blossom2.
Berbalik kepada tajuk di atas, ingin gua jelaskan peri pentingnya untuk selalu /  kerap / acap / untuk kita ni sang peria untuk berusaha menambat hati pasangan2 anda. Yela, dulu semasa bercinta, belum kahwin, masa nak mengorat, amboi, invest macam2 kat GF korang, bawak dating sana sini, belikan hadiah saban minggu…Jadi, even dah kahwin pun jangan la benda2 romantis korang buat sebelum ni stop begitu saja. Apakata korang maintain or improvekan lagi suprise2 tu. Haaa, sure cinta itu akan blossom hari2 ok. Tak caya, sila try. Ok2, ini sedikit petua dari perspektif gua untuk korang semua yer…
PETUA MENAMBAT HATI KEKASIH HATI KORANG
1.    Bagi Barang Kemas: Haaa, ada ke pompuan tak suka…Habib dengan Wah Chan ada sale Hujung2 Tahun ni.Pi cari. White Gold ke, Belah Rotan. Kalau Tiffany and CO. memang GF korang takkan cari lain la. HAHA. Takpun bagi barang2 yang pasangan korang idamkan, macam Lola Marc Jacob, Travel Beg Elle, Gelang Tangan Thomas Sabo, takpun Kasut Kerja Bonia…Eh…

Foto: Ajarla GF korang berenang...Aku tak sabar nak main air ni besok. Hehe.
2.    Memberi Roses: Haa lagi, pompuan kan suka bunga2 ni, bagila, jadikan dalam bentuk surprise ke…Contohnya, korang pi la berkompromi dengan mamat jaga tiket wayang, letakkan roses tu kat kerusi korang. Pastu, bila masuk je kan gelap, terduduk atas roses tu, terus penyek…ehhh…Romantik ke tight GF korang kena duri Roses. See, romantis ok kenangan itu. Boleh cite kat anak cucu korang tentang sengalnya korang. 

3.    Memuji masakan yang dibuat oleh pasangan anda: Bagi kita2 yang suka makan ni, memang perlula bagi kita untuk memuji masakan GF kita even dia masakkan kita Sandwich Sardin je. HAHA. Even rasanya bisa mendatangkan amarah dalam diri, tapi kita puji la dulu, pastu baru komplen. Puji atas usaha depa buatkan Sandwich. (Bangun pagi, beli roti, buka tin sardin dll)

4.    Ambil berat dan prihatin : Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. Dia tidak perlukan nasihat bak kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya. Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.

Foto: Thistle JB. Kalau korang terpikir nak Holiday kat Johor. Thistle pun ada kat PD juga.
5.    Bawala pasangan korang bercuti2: OOO, Masa bercinta dulu, suka2 je korang angkut anak dara orang ke sana sini, dah dapat nak teman pi pasar malam pun fikir 8 kali yer. Macam yang gua cakap masa mula2 tadi, apa yang kita buat sebelum, kita buatla juga selepas. Kan ke Sweet. Hendak seribu daya, taknak seribu ringgit sudah. Tempat2 bercuti di Malaysia yang menarik, Cherating, Port Dickson dan Pulau Mantanani (Aku pun taktau kat mana ni. Haha)

Ehhhh, banyak lagi aku menaip ni…Dahla, biological clock aku telah menunjukkan hampir waktu lunch, aku nak main pingpong la dengan EJ. Nak kuruskan perut. Nanti kan nak tunjuk six pack gua ni masa main air di Taman Tema Gambang nanti. Opsss. Dinda2 jangan mare arrr, nanti kena jual. HEHE. Kanda akan behave kat sana, kanda akan pakai baju renang muslim. Eh, ada ke…Lagi satu, kanda ada game paintball di sana, doakan kejayaan kanda yer…Musuh kanda adalah Niza, bekas perajurit Palapes masa kat UUM dulu. Tapi kanda akan tetap berjuang, manatau dapat hamper…Boleh la kita makan sama2 hasil kejayaan kanda menembak Niza nanti. EH. Merepek lagi. Ok, kawan2 Gua Chaloo dulu.
Foto: Yana dan Sunot. 201210. Semoga korang kekal bahagia selama lamanya.
Eleanur P/S: Tahniah kepada Pasangan Yana Akua dan Sunot. Yang baru Ahad lepas aku shoot weeding korang. Trimas yer atas kerjasama korang semua. Also orang2 kampung yang sangat sporting. Also, aku nak minta maaf pasal makan anggur hijau hantaran kau. Eh…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER