NUFFNANG AD

Thursday, June 30, 2011

SYUKUR KBJ 11 DAH HABIS DENGAN JAYANYA - NEXT BIOJOHOR 2012?

Bunga Matahari -  Gua shoot masa pi Kursus Fotografi Asas kat KL anjuran Adhadi Mohd
Assalamualaikum...Terasa nak upload gambar bunga plak pepagi ni, maaf la, even KBJ dah habis, masih banyak perkara nak follow up, nanti rajin gua update lagi la...Tengokla gambar bunga ni dulu.
Daa.

Tuesday, June 14, 2011

Aktiviti ku beberapa minggu yang lepas

Assalamualaikum WHT
Salam sejahtera kepada semua rakan blogger. Hari ni kepalaku pusing dan pening la. Petang tadi dah makan 2 biji panadol, tadi sebelum tidor pun aku dah makan(eh, sekarang ni aku belum tidor pun) - pening betui ni, so, dah lama tak update blog, jadi malam ni dengan kepala yang berat lagi pening, ku gagahkan diri menype sikitla. Huh. Meh gua maklumkan sikit apa aktiviti gua sepanjang gua menyepi ni:

1. Balik kenduri kat Yong Peng - Gua suka balik kampung sebab dekat kampung ada macam2 makanan yang sedap. Yang jarang kita jumpa kat bandar. Contohnya, sambal goreng kacang telon, kerabu pucuk betik, ayam kampung masak kicap dll lagi.





2. Meeting kat Tangkak - berikutan kerap pi Tangkak, aku merasakan jarak JB - Tangkak dah mcm sejengkal je. Yeke?

3. Sambutan Hari Lahir Puan Mariyati dan Kak Noni kat opis - comel je kaedah suprise budak2 opis gua. Anda memang comel. Btw, kek SDS tu agak sedap ok. So Chocolate. Mewah dengan coklat. Haaa
Tengoklah kalau tak caya.

Wednesday, June 1, 2011

Gunting Rambut kat Salon

Assalamualaikum...

Hehe. Dahlama sungguh gua tak update kan. Busy sungguh. So atas alasan busy tu la, baru tadi gua memanjakan diri gunting rambut kat salon. Haaa kelas kau maria. Hehe.

Reward diri la kononnya.

Juga tadi pi setel semua bil2. Done.

Now tengah tunggu nasi goreng ayam gua siap. Wawi. Ginilah hidup bujang. Semua sendiri.

Btw, gua jumpa application yang blh update blog via phone. Sukaaaa. Pasai blh attach gambar sekali. Hahaha. Semoga mood berblog itu datang. Lalallaa.



Nasi Goreng Ayam kedai Iwan. Sedap ok.

Monday, May 9, 2011

ACTION SPEAK LOUDER THAN WORD

Assalamualaikum. Hari Isnin yang panjang la. Dahla Chelsea kalah semalam…Selamat la Nasi Goreng Ayam sedap pastu Iwan yang belanja, dapatlah gua mengubati. Okla, terus kepada Tajuk di atas. Gua ingat nak emo2 sikit la berikutan kerja kian melambak, event gua pada Hujung Jun ok, dah tinggal 2 bulan je…Hahaha. 
Kak Mas - Kak Mas ni baik, banyak ketawa, ketawa je kejenya...So, action ketawa tu, lagi sweet kan dari kata2.
Merujuk kepada perkara di atas, gua yang dulunya pelajar jurusan komunikasi ingin menterjemah kan tajuk entry pada kali ini, pada pemahaman saya, bermaksud; Tindakan yang kita buat tu, adalah nampak lebih dari kata2, lebih menggambarkan kata2 kita tu. Paham tak. Contohnya, kalau dekat opis bersemangat je kata nak makan Ayam Madu, then pastu, dahbalik jumpa ayam KFC, tak jadi plak nak makan Ayam Madu. So, mean kadang2 kata2 kita takla menterjemahkan tindakan kita tu…So, baik terus pi makan Ayam Madu (Action), dari berkobar2 je bercakap (words) nak makan. (Kalau salah betulkan).
Banyak je gua jumpa orang yang cakap kuss semangat, tapi actionnya lain. Mengajar orang dia pandai, tapi diri sendiri pun ntah hapa2. So, dahla, hiduplah dengan berpada. Ohye, rasanya masih belum terlambat nak wish hari Ibu kat Mama gua. Selamat Hari Lahir Mama, semoga sentiasa sihat dan best selalu. Hehe…Meh citer sikit aktiviti gua weekend2 lepas:
Idaaaaaaa, kau boleh buat muka ayu plak pegang baby Danish ni...Eeee. Selamat la aku ingat kita punya Ikrar. Eh, kita pernah ada ikrar ke...(Cantik plak kau dalam Gambar ni) - Pi tunjuk kat Pakwe kau. Lalala.
1. Kuar dating dengan Ida (GFF Gua) -  Makan McD, update pasai citer masing2, pasai BF Ida, dan pasai henpon baru gua, Haha, tapi damn, tak boleh pun nak wifi kat McD, masak kena kutuk dengan Ida. Yela, Henpon canggih gua ni mana blh wifi kat public2 ni. Ida ni ada blog, tapi dalam blog dia, dia blh letak plak gambar gua tanpa bluring2. Nanti kantoi la wei…Mangkuk la kau ni. Haha.
2. Belanja Mama makan sempena hari Ibu – Haaa, mama nampak sgt happy. Gua siap kishh mama lagi, korang ada? Kat public tau. Haha. Sayangi Mama anda, percayalah, detik2 tu takkan berulang. Mama happy sangat dan terus kenyang, so, gua la yang membedal mee hun soup yang agak masam tapi sedap tu.
Wajah Kacak Gua diperoleh dari Mama la. Hahaha. Abaikan Mamat yang Over Excited tu. Sebenarnya gua tengah dengki adik gua masa ni sebab nak amik gbr dgn mama, gua taknak amik. Amikla gbr dengan abah. Haha.
3. Tengok Game Chelsea vs MU -  Iwan berkejar Ok ,lepas main Futsal nak tonton team kami lawan. Tapi kalah…Huhu. Takpe, yang penting semangat setiakawan dapat dipupuk. Aku update kat Iwan pasal Misi Kinabalu Budi, haaa, apa bikin arrr, jangan salah DAKI arr abang Budi. Lalalala.
Haaa itu la serba sedikit aktiviti gua, tak best sgt pun, tapi aku happy la if tgk orang sekeliling aku happy. Dapat create smile kat wajah dorg semua hati jadi gembira. Huhu.
Eleanur P/S: Have all day chat with Anna Ciwi. Huhu. Sorry yer U. Lama sangat kita tak contact, I ingat U dah ada BF, tu yang malas nak rapat…Huhu. Sekali takda plak. (eh tersuka plak). Mesti  U suka kan pasai MU menang semalam, surely tido pakai Jersi MU kan…Malam ni kalau free I call yer…I pun tengah membujang ni, dah 26 tahun bujang.
Eh, tadi terbagi Cik Raha kita gula2. Wawi.
Gambar bebudak Kelas Ayin. Tingkatan Tiga. Sporting pun korang. Kekalkan ikatan korang ni yer...Even dah dewasa pun nanti.

Wednesday, May 4, 2011

Aku testing lagi update. Haha

Mata masih tak boleh tido. Maybe masih segar berikutan main badminton tadi ( pasti aku bangun lambat ni besok)

Berkenaan hati

Assalamualaikum...

Ini adalah percubaan update blog guna telefon, ni baru nak belajar. Again blog gua lama dah tak diupdate. Yaa mmg busy kot diri ini.

Berbalik pada tajuk di atas, lately ni Orang di sekitar gua semua
Lara hatinya

1. Patah hati - putus cinta, cinta yang disemai tak capai target ( mcm buat sale plak)
2. Delima hati - haaa dua lelaki muncul dalam hidup, taktau mana nak pilih
3. Kecil hati - kekasih hati dia tak datang makan bersama bakal mertua
4. Berhati hati - takut nak buat keputusan, takut ada hati yang akan kecewa
5. Merajuk hati - segan nak jumpa dengan kawan2 opis lama, sebab dgr pelbagai fitnah ttg dirinya
6. Jaga hati - gua jaga hati mama gua, happykan mama selalu
Banyak betuikan hal yg berkaitan dengam hati. Haihhh dalam minggu banyak sangat citer yang aku dengar, kawan2, anggaplah itu semua dugaan untuk kita, agar kita jadi lebih tabah dan berjaya.life kita kalau takda cabaran , nanti takda benda nak dicite pada anak cucu Hadapi dengan senyuman dan apa2 berdoalah kepada Allah SWT.

Thursday, April 14, 2011

HUJUNG MINGGU YANG LEPAS


Assalamualaikum. Yo, hujung minggu yang lepas, adik gua si Kritikal balik rumah mama bersama Lin, memanglah kena balik, lama gila tak balik Johor, ada ke patut bertapa selama2nya kat Sintok tu. Maka, si Kritikal pun balik la jumpa mama dia…Rancangan diatur dengan membeli otak2 sebanyak 50 keping, sebab adik gua ni je rajin membakar, aku macam biasa, tukar rasa otak2 tu dah masak ke belum. Haa, tugas yang cukup rumit. Huhu. So, layan je la apa aktiviti gua buat hujung minggu yang lepas. Tengok gambar lagi la…
Kritikal dan Lin gigih memasak sphageti dan lengkong dan jemput2. Haaa, bagusla pasangan ni sama2 pandai masak, nanti jemput abang korang ni makan yer...Sikap seperti inilah harus diteladani. Kepada bakal2 isteri gua, gua suka makan2, rajin2 la belajar memasak yer, nanti I makan luar plak...huhu.

Ini mama kesayangan saya, Puan Hamidah namanya. Kelihatan beliau masih teruja mendapat mesin basuh baru. Yang kali ni 10kg sizenya. Mama bangga bercerita tentang abiliti mesin basuh beliau yang mampu basuh toto besar dan suar jean gua yang banyak tu. Haha. Tapi, mesin basuh mama ni semi auto, dah 3 biji pun semi auto. Abah kata, mesin auto senang rosak...OOO. Ilmu baru.
Kritikal dengan bangganya mencedok kauh sphagetti yang telah siap. Haaa, not bad. Mama dan Ayin cakap, yang kritikal buat ni lagi sedap dari Sphagetti yang aku buat dulu. Ishh, jujur plak. Haha, takpe, aku pandai buat air minuman. Kelasssss....
Haa, nampak dak TV baru mama gua. Eh, banyak betul yang baru ni, terkejut kritikal sampai2 dari KL terus nampak TV baru. Dari Jumaat malam aku godeh TV ni nak bagi dapat main by Pendrive / Hardisk. Tak boleh2 juga. Siap aku pi jumpa basuh mamat kedai TV tu suruh dia buat bagi dapat, haaa, berpeluh2 kau...(Gua memang nampak je cool, eh). Haa masa aku nak beli super confirm je mamat tu kata, cucuk je bang, boleh terus play movie. Gua siap bawa semua gadjet malam tu, suruh mamat tu buat. Kami dahla besar2 badan, cuak mamat tu, dah 1 jam dia godeh, dan kami tengok dia macam nak nangis dan basah kuyup berpeluh, last2 dia kata nanti dia call Technician. Refer balik pada gua besoknya. Haa, moralnya, as sales promoter, u all kenala tau detail pasal produk yg korang jaga tu. (Mangkuk) - Haa, gua ni penyabar, tapi sebab u all "bagus" sangat, maka aku just hantar Surat Komplen kat HQ korang ek...UNGKAL. Dahla semua staff macam bagus dan layan acuh tak acuh. Layan gua acuh tak bancuh takpe, ni ko layan mama gua macam tu, memang kena la...Eh, panjang plak caption gambar ni...

Haa, the best part is, pada Ahad tu, kala semua orang tertidor kepenatan, hanya ada aku, kritikal dan mama kat ruang tamu, kami mainla godeh2 TV tu lagi, haaa sekali dapat plak sambungkan dari laptop ke TV. Hahahaha. Gembira ok. Mama la paling gumbira tengok kerjasama anak2 dia mendatangkan hasil…(Ke happy sebab dapat tengok movie dengan lebih jelas). Haaa, dalam fikiran gua nak install game bola je, puas la layan PES dekat TV besar…huhu. Ok, chaloo…Nak update FB opis gua plak ni…Huhu.

Wednesday, April 13, 2011

COLMAR TROPICALE with LOVE

Japananese Tea House. Takda apa2 pun kat sini. Dahla penat korang kena naik ke tempat ni. Curam tak ingat. Ciki Jepun yang gua harap2 kan pun takda, apek dengan pak Arab banyakla.
Mereka-meraka yang terlibat menjayakan program ini, btw, kami attend wedding gua punya 2 kupu kupu kazen dekat UIA, Gombak, jadi dah dekat tu yang pi naik ke Bukit Tinggi tu. Ohye, korang kalau nak pi, naik pukui 430pm ke atas, dapatlah potongan harga 50%. Entry Fee RM 12= jadi dapatla RM6 per pax. BTW, aku punya tiket pukui 415. Damn...Lepas dah beli baru dia bagatau. Haha
Ayin dengan Lin je rajin nak turun pergi tengok ikan koi dengan Swan. Jinak ok Swan2 di sini. Aku prefer pandang dari atas je.
Korang jangan mainla game2 dekat atas ni, mahai dan kadar korang nak menang adalah sangat tipis. Haha. Baik beli sate dari beli token (Ke sebab tangan aku yang tak lurus). Btw, barang2 kat atas ni mahai. Aiskrim yang biasanya RM1 tiba2 suddenly jadi RM3. Kelas kau Maria. Maybe harga tanah tinggi kot. Haa, itulah sedikit sahaja gambar2 yang ingin gua kongsikan sepanjang holiday famili gua ke Bukit Tinggi. Kritikal (Adik Gua ajak kami sekeluarga pergi Singapore, sebab dia dah ada passport. Apa Kes. Sayangi Keluarga Anda. Bye, jumpa lagi.

Tuesday, March 15, 2011

Tonton Khurafat di Rumah


Assalamualaikum. Bersua kembali kita setelah sekian lama menyepi. Maaflah para hadirin sekalian, gua agak busy menguruskan hidup (Bukan Kurus). Minggu2 lepas, di kantor gua banyak berlaku aktiviti, dengan Program 5S, Sambutan Maulud Nabi, main pingpong lagi. Ahh, macam2, sudah jemu diriku mengadap semua itu. Wah, ayat macam Merong Mahawangsa dah. Jadi, macam biasala, kalau jemu je, gua mesti balik rumah mama gua di kampung untuk merasai suasana kampung, sure hilang stress punya. 
Haa, tengok tu, mana nak cari Panggung Wayang yang boleh makan talapia goreng. Kerusi selesa plak tu. Boleh baring melintang lagi. Toto tu gua yang stay, sebab gua dah tengok dah Khurafat, gua menjadi elemen terkejut2 je. Hahaha (Ketawa tokey wayang)
Jadi baru2 (12.3.11) ni gua menemani mama, abah dan ayin ke Econsave yang baru dibuka, maka ternampaklah kedai menjual DVD. Lalu, terus gua je mencapai DVD Khurafat bernilai RM 5.00 (Sure cetak rompak). Haa, bila sampei rumah je, tanpa mencuci kaki, gua terus setup hall rumah mama gua menjadi mini cinema. (Kelas Kau). Lengkap dengan speaker buka kuat2 bagi bunyi keliling, nachos dan kitkat pun ada, air masak pun lengkap kalau sapa2 haus kala nonton wayang gua ni. Maka wayang pun bermula, 10 minit pertama elok je DVD ni tak rosak, masuk je minit ke 11, rosak plak. Khurafat betul. Tersekat2. Selamatla tak kena baling dengan popcorn. Haih, impian gua lebur tatkala nak nonton wayang mini bersama keluarga lantaran DVD Cetak Rompak tu. Haih. Maka, penonton pun masuk bilik masing2 dengan perasaan hiba. (Takpe yer TuanPuan, besok kita akan adakan siaran ulangan, u all boleh simpan itu tiket). 
Lilin menjadi pengganti diri kepada lampu rumah gua yang sengaja dipadamkan (ala wayang kan). Pastu gua siap pasang pewangi kuat2 (elemen bunga kubur) dan nachos dan kitkat sebagai kudap kudapan.
Haha, begitulah serba sedikit rencah berkeluarga ni. Ada tolak ansur, support menyupport dan tak baling gua dengan nachos. Ayuh kita salahkan penjual DVD Cetak Rompak tu, eh,  ke salahkan aku yang membeli. Hurm. Ohye, selepas Program 5S, aku telah menjadi super rajin dengan mengemas bilik aku di kampung dengan vakum sekali. Gila kentang. Haha. Itu je pada kali ini, gua nak pegi makan ayam madu la plak. Daa. Assalamualaikum.
Taraa...inilah bilik gua sebelum dikemas dan divakum. Harmony tak...macam2 ada. Selepas korang tengok gambar ni, dah tak macam ni. Bilik gua telah bertukar jadi lebih luas. Mama gua pun puji sebab berjaya kuarkan sekarung besar habuk. Eh, sampah la. Haha.

Thursday, March 3, 2011

GUA TERINGIN PAKAI SUNGLASS

Foto: Refleksi diri gua dalam Kaca Mata Hitam En. Ahmad Nizam. Masa ni ada Program kat sekolah orang Asli SK Pengkalan Tereh.
Foto: Gambar ni masa outing dengan rakan2 Photographer. Panas masa outing ni, tu yang Mira ni pakai Sunglass. (Sila abaikan bibir yang mungil itu. Eh)
Foto: Abang Spek ni plak masa aku shoot gambar kahwin kat Jitra. Happy je abang ni.
Foto: Ni gambar spek mahal gua. Haha. Harga dia RM 18 Ratus ok. Haha. Lihatlah kanta Carl Zeiss yang cukup nipis tu. Eh, terbelagak plak. (Bukan gua nak citer pasal Sunglass ke)
Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya gua teringin nak pakei spek hitam, yela di kala driving, jalan2 tepi pantai, dating dengan dinda2. Namun disebabkan gua rabun, maka agak membataskan la pergerakan gua. Yela, kalau nak bergaya, namun tak nampak jalan, camne la kan. Haha. Contohnya masa Pi Tawau tahun lepas, ada je beli spek hitam, tapi pastu jatuh masa jalan2, terus pecah. Haha. Malas dah gua nak melaram lepas tu, tapi tengok En Hafis pakai Spek Hitam while driving macam Cool je. HAHA.

Wednesday, February 23, 2011

AIMY & FAIS, JITRA KEDAH - KEMBALI PULANG KE UUM

Foto: Aimy. Cantikknya kawan aku sorang ni. So Blossom and Bloom. Tahniah Mi. Dilupa jangan moment kita makan roti nan dan kutuk bos masing2. Keh2.
Foto: Seronok tengok orang ramai gotong royong memasak untuk jemputan, masak on the day plak tu. Thumbs Up untuk All Orang Kampung. Cayalah. Haa, makcik2 ni suka je nak offer aku menginap rumah depa. "Takpelah makcik, saya duk bilik adik saya kat Sintok je. "Makcik ada anak dara ke? Eh, hahahahaha.
Foto: Masak nasi bertingkat2. Menarik ok kaedah ni. Sporting la Pakcik.
Foto: Alalalala. Comel adik2 kau ek Aimy. Hehe.
Foto: Inilah kampus gua beberapa tahun dahulu. Tempat gua study dan mencurah keringat mencari ciki. Eh.
Foto: Nasi Goreng Ayam Faveret Selama 3 Tahun Gua kat UUM. Haa, betul2 tepi Jalan kat Busten Changloon. Haa, pakcik makcik kedai ni masih ingat gua ok. Haa, lain kali jangan hanya senyum pada ciki, senyum la pada pakcik makcik juga.

Wednesday, February 9, 2011

FIRST DATE

Foto: Haa, dating di McD. Lately ni gua suka makan McD. Camne nak sixpack macam ni. Adoi.
“Lokasi telah ditentu bersama, Full House dipilih menjadi saksi date pertama. First date yang dirasakan sungguh special dalam hidup, kemeja Raoul digaya rapi, Loafer kulit Bonia coklat disarung, wangian Dunhill 51.3 disembur bagi menambah keyakinan diri bertemu sang gadis buat pertama kali. Langkah kaki disusun penuh rapi, senyuman sentiasa diukir, debar di dada kian kencang, peluh jantan keluar dalam kedingingan aircond Restoren”.

Salam, dah lama kot gua tak bagi Petua Cinta, kali ni petua untuk first date bagi kiter ni kaum lelaki. Hehe, ni melalui pendapat gua la…Kalau korang ada idea, boleh je share. Fuyoo, first date, sungguh bersedia. Yela, sapa nak tampil selekeh dan tak konfiden pada date pertama. Ok, sini gua nak share sikit idea untuk date pertama. Layan.
1.    Wajah hendaklah kemas – Shave la sikit muka kau bagi yang berjanggut, jambang dan misai. Barulah rapi. (Kalau makwe date korang tu suka lelaki hairy2, haa, boleh, tapi sila kemas la, jangan ala2 Tom Hanks dalam Castaway)
2.    Gosok baju dan seluar – Baju kedut adalah tidak digalak. Nampak sangat korang tak well prepared, spentla sikit masa untuk pegang iron tu. First Impression tu penting.
3.    Pakaila Haruman – Barulah wangi. Pasti itu adik manis terhidu bila engkau menghampiri beliau untuk menghulur salam perkenalan (Sembur kat pergelangan tangan tau) -  Gua suggestkan D&G The One. Waweiii.
4.    Pemilihan Pakaian – Haa sila pilih baju yang sesuai ok, gua cadangkan Kemeja dengan suar Khakis. Haa, barula menawan gitu. Dah dapat markah A dari adik manis
5.    Tempat Date: Haa, jangan kau ajak Ciki tu date dekat Warung tepi jalan, tak romantis la, manatau berjodoh, maka adalah kenangan manis first date korang nak dicite masa malam pertama nanti. EH. Bawakla kat tempat yang agak tenang, yang membolehkan korang bersembang tanpa gangguan bunyi, namapun first date, maka semua benda harus clean and clear. Pi la survey kat Internet mana2 Restoren yang romantic, alunan Piano, makanan sedap.
6.    Communication – Haa, ini la paling penting. Anda sila jangan syok sendiri dengan asyik citer pasal diri kau je, kena balance tau bro. Haa, nanti adik manis tu boring, kau juga yang melepas. Padan Muka. Ingat zaman sekarang senang ke nak cari adik manis. Just be yourself, tapi janganla jujur sangat hingga keluar dialog ni, “U, cara u makan mengingatkan I pada Ex I la, comel tau U ni”. Haa, memang goal la korang malam tu. Bijak. Tarik minat dia dengan banyak bertanya tentang diri dia. Hehe.
7.    Jangan SMS dengan Ciki lain – Abang Hensem, cover line la sikit. Sila jadi kasanova yang bijak ok. (Pendek je explanation, eh)
8.    Akhiri dengan Senyuman – Hantar itu adik manis ke kereta dia, kalau bapa dia jemput, pi jumpa dengan bapa dia sekali. Pastu SMS, “Thank yer U, really2 great tonight”, besok u plak belanja I lunch. HAHA.
Begitulah serba sedikit idea gua tentang amalan biasa nak date pertama ni, apa yang penting kita jadi diri kita, jangan nak Nampak cool hingga menjadikan kita janggal. Biasa2 dahla. Yang penting moment tu diisi dengan baik. Next date maybe u all boleh perbaiki lagi kelemahan. Sila jangan share / collect duit untuk bayar makan korang malam tu. Mr Gentle, sila bayarkan. TQ
Foto: Happy Ending Story. Lalalilalilala
Eleanur P/S: Ohye, second date korang bawala surprise roses, tangkap cintan punya la itu adik manis.

Tuesday, February 1, 2011

HARI ITU & HARI INI

Foto: Rayyan dan Fidah

Hari Itu, aku nampak seorang ibu menyelimutkan anaknya yang kesejukan dengan tuala.
Hari Ini, aku dengar betapa seorang ibu risau anaknya lari dari rumah mengikut kekasih hati.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu sibuk mengajar anaknya berbasikal di taman.
Hari Ini, aku dengar resah seorang ibu pabila anak kesayangan dicuit pembantu rumah.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu menyuap nasi ke mulut anaknya dengan penuh kasih sayang.

Foto: Marissa dan Lili

Hari Ini, aku dengar gumbira hati seorang ibu kala anak diterima masuk asrama penuh.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu berusaha memasak lauk pauk untuk anaknya.
Hari Ini, aku dengar seorang ibu bercerita tentang anak-anaknya yang kian membesar.
Hari Itu, aku nampak seorang ibu tergesa punch kad untuk menjemput anak pulang dari sekolah.
Hari Ini, aku dengar excited seorang ibu mengurus majlis kahwin anaknya.
Hari Itu, aku nampak wajah sayu seorang ibu menghantar pemergian anak tersayang pulang ke U.
Hari Ini, aku dengar seorang ibu rindu dan rindu pada anak-anak pada nafas2 terakhirnya.

Foto: Eva dan Mimi

Eleanur P/S: Hari Itu & Hari Ini, untuk ibu tercinta, berusahalah, ukirlah senyuman di wajah mereka sehabis daya, sebab kita taktau akan ada Hari Itu & Hari Ini lagi untuk kita dan Ibu. Sayangi Ibu Bapa anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER