Termenung - Lumrah pergi mana2 Event. Dah banyak Event yang gua pergi, dan join, penat memang penat, tapi enjoy, every Event dapat networking baru, pengalaman dan perspektif baru. Yang paling penting dalam buat2 Event ni kena SABAR la aku rasa. Yess, Sabar is the Word.
Aus Bom, dengan gaya Tai Chi beliau masa J-Robik KBJ masa pagi Ahad. Thank You Aus Bom banyak membantu kelancaran program. Tanpa student2 LI macam korang pasti tak meriah program KBJ ni.
Ohye, KBJ ada buat Pertandingan Fotografi, so, gua, EJ dengan Encik Hafis masing2 try amik gambar nak masuk la konon. Last2 tengok contestant yang hantar gambar semua "meletup2", lalu kami membatalkan niat kami. What The Fish kan? Nampak daun yang gugur tu, tu pun sebahagian teknik kami tu, hahahaahaha. Damn.
Mother Booth kami, orang ramai ok datang tengok ikan siakap la, serai wangi la, kuda laut la...Maybe Biotek ni bidang baru untuk warga Tangkak tu yang ramai turun tu, cungap aku tengok kawan2 yang tugas kat Booth. Btw, congrat yer kawan2
Haa, ni pun gambar yang aku nak pertandingankan la konon...Siap pergi zoo dengan EJ nak amik gambar "Biotechnology & Biodiversity" la konon. Memang canggih betul. Harimau ni pun malas layan kami, duk bawah pokok je. Pengalaman betui.
Abang Kawasan Tangkak - Gua rapat dengan Abang kawasan yang tengah, Abg Long Hazwan sebab dari dulu lagi mana2 Event pergi mesti ada Hazwan. Masa last BIOMALAYSIA 2010, aku stay sebilik dengan Bro Hazwandekat The Zon, dahla pintu bilik air hotel tu takda selak boleh Hazwan masuk plak, apalagi, mandi la sama2, ehhh.Korang memang terbaek. (Teringat moment bersama Obey Grey dan Pudin dekat Palm Resort Putrajaya)
Sekejap je dah Ramadhan ke 16. Semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Ohye, selipar raya jangan dilupa, cari selipar yang cantik dan praktikal. Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya.
Berkawan dan Bersahabat, jangan pernah ukur pada paras rupa, harta dan kedudukan, hitam putih, kaya miskin dan jangan pandang rendah pun, sebab apa, sebab persahabatan itu indah, seindah matahari terbit seawal pagi, dan setenang matahari senja kan...
Gambar diambil kala melepak2 amik gambar kandid dekat KLCC, macam2 watak dan tawaketawa ok manusia kat KLCC ni...hehe.
Assalamualaikum WHT. Gua ni banyak je pergi event sana sini, cuma malas je nak update gambar dan cerita2 pasal journey gua tu, ni gua share sikit pasai event KBJ 2011 yang baru lepas, citer bergambar, hari ni emo sikit, nak pi dating dan makan sedap la...
Dah lama tak letak gambar gua yang blur. Ni letak la, sekarang gua suka pakai baju putih...Hehe...Nampak kan gua semakin putih. Masa ni baru sudah habis J-Robik pada pagi Sabtu, naik hilux okies...Duk 6 orang kat belakang.
Haa, nampak tak Aus Bom cuba amik gambar spender amoi masa ni, manakala En Zik tersenyum suka, dan Nazri Nadar maintain kacak, ni kami nak pi sarap ni, lapar okies.
Dorang ni bermain2 dengan induk siakap sambil nyanyi lagu "wahai induk, malam last kami goreng kau buat siakap asam limau garlic"...
Eleanur P/S: Kalau gua rajin, banyak lagi la gua upload gambar dan cerita...
Cantikkan presentation kacang macam ni. Macam Gunung Kekacang yang memuntahkan kekacang. Meletus. (Merepek dah ni)
Pandangan dari atas kapalterbang, masa ni saya berkesempatan shoot, so nampak la puncak dan rabung Gunung Kekacang ni. Dalam hati saya berdetik, "ishh, kalau terhempas ni, tercacak kat badan, macam sate jadi nanti". Cepat2 saya suruh pilot drive laju sikit. Btw, pandangan gunung ni indah kan?
Nasi Arab / Nasi Bukhari. Sedap weii ayam dia...Tapi aku rasa nama betul dia aku dah lupa. Kalau penat kerja kan, korang kena reward diri korang. Bayar bill is bayar bill, tapi belikan diri korang juga. Atleast Nasi Arab. Hehe.
Assalamualaikum Semua. Haa, kembali pulang dah gua. Busy ok menyiapkan report untuk KBJ yang baru sudah...Ambik, banyak muka surat, dah macam thesis dah...Penat. Lepas ni harus merewardkan diri, nak makan sedap dengan nak shopping baju, seluar dan seluar dalam. Hoho. Tak sampai seminggu, Datuk dah minta H ber 3 prepare untuk BIOJOHOR 2012. Lokasi dah dapat...so, date pun kami dah adjust. Maybe buat lepas raya kot tahun depan, (mean beraya tak aman la nampaknya), duk pikir participant dah penuh ke belum. Wahh so excited. Datuk suruh we all cuti, tapi semua masih tak cuti2, kuat kerja betul teammate2 aku ni. GILA KENTANG. La korang.
Ntahla, dah lama kot tak mereward diri ni, so, nak pi rayau2 la kat Jusco. Beli apa yang patut. Ok, tu je yang sempat, kalau rajin update pasal KBJ Tangkak 2011 yang penuh dengan tawaketawa. Ke nak update lepas Post Hentam? Lalalalala.
Bunga Matahari - Gua shoot masa pi Kursus Fotografi Asas kat KL anjuran Adhadi Mohd
Assalamualaikum...Terasa nak upload gambar bunga plak pepagi ni, maaf la, even KBJ dah habis, masih banyak perkara nak follow up, nanti rajin gua update lagi la...Tengokla gambar bunga ni dulu. Daa.
Assalamualaikum WHT
Salam sejahtera kepada semua rakan blogger. Hari ni kepalaku pusing dan pening la. Petang tadi dah makan 2 biji panadol, tadi sebelum tidor pun aku dah makan(eh, sekarang ni aku belum tidor pun) - pening betui ni, so, dah lama tak update blog, jadi malam ni dengan kepala yang berat lagi pening, ku gagahkan diri menype sikitla. Huh. Meh gua maklumkan sikit apa aktiviti gua sepanjang gua menyepi ni:
1. Balik kenduri kat Yong Peng - Gua suka balik kampung sebab dekat kampung ada macam2 makanan yang sedap. Yang jarang kita jumpa kat bandar. Contohnya, sambal goreng kacang telon, kerabu pucuk betik, ayam kampung masak kicap dll lagi.
2. Meeting kat Tangkak - berikutan kerap pi Tangkak, aku merasakan jarak JB - Tangkak dah mcm sejengkal je. Yeke?
3. Sambutan Hari Lahir Puan Mariyati dan Kak Noni kat opis - comel je kaedah suprise budak2 opis gua. Anda memang comel. Btw, kek SDS tu agak sedap ok. So Chocolate. Mewah dengan coklat. Haaa
Tengoklah kalau tak caya.
Hehe. Dahlama sungguh gua tak update kan. Busy sungguh. So atas alasan busy tu la, baru tadi gua memanjakan diri gunting rambut kat salon. Haaa kelas kau maria. Hehe.
Reward diri la kononnya.
Juga tadi pi setel semua bil2. Done.
Now tengah tunggu nasi goreng ayam gua siap. Wawi. Ginilah hidup bujang. Semua sendiri.
Btw, gua jumpa application yang blh update blog via phone. Sukaaaa. Pasai blh attach gambar sekali. Hahaha. Semoga mood berblog itu datang. Lalallaa.
Assalamualaikum. Hari Isnin yang panjang la. Dahla Chelsea kalah semalam…Selamat la Nasi Goreng Ayam sedap pastu Iwan yang belanja, dapatlah gua mengubati. Okla, terus kepada Tajuk di atas. Gua ingat nak emo2 sikit la berikutan kerja kian melambak, event gua pada Hujung Jun ok, dah tinggal 2 bulan je…Hahaha.
Kak Mas - Kak Mas ni baik, banyak ketawa, ketawa je kejenya...So, action ketawa tu, lagi sweet kan dari kata2.
Merujuk kepada perkara di atas, gua yang dulunya pelajar jurusan komunikasi ingin menterjemah kan tajuk entry pada kali ini, pada pemahaman saya, bermaksud; Tindakan yang kita buat tu, adalah nampak lebih dari kata2, lebih menggambarkan kata2 kita tu. Paham tak. Contohnya, kalau dekat opis bersemangat je kata nak makan Ayam Madu, then pastu, dahbalik jumpa ayam KFC, tak jadi plak nak makan Ayam Madu. So, mean kadang2 kata2 kita takla menterjemahkan tindakan kita tu…So, baik terus pi makan Ayam Madu (Action), dari berkobar2 je bercakap (words) nak makan. (Kalau salah betulkan).
Banyak je gua jumpa orang yang cakap kuss semangat, tapi actionnya lain. Mengajar orang dia pandai, tapi diri sendiri pun ntah hapa2. So, dahla, hiduplah dengan berpada. Ohye, rasanya masih belum terlambat nak wish hari Ibu kat Mama gua. Selamat Hari Lahir Mama, semoga sentiasa sihat dan best selalu. Hehe…Meh citer sikit aktiviti gua weekend2 lepas:
Idaaaaaaa, kau boleh buat muka ayu plak pegang baby Danish ni...Eeee. Selamat la aku ingat kita punya Ikrar. Eh, kita pernah ada ikrar ke...(Cantik plak kau dalam Gambar ni) - Pi tunjuk kat Pakwe kau. Lalala.
1. Kuar dating dengan Ida (GFF Gua) -Makan McD, update pasai citer masing2, pasai BF Ida, dan pasai henpon baru gua, Haha, tapi damn, tak boleh pun nak wifi kat McD, masak kena kutuk dengan Ida. Yela, Henpon canggih gua ni mana blh wifi kat public2 ni. Ida ni ada blog, tapi dalam blog dia, dia blh letak plak gambar gua tanpa bluring2. Nanti kantoi la wei…Mangkuk la kau ni. Haha.
2. Belanja Mama makan sempena hari Ibu – Haaa, mama nampak sgt happy. Gua siap kishh mama lagi, korang ada? Kat public tau. Haha. Sayangi Mama anda, percayalah, detik2 tu takkan berulang. Mama happy sangat dan terus kenyang, so, gua la yang membedal mee hun soup yang agak masam tapi sedap tu.
Wajah Kacak Gua diperoleh dari Mama la. Hahaha. Abaikan Mamat yang Over Excited tu. Sebenarnya gua tengah dengki adik gua masa ni sebab nak amik gbr dgn mama, gua taknak amik. Amikla gbr dengan abah. Haha.
3. Tengok Game Chelsea vs MU -Iwan berkejar Ok ,lepas main Futsal nak tonton team kami lawan. Tapi kalah…Huhu. Takpe, yang penting semangat setiakawan dapat dipupuk. Aku update kat Iwan pasal Misi Kinabalu Budi, haaa, apa bikin arrr, jangan salah DAKI arr abang Budi. Lalalala.
Haaa itu la serba sedikit aktiviti gua, tak best sgt pun, tapi aku happy la if tgk orang sekeliling aku happy. Dapat create smile kat wajah dorg semua hati jadi gembira. Huhu.
Eleanur P/S: Have all day chat with Anna Ciwi. Huhu. Sorry yer U. Lama sangat kita tak contact, I ingat U dah ada BF, tu yang malas nak rapat…Huhu. Sekali takda plak. (eh tersuka plak). MestiU suka kan pasai MU menang semalam, surely tido pakai Jersi MU kan…Malam ni kalau free I call yer…I pun tengah membujang ni, dah 26 tahun bujang.
Eh, tadi terbagi Cik Raha kita gula2. Wawi.
Gambar bebudak Kelas Ayin. Tingkatan Tiga. Sporting pun korang. Kekalkan ikatan korang ni yer...Even dah dewasa pun nanti.
Ini adalah percubaan update blog guna telefon, ni baru nak belajar. Again blog gua lama dah tak diupdate. Yaa mmg busy kot diri ini.
Berbalik pada tajuk di atas, lately ni Orang di sekitar gua semua
Lara hatinya
1. Patah hati - putus cinta, cinta yang disemai tak capai target ( mcm buat sale plak)
2. Delima hati - haaa dua lelaki muncul dalam hidup, taktau mana nak pilih
3. Kecil hati - kekasih hati dia tak datang makan bersama bakal mertua
4. Berhati hati - takut nak buat keputusan, takut ada hati yang akan kecewa
5. Merajuk hati - segan nak jumpa dengan kawan2 opis lama, sebab dgr pelbagai fitnah ttg dirinya
6. Jaga hati - gua jaga hati mama gua, happykan mama selalu
Banyak betuikan hal yg berkaitan dengam hati. Haihhh dalam minggu banyak sangat citer yang aku dengar, kawan2, anggaplah itu semua dugaan untuk kita, agar kita jadi lebih tabah dan berjaya.life kita kalau takda cabaran , nanti takda benda nak dicite pada anak cucu Hadapi dengan senyuman dan apa2 berdoalah kepada Allah SWT.
Assalamualaikum. Yo, hujung minggu yang lepas, adik gua si Kritikal balik rumah mama bersama Lin, memanglah kena balik, lama gila tak balik Johor, ada ke patut bertapa selama2nya kat Sintok tu. Maka, si Kritikal pun balik la jumpa mama dia…Rancangan diatur dengan membeli otak2 sebanyak 50 keping, sebab adik gua ni je rajin membakar, aku macam biasa, tukar rasa otak2 tu dah masak ke belum. Haa, tugas yang cukup rumit. Huhu. So, layan je la apa aktiviti gua buat hujung minggu yang lepas. Tengok gambar lagi la…
Kritikal dan Lin gigih memasak sphageti dan lengkong dan jemput2. Haaa, bagusla pasangan ni sama2 pandai masak, nanti jemput abang korang ni makan yer...Sikap seperti inilah harus diteladani. Kepada bakal2 isteri gua, gua suka makan2, rajin2 la belajar memasak yer, nanti I makan luar plak...huhu.
Ini mama kesayangan saya, Puan Hamidah namanya. Kelihatan beliau masih teruja mendapat mesin basuh baru. Yang kali ni 10kg sizenya. Mama bangga bercerita tentang abiliti mesin basuh beliau yang mampu basuh toto besar dan suar jean gua yang banyak tu. Haha. Tapi, mesin basuh mama ni semi auto, dah 3 biji pun semi auto. Abah kata, mesin auto senang rosak...OOO. Ilmu baru.
Kritikal dengan bangganya mencedok kauh sphagetti yang telah siap. Haaa, not bad. Mama dan Ayin cakap, yang kritikal buat ni lagi sedap dari Sphagetti yang aku buat dulu. Ishh, jujur plak. Haha, takpe, aku pandai buat air minuman. Kelasssss....
Haa, nampak dak TV baru mama gua. Eh, banyak betul yang baru ni, terkejut kritikal sampai2 dari KL terus nampak TV baru. Dari Jumaat malam aku godeh TV ni nak bagi dapat main by Pendrive / Hardisk. Tak boleh2 juga. Siap aku pi jumpa basuh mamat kedai TV tu suruh dia buat bagi dapat, haaa, berpeluh2 kau...(Gua memang nampak je cool, eh). Haa masa aku nak beli super confirm je mamat tu kata, cucuk je bang, boleh terus play movie. Gua siap bawa semua gadjet malam tu, suruh mamat tu buat. Kami dahla besar2 badan, cuak mamat tu, dah 1 jam dia godeh, dan kami tengok dia macam nak nangis dan basah kuyup berpeluh, last2 dia kata nanti dia call Technician. Refer balik pada gua besoknya. Haa, moralnya, as sales promoter, u all kenala tau detail pasal produk yg korang jaga tu. (Mangkuk) - Haa, gua ni penyabar, tapi sebab u all "bagus" sangat, maka aku just hantar Surat Komplen kat HQ korang ek...UNGKAL. Dahla semua staff macam bagus dan layan acuh tak acuh. Layan gua acuh tak bancuh takpe, ni ko layan mama gua macam tu, memang kena la...Eh, panjang plak caption gambar ni...
Haa, the best part is, pada Ahad tu, kala semua orang tertidor kepenatan, hanya ada aku, kritikal dan mama kat ruang tamu, kami mainla godeh2 TV tu lagi, haaa sekali dapat plak sambungkan dari laptop ke TV. Hahahaha. Gembira ok. Mama la paling gumbira tengok kerjasama anak2 dia mendatangkan hasil…(Ke happy sebab dapat tengok movie dengan lebih jelas). Haaa, dalam fikiran gua nak install game bola je, puas la layan PES dekat TV besar…huhu. Ok, chaloo…Nak update FB opis gua plak ni…Huhu.
Japananese Tea House. Takda apa2 pun kat sini. Dahla penat korang kena naik ke tempat ni. Curam tak ingat. Ciki Jepun yang gua harap2 kan pun takda, apek dengan pak Arab banyakla.
Mereka-meraka yang terlibat menjayakan program ini, btw, kami attend wedding gua punya 2 kupu kupu kazen dekat UIA, Gombak, jadi dah dekat tu yang pi naik ke Bukit Tinggi tu. Ohye, korang kalau nak pi, naik pukui 430pm ke atas, dapatlah potongan harga 50%. Entry Fee RM 12= jadi dapatla RM6 per pax. BTW, aku punya tiket pukui 415. Damn...Lepas dah beli baru dia bagatau. Haha
Ayin dengan Lin je rajin nak turun pergi tengok ikan koi dengan Swan. Jinak ok Swan2 di sini. Aku prefer pandang dari atas je.
Korang jangan mainla game2 dekat atas ni, mahai dan kadar korang nak menang adalah sangat tipis. Haha. Baik beli sate dari beli token (Ke sebab tangan aku yang tak lurus). Btw, barang2 kat atas ni mahai. Aiskrim yang biasanya RM1 tiba2 suddenly jadi RM3. Kelas kau Maria. Maybe harga tanah tinggi kot. Haa, itulah sedikit sahaja gambar2 yang ingin gua kongsikan sepanjang holiday famili gua ke Bukit Tinggi. Kritikal (Adik Gua ajak kami sekeluarga pergi Singapore, sebab dia dah ada passport. Apa Kes. Sayangi Keluarga Anda. Bye, jumpa lagi.
Assalamualaikum. Bersua kembali kita setelah sekian lama menyepi. Maaflah para hadirin sekalian, gua agak busy menguruskan hidup (Bukan Kurus). Minggu2 lepas, di kantor gua banyak berlaku aktiviti, dengan Program 5S, Sambutan Maulud Nabi, main pingpong lagi. Ahh, macam2, sudah jemu diriku mengadap semua itu. Wah, ayat macam Merong Mahawangsa dah. Jadi, macam biasala, kalau jemu je, gua mesti balik rumah mama gua di kampung untuk merasai suasana kampung, sure hilang stress punya.
Haa, tengok tu, mana nak cari Panggung Wayang yang boleh makan talapia goreng. Kerusi selesa plak tu. Boleh baring melintang lagi. Toto tu gua yang stay, sebab gua dah tengok dah Khurafat, gua menjadi elemen terkejut2 je. Hahaha (Ketawa tokey wayang)
Jadi baru2 (12.3.11) ni gua menemani mama, abah dan ayin ke Econsave yang baru dibuka, maka ternampaklah kedai menjual DVD. Lalu, terus gua je mencapai DVD Khurafat bernilai RM 5.00 (Sure cetak rompak). Haa, bila sampei rumah je, tanpa mencuci kaki, gua terus setup hall rumah mama gua menjadi mini cinema. (Kelas Kau). Lengkap dengan speaker buka kuat2 bagi bunyi keliling, nachos dan kitkat pun ada, air masak pun lengkap kalau sapa2 haus kala nonton wayang gua ni. Maka wayang pun bermula, 10 minit pertama elok je DVD ni tak rosak, masuk je minit ke 11, rosak plak. Khurafat betul. Tersekat2. Selamatla tak kena baling dengan popcorn. Haih, impian gua lebur tatkala nak nonton wayang mini bersama keluarga lantaran DVD Cetak Rompak tu. Haih. Maka, penonton pun masuk bilik masing2 dengan perasaan hiba. (Takpe yer TuanPuan, besok kita akan adakan siaran ulangan, u all boleh simpan itu tiket).
Lilin menjadi pengganti diri kepada lampu rumah gua yang sengaja dipadamkan (ala wayang kan). Pastu gua siap pasang pewangi kuat2 (elemen bunga kubur) dan nachos dan kitkat sebagai kudap kudapan.
Haha, begitulah serba sedikit rencah berkeluarga ni. Ada tolak ansur, support menyupport dan tak baling gua dengan nachos. Ayuh kita salahkan penjual DVD Cetak Rompak tu, eh, ke salahkan aku yang membeli. Hurm. Ohye, selepas Program 5S, aku telah menjadi super rajin dengan mengemas bilik aku di kampung dengan vakum sekali. Gila kentang. Haha. Itu je pada kali ini, gua nak pegi makan ayam madu la plak. Daa. Assalamualaikum.
Taraa...inilah bilik gua sebelum dikemas dan divakum. Harmony tak...macam2 ada. Selepas korang tengok gambar ni, dah tak macam ni. Bilik gua telah bertukar jadi lebih luas. Mama gua pun puji sebab berjaya kuarkan sekarung besar habuk. Eh, sampah la. Haha.