Salam Jumaat...SAYA BENGANG DENGAN ROOMATE2 SAYA...
Di atas dan bawah2 ni adalah roomate2 saya...mari mengutuk mereka...KUTUK.OK.KUTUK. DAMNNNNN
ROOMATE 1: Fairul Errol
TEMPOH BERSEKEDUDUKAN: 2 Tahun Setengah
LOKASI: UUM, Sintok, Kedah
SISI BAIK: Suka tolong saya, selalu masak kat bilik, baik hati, bangun awal, aktif bergerak, bizminded, gatal. (Wahahaha)
KENANGAN MANIS: Banyak OK.
KAEDAH UNTUK MENANGANI ROOMATE JENIS INI:
1. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
2. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
3. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
ROOMATE 2: Haicel (Aku suka eja begini)
TEMPOH BERSEKEDUDUKAN: 1 Tahun juga la rasanya
LOKASI: Johor Bahru
SISI BAIK: Tak berkira, lebih kacak dari Soul, Anak ke 3, Bergayut dalam nada perlahan, bangun awal untuk mandi, mandi sangat lama, kaunselor hebat, rabun kronik dan xgatal.
KENANGAN MANIS: Pun Banyak.
KAEDAH UNTUK MENANGANI ROOMATE JENIS INI:
1. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
2. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
3. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg".
ROOMATE 3: Soul. Nama penuh Zul Afif.
TEMPOH BERSEKEDUDUKAN: 2 Tahun Laa.
LOKASI: Johor Bahru
SISI BAIK: Selalu bawak balik makanan (semalam bawa cheesy wedges), penyayang (hehe), bawa kereta cekap ok, pergi kerja awal dari aku, dan balik kerja lewat dari aku, asyik kalah je main PES dgn aku. Padan Muka.
KAEDAH UNTUK MENANGANI ROOMATE JENIS INI:
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
3. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
ROOMATE 4: Kak Sinar (CUN kan...)
TEMPOH BERSEKEDUDUKAN: Rahsia.
LOKASI: Rahsia.
SISI BAIK: Sweet, manis, sugar, wahwawhawhawaha(semua kata2 pujian la), baik kak sinar ni korang...selalu tlg aku. aku kan takda kakak, so, dah mcm kakak aku juga la, btw kak, kalau ko baca entry ni, aku nak kata, yang masa event ni, ko nangis kan kak, haha. padan muka kau...wekkk.
KAEDAH UNTUK MENANGANI ROOMATE JENIS INI:
1. Belanja makan Secret Resepi setiap hujung minggu.
2. Belanja dorg tengok wayang filem genre Seram setiap malam Rabu.
3. Belanja beli tudung kat Ariani.
(Belanja aje semua). Hahahahhaha.
ITULAH, SERBA SEDIKIT TENTANG ROOMATE2 YANG PERNAH BERSAMA AKU.
SEBENARNYA:
Aku rindu kat dorg2 semua ni, taula sibuk kerja, dating2 selalu, tapi silalah roger aku. Bukan apa semalam aku tgk gbr2 lama, teringat la kat korg semua.HAHAHA.
Aku ni dahla sebatang kera. duk sorg je, isteri pun takda. (Ayat sedih)
Senang2 nanti kita jumpa la. BTW, kaedah2 di atas sesuai untuk mereka yang tak suka roomate sendiri, "SILA PRAKTIS KAN SEBELUM ANDA DIPRAKTIS".
WAHAHAHHAHA (Ketawa Stephen Chow).
BTW, Kak Sinar belum ada BF lagi...(dia ckp la) sila ngorat ketika peluang masih ada. wahahaha. sori kak.
OK. CHALOO DULU. SALAM.
9 comments:
howh..ni rumate kt tganu ke?
hahhaha..
aku rs aku pon kne selidik cara2 tangani kwn2 yg menggugat iman..
KO mmg giali!!1 hahaha..bongok..buataku gelak golek2 je..hahahah...tp bahagian idung yg resdung gak ko post..huuhu...thankz dude..ko mmg kawan yg baik dan weird..huhuhu..boxer ko beli saiz XL besar sgt...cawat lg 2 inci nk cecah lutut..pinggan ok..huhuu...
MELAMPAU NIH...
HUH...MEMANG BZ PUN NI... 14 MAC 2010 MENYAKSIKAN PROGRAM SUKANEKA 1 MALAYSIA AKU YG AGK2 NAK GRAND..AHAKS...DIRASMIKAN OLEH YB TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP..
EH, TERASA ADE UNSUR RIAK LAK...ASTAGHAFIRULLAH.
WOI..DAH XDE KE GAMBO AKU YG SMART CKIT. ANYWAY, NI BLOG PAKK AKU
pakktamantun.blogspot.com
BERTAMBAH LA LAGI SATU BLOG AKU..AHAKS..MATE. AKU NAK BERSENGGAMA (KAWIN) DAH XLAMA LAGI. KO BILA..KIK3
duck: mana ada, kan aku tulis lokasi tu duck...hehe.
betul, ko kena seldik betul2, agar rumah tangga menjadi bahagia...
mekar mewangi hingga ke tua.
hint: kenangan menjadi roomate selama semusim...
aku diganggu time beli hadiah tu, tu yg beli xl tu...
wahwaha. cepat2 kumpul duit dan kahwin, jadi tak perlu lagi pakai boxer...
rumate; tahniah di atas kejayaan penganjuran itu nanti..aku bagi moral support je la...nanti aku tgk ko dalam TV yer...
tu la, kau bertunang pun tak khabar dgn aku, insyallah, nanti aku dtg majlis ko yer rumate, sila sediakan bilik menginap aku yg selesa. tq
weh..ko UUM ke?hahha
i tot u tganu bro..muka amat familiar..nape ah?
A friend in need is a friend indeed,
salamm,
aq hanya tumpang seketika
Post a Comment