NUFFNANG AD

Wednesday, September 29, 2010

SUSAH ADA GF YANG CANTIK-CANTIK NI

Assalamualaikum…Lately ni gua merasakan hidup gua serabut…Sebab, makwe-makwe gua yang semua moody je. Penatlah kanda, dinda. Fahamlah kanda ni. Dahla batuk ni makin menjadi2, rambut dah panjang, jambang tak cukur, dah macam pengemis dah diri kanda ni. Bukan kanda takmau or penat nak layan karenah-karenah dinda, tapi, kadang2 kanda nak pinjam sikit je space. Untuk flirt dengan adik manis lain. Ehh, takla. Just kadang-kadang nak ada masa bersendiri juga. 
Foto: Ikan siakap masak limau kot, aku pun tak ingat nama masakan ni...Makan je la. Tensen2 elok makan siakap dengan air laici.
Kanda sayang kat dinda2 semua. Serius. Cuma, apakata dinda2 plak yang ceriakan kanda, buat kanda ketawa, buatkan kanda sandwich, belikan kanda ubat batuk, teringin juga kadang2 dimanjakan. Wahh. Sori kalau kanda ada tersalah cakap, kanda ni hamba yang hina, tak lekang dari melakukan kesilapan. Erm, rindu plak nak makan2 dengan dinda2 semua. Hehe (Ada maksud tersirat ni) Dinda2 sila fahamkan.
Foto: Nasi Lemak Hijau. Lepas makan terus jadi hulk. Tengokla aku ni. Ala, gemuk kurus tak kisah yang penting hati baik, dengan kulit licin. eh


Eleanur P/S: Tadi call EX-GF, lama tak borak. Dia happy. Gua pun nak happy dan ketawa2 juga.

Thursday, September 23, 2010

SYAWAL 2010 AKU dan KELUARGA

Assalamualaikum…Selamat Hari Raya, demam masih tak elok, selesema, tapi aku memang degil, makin tak sedap badan, makin la aku minum ais. Sori, gua memang tak geti nak minum milo panas ok…Haha. Syawal kali ni memang meriah, mungkin sebab masing-masing dah besar, aku pun dah keje. Pastu ramai sedara mara mama datang, jalan ke sana ke mari. Jadi, memang happy la. Dengan itu gua sharekan sedikit gambar dan cerita Raya gua pada kali ini.

Foto: Gambar sekeluarga. Syukur dikurniakan famili yang gumbira.Adik aku seorang photographer yang jauh lagi hebat.
Gambar sekeluarga, kami memang 5 beranak je…yang lain2 tu kucing kami, ada 4 ekor. Sebagai makluman, kawan aku cakap, kaler baju ni warna brezze.Hehe. Aku cakap coklat turquoise. Baju ni aku yang sponsor, beli kat Jakel Jalan TAR. Encik Feros tu yang tolong guntingkan kain aku ni…Haa, dahla dapat penjimatan RM10 untuk semester kain ni. Aku beli sebanyak 14 meter. Jadi, sila teka berapa meter sorang dapat untuk pembikinan baju raya coklat turquoise aku ini.?

Foto: Fokus pada mata gua yang berwarna hazel tu.Eh. Charming Brown.
Haa, tengok mata MAK. Itu namanya CONTACT LENS warna HAZEL. Kaler mata haruslah kena dengan tema baju Raya gua beb. Plink Plink (Bunyi mata berkedipan). Berikut Komen2 Membina yang gua terima setelah Extreme Mak Over didedahkan:
1.    Hasmalinda: Abang, tak kena la abang, xsesuai dengan muka abang.
2.    Fairul Errol: tak ku sangka... mcm juling dah aku tgk (ni gua paste dari gambar FB yang dia komen)
3.    Hazlin Hassan: Mata abang sepet la tak kena langsung. Pelik je (Tapi tetap menyokong dengan mengambil gambar2 aku ber contact lens)
4.    Norashida: Haaahaaa, dah macam S Jibeng. Dahla awak, buang je, takpun bagi saya
5.    Hafis Mohd Jais (Lelaki Baik): Dia tak cakap, sebab dia ketawa terbahak-bahak (Hampeh)
6.    AS: Dia ni je puji aku, u look great in hazel (amik hati ke jujur ni AS)haha
Haha. Bukan apa, gua kepingin nak pakai contact lens, sebab dari tingkatan 4 dah pakai spek, mata dah ada eye bag u know. Haha.
Foto: Gua suka gambar ni. Nak send ke Pertandingan Keluarga Bahagia
Manakala ini gambar yang paling aku suka dalam banyak2 gambar raya…hehe. Sungguh spontan dan mendapat komen yang pelbagai. Kiranya macam ada dialog la dalam citer ni…Gua suka tengok mama gua dalam jubah-jubah beliau. Mama tak payah la pakai baju kurung, pakai jubah je senang.hehe. Itulah, serba sedikit gambar sepanjang raya gua, nanti kalau rajin akan kaver lagi.
Eleanur P/S: Erm, hari ni besh…Petang ni ada open House Rumah Pika. Pika jangan sedih yer, sebab Abang Camaro takda. Abang Jai Ho kan ada.

Wednesday, September 22, 2010

KLCC dan ELEANUR yang DEMAM


Asslamualaikum. Gua DEMAM. Bibir ada ulser 2, hidung selesema, muka tak berhias, janggut tak cukur, suara serak-serak basah. Dahla demam, makwe2 semua merajuk, aku tak paham betul la…Kesian la kat kanda ni. Takda orang jaga, selamat la ada Encik Hafis,pagi tadi bawa pi sarapan, dan beli Uphamol. Tiba2 terasa nak makan sate.Wooo. Okla, malas update raya lagi, kebanyakan gambar ada kat FB. Semoga cepat sembuh Hazali.
Foto: KLCC yang dah berwarna purple...Lambang kejayaan Malaysia di mata dunia
Foto: Jadi kecil tak orang-orang dalam gambar ni. Mode mengexplore teknologi perisian...Btw, kalau nak tengok kepelbagaian pelancong, mehla datang sini. Semua bangsa ada.
Foto: CCTV yang sangat penting. Kebanyakan rumah kat Malaysia pun dah pakai. Sure husband tak skandal dengan pembantu rumah.EH.

Monday, September 20, 2010

MARHABAN YA MARHABAN

Foto: Rumah Gua. Luar Setinggan, Dalam Kondo.
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya kawan2 pembaca sekali, kali ini aku kembali lagi dengan versi berbeza. Wahh, macam biasa, malas lagi nak update ceritera raya aku…Terus je melangkau ke Marhaban. Iwan kata: Kalau kat kampung-kampung, Marhaban atau Baraan kebiasaannya akan diadakan pada raya pertama, kedua, ketiga, namun situasi agak berbeza bagi penduduk Taman yang mana mereka akan start Marhaban agak lewat. Contohnya taman aku ni, pada 19.09.10 barulah dorang start marhaban rumah ke rumah.

Maka nak dijadikan cerita, rumah aku la bertuah untuk menjadi rumah pertama yang akan dimarhabankan. Plink2. (2 hari sebelum peristiwa, mama dah bagatau yang rumah aku akan diadakan marhaban, dan masa tu abah bagatau yang abah ada malam tu untuk menyambut kedatangan orang2 yang nak marhaban). (Sebab macam biasa aku akan menghilang tengok bola masa orang marhaban, dahla 19.09.10 tu ada game best MU vs LIVERPOOL tu, so macam tak kisah sangat la sebab abah ada)

Foto: Golongan Pakcik2 yang datang baraan ke pondok buruk hamba, trimas atas kunjungan, semoga kerukunan kita ini dapat dipelihara saban tahun. Syukran
Sekali, pada hari kejadian, abah boleh plak kerja tak balik2 dari 800am – 12am, haa. Mana aku nak lari, adik aku no 2, kat Kedah, Mama Perempuan, Ayin perempuan masih kecil, kucing2 aku xboleh bercakap, iwan plak, datang pakai suar pendek, maka, for sure la aku yang akan jadi wakil untuk menyambut dan memberi ucapan raya mewakili keluarga Encik Hassan Ismail.


Beranggapan bahawa aku kini telah dewasa dan perlunya untuk aku memikul tanggungjawab tersebut, maka aku segera bersiap, membuang segala bulu roma, kumis di wajah agar tampil kemas (yela, pakcik2 tu semua ada anak2 dara beb, eh). Yela, aku kan jarang keluar rumah, anak dara sunti, jadi, sesekali tu haruslah tampil anggun. Baru meletup MAK, malam tu. Lepas Isyak je, deruan motor menggila di hadapan rumah aku, aku menjadi tidak keruan, asyik memandang cermin, dan ke hulu hilir bagi memastikan segala keadaan terkawal. (Marhaban Pertama dah macam Nikah). Aku melangkah sopan keluar dari rumah untuk menyambut kedatangan pakcik2 yang simple berkopiah dan berkain pelikat. (Kenapa ayat gua berbaur Novel ni). Ramai kau aku salam, adala dalam 30, tu tak campuq lagi budak2).

Foto: Mama gua sedang menjemput pakcik-pakcik sekalian untuk menjamu selera, ala, masak biasa2 je, cekodok pisang. Sekejap je dah clear
Marhaban dimulakan, marhaban habis, ketua rombongan memberi ucapan, aku pun kena bagi ucapan juga. Dengarkan petikan ucapan aku:
“ Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin ucapkan salam syawal, rasanya masih belum terlambat untuk saya menyusun 10 jari memohon keampunan andaianya ada salah silap sepanjang (macam sangat lancar, so, ni ayat skrip) Ni ayat yang betul:
“ Assalamualaikum, saya mewakili abah saya…Bla, bla, bla, sekian, Salam Satu Malaysia”, see, pendek je ucapan gua. (Tapi masa bagi ucapan raya tu, aku yakinla dan tak gagap2 , xmacam masa aku masuk radio Best 104 tu, haha). Eh, tertype banyak2 lagi, aku ni dah kenapa, sepatutnya aku harus kurangkan menaip. Eh, tadi sangat kekenyangan selepas makan Nasi Beriani yang sedap. TQ. Siti Saadah sebab belanja kami makan.
Eleanur P/S: Raya kali ni meriah, penuh tawaketawa, dan air mata berjurai…erm.Salam

Monday, September 13, 2010

PINK ADALAH WARNA BAJU RAYA JALAN AKU TAHUN NI

Foto: Haa, inilah gua dalam Baju Pink, beranikan diri je la nak pakai...Eh, seluar pink pun ada, lupa nak amik gambar dengan seluar pink. Cool Tak?
Assalamualaikum, aku rajin je nak update2  entry kebelakangan ini.  Salahkan blog template aku ni yang membenarkan aku upload gambar2 bersize besar. Aku Suka. Haha. Korang berdepan ke kesukaran nak load page blog aku ni, harap maaf. TQ. Eh, aku tak sempat nak cerita persiapan raya aku.  Tahun ni baju raya aku warna coklat, langsir, dinding rumah,  contact lens pun warna coklat, haaah, meriah kau mak ngah.
Foto: Gua selamber je shopping kat Kedai ni. Hahaha. Banyak duit abah aku nak shopping kat sini, mana mampu, gua mampu berangan je beb. Nak gambar depan kedai ni pun dah segan, takut kena caj. Wahaha.

Manakala untuk baju jalan warna pink. Haa, meletup kau. Aku memang tak berani nak pakai kaler-kaler yang tak kena dengan kulit aku. Aku ni dahla kulit kaler hitam, so, agak macam tak kena plak dengan kaler-kaler lembut ni. So, selama ni aku memang play safe la dalam berpakaian ni. Tapi, makwe aku yang cun tu, cakap apa salahnya try, so aku try la…Gua nak pakai masa pergi kenduri kahwin Haidar-Shima nanti pada 25.09.10 kat Kampung Pengantin tu nanti. Haha. Meriah2. Eh, 26 tu birthday aku. Saja nak bagatau, yang aku akan berumur suku abad…Wahhh. Ok, gua nak pergi beraya Rumah Puan Mariyati jap, semoga ada sate. Gua dahla sarap epal je pagi tadi dengan anak popia. Salam.

LOVE THE WAY YOU LIE BY EMINEM AND RIHANNA

Foto: Gambar Minah Arab ni gua tangkap masa kat Putrajaya. Dan I like This Picture too. Hehe. Btw, Gua suka lagu dan suara Rihanna, Unik, Besh, Terbaek.
Download la lagu ni, sedap okies, Love The Way You Lie
Eminem feat Rihanna 
[Chorus - Rihanna]
Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear my cry
Well that's alright because I love the way you lie
Love the way you lie

[Verse 1 - Eminem]
I can't tell you what it really is
I can only tell you what it feels like
And right now there's a steel knife in my windpipe
I can't breathe but I still fight all I can fight
As long as the wrong feels right it's like I'm in flight

High off on love, drunk from my hate
It's like I'm huffin' paint and I love it
The more I suffer, I suffocate
Right before I'm about to drown, she resuscitates
Me, she f**kin' hates me, and I love it, Wait!
Where you going? I'm leaving you.
No you ain't. Come back. We're running right back

Here we go again, it's so insane
Cuz when it's going good, it's going great
I'm Superman with the wind in his back
She's Louis Lane and when its bad, it's awful
I feel so ashamed, I snap "Who's that dude?"
I don't even know his name
I laid hands on her, I'll never stood so low again
I guess I don't know my own strength

[Chorus - Rihanna]
Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear my cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie

[Verse 2 - Eminem]
You ever love somebody so much,
you could barely breathe when you with 'em?
You meet, and neither one of you even know it hit 'em
Got that warm fuzzy feeling, yeah them chills you still get 'em
Now you gettin' f**kin' sick of lookin' at 'em
You swore you'd never hit 'em, never do nothing to hurt 'em
Now you're in each other's face spewing venom in your words when you spit 'em
You push, pull each other's hair, scratch, claw, bit 'em
Throw 'em down, pin 'em, so lost in the moments when you're in 'em

It's the rage that took over it controls you both <<
So they say it's best to go your separate ways
Guess that they don't know ya cuz today,
That was yesterday, yesterday is over and it's a different day
Sound like broken records playing over
But you promised her, next time you'd show restraint
You don't get another chance
Life is no nintendo game, but you lied again
Now you get to watch her leave out the window
Guess that's why they call it "window pane"

[Chorus - Rihanna]
Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear my cry
Well that's alright because I love the way you lie
musicjuzz.blogspot.com
I love the way you lie
I love the way you lie

[Verse 3 - Eminem]
Now I know we said things, did things that we didn't mean
And we fall back into the same patterns, same routines
But your temper's just as bad as mine is
You're the same as me
When it comes to love you're just as blinded

Baby please come back, it wasn't you. Baby it was me.
Maybe our relationship isn't as crazy as it seems
Maybe that's what happens when a tornado meets a volcano
All I know is I love you too much, to walk away now
Come inside, pick up your bags off the sidewalk
Don't you hear sincerity in my voice when I talk?
I told you this is my fault, look me in the eyeball
Next time I'm pissed, I'll aim my fist at the drywall
Next time? There won't be no next time
I apologize, even though I know it's lies
I'm tired of the games, I just want her back. I know I'm a liar
If she ever tries to f**kin' leave again,
Ima tie her to the bed and set this house on fire
Just gonna

[Chorus - Rihanna]
Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear my cry
Well that's alright because I love the way you lie
I love the way you lie

I love the way you lie
Foto: Sedikit gambar untuk dikongsi masa kami ke Bachok. We Love Bachok. Orang-orangnya sangat ramah, manis, dan teh ais sangat sedap. Nasi Dage lagi la sedap...Ayuh tambah Lauk.

Wednesday, September 8, 2010

BUFFET RAMADHAN: PANDUAN MAKAN (HAHA)


Assalamualaikum, dah nak raya baru citer pasal buffet ramadhan. Kalau kita tengok sana sini hotel, restoren, kedai makan buat promosi buffet sempena bulan ramadhan ni. Pelbagai makanan, sate, kambing golek, makaroni bakar, tapai, air bandung katira, laksam, mee rebus, buah naga semua ada la. Makan la sampai puas. Meh gua ajar panduan nak makan buffet mengikut perspektif dan pemahaman gua. Pertama
Foto: Haa, ni la yang gua maksudkan, roasted chicken with coleslow and mentimun. Sodap

1.    Datang Awal – Bertujuan mendapat makanan yang elok dan tidak dikecah2 oleh orang lain. Maka anda akan dapat makan Virgin Roasted Chicken yang fresh. Kiranya takdala berebut2 dan bersesak nanti.

2.    Ambil Sate Dulu – Semua orang suka sate, nanti mesti takmau beratur sebab nak tunggu sate habis dibakar. Jarang la korang dapat amik 80 cucuk, hotel pun pandai, daging ayam mahal. HAHA. Nak makan sate banyak2 pi pasar malam. Option lain, adalah amik berulang kali, jangan risau, chef takkan kenal anda punyalah…(orang kan ramai, xperasanlah)

3.    Makan Step By Step – Fasa by Fasa la, janganlah kau membalun tak ingat dunia, taula bayaq mahal nett nett, tapi makan kena sopan okie. Mulakan makan kurma, minum air masak, makan lompat tikam then baru makan nasi dan udang prawn berbutter. Mulakan dengan yang ringan2 dulu yer kawan2. Makanan kat hotel memang banyak, so, takkan habis punya. Jangan Risau.

4.    Jangan Segan – Amikla banyak mana korang nak, nak bawak balik pun takpe, tapi kena pandai hidden la…Orang lain pun amik banyak2, yg penting makan bagi habis tau, tak baik amik banyak2 pastu tak habis makan. Kawan Syaiton.

5.    Abadikan Potret – Ambilla gambar kenangan anda berbuka puasa di hotel untuk tatapan di hari muka (Macam aku ni, tak pernah makan kat hotel, so, kalau ada gambar, boleh tunjuk kat anak cucu. “Cu, tengok ni, atuk buka pose kat hotel, apa kelas buka kat rumah”. Haha.

Foto: Aneka juadah diambil oleh meja kami. Ambil je apa nak, yang penting bagi perabih
Ok, itu je panduan dari perspektif aku pada hari ke 28 Ramadhan ini. Dikesempatan ini, gua nak minta maaf kepada kedua ibu bapa sekiranya ada salah silap, kepada adik2 gua, kalau abangmu ni terlalu cool untuk korang semua, kepada sedara mara pun sama, gua minta maaf. Ohye,Rumah gua dah siap cat, datangla tengok…
Tidak lupa juga, kepada kekasih2 gua yang semuanya cantik2 belaka, “Kanda minta maaf banyak2 la sebab kadang2 tu ada terlanjur kata, perbuatan belum lagi” “ Ingatlah kanda yang kejauhan ni, makan ketupat rendang jangan lupa kanda yer, lagi satu, makan beringat2 sikit, dinda2 semua kalau badan naik, pipi naik, bumper naik, memang saham akan jatuh.” HAHA.
Foto: Sepintas lalu juadah/hidangan yang terdapat di sini. Kambing golek pun ada, just time gua datang ni, takda itik panggang je, wah keciwa sekejap
Kepada Geng 3 Jari, Maaf Zahir Batin, raya ke 15 jemput datang rumah, kita makan2, dan ambil gambaq, kepada kawan2 opis pun, gua minta maaf andai ada tersalah gurau, kepada kawan2 facebook, blog dan laman sosial lain, gua minta maaf andai ada tersalah update status, salah type entry, gua insan yang lemah, tapi agak tampan. EH. Semoga kedatangan syawal pada kali ini membawa seribu erti dan keindahan kepada kita semua. Salam Aidilfitri 2010 daripada zalihazali. Hehe. SALAM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER