NUFFNANG AD

Monday, September 20, 2010

MARHABAN YA MARHABAN

Foto: Rumah Gua. Luar Setinggan, Dalam Kondo.
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya kawan2 pembaca sekali, kali ini aku kembali lagi dengan versi berbeza. Wahh, macam biasa, malas lagi nak update ceritera raya aku…Terus je melangkau ke Marhaban. Iwan kata: Kalau kat kampung-kampung, Marhaban atau Baraan kebiasaannya akan diadakan pada raya pertama, kedua, ketiga, namun situasi agak berbeza bagi penduduk Taman yang mana mereka akan start Marhaban agak lewat. Contohnya taman aku ni, pada 19.09.10 barulah dorang start marhaban rumah ke rumah.

Maka nak dijadikan cerita, rumah aku la bertuah untuk menjadi rumah pertama yang akan dimarhabankan. Plink2. (2 hari sebelum peristiwa, mama dah bagatau yang rumah aku akan diadakan marhaban, dan masa tu abah bagatau yang abah ada malam tu untuk menyambut kedatangan orang2 yang nak marhaban). (Sebab macam biasa aku akan menghilang tengok bola masa orang marhaban, dahla 19.09.10 tu ada game best MU vs LIVERPOOL tu, so macam tak kisah sangat la sebab abah ada)

Foto: Golongan Pakcik2 yang datang baraan ke pondok buruk hamba, trimas atas kunjungan, semoga kerukunan kita ini dapat dipelihara saban tahun. Syukran
Sekali, pada hari kejadian, abah boleh plak kerja tak balik2 dari 800am – 12am, haa. Mana aku nak lari, adik aku no 2, kat Kedah, Mama Perempuan, Ayin perempuan masih kecil, kucing2 aku xboleh bercakap, iwan plak, datang pakai suar pendek, maka, for sure la aku yang akan jadi wakil untuk menyambut dan memberi ucapan raya mewakili keluarga Encik Hassan Ismail.


Beranggapan bahawa aku kini telah dewasa dan perlunya untuk aku memikul tanggungjawab tersebut, maka aku segera bersiap, membuang segala bulu roma, kumis di wajah agar tampil kemas (yela, pakcik2 tu semua ada anak2 dara beb, eh). Yela, aku kan jarang keluar rumah, anak dara sunti, jadi, sesekali tu haruslah tampil anggun. Baru meletup MAK, malam tu. Lepas Isyak je, deruan motor menggila di hadapan rumah aku, aku menjadi tidak keruan, asyik memandang cermin, dan ke hulu hilir bagi memastikan segala keadaan terkawal. (Marhaban Pertama dah macam Nikah). Aku melangkah sopan keluar dari rumah untuk menyambut kedatangan pakcik2 yang simple berkopiah dan berkain pelikat. (Kenapa ayat gua berbaur Novel ni). Ramai kau aku salam, adala dalam 30, tu tak campuq lagi budak2).

Foto: Mama gua sedang menjemput pakcik-pakcik sekalian untuk menjamu selera, ala, masak biasa2 je, cekodok pisang. Sekejap je dah clear
Marhaban dimulakan, marhaban habis, ketua rombongan memberi ucapan, aku pun kena bagi ucapan juga. Dengarkan petikan ucapan aku:
“ Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin ucapkan salam syawal, rasanya masih belum terlambat untuk saya menyusun 10 jari memohon keampunan andaianya ada salah silap sepanjang (macam sangat lancar, so, ni ayat skrip) Ni ayat yang betul:
“ Assalamualaikum, saya mewakili abah saya…Bla, bla, bla, sekian, Salam Satu Malaysia”, see, pendek je ucapan gua. (Tapi masa bagi ucapan raya tu, aku yakinla dan tak gagap2 , xmacam masa aku masuk radio Best 104 tu, haha). Eh, tertype banyak2 lagi, aku ni dah kenapa, sepatutnya aku harus kurangkan menaip. Eh, tadi sangat kekenyangan selepas makan Nasi Beriani yang sedap. TQ. Siti Saadah sebab belanja kami makan.
Eleanur P/S: Raya kali ni meriah, penuh tawaketawa, dan air mata berjurai…erm.Salam

1 comment:

~~DucKneSs~~ said...

da stat jadi wakil tuh..makin dekat utk jadik ketua kluarga sendiri tuh..ehem..ehem..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER