NUFFNANG AD

Tuesday, October 26, 2010

MENJAWAB TAG sempena 25 TAHUN (JADI KENA ADA 25 TAG)


Foto: Berkaraoke bersama Mimi dan Mama. I love Mama
Assalamualaikum. Blogger Cun ini telah memilih gua dari ratusan follower beliau untuk ditag. Trimas Gua Ucapkan. CIK RAHIMAH KITA. Sebelum tu, just nak maklumkan yang aku minggu lepas 4 hari ada event kat Putrajaya sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM 2010) Also, minggu ni plak busy menerjah ke sekolah2 sempena Program Rakan Biotek. Wahh. Capek dan Tegang bahu2 gua ini. Ok, terus kepada AKU yang 25 Perkara. Number One:
1.    Gua Mama’s Boy (U got problem with that? Haha. Tak rasa malu pun nak mengaku Anak Mama, bangga adalah. Bayangkan cuti sehari pun gua balik kampung…Apatah kalau cuti 8 hari. Macam biasa, kalau kenal dengan adik2 manis, perkara inilah yang akan gua maklumkan. Ko tak selesa, boleh get lost. Haha (Jahat aku).
2.    Pet Lover especially Kucin. Kat rumah gua ada 4 ekor kucing. Dengan membela kucing kita dapat memupuk nilai kasih sayang dalam diri kita dan lebih menghargai insan lain. (Wawawawa, motivasi)
3.    Sangat memanjakan Dinda2. Dinda2 setuju tak, Ex-Dinda2 setuju tak? Wanita itu indah, hargai mereka, layan mereka baik2. Maybe aku Mama’s Boy, tu yang sensitif sikit isu2 girl ni. Hoho.
4.    Nama GF Gua Eleanur. Tak sah kalau jalan2 tak bawa Eleanur.
5.    Pandai main golf, just tak berpeluang je nak go further. Erm…
6.    Belum berkahwin kerana merasakan diri masih belum bersedia dari semua aspek. Wahaha. Btw, mengimpikan perkahwinan yang simple, tapi memorable.
7.    Ada spek mata RayBan baru beli yang harganya tak relevan. (Self Achievement, Bukan Show Off) Cool.
8.    Belum memiliki cahaya mata berikutan belum berkahwin.
9.    Suka pada wanita cantik yang tahu menjaga kecantikan, rumah cantik, kereta cantik, gambar cantik, beskal cantik. Selalu berpesan kepada Dinda2. “Dinda2, sekali sekala keluar date dengan kanda cantik2 la, Dinda2 tu Refleksi Imej Kanda. Ulang, Refleksi Imej Kanda. (Please take note yer Dinda2)
10. Suka cat rumah. (Gua tak guna Roller, tapi guna Cat Berus Ok, sapuan lebih kemas)
Foto: Makan steamboat bersama BFF gua. Iwan, Budi, Rasis.
11. Gua memang tak geti mandi air panas kalau duk kat Hotel. Haa, panas ok. Camne la korang boleh mandi air panas2 tu. Tak paham betul la. Pedis okie belakang gua. Huuu, panas2. (Mode: Trauma)
12. Muka blur dalam blog ni sebab gua tak hensem orangnya, tapi Dinda2 cakap gua Baik.
13. Suka ambil gambar di sana sini. Haa, marilah kita sama2 belajar. Adik manis yang rasa nak amik gambar cantik boleh roger2 abang.
14. Suka nak berkawan. Dahla keje gua ni pegi event sana2 sini. Memang make friend aje.
15. Peminjam PTPTN.
16. Full of Surprise.
17. Berpendapat kebahagaian adalah milik semua orang dan mereka perlu berusaha untuk mendapatkan dan mengekalkannya agar jiwa tidak kacau.
18. Pernah duduk dekat Kuching Sarawak, Bentong Pahang, Sri Aman Sarawak, dan Kini menetap di Kluang Johor Rumah Mama Gua.
19. Benda berbaloi yang pernah dibeli adalah Speaker Edifier, Beg Laptop Hitam, Sandal Reebok, Kasut Bonia, Laptop HP (Tahun 2015 ni, masuklah 8 tahun aku pakai laptop ni), Haha.
20. Mengutuk lelaki2 yang merogol anak kecil dan anak gadis. Bodosssss, Chika kan banyak. Panas betul la gua. VAVI VETULL. Damn.
21. Sering bertanya pada diri sendiri, kenapa Currency Rate setiap Negara di Dunia ni berbeza-beza. Tak paham betul la gua. Maaf, ekonomi lemah.
22. Suka berjalan2 tengok tempat orang, budaya dan nilai setiap lokasi yang dijelajahi.
23. Kawan2 suka meluahkan emosi, perasaan kat gua. Gua suka je mendengar. HAHA
24. Xbiasa makan kat tempat2 mewah
25. Dahla, dah penat, banyak tak ingat gua nak type.

Eleanur P/S: Jam dah nak pukul 12am pada 26.10.10. Besok gua nak pergi sekolah. Bagi taklimat. Ok, Cik Rahimah, misi dah disempurnakan. Haha. Caloo Dulu.
Foto: Haa, gua dapat Coklat Langkawi dengan Kinder Bueno.

Tuesday, October 19, 2010

SEKITAR SAMBUTAN yang KE 25 TAHUN BAHAGIA

Assalamualaikum, ha, Ayin cakap Birthday Gua yang ke 25 ni, Abang paling happy. Kenapa Happy…Tengokla sendiri yer gambar2 ni. Banyak pulak aku upload. Haha.
Foto: Kek dari Mama, Abah dan Ayin. Even mama tak sihat, mama kuar juga seleb birthday gua. Gua Bahagia by Mello Coleslow
Foto: Kek Sedap, Niza yang belikan. Haa...Dahtu, Niza belanja makan Seafood. Pun Bahagia juga sambut ramai2.

Foto: See, ada lilin yang berumur 25 tahun. Happy Birthday to me. Lalalalalalala. Berbahagia
Foto: Dapat kek lagi dari adik manis...Makin gemuk la gua. (Ke memang gemuk). Bahagia makan benda manis ni.
Foto: Haa, gua dapat pakej percutian ke Avillion ni. Haa. Bahagia lagi. Cantik weeh scenery kat sini.
Foto: Haa, ni Iwan yang seleb, masa ni kami sambut berdua je, gua cedokkan la Tomyam dalam mangkuk iwan, orang lain tengok semacam je. Haiih tak paham betul. Selamatla aku tak tolong kopekkan kulit udang.Haha.

Eleanur P/S: Thank You kepada Parent gua yang menyambut, dinda2 sekalian, kawan2, korang memang terbaek. Semoga keindahan dan tawaketawa berkekalan dalam jiwa kita semua. Haha, Ida, jangan lupa dating kita, ohye H&H yang busy juga. Haha.

Monday, October 18, 2010

MUHAMMAD RAYYAN HAKIM yang HENSEM


Assalamualaikum, kemalasan melanda beserta hujung2 minggu yang busy tak ingat membataskan gua untuk mencoret tinta2 ke atas blog (Haa, bermadah kau). Pada tarikh 10.10.10 pada pukul 730 malam, gua dengan ditemani mama, abah, dan ayin pergi menangkap gambar sambutan hari lahir MRH yang Hensem. HEHE. Memang mencabar la ambil gambar MRH yang berumur 1 tahun ni. Asyik nangis dan nak dikelek je oleh Fidah. Syukur, lama kelamaan, RAYYAN dah boleh ketawa dan senyum masa gua ambil gambar dia. Thank Fidah, sebab sangat membantu “menghidupkan” mood Rayyan malam tu. Cayalah Rayyan. Nanti kalau ada jodoh, kita amik gambar Rayyan dengan Qasih masa di PD nanti yer. Dah boleh start tempah baju la Fidah dengan Kak Lili.
Foto: Gua suka la gambar ni...Ada mood orang kata. Lalu dengan pantas terus je gua menghitamputihkan gambar ni.
Btw, gambar ni Fidah dah hantar untuk Pertandingan Baby Comel kat FB PaPa MaMa. Kawan2 boleh Vote Rayyan dengan Klik Like pada gambar dorang. Secara tidak langsung anda Like juga gambar gua. Haha. (Saya budak baru belajar ambil gambar) Ini gua sertakan link Like tersebut. 
Foto: See, hensem kan. "Fidah, laki kau hensem mana kau jumpa, anak kau pun comel...Haha.
Foto: Haa, ni la gambar mereka sekeluarga. Kawan gua yang dah kenal gua selama 2 tahun baru dia puji gua hensem. Itu pun dia cakap hensem bermusim. Tgk sekali gambar laki Fidah ni terus cakap hensem. Hampeh. Hahaha.
Eleanur P/S: Kini, gua tak hanya pandai ambil gambar adik manis je macam yang dinda2 cakap. Dinda2, kanda pun pandai ambil gambar baby juga tau. Hehe.

Thursday, October 7, 2010

FOTOGRAFI dan ADIK MANIS

Assalamualaikum, merujuk kepada tajuk di atas adalah menjurus kepada semi kerjaya dan passion gua ke atas bidang fotografi yang serba luas ini. Gua memang suka ambil gambar, dan kadang-kadang akan keluar ambil gambar orang kahwin, orang tak kahwin, Cuma gambar orang bercerai je masih gua tak ambil lagi. Kadang2 tu, sekelompok ahli fotografi akan berkumpul di suatu hujung minggu untuk sama-sama berdiskusi, berkongsi dan ambil gambar samada model, landskap, mahupun kumbang. Baru-baru ni, gua join satu outing yang diterajui Brother ShazliShots dan Rajawali Production di satu lokap tinggal zaman penjajahan British. Haa, Horrow kau.


Foto: Perkenalkan Bakat baru yang bakal menyinar. Amboi2.Shasha Ibr
Ohye, berbalik kepada tajuk di atas, ingin gua jelaskan kepada bakal2 isteri gua agar perlunya untuk dinda2 menanam perasaan Understanding dalam diri dinda2 yang kadangkala kanda akan keluar untuk ambil gambar, tak kirala Model/Talent, hot ke tidak, kurang baju ke tidak, itu namanya kan Seni Fotografi. Jadi, dinda2 haruslah faham dan tidak wujud perasaan jeles, irihati, amal maaruf nahi mungkar dan segala sifat mahzmumah yang seangkatan dengan yang kanda sebut tadi. Harap dinda2 faham dan take it easy. Kanda tak minat pun nak rapat dengan model2 tu semua. Kanda ni photog cap ayam, mana la nak model2 nak pandang kat kanda ni. Yang bukan model pun tak pandang, apatah lagi mereka yang bergelar model. Haiiihh, tak paham betul gua.
Foto: Nampak tak, ini namanya sesi memperangkan kulit. Mira, anda sangat sporting, mempunyai masa depan yang cerah. Huhu.
Foto: Asyik ambil gambar muka je, kali ni, ambil gambar tangan, pinggang, baju, apa lagi tak sebut...Fotografi perlukan idea dan kreativiti baru. Bukan aku cakap, photog lain yang cakap.
Erm, dengan terhasilnya entry ini, maka diharap dinda2 akan mendapat gambaran yang lebih jitu dan memahami prospek kerjaya kanda yang tak seberapani. Nanti dapat duit hasil buat kerja tu, dapatlah kanda belikan tas tangan yang menarik kepada dinda2 semua. Ohye, kanda dengan bangganya hidangkan gambar Talent/Model yang kanda ambil hari tu. Dinda2, ENJOYLAH tengok gambar yang kanda ambil. Haa, dalam toilet tu kami berdua je tau. Eh, terbakar plak dinda2 nanti. Ohye, terima juga kepada Talent, Noh Shazney, Mira, Shasha Ibr dan Zara. 
Foto: Dalam tandas yang pernah digunakan banduan...hoho. Seram.

Eleanur P/S: Fotografi tu indah, ambillah gambar dengan hati, sebab gambar tu akan menjadi nanti. (Ni aku punya mutiara kata, aku nak patenkan)

Tuesday, October 5, 2010

MUSIM KAHWIN SANA SINI

Foto: Ni henpon pengantin to be...Lin dan Yana Akua. Kahwin pada tarikh yang sama


Assalamualaikum, tahun ni je melihatkan beberapa kawan gua melangsungkan perkahwinan. Musim kahwin la kan. Baya2 umur gua ni. Syeikh Muzaffar pun nak kahwin 10.10.10 ni. Save The Date. Dahla, takda mood nak update. Rindu kat Mama di kampung. Macam dah lama tak balik kampung.
Foto: Wahh gua dah pandai sikit teknik2 CLS ni, ayuh adik manis, abg amikkan gbr.
Eleanur P/S: Balik keja ni ada makan2 bersama Niza and The Geng. Gua AJK Gambar, Dokumentasi dan Tukang Order selaku Book Meja. Tema: Seafood dan Puyuh Masak Halia. Sama size rasanya halia dan puyuh. Hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER