NUFFNANG AD

Tuesday, October 26, 2010

MENJAWAB TAG sempena 25 TAHUN (JADI KENA ADA 25 TAG)


Foto: Berkaraoke bersama Mimi dan Mama. I love Mama
Assalamualaikum. Blogger Cun ini telah memilih gua dari ratusan follower beliau untuk ditag. Trimas Gua Ucapkan. CIK RAHIMAH KITA. Sebelum tu, just nak maklumkan yang aku minggu lepas 4 hari ada event kat Putrajaya sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM 2010) Also, minggu ni plak busy menerjah ke sekolah2 sempena Program Rakan Biotek. Wahh. Capek dan Tegang bahu2 gua ini. Ok, terus kepada AKU yang 25 Perkara. Number One:
1.    Gua Mama’s Boy (U got problem with that? Haha. Tak rasa malu pun nak mengaku Anak Mama, bangga adalah. Bayangkan cuti sehari pun gua balik kampung…Apatah kalau cuti 8 hari. Macam biasa, kalau kenal dengan adik2 manis, perkara inilah yang akan gua maklumkan. Ko tak selesa, boleh get lost. Haha (Jahat aku).
2.    Pet Lover especially Kucin. Kat rumah gua ada 4 ekor kucing. Dengan membela kucing kita dapat memupuk nilai kasih sayang dalam diri kita dan lebih menghargai insan lain. (Wawawawa, motivasi)
3.    Sangat memanjakan Dinda2. Dinda2 setuju tak, Ex-Dinda2 setuju tak? Wanita itu indah, hargai mereka, layan mereka baik2. Maybe aku Mama’s Boy, tu yang sensitif sikit isu2 girl ni. Hoho.
4.    Nama GF Gua Eleanur. Tak sah kalau jalan2 tak bawa Eleanur.
5.    Pandai main golf, just tak berpeluang je nak go further. Erm…
6.    Belum berkahwin kerana merasakan diri masih belum bersedia dari semua aspek. Wahaha. Btw, mengimpikan perkahwinan yang simple, tapi memorable.
7.    Ada spek mata RayBan baru beli yang harganya tak relevan. (Self Achievement, Bukan Show Off) Cool.
8.    Belum memiliki cahaya mata berikutan belum berkahwin.
9.    Suka pada wanita cantik yang tahu menjaga kecantikan, rumah cantik, kereta cantik, gambar cantik, beskal cantik. Selalu berpesan kepada Dinda2. “Dinda2, sekali sekala keluar date dengan kanda cantik2 la, Dinda2 tu Refleksi Imej Kanda. Ulang, Refleksi Imej Kanda. (Please take note yer Dinda2)
10. Suka cat rumah. (Gua tak guna Roller, tapi guna Cat Berus Ok, sapuan lebih kemas)
Foto: Makan steamboat bersama BFF gua. Iwan, Budi, Rasis.
11. Gua memang tak geti mandi air panas kalau duk kat Hotel. Haa, panas ok. Camne la korang boleh mandi air panas2 tu. Tak paham betul la. Pedis okie belakang gua. Huuu, panas2. (Mode: Trauma)
12. Muka blur dalam blog ni sebab gua tak hensem orangnya, tapi Dinda2 cakap gua Baik.
13. Suka ambil gambar di sana sini. Haa, marilah kita sama2 belajar. Adik manis yang rasa nak amik gambar cantik boleh roger2 abang.
14. Suka nak berkawan. Dahla keje gua ni pegi event sana2 sini. Memang make friend aje.
15. Peminjam PTPTN.
16. Full of Surprise.
17. Berpendapat kebahagaian adalah milik semua orang dan mereka perlu berusaha untuk mendapatkan dan mengekalkannya agar jiwa tidak kacau.
18. Pernah duduk dekat Kuching Sarawak, Bentong Pahang, Sri Aman Sarawak, dan Kini menetap di Kluang Johor Rumah Mama Gua.
19. Benda berbaloi yang pernah dibeli adalah Speaker Edifier, Beg Laptop Hitam, Sandal Reebok, Kasut Bonia, Laptop HP (Tahun 2015 ni, masuklah 8 tahun aku pakai laptop ni), Haha.
20. Mengutuk lelaki2 yang merogol anak kecil dan anak gadis. Bodosssss, Chika kan banyak. Panas betul la gua. VAVI VETULL. Damn.
21. Sering bertanya pada diri sendiri, kenapa Currency Rate setiap Negara di Dunia ni berbeza-beza. Tak paham betul la gua. Maaf, ekonomi lemah.
22. Suka berjalan2 tengok tempat orang, budaya dan nilai setiap lokasi yang dijelajahi.
23. Kawan2 suka meluahkan emosi, perasaan kat gua. Gua suka je mendengar. HAHA
24. Xbiasa makan kat tempat2 mewah
25. Dahla, dah penat, banyak tak ingat gua nak type.

Eleanur P/S: Jam dah nak pukul 12am pada 26.10.10. Besok gua nak pergi sekolah. Bagi taklimat. Ok, Cik Rahimah, misi dah disempurnakan. Haha. Caloo Dulu.
Foto: Haa, gua dapat Coklat Langkawi dengan Kinder Bueno.

1 comment:

~~DucKneSs~~ said...

owh, i tot that aku je yg rasa hrga reben tu tak munasabah.. hahhahahah.. nway, xpe kalo KEKADANG nak bermewah2an..no poblem..

suka no 22. ^____^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER