NUFFNANG AD

Tuesday, January 31, 2012

Day 4 - Best Radio Prank

Kelinci - bukan Kancil, Kelinci - adalah arnab dalam bahasa Indonesia, manakala dalam gambar di atas bukan kelinci - tapi memerang - shiro dah selamat lahirkan anak - 3 ekor -  nak bagi nama kelinci - sound good

Among Station Radio Prank yang gua dengar, Era.fm - (Can I Help U), Hot.fm - (Panggilan Hangit), & Hitz.fm (Gotcha), gua suka dengar Gotcha pagi2. Sebab JJ & Ean sangat lawak. n memang menjadi la. Ni satu yang buat aku ketawa while driving nak pi kerja.

"Situasi - JJ & Ean jadi tukang hantar set television kat rumah satu mamat ni -  while mamat ni dekat opis - dorang buat prank call - dorang call cakap nak letak kat mana set TV tu (dorang masa ni dah masuk dalam rumah mamat tu) - mamat tu bengang la, sebab suka2 je masuk without permission - mamat tu tanya macam mana boleh masuk? - dorang cakap tuan rumah sewa yang bukakan - nak menambah marak api kemarahan lagi - JJ & Ean cakap dorang siap lunch kat rumah mamat tu, and guna siap pinggan mangkuk - also siap guna toilet semua - melentingla mamat tu - last2 dia bengang, suruh kuar dari rumah - then tiba2 bunyi efek pasu pecah - hahaha - time ni lawak gila - mengamuk la mamat tu - hadoila - JJ & Ean siap cakap nak tolong kemaskan tak pasu yang pecah tu - hahaha - kesian mamat tu - then GOTCHA."

Really made your day kan dengar Prank2 macam tu. Semoga hari u all pun akan indah dengan cara masing2. Have a nice day.
 

Monday, January 30, 2012

Day 3 - A Recipe

Assalamualaikum. Challenge kembali lagi. Sorry la. Sebab takdapat nak teruskan hari berturut2. Yerla, weekend kan busy Shoot kawan Tunang, also, kat rumah I mana la ada internet. (Alasan). Ok, hari ni I nak berkongsi resipi masakan yer adik2 manis sekalian, senang je, boleh dipraktikkan kala hidup bujang, ok, adik2 boleh amik buku nota dan salin k. I nak ajar resipi nak masak "Ayam Goreng Kunyit Kacang Panjang" versi Bujang. Mulakan dengan bahan2 yer.

Bahan-bahan
  1. 1 Ulas bawang putih
  2. 1 biji bawang besar dipotong bulat
  3. 1 biji cili merah & cili hijau dihiris nipis
  4. Sedikit serbuk kunyit
  5. Sedikit garam
  6. dan tidak dilupa Minyak masak juga 
Cara nak masak
  1. Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit
  2. Goreng ayam sehingga garing yer adik manis, angkat dan letak tepi
  3. Use the same wok again, tumis bawang yang telah diketuk hingga naik baunya, diikuti dengan bawang besar ok
  4. While dah nampak bawang tu, dah layu, masukkan kacang panjang plak, if nampak kering, adik2 boleh topup air sedikit k.
  5. Setelah air kering dan kacang panjang nampak dah masak, masukkan cili k
  6. Last, masukkan ayam, Gaul sebati dan siap untuk dimakan
  7. Ingat, kita masak Ayam goreng kunyit, bukan kurma, bukan ayam kicap, apatah soup ayam, sebab takda unsur sup pun dalam bahan2 kita. Nak lagi best, makanla dengan timun dan sambal belacan.
Sekian, cabaran hari ketiga I. Semoga perkongsian ilmiah ini mampu menceriakan hari2 adik2 semua. Saya hidangkan gambar Stew Tulang Kambing untuk adik2 semua. Di Secret Recipe xsedap n mahal, yang ni sedap dan boleh straw sekali. Sekian.
Stew Kambin - Serius sedap - Tak Bohong - I terfikir nak buat Food Travelogue la -  I kan suka makan2, bukan kuat makan - Syahirah bila nak makan steamboat -

Friday, January 27, 2012

Day 2 - TV show that you're currently addicted to

TV show that I currently addicted to is

1. CSI - haha, kalau balik rumah mama gua, gua akan endurance sampai pagi tengok CSI
2. Wipeout - gua suka sebab pengacara dia sengal2 kot. Memang cannot go.
3. Bola Sepak Inggeris (ni kira TV Show ke?)

Yer, i'm attractive, eh perasan. I'm just being nice je dengan semua k. (Maafla sekiranya gambar tiada perkaitan dengan entry, saya just suka ambil gambar). Also, malam ni nak makan Ikan or chicken chop, my brother baru masukkan duit, harusla klepet dengan makan sedap. HOHO.

Thursday, January 26, 2012

30 Days Challenge Update Blog - Day 1: Your Favorite Song

Day 1: My Favourite Song Ever - Kembali Pulang by Kangen Band

1. Lagu Alarm Bangun pi kuliah n kerja (almost 4 years dah, gila kentang)
2. Suka je nak ulang dengar pada semua dinda2
3.  "akanku bawa dia terbang, damai bersama bintang"

Haha. Macam rajin je gua nak update hari2. Insyallah kalau keadaan mengizinkan k. Tapi kalau update pakai henpon gambar jadi tak cantik la...Haha. Alasan 1.
 

Wednesday, January 18, 2012

WW: SATE untuk TK

Sate Untuk TK - Sahabatku di kejauhan yang tak pernah kenal wajah dan suara - tapi hatinya baik & sedap macam sate.

Tuesday, January 17, 2012

CONGRATULATION SIS & BRO

Hai All. Salam. Dah nak CNY ni busy plak. So, agak lambat nak wish kat My Bro n Sis sebab masing2 sukses dalam pelajaran. Untuk My Sis -  PMR hanya dapat 1B & 7A, tahniah sangat2, sebab kalahkan Abang Long dengan Abang Ngah. Dahla masa amik exam PMR hari tu, we all semua ke Kedah sebab My Bro ada Convocation. Memang sedih gila kot kena tinggalkan My Sis on her big Exam. Asal kol jer, nangis. But now, U dah buktikan yang U boleh buat, even kami takda kat sisi, tapi kami tetap ada kan bagi U semangat n dorongan. Really proud of U, Lil Sis. (Note: Abang Ngah nak bagi iPad, gua cakap xpayah, baik beli je wide lens takpun New Nikon 1 warna putih, boleh gua tumpang)
Sambut kejayaan My Sis dapat 1B&7A. My Bro, berjaya menghasut My Sis untuk masuk Asrama Penuh. Hope dapatla. Even Mama macam tak bagi je. Hehe. (Takpela, bagi shes experience duk jauh sikit dari family) - Theme Guy malam ni pakai Jersy, ingat nak belikan Ayin n Mama jersi juga la kan. Nota: Makan malam disponsor oleh si Baju Chelsea.
My Brother - Kritikal - Convocation - UUM, Kedah. Nampak tak bunga cantik tu, gua yang beli ok, dahla dapat lebih kuntum, bunga super cantik OKKK. Haihh, rasa berbaloi plak sebab nice with that aunty florist tu. My Bro - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media, now kuat kerja dan malas fikir bab kahwin.
Ini Saya - Attend Course - Hari sebelumnya kena sound oleh Motivator sebab dress code tak sesuai, messy, baju xkemas - Ewwwww - (Yerla sebab tak maklumkan, dah kata pakai kasual, gua pakai la kemeja n jeans je, kalau tau, mmg dah pakai smart2 dah, tapi takpela, maybe dia xpernah jmpa aku, and she judge from 1 meet tu je la...Sebab ada je masa gua nak men smart smart. Haha. (Nota: Saya macam kurus tiba2 dalam gambar ni, ada macam Aren Ajis tak?)
Btw, tahniah lagi nak ucap kat My Sis n My Bro atas kejayaan masing2. Nanti Abg belanja kita main air kat Philea Resort ek, (one fine day) Haha. Kalau penuh, kita pi je la jalan2 tepi pantai. Pastu malam kita boleh makan Ikan Bakar kat Umbai kan. Sayang la u All semua. Muah. Dah, gua ada meeting dengan Puan ni. Bye n Assalamualaikum.

Friday, January 13, 2012

Tapi Bagaimana by Spider


Lagu ni ada main masa drama Vanilla Coklat - Heroin best, hero tak best, baik amik aku jer. Haha. Kan Ixara kan...

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa

Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Link: Tapi Bagaimana by Spider

Friday, January 6, 2012

FANTASY FOOTBALL

Lihatla Point I yang number 1 tu, jauh tu asap...haha
Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat yang indah. Haa, tengok gambar di atas, ni la Fantasy Football yang gua main sepanjang 21 week. Haa, sila lihat kepada ranking tu ok, sapa dapat number 1 manager yang paling best. Gua la orangnya. Akhirnya menang juga. Penuh debaran dan percaturan. Ok, here sikit penerangan tentang Fantasy Football ni.

1.  Overview
The objective of the game is to select a squad of Premier League players, while staying under the £100m budget, and to accumulate the most points according to the scoring system.

 2.  Roster. The total value of your initial 15-man roster must not exceed $100 million. In order to have a valid roster your team must consist of the following number of players from each roster slot:
    2 Goalkeepers
    5 Defenders
    5 Midfielders
    3 Forwards

Ok, faham la kan, bahasa mudahnya, anda diberi budget 100Juta Pound untuk beli belah pemain (roster) untuk bina Dream Team anda. Yang mana, setiap pemain anda yang perform pada game minggu tu akan dapat point, lagila pada Roster yang score goal. So, 11 orang punya point tu akan ditotal. So, akan tahu la juara untuk 1, 1 minggu tu. Mari gua persembahkan barisan Roster gua yang mengumpul banyak poin, 
Ohye, pemilihan Kapten adalah sangat penting (mata berganda). Cayalah RVP. Memang banyak bagi gua mata season ni. Kenangan lain is, bila Kapten gua minggu tu, Lampard score 3 biji. (Kali la 21 x 2 - wawawa)

Next is, penerangan mengapa Best dan Tak Best main Football Fantasy ni:

Best
1. Tiada lagi Monday Blues -  Masuk kerja pagi Isnin happy je sebab nak check point
2. Boleh menganjing kawan2 yang point corot
3. Baru anda sedar yang anda ada bakat menjadi pengurus bola sepak. haha

Tak Best
1. Bila kapten yang anda pilih tak main or injured minggu tu -  boleh nangis
2. Kena nganjing pasal point ciput or player kena kad merah

Ok, sedikit tips untuk main Footbal Fantasy ni yer anak-anak sekalian:
1. Pilih player yang dijangka perform, boleh jaring goal, banyak assist sebagai kapten -  
ni mmg akan sumbang point yang banyak tu.
2. Pilih player yang ada ability untuk amik penalty, corner, free kick
3. Sila lihat Jadual Perlawanan -  ini penting sebab sbg contoh, Manchester City (xayam) lawan Wigan (ayam) - for sure la kena kitai 5-0 Wigan tu nanti, so, roster u all yang banyak player City sure akan bagi banyak point kan.
4. Update News -  untuk tahu player mana yang injured, yg boleh main ke tak
5. Bola sepak itu bulat, susah nak tahu - apa2 pun mmg best of Luck la main Fantasy ni. haha

Itu sahaja penerangan panjang lebar dari gua. Best tau main FF ni, serius, malam minggu anda tengok bola dengan kawan2 akan lebih bermakna tau. Btw2, segmen 2 dah nak bermula, kena setup roster yang boleh perform. Lets play the game. Yeayy saya menang.

Wednesday, January 4, 2012

Tuesday, January 3, 2012

PHOTOGRAPHY CONTEST, "The Colours of Iskandar Malaysia"

CIQ View from Persada Johor
Haa U all. Ni ada Photography Contest "The Colours of Iskandar Malaysia".

Kategori:

Perpaduan dan Integrasi antara Kaum,
Bangunan Warisan, dan
Pembangunan Ikonik di ISKANDAR MALAYSIA contoh : Bangunan CIQ, Pelabuhan Tg. Langsat, Ramsar, Pusat Janakuasa Tg. Bin, Lapangan Terbang, Kota Iskandar dll.

Hadiah setiap kategori:

Pertama : RM 3000 + sijil
Kedua : RM 2000 + sijil
Ketiga : RM 1000 + sijil
Hadiah saguhati : RM500 x 3 + sijil


More Info: www.iskandarmalaysia.com.my & www.johobaru.blogspot.com

Gambar CIQ kat atas boleh masuk bertanding tak? Ikonik bangunan kan. Sure ramai yang amik gambar bangunan kat Nusajaya, so, aku amik gambar lain.

Monday, January 2, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Let the coming year be a glorious one,  that rewards all your future endeavors with success. eleanur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER