NUFFNANG AD

Friday, January 6, 2012

FANTASY FOOTBALL

Lihatla Point I yang number 1 tu, jauh tu asap...haha
Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat yang indah. Haa, tengok gambar di atas, ni la Fantasy Football yang gua main sepanjang 21 week. Haa, sila lihat kepada ranking tu ok, sapa dapat number 1 manager yang paling best. Gua la orangnya. Akhirnya menang juga. Penuh debaran dan percaturan. Ok, here sikit penerangan tentang Fantasy Football ni.

1.  Overview
The objective of the game is to select a squad of Premier League players, while staying under the £100m budget, and to accumulate the most points according to the scoring system.

 2.  Roster. The total value of your initial 15-man roster must not exceed $100 million. In order to have a valid roster your team must consist of the following number of players from each roster slot:
    2 Goalkeepers
    5 Defenders
    5 Midfielders
    3 Forwards

Ok, faham la kan, bahasa mudahnya, anda diberi budget 100Juta Pound untuk beli belah pemain (roster) untuk bina Dream Team anda. Yang mana, setiap pemain anda yang perform pada game minggu tu akan dapat point, lagila pada Roster yang score goal. So, 11 orang punya point tu akan ditotal. So, akan tahu la juara untuk 1, 1 minggu tu. Mari gua persembahkan barisan Roster gua yang mengumpul banyak poin, 
Ohye, pemilihan Kapten adalah sangat penting (mata berganda). Cayalah RVP. Memang banyak bagi gua mata season ni. Kenangan lain is, bila Kapten gua minggu tu, Lampard score 3 biji. (Kali la 21 x 2 - wawawa)

Next is, penerangan mengapa Best dan Tak Best main Football Fantasy ni:

Best
1. Tiada lagi Monday Blues -  Masuk kerja pagi Isnin happy je sebab nak check point
2. Boleh menganjing kawan2 yang point corot
3. Baru anda sedar yang anda ada bakat menjadi pengurus bola sepak. haha

Tak Best
1. Bila kapten yang anda pilih tak main or injured minggu tu -  boleh nangis
2. Kena nganjing pasal point ciput or player kena kad merah

Ok, sedikit tips untuk main Footbal Fantasy ni yer anak-anak sekalian:
1. Pilih player yang dijangka perform, boleh jaring goal, banyak assist sebagai kapten -  
ni mmg akan sumbang point yang banyak tu.
2. Pilih player yang ada ability untuk amik penalty, corner, free kick
3. Sila lihat Jadual Perlawanan -  ini penting sebab sbg contoh, Manchester City (xayam) lawan Wigan (ayam) - for sure la kena kitai 5-0 Wigan tu nanti, so, roster u all yang banyak player City sure akan bagi banyak point kan.
4. Update News -  untuk tahu player mana yang injured, yg boleh main ke tak
5. Bola sepak itu bulat, susah nak tahu - apa2 pun mmg best of Luck la main Fantasy ni. haha

Itu sahaja penerangan panjang lebar dari gua. Best tau main FF ni, serius, malam minggu anda tengok bola dengan kawan2 akan lebih bermakna tau. Btw2, segmen 2 dah nak bermula, kena setup roster yang boleh perform. Lets play the game. Yeayy saya menang.

3 comments:

Anonymous said...

HAISH TERINGIN PLAK RASA NYA NAK TRYY

[z@ck] said...

fantasy football dengan fantasy league sama ka? saya sgt noob bab bola ni.hahaha

Un Phat Lee said...

FIFA 12 gak best. haha :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER