NUFFNANG AD

Tuesday, January 19, 2010

Sedap Ok, J.CO Donut !!!

Wahhh...donut yang ceria. Asyik review pasal Hotel je. This time pasal makanan la plak...

Tajuk: Mari Makan Donut
Date: Bulan Oktober 2009
Venue: J.CO Donut Cawangan K.L
Gambar: Sebenarnya ada 7 Donut, tapi saya dah bedal yang lain2...
Harga: Tak mahal sangat, lagipun sedap tu...wuhuuu...

Pilihan Menarik Untuk Anda:

1. Coco Loco
2. Hazzle Dazzle
3. Alcapone (yang ada keping2 kat atas ni haa)
4. Why Nut (yang putih tu)


Ni alamat dia dekat K.L tu, kalau jumpa boleh la singgah makan, tambahan ada disediakan WIFI untuk pelanggan layari Facebook...

Gadis Hot: J.CO Donut ni berasal dari Indonesia, sebab tu la mostly staff dia semua orang sana...
Kawan Gadis Hot: Wahhh, yela. Tapi nampak mereka semua mcm student je, maybe part time.
Gadis Hot: Maybe.
Staf J.CO: Kalau amik set ni, akan percuma 1 donut (6 + 1 = 7).(Kalu tak silap saya la)
Kawan Gadis Hot: Wahhh, best..jom pilih, 1,2,3,4,5,6,7

Dialog customer depan saya. Pasang telinga betul aku ni...Wahhahahhaha.Maaf.
Abang kacak J.CO sedang membuat air yang sedap. (Asyik sedap je).
Abang ni cool la orangnya...
Sedikit Fakta Tentang J.CO Donut:

1. Kedai pertama yang dibuka adalah di Supermall Karawaci, Indonesia pada 26 June 2005
2. Ada 65 outlets di sekitar Indonesia, Malaysia, Singapore.
3. Menang "Best Donut 2006".Wahhhh
4. Coco Loco sedap, pastikan ada (Fakta Saya Sendiri)
http://tawaketawa.blogspot.com/


So, bagi sesapa yang berkeinginan nak makan, bolehlah cari kat K.L...
Tapi kalau anda berkunjung ke luar negara, especially Indonesia lagi la merata2 ada...
Kalau pi Bali nak makan J.CO, ni kedai dia, pi cari...kat Galleria Mall.
Kalau kat Johor, ada kat City Square, nah no dia, boleh contact untuk tempah donut.(07 2212 177)



Dah beli, so, meh jalan2 sekitar K.L sambil makan donut...Jalan + Makan + Jalan + Makan
http://www.jcodonuts.com/
(sebelum terlupa, web dia menarik dan yummy2)

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, January 11, 2010

The Zon Regency Hotel...HO HO HO

Tajuk: Salam New Year 2010
Date: 31.12.09
Venue: The Zon Regency Hotel, Johor Bahru
Peserta: 2 Orang. (Haha)
Menu: Lu tapau sendiri la kat Singgah Selalu (Ayarkkk)

Gambar: Abang Santa sedang duduk sambil melambai tangan kat saya. HO HO HO kata Abang Santa. saya plak, HORA HORA HORA.

Mendaki eskelator ok. sebab masih awal pagi dan tak on lagi suis eskalotor ni...wahhh...cuba tgk, dah 6 tingkat saya mendaki. sangat penat lelah (wahahaha...padahal, naik lif dari G ke level 5).
Perjalanan ke Hotel ini dimulakan sekitar Jam 0900am yang mana mood saya masa tu, sangat ngantuk...dahla partner saya si N tu takmau ikut.

Puan Baju Kuning: Wahh, bagus la konsep senaman pagi yang Hotel ni organise...
Puan Baju Hitam: Menyahut seruan kerajaan, badan sihat, otak cerdas
Puan Baju Kuning: Betul, btw, ada berapa lagi anak tangga kita nak daki ni...
Puan Baju Hitam: Xbanyak, adalah lagi 2 floor.


Ruang makan dan lepak2 yang agak luas dan selesa di Hotel The Zon ni...Lets Futsal.
Ni rasanya berada di Paras 5.


Gambar belon ok. Ribuan belon ni sebenarnya berada atas kepala saya, dan ada jaring untuk menampung belon2 tu sementara menunggu detik 1200am 2010. Kiranya tepat pukul 1200am belon itu akan dilepaskan dan jadilah HUJAN BELON untuk para tetamu yang ada kat hotel ni. Wahhh, sangat meriah. Tenggelam dalam lautan belon. Kalau belon2 ini berisi air, mesti bertambah menarik dan cepat je belon sampai ke lantai. xla jenuh kita nak tgu belon tu sampai kat kita. Menarik.

Itu saja, sepintas lalu, merayau2 di The Zon Hotel, ohya, sini dekat dengan Stulang. Jadi, malam2 bolehlah jalan2 cari makan dan rayau2 sekitar hotel ni...shopping pun ok juga.

Website: www.zonhotel.com.my

Tuesday, January 5, 2010

thistle, JOHOR BAHRU

Tajuk: Hotel Room Services
Date: Minggu Lepas (Sebelum New Year 2010)
Venue: thistle, Johor Bahru
Participant: Jumlah Rahsia
Menu: Sirlon Grilled Apantah

Sea View, dari bilik ni kita dapat tengok Laut dan dapat tengok Singapore kalau ada teropong. Ya, Singapore. Bawah anda plak ada kolam renang untuk pelbagai peringkat umur. Mari mandi.

Info:
Thistle Johor Bahru is the perfect starting point for your travels to South East Asia especially when it comes to shopping, dining and entertainment. Offering 380 rooms, 3 restaurants, 2 bars with live music, large events space, resort style swimming pool and fitness centre with spa, ideal for business or pleasure. (SETUJU)
Perlunya adik yang manis di Meja Depan, sebab first impression yang baik penting dalam menggambarkan hotel yang bakal anda stay kan...haha. Btw, we all berpeluang dijamu dengan menu ala carte pada hari tersebut...Hidangan hari ni semua steak...Even ada juga la nasi2 dan beef curry, tapi steak juga yang budak2 ni pilih...Tapi, mari mulakan dulu dengan appetizer...Yumm yumm dan yumm yumm lagi.(Maaf, gbr steak kurang cantik jadi malas nak masukkan). Tapi sedap la.


Jadi, bagi sesiapa yang berkunjung ke negeri Johor, bolehla menginap kat hotel ni sebab:
Ideally located for shopping, dining and entertainment. Large events space and resort style facilities near amenities
. Yang penting banyak tempat shopping kot. Kat atas ni pemandangan di sekitar Hotel ni. Ohye, malam2 kat area Jam Besar tu, ada CUCUK-CUCUK. Ala, tempat makan tong tau fu la...Try la...Maklumat lanjut, roger je alamat ni:

thistle, Johor Bahru
Jalan Sungai Chat, 80720 Johor Bahru
Johor, Malaysia
Phone: +607 222 9234
Fax: +607 222 0153


Thank, sgt2 kat Cik Retna dan cik assistant beliau, sebab layanan yang sangat A ok.

Monday, December 28, 2009

Let's Genting

Date: 051209 (Sabtu)
Venue: Genting Highlands (sungguh berkabus)
Participant: 6 orang dewasa
Objective: Amik gbr, makan nasi, gossiping
Theme: Winter Sonata
Nasihat: Beli McD, or Pizza kat tanah rendah dulu, sebab makan kat sini agak mahal dan ramai orang...(cuaca sejuk membuatkan kita cepat lapar. serius maa)

Ke Genting pada 05.12.09. Berkumpul di tepi tol sebelum sama2 memanjat Genting...vroom...sampai kat atas around 7pm rasanya, cuaca pun dah agak berkabus...(naik keta transmisi auto adalah digalakkan-sebab panjat gunung kan
, senang sikit)
Makwe cun kat meja sebelah aku...(Idea terhasil)

Saya: "hai gorgeous, boleh i amik gambar u sepuluh tak"?
Gadis manis: "ya sure, boleh je, we all memang suka kena amik gbr"

Saya: "oh, thank you yer...ok, ready adik manis" senyum senyum.
Gadis manis: (sedang senyum). "tapi we all nak gbr ni nanti boleh tak"?
Saya: (senyum berjaya). boleh, pass je ur henpon number...(senyum lagi...haha)
Gadis manis: "017 32437##"...dah ada nanti callin2 we all tau.(senyuman manis)
Saya: Misi berjaya...wahahahaha (ketawa jahat)


Papan pandu arah sekiranya anda tersesat di Genting...btw, saya tak ikut panduan ni sebab busy mengambil gbr. (konon)
Kalau tgk pada tema saya pun, mmg takmau main indoor game tu...mungkin sebab saya dah dewasa kot...wahahaha

Saya rasa saya bertuah je hari ni, sebab saya jumpa Liya , citer Nurkasih, saya pun tak sure pasal dia asyik tutup muka dia je...wahahahahahaha. (xboleh blah btl aku)

Saya: Wahh, Cik Nurkasih. Boleh saya amik gbr...
Cik Nurkasih: Boleh, xdahal. saya pun baru je pegi facial ni...
Saya: Apa perkembangan terbaru Cik Nurkasih?
Cik Nurkasih: Erm, baru lepas shooting...ni yang dtg sini berehat2...
Saya: Betul betul. Cik Nurkasih nak tak gambar yang saya amik ni?
Cik Nurkasih: Erm, tak payahla...awak simpan je la...
Saya: (Down,sungguh). (Aku la KASIHAN)

Suasana Indoor Arena, Genting...mmg ramai orang yang berpusu2 ke dalam ni, yela, sebab kat luar game dah tutup...jadi, tawaf la dalam ni sampai penat. tapi ada je indoor game, mcm keta langgar, rumah ripley, gondola, tren, spongebob, apa lagi ek...lupa dah...

Di kesempatan ini, nak ucap trimas banyak2 kepada kawan2 sporting saya yang menyudikan gbr2 anda diambil oleh saya yer...bantu saya improve skill...Faiz, Zulai, Sher, Hud, dan Cik Awak...thank yer...semoga akan ada lagi tawaketawa kita nanti...(btw, korang nak pegi Bali, xmau ajak i ker...huhu). yang penting jngn lupa amik gbr 10 ratus...Itu priority tu...

Thank you semua...nah bebear HUG...(akulah Encik Bebear).cool.

Monday, December 14, 2009

Hari Raya Qurban 2009

Salam. Lama sangat nak update blog saya tentang Raya Korban ni

Quote Of The Day: ”Kemalasan Menyelebungi Diri”

Tajuk: Keluarga kami dijemput untuk membantu melapah dan mengagih2 daging korban

Tarikh: Raya Korban ke 2

Masa: 2.30 pm – 3.30pm

Tempat: Rumah Cik Tonton, T6.


Keterangan Gambar 1: Pakcik yang terer tu menunjukkan kaedah yang betul untuk melapah daging korban. Pisau harus sangat tajam dan batu asah perlu sentiasa diguna.
Keterangan Gambar 2:

Adik saya yang tak terer. Sila lihat tangan beliau yang melapah daging lembu itu...Macam salah je. Suka hati kau lah...




Keterangan gambar 3:

Mama saya di bahagian packaging. Letak dalam plastik dan timbang...Cinggg. (Bunyi dacing).


Sekian, mari makan sup tulang...vroom

Wednesday, November 11, 2009

WORLD of CROCS

Beberapa bulan yang lepas, berkesempatan berkunjung ke Butik Crocs, saja jalan2 cuci mata, telinga, mulut. Sempat la amik gbr, masa kawan2 saya duk membelek2 kasut untuk diberi pada ibu bapa mereka.

Ini plak adalah perhiasan untuk dilekat kat lubang pada kasut2 anda, menambah seri kasut la kiranya dan pemakai akan lebih kelihatan comel jika memakainya dalam kuantiti yang banyak...hahaha.

Alasan, kenapa CROCS perlu menjadi kasut yang anda ingin pakai:
1. Lemah lembut, selesa, dan mantap di kaki anda
2. Kasut yang ringan, mudah terapung dalam air sungai...haha
3. Lubang udara, memberi keselesaan dan menyejukkan kaki



Kasut CROCS yang tergantung...yang ni mcm kasut nak pi jalan2 atau ke rumah kahwin sedara, fleksibel la pasal bukan hanya untuk aktiviti lasak je, tapi boleh juga untuk jalan2.

Panduan membeli dan memakai kasut jenama ini:

CROCS should not fit like other shoes

They should fit very loosely. The sizes of your foot should not really touch the sides of the shoe. Your toes should never make contact with the front of the shoe.
Turut disediakan juga CROCS untuk kaum wanita dan kanak-kanak

Waaaaa ini la himpunan kasut2 CROCS yang bermacam kaler dan warna, memudahkan mata kita untuk memilihnya, jadi, belilah ketika sale, beli 1 percuma 1 ke...best2. Bagi kawan2 di Selangor, ni alamat kedai dia kat
S51, 2nd Floor, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre Klang. Pergilah beli, sebab musim melancong dah bermula, pasti bergaya kalau jalan2 pakai kasut ni.huhu


Monday, November 2, 2009

SAYA KE PAVILION LA PULAK

NILAI - JALAN TELAWI - IKEA - THE CURVE - SESAT KE BATU CAVE - PAVILION - BUKIT BINTANG - KEDAI MAMAK JUGA

Nak citekan pengalaman berkunjung ke ibu kota baru2 ni...haha
...kan saya ni kaki jalan yang merupakan kaki amik gambar, so abadikan la juga gbr time dekat KL hari tu...

Kawan saya cakap tempat ni namanya FLEA MARKET, dekat dalam The Curve tu...sempat la sambar keychain berbentuk bintang kat sini,

Tujuan beli keychain:
1. Kenangan zaman muda
2. Nak memberatkan kunci moto dan kunci keta
3. Keychain sgt comel, ada ikon muka orang guilty

Suasana malam di The Curve...Bestnya kalau ada kamera hitam kan...

1. Yeap, mmg best, boleh shot gbr bangunan
2. Yeap, mmg best, boleh shot gbr makanan
3. Yeap, mmg best, boleh shot gbr orang


Yer, saya sempat shopping, donut donut di JCO, makwe sebelah saya ni yang belanja...
kalau kat situ, beli air percuma donut agaknya, dan donut tu nak lagi sedap, kena cicah dgn air JCO tu sendiri...btw, donut tu mmg sedap dan rasa nak lagi, someone takmau bawa lagi ke, kali ni saya nak pi delicious plak...yeayyyyy.

Panduan membeli donut di J.Co
1. Pastikan duit cukup sebab ia bukan donut RM1:3
2. Kebolehan bertutur dalam bahasa Indonesia tidak akan mempengaruhi harga donut (J.Co asal dari Indonesia, sebab mostly cowok dan ceweknya orang sana)
3. Air Sedapnya itu mahal sebab melalui 8 proses rumit...ayarkkkk
4. Kemudahan WIFI disediakan


Nampak tak bunga merah ni, ramai sangat yang dtg amik gambar kat bunga ni...kenapa yer,...maybe sebab ia akan bertukar kaler ikut mood...

1. Mood Ok: Kaler Hijau
2. Mood kurang Ok: Kuning
3. Moody: Merah rasanya...
Pandai2 je aku ni...x boleh blah sungguh

Pakcik Mahal...(Bintang Walk)...kenapa Mahal???

1. Sebab baju diselaputi emas 43 karat
2. Nak bergambar kena bayar RM1 (budak yang bergambar dgn pakcik tu cakap)
3. Pakcik ni mcm robot la, sangat cool ok...

Sekian saya tawaketawa saya pada kali itu ke k.l...memang seronok je, pasal dari pagi bawak ke malam minum 8jenis air.
Antaranya ialah

1. Air Kopi O (Sarapan di rumah Nilai)
2. Air Ribenna (Air ketika kipas sate)
3. Air Mineral Kena Matahari (Dalam keta)
4. Air Mirinda Merah (Masa makan kat Ikea)
5. Air Pepsi (Masa refill air kat Ikea)
6. Air Nescafe Susu J.CO (Sedap sgt)
7. Air Tin Krisantimum (Penat lepas berjoging2 di BB)
8. Air Teh Ais (Minum masa tgk bola kat mamak)

Ayarkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Wednesday, October 21, 2009

UPDATE DAH, TENTANG SYAWAL 2009 SAYA

Saya rasa lama benar dah saya tak update blog ni, so ni nak cite sikit pasal Syawal 2009 saya ni

Gambar 1: main bunga api, baru belajar lightpainting la kononnya, pakai bunga api



Gambar 2: my new gf, kahkah...ni my aunty, mmg muda dengan bulu mata ori beliau (dslr + makeup + terer konon...kahkah)


Gambar 3: Salasilah keturunan saya, masih belum ada semua ni



Gambar 4: Tahniah, keta anda masih dalam laluan


Gambar 5: Lihat juga keluarga2 kat belakang, masing2 penat dan lapar beraya (lokasi, air hitam, johor)


Gambar 6: Abah pesan, Abg, jaga perangai kat rumah orang...


Gambar 7: Menziarah kubur pada raya ke 3, orang pun dah kurang

Gambar 8: Adik2 ni berjaya masuk beraya ke rumah saya. saya yang serve dorg. cool

Sekian, update pada kali ini, 24 ni saya ada jemputan Open Ouse di Nilai...saya suka...jalan2










Thursday, September 17, 2009

AIDILFITRI YANG LALU & KINI

Assalamualaikum wht...Sempena kedatangan Syawal pada kali ni, nak mengimbau kenangan raya beberapa tahun lepas...So entry kali ni lebih kepada gambar yang bercerita je...Mood raya mempengaruhi mood blogger...
Keterangan gambar: Baju raya 2 tahun lepas, baju ni dapat disiapkan dalam masa 5minit je, hebat tak, sebab beli kat bazar ramadhan, ntah kenapa tahun tu teringin plak pakai baju melayu Johor...teringin teringin


Dah menjadi rutin selepas bersembahyang Raya, balik rumah minum air tea o dan selepas sesi mama menangis salam suaminya, dan anak2 beliau, dan sesi dapat duit raya, kami akan bergegas menziarahi pusara nyai dan arwah adik...dan bertahun2 juga la aku menjadi penyiram kubur dan penabur bunga pertama ke atas pusara pusara itu. Macam biasa, kawasan perkuburan akan ramai dengan orang dan jalan menjadi sangat jam...
erm, nak tya, pergi kubur perlu time raya je ke...hehe...(ayat pembujukan bendung kesesakan ketika orang ramai2 berpusu menjiarah kuburan)




Baju raya tahun lepas, kawan mama yang buatkan, sebab time ni teringin nak pakai baju kaler krim…tapi banyak kawan2 dan sedara mara yang salah tafsir ingat yang tu baju nikah. Ok. Baju nikah warna putih yer, dan saya punya baju warna krim. Krimmer. Saya masih belum nak nikah yer, kurang mampu dari 2,3 aspek nak berumahtangga (ayat defensive bila orang Tanya bila mau kahwin…hoho). Ohye, sampan maroon tu abah beli dari Indonesia masa dia bersojer di sana. Suka pada coraknya, tu yang pakai buat samping. Cantik ke?



Kad raya. Saya suka bagi kawan2 kad raya, dan sms raya...tapi saya lebih prefer bagi kad raya...sebab susah sikit nak terhilang kalau bagi kad raya. mcam tahun ni rasanya, saya bagi lebih 30 orang gbr raya mcm di atas ni. Ohye, ni gambar kawan saya dan ada banyak lagi gbr2 kawan yang saya jadikan kad raya bergambar (inilah alasan kenapa saya suka amik gbr kawan2 dan orang ramai kandid2, sebab boleh hasilkan kad melaluinya...good reason la kot)...Kepada kawan2 yang dapat kad dari saya, simpan la elok2. lagi better kalau tampal dekat cermin toilet...everyone can see...haha run.

Panjang plak type...erm, sempena penghujung ramadhan, saya berharap agar ramadhan ni lebih bermakna, penuh memori (masak2 sayur labu, goreng pisang manis, nasi ambeng, tgk rancangan spice route, bersahur ala lelaki bujang, main scrabble...sungguhnya, ramadhan kali ini, banyak kenangan manis...semanis goreng pisang manis.
Dan sempena syawal yang bakal terbit, saya nak minta maaf kat abah mama, kri dan ayin, sedara mara, geng 3 jari, han,hai,yaz dan teman2 sekantor, bff kesayanganku, makwe2, skandal2, pakwe2, en naim dan especially kawan blogger yang saya rasa, anda sangat best OK.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 2009...

HZL
http://tawaketawa.blogspot.com/



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER