NUFFNANG AD

Thursday, September 17, 2009

AIDILFITRI YANG LALU & KINI

Assalamualaikum wht...Sempena kedatangan Syawal pada kali ni, nak mengimbau kenangan raya beberapa tahun lepas...So entry kali ni lebih kepada gambar yang bercerita je...Mood raya mempengaruhi mood blogger...
Keterangan gambar: Baju raya 2 tahun lepas, baju ni dapat disiapkan dalam masa 5minit je, hebat tak, sebab beli kat bazar ramadhan, ntah kenapa tahun tu teringin plak pakai baju melayu Johor...teringin teringin


Dah menjadi rutin selepas bersembahyang Raya, balik rumah minum air tea o dan selepas sesi mama menangis salam suaminya, dan anak2 beliau, dan sesi dapat duit raya, kami akan bergegas menziarahi pusara nyai dan arwah adik...dan bertahun2 juga la aku menjadi penyiram kubur dan penabur bunga pertama ke atas pusara pusara itu. Macam biasa, kawasan perkuburan akan ramai dengan orang dan jalan menjadi sangat jam...
erm, nak tya, pergi kubur perlu time raya je ke...hehe...(ayat pembujukan bendung kesesakan ketika orang ramai2 berpusu menjiarah kuburan)




Baju raya tahun lepas, kawan mama yang buatkan, sebab time ni teringin nak pakai baju kaler krim…tapi banyak kawan2 dan sedara mara yang salah tafsir ingat yang tu baju nikah. Ok. Baju nikah warna putih yer, dan saya punya baju warna krim. Krimmer. Saya masih belum nak nikah yer, kurang mampu dari 2,3 aspek nak berumahtangga (ayat defensive bila orang Tanya bila mau kahwin…hoho). Ohye, sampan maroon tu abah beli dari Indonesia masa dia bersojer di sana. Suka pada coraknya, tu yang pakai buat samping. Cantik ke?



Kad raya. Saya suka bagi kawan2 kad raya, dan sms raya...tapi saya lebih prefer bagi kad raya...sebab susah sikit nak terhilang kalau bagi kad raya. mcam tahun ni rasanya, saya bagi lebih 30 orang gbr raya mcm di atas ni. Ohye, ni gambar kawan saya dan ada banyak lagi gbr2 kawan yang saya jadikan kad raya bergambar (inilah alasan kenapa saya suka amik gbr kawan2 dan orang ramai kandid2, sebab boleh hasilkan kad melaluinya...good reason la kot)...Kepada kawan2 yang dapat kad dari saya, simpan la elok2. lagi better kalau tampal dekat cermin toilet...everyone can see...haha run.

Panjang plak type...erm, sempena penghujung ramadhan, saya berharap agar ramadhan ni lebih bermakna, penuh memori (masak2 sayur labu, goreng pisang manis, nasi ambeng, tgk rancangan spice route, bersahur ala lelaki bujang, main scrabble...sungguhnya, ramadhan kali ini, banyak kenangan manis...semanis goreng pisang manis.
Dan sempena syawal yang bakal terbit, saya nak minta maaf kat abah mama, kri dan ayin, sedara mara, geng 3 jari, han,hai,yaz dan teman2 sekantor, bff kesayanganku, makwe2, skandal2, pakwe2, en naim dan especially kawan blogger yang saya rasa, anda sangat best OK.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 2009...

HZL
http://tawaketawa.blogspot.com/



6 comments:

kucingorengemok said...

orang lelaki lagi kachak pakai baju melayu teluk belanga, kain samping ke dalam... hik hik, akak pitam!

selamat hari raya + maaf zahir batin

Hint PerihaL said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin..jumpa lgi lepas raya..jgn lupa pkai croc... =)

Anonymous said...

jeliternyerrr.. ehehe, salam aidilfitri maaf zahir bathinn wat abang kachak ittewww

diyadeary said...

selamat hari raya.. ;)

baju melayu johor, tak panas.. lagi sempoi.. hehe..

saya suka johor..

sHe said...

oh, aku pun dapat satu! suka2!!
thanx banyak2.. nnt aku tampal kat cermin kereta.. ;)

Yazid Husain said...

selamat hari raya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER