Assalamualaikum, kemalasan melanda beserta hujung2 minggu yang busy tak ingat membataskan gua untuk mencoret tinta2 ke atas blog (Haa, bermadah kau). Pada tarikh 10.10.10 pada pukul 730 malam, gua dengan ditemani mama, abah, dan ayin pergi menangkap gambar sambutan hari lahir MRH yang Hensem. HEHE. Memang mencabar la ambil gambar MRH yang berumur 1 tahun ni. Asyik nangis dan nak dikelek je oleh Fidah. Syukur, lama kelamaan, RAYYAN dah boleh ketawa dan senyum masa gua ambil gambar dia. Thank Fidah, sebab sangat membantu “menghidupkan” mood Rayyan malam tu. Cayalah Rayyan. Nanti kalau ada jodoh, kita amik gambar Rayyan dengan Qasih masa di PD nanti yer. Dah boleh start tempah baju la Fidah dengan Kak Lili.
Foto: Gua suka la gambar ni...Ada mood orang kata. Lalu dengan pantas terus je gua menghitamputihkan gambar ni.
Btw, gambar ni Fidah dah hantar untuk Pertandingan Baby Comel kat FB PaPa MaMa. Kawan2 boleh Vote Rayyan dengan Klik Like pada gambar dorang. Secara tidak langsung anda Like juga gambar gua. Haha. (Saya budak baru belajar ambil gambar) Ini gua sertakan link Like tersebut.
Foto: See, hensem kan. "Fidah, laki kau hensem mana kau jumpa, anak kau pun comel...Haha.
Foto: Haa, ni la gambar mereka sekeluarga. Kawan gua yang dah kenal gua selama 2 tahun baru dia puji gua hensem. Itu pun dia cakap hensem bermusim. Tgk sekali gambar laki Fidah ni terus cakap hensem. Hampeh. Hahaha.
Eleanur P/S: Kini, gua tak hanya pandai ambil gambar adik manis je macam yang dinda2 cakap. Dinda2, kanda pun pandai ambil gambar baby juga tau. Hehe.
Assalamualaikum, merujuk kepada tajuk di atas adalah menjurus kepada semi kerjaya dan passion gua ke atas bidang fotografi yang serba luas ini. Gua memang suka ambil gambar, dan kadang-kadang akan keluar ambil gambar orang kahwin, orang tak kahwin, Cuma gambar orang bercerai je masih gua tak ambil lagi. Kadang2 tu, sekelompok ahli fotografi akan berkumpul di suatu hujung minggu untuk sama-sama berdiskusi, berkongsi dan ambil gambar samada model, landskap, mahupun kumbang. Baru-baru ni, gua join satu outing yang diterajui Brother ShazliShots dan Rajawali Production di satu lokap tinggal zaman penjajahan British. Haa, Horrow kau.
Foto: Perkenalkan Bakat baru yang bakal menyinar. Amboi2.Shasha Ibr
Ohye, berbalik kepada tajuk di atas, ingin gua jelaskan kepada bakal2 isteri gua agar perlunya untuk dinda2 menanam perasaan Understanding dalam diri dinda2 yang kadangkala kanda akan keluar untuk ambil gambar, tak kirala Model/Talent, hot ke tidak, kurang baju ke tidak, itu namanya kan Seni Fotografi. Jadi, dinda2 haruslah faham dan tidak wujud perasaan jeles, irihati, amal maaruf nahi mungkar dan segala sifat mahzmumah yang seangkatan dengan yang kanda sebut tadi. Harap dinda2 faham dan take it easy. Kanda tak minat pun nak rapat dengan model2 tu semua. Kanda ni photog cap ayam, mana la nak model2 nak pandang kat kanda ni. Yang bukan model pun tak pandang, apatah lagi mereka yang bergelar model. Haiiihh, tak paham betul gua.
Foto: Nampak tak, ini namanya sesi memperangkan kulit. Mira, anda sangat sporting, mempunyai masa depan yang cerah. Huhu.
Foto: Asyik ambil gambar muka je, kali ni, ambil gambar tangan, pinggang, baju, apa lagi tak sebut...Fotografi perlukan idea dan kreativiti baru. Bukan aku cakap, photog lain yang cakap.
Erm, dengan terhasilnya entry ini, maka diharap dinda2 akan mendapat gambaran yang lebih jitu dan memahami prospek kerjaya kanda yang tak seberapani. Nanti dapat duit hasil buat kerja tu, dapatlah kanda belikan tas tangan yang menarik kepada dinda2 semua. Ohye, kanda dengan bangganya hidangkan gambar Talent/Model yang kanda ambil hari tu. Dinda2, ENJOYLAH tengok gambar yang kanda ambil. Haa, dalam toilet tu kami berdua je tau. Eh, terbakar plak dinda2 nanti. Ohye, terima juga kepada Talent, Noh Shazney, Mira, Shasha Ibr dan Zara.
Foto: Dalam tandas yang pernah digunakan banduan...hoho. Seram.
Eleanur P/S: Fotografi tu indah, ambillah gambar dengan hati, sebab gambar tu akan menjadi nanti. (Ni aku punya mutiara kata, aku nak patenkan)
Foto: Ni henpon pengantin to be...Lin dan Yana Akua. Kahwin pada tarikh yang sama
Assalamualaikum, tahun ni je melihatkan beberapa kawan gua melangsungkan perkahwinan. Musim kahwin la kan. Baya2 umur gua ni. Syeikh Muzaffar pun nak kahwin 10.10.10 ni. Save The Date. Dahla, takda mood nak update. Rindu kat Mama di kampung. Macam dah lama tak balik kampung.
Eleanur P/S: Balik keja ni ada makan2 bersama Niza and The Geng. Gua AJK Gambar, Dokumentasi dan Tukang Order selaku Book Meja. Tema: Seafood dan Puyuh Masak Halia. Sama size rasanya halia dan puyuh. Hehe.
Assalamualaikum…Lately ni gua merasakan hidup gua serabut…Sebab, makwe-makwe gua yang semua moody je. Penatlah kanda, dinda. Fahamlah kanda ni. Dahla batuk ni makin menjadi2, rambut dah panjang, jambang tak cukur, dah macam pengemis dah diri kanda ni. Bukan kanda takmau or penat nak layan karenah-karenah dinda, tapi, kadang2 kanda nak pinjam sikit je space. Untuk flirt dengan adik manis lain. Ehh, takla. Just kadang-kadang nak ada masa bersendiri juga.
Foto: Ikan siakap masak limau kot, aku pun tak ingat nama masakan ni...Makan je la. Tensen2 elok makan siakap dengan air laici.
Kanda sayang kat dinda2 semua. Serius. Cuma, apakata dinda2 plak yang ceriakan kanda, buat kanda ketawa, buatkan kanda sandwich, belikan kanda ubat batuk, teringin juga kadang2 dimanjakan. Wahh. Sori kalau kanda ada tersalah cakap, kanda ni hamba yang hina, tak lekang dari melakukan kesilapan. Erm, rindu plak nak makan2 dengan dinda2 semua. Hehe (Ada maksud tersirat ni) Dinda2 sila fahamkan.
Foto: Nasi Lemak Hijau. Lepas makan terus jadi hulk. Tengokla aku ni. Ala, gemuk kurus tak kisah yang penting hati baik, dengan kulit licin. eh
Eleanur P/S: Tadi call EX-GF, lama tak borak. Dia happy. Gua pun nak happy dan ketawa2 juga.
Assalamualaikum…Selamat Hari Raya, demam masih tak elok, selesema, tapi aku memang degil, makin tak sedap badan, makin la aku minum ais. Sori, gua memang tak geti nak minum milo panas ok…Haha. Syawal kali ni memang meriah, mungkin sebab masing-masing dah besar, aku pun dah keje. Pastu ramai sedara mara mama datang, jalan ke sana ke mari. Jadi, memang happy la. Dengan itu gua sharekan sedikit gambar dan cerita Raya gua pada kali ini.
Foto: Gambar sekeluarga. Syukur dikurniakan famili yang gumbira.Adik aku seorang photographer yang jauh lagi hebat.
Gambar sekeluarga, kami memang 5 beranak je…yang lain2 tu kucing kami, ada 4 ekor. Sebagai makluman, kawan aku cakap, kaler baju ni warna brezze.Hehe. Aku cakap coklat turquoise. Baju ni aku yang sponsor, beli kat Jakel Jalan TAR. Encik Feros tu yang tolong guntingkan kain aku ni…Haa, dahla dapat penjimatan RM10 untuk semester kain ni. Aku beli sebanyak 14 meter. Jadi, sila teka berapa meter sorang dapat untuk pembikinan baju raya coklat turquoise aku ini.?
Foto: Fokus pada mata gua yang berwarna hazel tu.Eh. Charming Brown.
Haa, tengok mata MAK. Itu namanya CONTACT LENS warna HAZEL. Kaler mata haruslah kena dengan tema baju Raya gua beb. Plink Plink (Bunyi mata berkedipan). Berikut Komen2 Membina yang gua terima setelah Extreme Mak Over didedahkan:
1.Hasmalinda: Abang, tak kena la abang, xsesuai dengan muka abang.
2.Fairul Errol: tak ku sangka... mcm juling dah aku tgk (ni gua paste dari gambar FB yang dia komen)
3.Hazlin Hassan: Mata abang sepet la tak kena langsung. Pelik je (Tapi tetap menyokong dengan mengambil gambar2 aku ber contact lens)
4.Norashida: Haaahaaa, dah macam S Jibeng. Dahla awak, buang je, takpun bagi saya
5.Hafis Mohd Jais (Lelaki Baik): Dia tak cakap, sebab dia ketawa terbahak-bahak (Hampeh)
6.AS: Dia ni je puji aku, u look great in hazel (amik hati ke jujur ni AS)haha
Haha. Bukan apa, gua kepingin nak pakai contact lens, sebab dari tingkatan 4 dah pakai spek, mata dah ada eye bag u know. Haha.
Foto: Gua suka gambar ni. Nak send ke Pertandingan Keluarga Bahagia
Manakala ini gambar yang paling aku suka dalam banyak2 gambar raya…hehe. Sungguh spontan dan mendapat komen yang pelbagai. Kiranya macam ada dialog la dalam citer ni…Gua suka tengok mama gua dalam jubah-jubah beliau. Mama tak payah la pakai baju kurung, pakai jubah je senang.hehe. Itulah, serba sedikit gambar sepanjang raya gua, nanti kalau rajin akan kaver lagi.
Eleanur P/S: Erm, hari ni besh…Petang ni ada open House Rumah Pika. Pika jangan sedih yer, sebab Abang Camaro takda. Abang Jai Ho kan ada.
Asslamualaikum. Gua DEMAM. Bibir ada ulser 2, hidung selesema, muka tak berhias, janggut tak cukur, suara serak-serak basah. Dahla demam, makwe2 semua merajuk, aku tak paham betul la…Kesian la kat kanda ni. Takda orang jaga, selamat la ada Encik Hafis,pagi tadi bawa pi sarapan, dan beli Uphamol. Tiba2 terasa nak makan sate.Wooo. Okla, malas update raya lagi, kebanyakan gambar ada kat FB. Semoga cepat sembuh Hazali.
Foto: KLCC yang dah berwarna purple...Lambang kejayaan Malaysia di mata dunia
Foto: Jadi kecil tak orang-orang dalam gambar ni. Mode mengexplore teknologi perisian...Btw, kalau nak tengok kepelbagaian pelancong, mehla datang sini. Semua bangsa ada.
Foto: CCTV yang sangat penting. Kebanyakan rumah kat Malaysia pun dah pakai. Sure husband tak skandal dengan pembantu rumah.EH.
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya kawan2 pembaca sekali, kali ini aku kembali lagi dengan versi berbeza. Wahh, macam biasa, malas lagi nak update ceritera raya aku…Terus je melangkau ke Marhaban. Iwan kata: Kalau kat kampung-kampung, Marhaban atau Baraan kebiasaannya akan diadakan pada raya pertama, kedua, ketiga, namun situasi agak berbeza bagi penduduk Taman yang mana mereka akan start Marhaban agak lewat. Contohnya taman aku ni, pada 19.09.10 barulah dorang start marhaban rumah ke rumah.
Maka nak dijadikan cerita, rumah aku la bertuah untuk menjadi rumah pertama yang akan dimarhabankan. Plink2. (2 hari sebelum peristiwa, mama dah bagatau yang rumah aku akan diadakan marhaban, dan masa tu abah bagatau yang abah ada malam tu untuk menyambut kedatangan orang2 yang nak marhaban). (Sebab macam biasa aku akan menghilang tengok bola masa orang marhaban, dahla 19.09.10 tu ada game best MU vs LIVERPOOL tu, so macam tak kisah sangat la sebab abah ada)
Foto: Golongan Pakcik2 yang datang baraan ke pondok buruk hamba, trimas atas kunjungan, semoga kerukunan kita ini dapat dipelihara saban tahun. Syukran
Sekali, pada hari kejadian, abah boleh plak kerja tak balik2 dari 800am – 12am, haa. Mana aku nak lari, adik aku no 2, kat Kedah, Mama Perempuan, Ayin perempuan masih kecil, kucing2 aku xboleh bercakap, iwan plak, datang pakai suar pendek, maka, for sure la aku yang akan jadi wakil untuk menyambut dan memberi ucapan raya mewakili keluarga Encik Hassan Ismail.
Beranggapan bahawa aku kini telah dewasa dan perlunya untuk aku memikul tanggungjawab tersebut, maka aku segera bersiap, membuang segala bulu roma, kumis di wajah agar tampil kemas (yela, pakcik2 tu semua ada anak2 dara beb, eh). Yela, aku kan jarang keluar rumah, anak dara sunti, jadi, sesekali tu haruslah tampil anggun. Baru meletup MAK, malam tu. Lepas Isyak je, deruan motor menggila di hadapan rumah aku, aku menjadi tidak keruan, asyik memandang cermin, dan ke hulu hilir bagi memastikan segala keadaan terkawal. (Marhaban Pertama dah macam Nikah). Aku melangkah sopan keluar dari rumah untuk menyambut kedatangan pakcik2 yang simple berkopiah dan berkain pelikat. (Kenapa ayat gua berbaur Novel ni). Ramai kau aku salam, adala dalam 30, tu tak campuq lagi budak2).
Foto: Mama gua sedang menjemput pakcik-pakcik sekalian untuk menjamu selera, ala, masak biasa2 je, cekodok pisang. Sekejap je dah clear
Marhaban dimulakan, marhaban habis, ketua rombongan memberi ucapan, aku pun kena bagi ucapan juga. Dengarkan petikan ucapan aku:
“ Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin ucapkan salam syawal, rasanya masih belum terlambat untuk saya menyusun 10 jari memohon keampunan andaianya ada salah silap sepanjang (macam sangat lancar, so, ni ayat skrip) Ni ayat yang betul:
“ Assalamualaikum, saya mewakili abah saya…Bla, bla, bla, sekian, Salam Satu Malaysia”, see, pendek je ucapan gua. (Tapi masa bagi ucapan raya tu, aku yakinla dan tak gagap2 , xmacam masa aku masuk radio Best 104 tu, haha). Eh, tertype banyak2 lagi, aku ni dah kenapa, sepatutnya aku harus kurangkan menaip. Eh, tadi sangat kekenyangan selepas makan Nasi Beriani yang sedap. TQ. Siti Saadah sebab belanja kami makan.
Eleanur P/S: Raya kali ni meriah, penuh tawaketawa, dan air mata berjurai…erm.Salam