NUFFNANG AD

Thursday, September 17, 2009

AIDILFITRI YANG LALU & KINI

Assalamualaikum wht...Sempena kedatangan Syawal pada kali ni, nak mengimbau kenangan raya beberapa tahun lepas...So entry kali ni lebih kepada gambar yang bercerita je...Mood raya mempengaruhi mood blogger...
Keterangan gambar: Baju raya 2 tahun lepas, baju ni dapat disiapkan dalam masa 5minit je, hebat tak, sebab beli kat bazar ramadhan, ntah kenapa tahun tu teringin plak pakai baju melayu Johor...teringin teringin


Dah menjadi rutin selepas bersembahyang Raya, balik rumah minum air tea o dan selepas sesi mama menangis salam suaminya, dan anak2 beliau, dan sesi dapat duit raya, kami akan bergegas menziarahi pusara nyai dan arwah adik...dan bertahun2 juga la aku menjadi penyiram kubur dan penabur bunga pertama ke atas pusara pusara itu. Macam biasa, kawasan perkuburan akan ramai dengan orang dan jalan menjadi sangat jam...
erm, nak tya, pergi kubur perlu time raya je ke...hehe...(ayat pembujukan bendung kesesakan ketika orang ramai2 berpusu menjiarah kuburan)




Baju raya tahun lepas, kawan mama yang buatkan, sebab time ni teringin nak pakai baju kaler krim…tapi banyak kawan2 dan sedara mara yang salah tafsir ingat yang tu baju nikah. Ok. Baju nikah warna putih yer, dan saya punya baju warna krim. Krimmer. Saya masih belum nak nikah yer, kurang mampu dari 2,3 aspek nak berumahtangga (ayat defensive bila orang Tanya bila mau kahwin…hoho). Ohye, sampan maroon tu abah beli dari Indonesia masa dia bersojer di sana. Suka pada coraknya, tu yang pakai buat samping. Cantik ke?



Kad raya. Saya suka bagi kawan2 kad raya, dan sms raya...tapi saya lebih prefer bagi kad raya...sebab susah sikit nak terhilang kalau bagi kad raya. mcam tahun ni rasanya, saya bagi lebih 30 orang gbr raya mcm di atas ni. Ohye, ni gambar kawan saya dan ada banyak lagi gbr2 kawan yang saya jadikan kad raya bergambar (inilah alasan kenapa saya suka amik gbr kawan2 dan orang ramai kandid2, sebab boleh hasilkan kad melaluinya...good reason la kot)...Kepada kawan2 yang dapat kad dari saya, simpan la elok2. lagi better kalau tampal dekat cermin toilet...everyone can see...haha run.

Panjang plak type...erm, sempena penghujung ramadhan, saya berharap agar ramadhan ni lebih bermakna, penuh memori (masak2 sayur labu, goreng pisang manis, nasi ambeng, tgk rancangan spice route, bersahur ala lelaki bujang, main scrabble...sungguhnya, ramadhan kali ini, banyak kenangan manis...semanis goreng pisang manis.
Dan sempena syawal yang bakal terbit, saya nak minta maaf kat abah mama, kri dan ayin, sedara mara, geng 3 jari, han,hai,yaz dan teman2 sekantor, bff kesayanganku, makwe2, skandal2, pakwe2, en naim dan especially kawan blogger yang saya rasa, anda sangat best OK.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 2009...

HZL
http://tawaketawa.blogspot.com/



Friday, September 11, 2009

MALAM LAILATULQADAR

Kehebatan Malam Al-Qadr

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Masa Form1 dulu kan, ustaz aku pernah bercerita yang masa dia kecil, dia pernah jumpa Malam Lailatulqadar, dan kami semua rasa sangat kagum...ustaz sangat bertuah ok...

Semoga kita beroleh keberkatan dari malam2 terkahir ramadhan ni...

Yeay, petang ni nak balik kampung...

Taktau nak letak gambar apa, jadi saya letak gbr kawan2 baik saya ber3 ni...


Kalau tak silap, ni kami pergi masa Hari Pekerja 2009 yang lepas, Kota Tinggi Waterfall...

Memang tak plan langsung, lepas jumaat kami terus je pergi...sampai pukul5, mandi la apa yang patut...jakun sungguh time tu...hehe


Sesi berkenalan dengan kawan2 saya


1. Ke1 Kiri: Identiti terpaksa dirahsiakan. Kerja: Bidang Bioteknologi

2. Ke2 Kiri: Mr Budi. Kerja Radicare. Kuantan. Jarang jumpa

3. Ke3 Kiri: En Rasis. Lam Soon, PGudang. Chelsea Fan

4. Ke4 Kiri: En Iwan. Sime Darby. Chelsea Fan, tapi kuar jalan pakai jersi MU (xblh blah)


Lama sungguh tak dapat jumpa berempat, harap harap raya ni ada kesempatan...

Salam dan maaf zahir batin sahabat...datangla rumah aku, makan ketupat madu dan bagi aku duit raya...

Wednesday, September 9, 2009

http://tawaketawa.blogspot.com/


Salam, kepada kawan2, saya dah tukar la address link blog saya, berikutan address blog dulu saya rasa sangat panjang...jadi kat atas ni, adalah link blog saya yang baru...
http://tawaketawa.blogspot.com/

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

So harap, kawan2 dapatla link balik kepada blog kawan2, maaf atas kesulitan yang disengajakan ni semoga persahabatan terus mekar...jengjengjeng...

Keterangan Gambar: Mee Hoon Soup Kala buka pose Rumah Terbuka Kak Arai

Tuesday, September 8, 2009

RAMADHAN, BUKA POSE & RUMATE

Keterangan gambar: Lihatlah kasih sayang antara kami...(rumate sila malu2)

Assalamualaikum, semalam explore balik folder gambar lama2 dalam laptop ni, terjumpa plak, gbr2 time Ramadhan bersama rumate tercinta masa zaman study dulu...mari kita mulakan sesi Kenali Rumate Anda...

Nama: Fairul Errol
Umur: 24 tahun pada Januari lalu
Asal: Kampung Gajah, Bota, Perak (Botarian katanya)
Waktu tido: Awal, sekitar 10-11pm
Skil: Mahir dalam bidang photoshop dan selalu jadi ketua untuk assignment kumpulan
Kemahiran memasak: Tomyam Halia...Spaghetti Bujang...Maggi Kari (Asam pedas paling power)

Keterangan Gambar: Sharing is Saving. TQ

Rumate aku ni, banyak membantu, baik orangnya, suka masak spagethhi dalam bilik dan dia ni biz mind, bilik kami dah mcm kedai runcit ada, pusat fotokopi ada, pengedaran kerepek ada, sandwich, apatah lagi menggunakan khidmat translate jurnal ada...mcm2 ada juga la...

Ramadhan di universiti, satu pengalaman best, sebab kadang2 kalau malas nak pegi bazar, we all just masak kat bilik aje, simple2 sudah...kan rumate? tapi disebabkan rumate ada motor, jadi dia ni rajin pegi bazar2 ramadhan untuk survey dan membeli lauk pauk...antara yang best adalah acar jeruk ek, ke apa, ala yang boleh dimakan dengan nasi tu...ikan pekasam pun rumate suka, tapi yang paling tak boleh lupa, adalah rumate ajar makan tempoyak, atas tempoyak tu ada ikan bilis kisar, waaaaaaaaaaaaaaaaa (sgt sedap ok). rumate ajar makan tempoyak tu dengan nasi lemak panas RM1.00. Ianya sgt sedap...syukur syukur...sejak jatuh hati dengan tempoyak tu, mmg dalam peti ais kat rumah ada stok tempoyak...best wei...sila try...

Keterangan gambar: Laaa, aku pernah join bengkel Photographer masa kat U dulu...mana sijilnya...(ni pun Rumate yang ajak).

Sememangnya kenangan ramadhan kat U satu pengalaman yang menarik...
Thank kpd Rumate yang banyak mendedahkan aku kepada variety local food dan mendewasakan aku, di kesempatan ramadhan yang berbaki 2 minggu ini, aku ingin mengucapkan selamat berbuka pose kepada rumate dan kahwin jgn lupa jemput aku, aku tau, ko dah gatai nak kahwin...
btw, baru2 ni rumate baru hilang laptop, pendrive 2 biji dan broadband beliau (padan muka)

Wednesday, September 2, 2009

KACANG POOL, RAMADHAN & AKTIVITIKU


Semalam, bersama kawan2, berbuka pose dengan makan kacang pool (gambar di atas) ditambah dengan chicken chop, (wahhh so western kami berbuka). Inilah gambar kacang pool, roti tersebut akan dicicah bersama kuah, but, ada yang suka jika telur dan limau dan bawang itu digaul sekali gus...best...harga satu hidangan ni, sekitar RM4.00. Sedap juga kalau sekali sekala makan...Biasanya kalau kawan2 yang datang dari jauh, memang wajib kena rasa kacang pool ni...



Dah kenyang makan, saya berkesempatan bersolat Magrib dan Isyak di Masjid Sultan Abu Bakar ni...Sempat juga click ,2,3 keping gambar...Limpahan lampu cantik menerangi persekitaran masjid. Maaf kawan2 sebab tunggu saya, jarang berkesempatan sembahyang jemaah ni...Nanti kita pergi lagi la, how bout Masjid Kristal...Waaaa...


Tengahari di Kantor, di isi dengan Pertandingan Scrabble...saya suka main game ni...seronok dan penuh debaran...kahkah...Lagipun setiap hari akan dapat belajar perkataan baru, contohnya, CLING (pegang, melekat)...Kalau tgk huruf kat atas plak, B, B, R, O, A, V, R, huruf apa agaknya yang akan saya buat...Sila teka...hehe. Game yang penuh strategi sebenarnya scrabble ni, pasal kotak2 berwarna tu semua ada nilai, so pandai2 la pilih...(ohye, minggu ni dah start Pertandingan Indoor Game)


Ini pula adalah sayur labu masak lemak, hasil kerja tangan orang2 bujang macam kami ni, saya bertugas selaku tukang beli bahan, kena beli santan, kacang panjang, lada merah 2 biji, garam dan serbuk kunyit, manakala tugas memasak kawan saya la yang masak...Labu tu, saya bawa dari kampung, ibu yang tanam...Even makan 7 orang pun,labu masih ada, jadi, kami makannya untuk sahur...Even memasaknya campak2 aje, tapi rasanya boleh tahan, maybe, sebab kerjasama ramai2 masak kot...ada rasa kasih sayang dalam labu tu...hahahaha.

Ohye, petang ni ada jemputan berbuka dari teman sekantor...Pot Luck. Pot Luck tu apa?...Hehe
Selamat Berbuka Puasa Untuk Semua Orang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER