Assalamualaikum, semalam explore balik folder gambar lama2 dalam laptop ni, terjumpa plak, gbr2 time Ramadhan bersama rumate tercinta masa zaman study dulu...mari kita mulakan sesi Kenali Rumate Anda...
Nama: Fairul Errol
Umur: 24 tahun pada Januari lalu
Asal: Kampung Gajah, Bota, Perak (Botarian katanya)
Waktu tido: Awal, sekitar 10-11pm
Skil: Mahir dalam bidang photoshop dan selalu jadi ketua untuk assignment kumpulan
Kemahiran memasak: Tomyam Halia...Spaghetti Bujang...Maggi Kari (Asam pedas paling power)
.jpg)
Rumate aku ni, banyak membantu, baik orangnya, suka masak spagethhi dalam bilik dan dia ni biz mind, bilik kami dah mcm kedai runcit ada, pusat fotokopi ada, pengedaran kerepek ada, sandwich, apatah lagi menggunakan khidmat translate jurnal ada...mcm2 ada juga la...
.jpg)
1.jpg)
Sememangnya kenangan ramadhan kat U satu pengalaman yang menarik...
Thank kpd Rumate yang banyak mendedahkan aku kepada variety local food dan mendewasakan aku, di kesempatan ramadhan yang berbaki 2 minggu ini, aku ingin mengucapkan selamat berbuka pose kepada rumate dan kahwin jgn lupa jemput aku, aku tau, ko dah gatai nak kahwin...
btw, baru2 ni rumate baru hilang laptop, pendrive 2 biji dan broadband beliau (padan muka)
8 comments:
erk.. ending tu tak tahan betol! haha.
saya mo jugak share air oren tu. :P rindu la zaman duk hostel camtu.. (T_T)
the best pic for the moment is the one with kotak KFC and 3 straw..hahaha..keceriaan dan kegalakkan terserlah dengan jayanya..hahahha..betol, zaman U adalah antara zaman ter'best' dalam hidup aku jugak..
apakah motif meletakkan biodata? masih belum berpunyakah? hihi
aku rasa bukan acar jeruk, org panggil acar buah kot..
aku pun lepas dah konvo baru blajar makan tempoyak..sedap giler ahh~~
tapi tak pernah try pulak makan dgn nasik lemak..
diya: share la, letak ais banyak2 dan air akan jadi banyak
apa khabar laptop mu diya...
duck:
haha, masa letak gbr tu dalam friendster dapat komen2 yang pelbagai...
mmg selalu buat keje pelik masa zaman belajar
KOG:
Tujuan letak biodata adalah untuk mencari pasal dengan rumate...
selamat buka pose rumate
shayra:
aca tu ada mcm2 jem kan, dalam dia ada mcm buah2 han...
try je makan dgn nasi lemak panas...
sure nangis
Post a Comment