NUFFNANG AD

Monday, August 30, 2010

PETUA MENGAWAL MARAH


Assalamualaikum, bertemu lagi kita pada kali ini untuk membawa anda semua ke Segmen Petua Gua. Haha. Regarding the matter above, adalah amat perlu bagi kita semua, manusia sejagat untuk mengawal marah, agar hari2 kita takla teruk sangat, yela, sapa suka nak kena marah dan marah tanpa sebab. Bila dekat opis, kena marah dengan bos, dahla kena marah, pastu adik manis yang kita admire dengar plak sesi kita kena bamboo dengan bos, mesti anda rasa tak cool kan. Atas jalanraya, jalan jem, pemandu memandu mcm mangkuk, jalan rosak, itu semua jadi pencetus kepada kemarahan kita hamba Allah yang biasa2 ni. Jadi, gua rasa terpanggil untuk berkongsi Petua Mengawal Marah kepada para pembaca budiman.
Foto: Kalau marah anda makanlah meggi, masa zaman belajar dulu selalu je makan. Time ni gua makan Megi Kat Airport Tawau, haaa, sedap tak ingat ok meggi ni, makan sampai licin, maybe sebab mahal kot.Haha
1.    Kalau anda rasa nak marah, anda berzikirlah, nanti sure reda marah anda pabila setiap bait2 kalimah suci menyelusuri segenap diri dan jiwa anda. Pendekatan secara rohaniah ini sangat berkesan, tak caya, anda boleh cuba. 1,2,3 Start.

2.    Ok, anda wanita yang cantik, memiliki postur tubuh menarik, senyuman menawan. Tapi, kalau rasa marah tu menguasai diri, mcm mana agaknya rupa anda, makin cantik ke, makin tak cantik…Sudah tentu anda tidak mahu mentidakcantikkan wajah anda bukan. Jadi, sila jangan marah.

3.    SABAR. Bukan Sabariah. Pentingnya kita bersabar dulu sebelum nak marah, fikir dulu samada tindakan yang kita ambil itu betul atau tidak. Yela, kalau marah setakat maki hamun takpe, ni tangan naik,kan dah tak elok. Sakit tau kena sepak. Bila kita sabar, minda kita akan cool je, maka keputusan dapat dibuat dengan tenang dan berhemah.

Ok, di atas telah gua senaraikan cara2 yang positif untuk mengawal marah, ayuh kita lincah ke cara kurang positif mengawal kemarahan. Hoho.
1.    Kalau anda marah pada seseorang (kawan, bos, boyfriend, drebar bus), anda print atau lukis gambar mereka di atas sehelai kertas A4 putih. Lekat di dinding, dan balingla segala macam objek tumpul ke arah gambar tersebut sambil mulut terus memaki orang yang anda marah (Sila jangan ikut)

Foto: Terapi roti Nan Tandoori, baik untuk meredakan marah2 biasa. Dapatkan di pasaran sekarang.
2.    Kalau ikut cara Mama Nene (dalam Siri Animasi Shin Chan), Mama Nene akan masuk ke toilet, ambil bebear yang besar, dan menumbuk perut bebear tersebut sebagai cara beliau melepaskan kemarahan. (Kawan2 boleh gunakan bebear adik anda)

3.    Lepaskan santau angin pada individu terbabit (Haha. Jangan ikut, gua merepek je)
Ok, dah banyak gua merepek, apa yang baik, ikutla, yang tak baik, jangan ikut sangat. Btw, Marah, bukan satu2 cara luahan perasaan yang betul, ada banyak lagi kaedah diplomasi yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan hasrat dan perasaan kita. Cuba anda mengorat perempuan dengan nada marah, sure kena reject punya. Kita taknaklah orang anggap kita ni pemarah orangnya, nanti kawan2 akan takut nak kawan dengan kita, takut kena sembur dek kata2 kita. Kita nak hati kita dijaga, sama juga dengan orang lain. Tapi, kalau korang nak marah juga, marahla, sumtime marah ni bagus juga…Pastu minta maaf yer…Ok, itu sahaja Petua pada kali ini, kita jumpa lagi pada episod akan datang. Chaloo Bete. Salam. Gua nak pergi Buka Puasa Kat De Terrace seramai 15 orang.
Foto: Apa pandang2, ada hutang ka, nanti gua tembak sama lu. (Edisi Main Paintball. Gua kena tembak kat belakang, 3 das, pedisss ok.)

Friday, August 27, 2010

SALAM KEMERDEKAAN 2010


Assalamualaikum, terlupa plak bulan ini Bulan Kemerdekaan Negara Kita. 31 OGOS 2010 ni genaplah Negara kita merdeka selama 53 tahun. Tema hari Kemerdekaan kita pada kali ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Asyik2 kalau bulan kemerdekaan mesti la nak Tanya definisi merdeka dan apa yang anda peroleh hasil kemerdekaan ni. Erm, tahun ni tukar plak soalan, kita tanyalah plak, baju raya warna apa, hobi apa, semua2 la.

Foto: Cantik tak bangunan yang gua amik ni. Masa ni kat Nusajaya, memang banyak bangunan2 menarik kat sini.

Pada aku plak, kemerdekaan ini adalah pembangunan/peningkatan samada dari segi pemikiran, kehidupan sosial, infrastruktur dan taraf hidup. Pendek kata, kemerdekaan ni memang banyak membawa kebaikanla. Jadi, kita yang hidup dalam Negara yang merdeka ni, haruslah sentiasa menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Contohnya: Hargailah tandas awam, jalan raya, kereta buatan Malaysia. Eh, rasa happy je hari ni, maybe sebab hari ni nak balik kampong. HEHE.

Foto: Inilah bangunan Pejabat Menteri Besar Johor. Cantik tak awan? Dah nak hujan masa ni. Masa ni juga ada Pengantin nak shoot Kahwin, tapi hujan, dah depa tak jadi amik gbr berlatar belakangkan senja nan indah. Hoho.
Foto: Actually letak gambar pemandangan bangunan ni pasai ada sorang kawan gua yang cun request letak gambar pemandangan. Jadi, gua letak la. Hehe. Gambar laut takda lagi la, eh, ada gbr Pantai Irama, Bachok. Gua free, gua kaver Eleanur Meet Bachok.

Okla, nanti gua akan update lagi, Selamat Hari Merdeka. Pesanan Penaja: Kibarkan jalur gemilang pada kenderaan anda. Gua ada motor je, memang bergaya kalau ada bendera kat Belakang.



Wednesday, August 25, 2010

PROGRAM BUBUR LAMBUK


Assalamualaikum…Semalam saya makan bubur lambuk yang sangat sedap. Syukur, jarang2 dapat rasa bubur yang sedap, mesti dimasak dengan penuh keikhlasan. Ohye, gambar2 di bawah ni adalah sekitar Program Lambak Lambuk yang diadakan di kantor saya. Resepi Rahsia yang dijelmakan dan dirasai sendiri oleh lidah2 kakitangan opis ini. Amacam geng, ada sedap ke. Pesanan: Saya masih belum mahir memasak selepas entry ini ditype. Tawaran masih dibuka. HAHAHA. Tapi saya geti ambil gambar, peluang juga dibuka untuk sesi photoshoot bersama saya. Syaratnya lagi mudah, harus pandai masak. Ehh, saling berkait juga. Bak kata pepatah: Ada daging batang pinang di sebalik bubur lambuk. Ok, jumpa lagi nanti. Selamat Berbuka Puasa. Jangan rambang mata di bazaar ramadhan.
Foto: Inilah hasilnya, Bubur Lambuk yang dimasak hasil titik peluh rakan2 seopis dari proses mula hinggalah masak bubur ini.


Foto: Tajam ok pisau ni. Daging dipotong kecil2 agar cepat masak, dan senang melalui kerongkong.


Foto: Antara wajah mereka yang terlibat bergotong royong dalam menjayakan Program Lambuk Lambak Opis Gua.

Tuesday, August 24, 2010

MASAKAN UNTUK MENAMBAT HATI

Assalamualaikum, salam Ramadhan no 14, dah 2 minggu kita semua berpuasa. Tajuk entry kali ini adalah Gua kurang mahir memasak, Gua lebih mahir kepada seni fotografi dan seni main game…Gua memang cemburu pada individu yang pandai memasak terutamanya lelaki yang pandai memasak, apatah lagi jika lelaki itu rapat dengan gua. HAHA. Aku rasa lelaki yang pandai memasak adalah sangat SEXY. (Ehh, berbaur sungguh Gay). Takla, lelaki yang pandai masak tu, kiranya diri dorang ada Nilai Tambah la…

Foto: Haaa, nampak tak, pisau dengan cili. Ini kerja aku la. Aku yang amik gambar, yang potong Mama
Jadi disebabkan aku kurang pandai masak, dan hanya boleh memasak air, telur dadar spesel, masak meggi kari, buat air sirap masa raya, jadi di sini mempelawa calon2 yang berkelayakan untuk memasak untuk aku. (Ohh, sungguh tersirat)
Foto: Ini namanya sayur kailan. Wah, nampak hijau kan...Memang bagus untuk di slurp terus macam mee. HAHA. Cubalah (Tercekik jangan cari aku)
Kesinambungan daripada petikan di atas bermaksud, calon isteri gua nanti haruslah pandai memasak. Mama gua mmg terer memasak, tula, yang setiap weekend je mesti aku ada kat rumah mama. Makan masakan mama gua menghilangkan tekanan jiwa yang bermain di kotak hati ini. (Ok, merepek-stop). Camtulah. Orang kata, Masakan Isteri Menambat Hati Suami. So, masakan yang sedap akan memprevent suami anda dari makan di luar (Makan di luar: Makan kat kedai2 bersama kawan2). Tapi aku paham ,sekarang ramai wanita berkerjaya, jadi mana sempat balik keje nak masak, jadi, anda masaklah di hujung minggu. Gitula idea gua. Kepada bakal2 isteri saya, saya ni jenis tak geti sangat makan kat luar, sila belajar memasak yer…HAHAHA. Okla, Selamat berbuka puasa yang ke 14. Salam.

Foto: Ini namanya Sambal Petai Ok Kawan2, memang terbaek dari Puan Mama. Haha. Btw: Petua untuk menghilangkan bau petai kat toilet adalah dengan memakan jering. Orang kata, tak lama lepas tu bau petai akan hilang la. Gua belum cuba lagi. Korang?

Monday, August 23, 2010

DAN BILA ESOK, SOFAZ



Assalamualaikum, kawan saya cakap lagu ni best, lagu ni best dia kata sebab berkait dengan diri dia. Dia kata lagi, dia risau, bila satu hari, tiba2 je kekasih hati dia akan berubah hati, dan akan lupakan dia...Nasihat saya kepada kawan saya tu, dahla, kekasih hati awak tu, takkan pergi selagi awak sayang dan jaga dia elok2. Semoga akan ada hari yang indah untuk both of u. HEHE. Download lagu ni, klik link, kalau nak klik gbr pun boleh juga. 

Lirik Lagu Dan Bila Esok dari Sofaz

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu


Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

Sunday, August 22, 2010

BAZAAR RAMADHAN + ELEANUR

Assalamualaikum, salam Ramadhan. Kalau dah bulan Ramadhan, mestilah ada bazaar Ramadhan, so nak review jugalah pengalaman Bazar Ramadhan saya. Macam biasa, mesti berkepit dengan GF punya. Jom, Eleanur kita terjah, Bazar Ramadhan Taman Perling, Johor Bahru. Balik keje je, terus saya pi sana, hehe.
Foto: Ini gambar pertama diambil, sebab lepas je nampak aku keluarkan Eleanur, abang2 ni terus panggil suruh amik gambar dorang tengah jual air yang pelbagai. Lebih 10 jenis air terdapat kat sini, menarik. Dorang ingat aku wartawan Nan Yang Siang Pau. Haha.
Foto: Abang yang sangat asyik menguli barisan roti2 canainya…Peluh dahi abang.
Foto: Ayam Tandoori ke ni, sebab masuk dalam Pasu Besar. Hehe.
Foto: Murtabak, gerai yang sentiasa menjadi tumpuan kat mana2 bazar aku pergi…Apasal ek, dah mcm sinonim plak, ramadhan dan murtabak…yang kat stall ni mmg banyak orang beratur nak membeli berbanding stall lain, sebabnya, murtabak stall ni kembung ok, isi dalam macam nak keluar, haha. 
Ohye, saya beli Sata, Tongkeng Ayam, Kebabo, Ayam Percik, Kuih Tako, itu je la kot. Hehe, kalau rajin akan terjah Bazar Ramadhan kat negeri lain plak, Jumaat lepas saya buka pose dgn Geng 3 Jari, wah, bestnya, dapat buka bersama dan sembang2 sampai pukul 10. Hehe.Nanti kalau rajin akan direview, kami buka puasa makan steamboat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER