NUFFNANG AD

Monday, August 30, 2010

PETUA MENGAWAL MARAH


Assalamualaikum, bertemu lagi kita pada kali ini untuk membawa anda semua ke Segmen Petua Gua. Haha. Regarding the matter above, adalah amat perlu bagi kita semua, manusia sejagat untuk mengawal marah, agar hari2 kita takla teruk sangat, yela, sapa suka nak kena marah dan marah tanpa sebab. Bila dekat opis, kena marah dengan bos, dahla kena marah, pastu adik manis yang kita admire dengar plak sesi kita kena bamboo dengan bos, mesti anda rasa tak cool kan. Atas jalanraya, jalan jem, pemandu memandu mcm mangkuk, jalan rosak, itu semua jadi pencetus kepada kemarahan kita hamba Allah yang biasa2 ni. Jadi, gua rasa terpanggil untuk berkongsi Petua Mengawal Marah kepada para pembaca budiman.
Foto: Kalau marah anda makanlah meggi, masa zaman belajar dulu selalu je makan. Time ni gua makan Megi Kat Airport Tawau, haaa, sedap tak ingat ok meggi ni, makan sampai licin, maybe sebab mahal kot.Haha
1.    Kalau anda rasa nak marah, anda berzikirlah, nanti sure reda marah anda pabila setiap bait2 kalimah suci menyelusuri segenap diri dan jiwa anda. Pendekatan secara rohaniah ini sangat berkesan, tak caya, anda boleh cuba. 1,2,3 Start.

2.    Ok, anda wanita yang cantik, memiliki postur tubuh menarik, senyuman menawan. Tapi, kalau rasa marah tu menguasai diri, mcm mana agaknya rupa anda, makin cantik ke, makin tak cantik…Sudah tentu anda tidak mahu mentidakcantikkan wajah anda bukan. Jadi, sila jangan marah.

3.    SABAR. Bukan Sabariah. Pentingnya kita bersabar dulu sebelum nak marah, fikir dulu samada tindakan yang kita ambil itu betul atau tidak. Yela, kalau marah setakat maki hamun takpe, ni tangan naik,kan dah tak elok. Sakit tau kena sepak. Bila kita sabar, minda kita akan cool je, maka keputusan dapat dibuat dengan tenang dan berhemah.

Ok, di atas telah gua senaraikan cara2 yang positif untuk mengawal marah, ayuh kita lincah ke cara kurang positif mengawal kemarahan. Hoho.
1.    Kalau anda marah pada seseorang (kawan, bos, boyfriend, drebar bus), anda print atau lukis gambar mereka di atas sehelai kertas A4 putih. Lekat di dinding, dan balingla segala macam objek tumpul ke arah gambar tersebut sambil mulut terus memaki orang yang anda marah (Sila jangan ikut)

Foto: Terapi roti Nan Tandoori, baik untuk meredakan marah2 biasa. Dapatkan di pasaran sekarang.
2.    Kalau ikut cara Mama Nene (dalam Siri Animasi Shin Chan), Mama Nene akan masuk ke toilet, ambil bebear yang besar, dan menumbuk perut bebear tersebut sebagai cara beliau melepaskan kemarahan. (Kawan2 boleh gunakan bebear adik anda)

3.    Lepaskan santau angin pada individu terbabit (Haha. Jangan ikut, gua merepek je)
Ok, dah banyak gua merepek, apa yang baik, ikutla, yang tak baik, jangan ikut sangat. Btw, Marah, bukan satu2 cara luahan perasaan yang betul, ada banyak lagi kaedah diplomasi yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan hasrat dan perasaan kita. Cuba anda mengorat perempuan dengan nada marah, sure kena reject punya. Kita taknaklah orang anggap kita ni pemarah orangnya, nanti kawan2 akan takut nak kawan dengan kita, takut kena sembur dek kata2 kita. Kita nak hati kita dijaga, sama juga dengan orang lain. Tapi, kalau korang nak marah juga, marahla, sumtime marah ni bagus juga…Pastu minta maaf yer…Ok, itu sahaja Petua pada kali ini, kita jumpa lagi pada episod akan datang. Chaloo Bete. Salam. Gua nak pergi Buka Puasa Kat De Terrace seramai 15 orang.
Foto: Apa pandang2, ada hutang ka, nanti gua tembak sama lu. (Edisi Main Paintball. Gua kena tembak kat belakang, 3 das, pedisss ok.)

3 comments:

~~DucKneSs~~ said...

LOL..
gambar2 anda agak kurang related dengan cerita tapi amat related dengan perut anda..lapar eh?

ZaliHazali said...

duck: tu la pasai, aku dah nampak sgt dah berapa takda perkaitan...

duck, dtglah johor, boleh kita makan steambot. sendiri bayar, tapi aku amik gbr ko FOC je...hehe. ayuh

come to johor

Anonymous said...

Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER