NUFFNANG AD

Tuesday, August 24, 2010

MASAKAN UNTUK MENAMBAT HATI

Assalamualaikum, salam Ramadhan no 14, dah 2 minggu kita semua berpuasa. Tajuk entry kali ini adalah Gua kurang mahir memasak, Gua lebih mahir kepada seni fotografi dan seni main game…Gua memang cemburu pada individu yang pandai memasak terutamanya lelaki yang pandai memasak, apatah lagi jika lelaki itu rapat dengan gua. HAHA. Aku rasa lelaki yang pandai memasak adalah sangat SEXY. (Ehh, berbaur sungguh Gay). Takla, lelaki yang pandai masak tu, kiranya diri dorang ada Nilai Tambah la…

Foto: Haaa, nampak tak, pisau dengan cili. Ini kerja aku la. Aku yang amik gambar, yang potong Mama
Jadi disebabkan aku kurang pandai masak, dan hanya boleh memasak air, telur dadar spesel, masak meggi kari, buat air sirap masa raya, jadi di sini mempelawa calon2 yang berkelayakan untuk memasak untuk aku. (Ohh, sungguh tersirat)
Foto: Ini namanya sayur kailan. Wah, nampak hijau kan...Memang bagus untuk di slurp terus macam mee. HAHA. Cubalah (Tercekik jangan cari aku)
Kesinambungan daripada petikan di atas bermaksud, calon isteri gua nanti haruslah pandai memasak. Mama gua mmg terer memasak, tula, yang setiap weekend je mesti aku ada kat rumah mama. Makan masakan mama gua menghilangkan tekanan jiwa yang bermain di kotak hati ini. (Ok, merepek-stop). Camtulah. Orang kata, Masakan Isteri Menambat Hati Suami. So, masakan yang sedap akan memprevent suami anda dari makan di luar (Makan di luar: Makan kat kedai2 bersama kawan2). Tapi aku paham ,sekarang ramai wanita berkerjaya, jadi mana sempat balik keje nak masak, jadi, anda masaklah di hujung minggu. Gitula idea gua. Kepada bakal2 isteri saya, saya ni jenis tak geti sangat makan kat luar, sila belajar memasak yer…HAHAHA. Okla, Selamat berbuka puasa yang ke 14. Salam.

Foto: Ini namanya Sambal Petai Ok Kawan2, memang terbaek dari Puan Mama. Haha. Btw: Petua untuk menghilangkan bau petai kat toilet adalah dengan memakan jering. Orang kata, tak lama lepas tu bau petai akan hilang la. Gua belum cuba lagi. Korang?

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

waaaaaaaaaaaaa...sedapnya sambal petai!!!!!!



tp kan, amaran kpd bakal mrs hazali, sila la perasankan ayat dia 'buat bakal2 isteri aku'

syiera bucuk said...

sedap bangat awk....huhu..btw..petua yg bgus..hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER