Assalamualaikum, dah nak raya baru citer pasal buffet ramadhan. Kalau kita tengok sana sini hotel, restoren, kedai makan buat promosi buffet sempena bulan ramadhan ni. Pelbagai makanan, sate, kambing golek, makaroni bakar, tapai, air bandung katira, laksam, mee rebus, buah naga semua ada la. Makan la sampai puas. Meh gua ajar panduan nak makan buffet mengikut perspektif dan pemahaman gua. Pertama
Foto: Haa, ni la yang gua maksudkan, roasted chicken with coleslow and mentimun. Sodap |
1. Datang Awal – Bertujuan mendapat makanan yang elok dan tidak dikecah2 oleh orang lain. Maka anda akan dapat makan Virgin Roasted Chicken yang fresh. Kiranya takdala berebut2 dan bersesak nanti.
2. Ambil Sate Dulu – Semua orang suka sate, nanti mesti takmau beratur sebab nak tunggu sate habis dibakar. Jarang la korang dapat amik 80 cucuk, hotel pun pandai, daging ayam mahal. HAHA. Nak makan sate banyak2 pi pasar malam. Option lain, adalah amik berulang kali, jangan risau, chef takkan kenal anda punyalah…(orang kan ramai, xperasanlah)
3. Makan Step By Step – Fasa by Fasa la, janganlah kau membalun tak ingat dunia, taula bayaq mahal nett nett, tapi makan kena sopan okie. Mulakan makan kurma, minum air masak, makan lompat tikam then baru makan nasi dan udang prawn berbutter. Mulakan dengan yang ringan2 dulu yer kawan2. Makanan kat hotel memang banyak, so, takkan habis punya. Jangan Risau.
4. Jangan Segan – Amikla banyak mana korang nak, nak bawak balik pun takpe, tapi kena pandai hidden la…Orang lain pun amik banyak2, yg penting makan bagi habis tau, tak baik amik banyak2 pastu tak habis makan. Kawan Syaiton.
5. Abadikan Potret – Ambilla gambar kenangan anda berbuka puasa di hotel untuk tatapan di hari muka (Macam aku ni, tak pernah makan kat hotel, so, kalau ada gambar, boleh tunjuk kat anak cucu. “Cu, tengok ni, atuk buka pose kat hotel, apa kelas buka kat rumah”. Haha.
Foto: Aneka juadah diambil oleh meja kami. Ambil je apa nak, yang penting bagi perabih |
Tidak lupa juga, kepada kekasih2 gua yang semuanya cantik2 belaka, “Kanda minta maaf banyak2 la sebab kadang2 tu ada terlanjur kata, perbuatan belum lagi” “ Ingatlah kanda yang kejauhan ni, makan ketupat rendang jangan lupa kanda yer, lagi satu, makan beringat2 sikit, dinda2 semua kalau badan naik, pipi naik, bumper naik, memang saham akan jatuh.” HAHA.
Foto: Sepintas lalu juadah/hidangan yang terdapat di sini. Kambing golek pun ada, just time gua datang ni, takda itik panggang je, wah keciwa sekejap |
Kepada Geng 3 Jari, Maaf Zahir Batin, raya ke 15 jemput datang rumah, kita makan2, dan ambil gambaq, kepada kawan2 opis pun, gua minta maaf andai ada tersalah gurau, kepada kawan2 facebook, blog dan laman sosial lain, gua minta maaf andai ada tersalah update status, salah type entry, gua insan yang lemah, tapi agak tampan. EH. Semoga kedatangan syawal pada kali ini membawa seribu erti dan keindahan kepada kita semua. Salam Aidilfitri 2010 daripada zalihazali. Hehe. SALAM.
3 comments:
waah panduan yg menarik dan berguna.. hmm en zali.. selmat hari raya!
haha tang abadikan gmbar tu cam bes ;p
Salam Aidilfitri...perkongsian menarik
Post a Comment