NUFFNANG AD

Monday, September 6, 2010

RANCANG PERJALANAN BALIK KAMPUNG ANDA

Foto: Kalau anda malas memandu untuk balik ke Kelantan, anda boleh guna kenderaan ini, berhenti kat Stesen Pasir Mas ok.
Assalamualaikum, Sempena raya yang bakal kunjung tiba ini, haruslah bagi kita yang nak balik kampung memeriksa kenderaan kita akan berada dalam kondisi yang baik. Pastikan angin tayar cukup, dah servis kereta, ada peti kecemasan dalam kereta, minyak cukup dan yang paling penting rancang perjalanan anda. Mulakan dengan membaca bismillah dan doa menaiki kenderaan. Disebabkan abah aku orang Kedah, jadi, kalau balik kampung tu, memang kena prepare betul2 la perjalanan tu seperti cara2 di bawah:

1.    Servis Kereta adalah sangat Wajib. Servis kereta anda sekitar RM 100-RM 200, bukan sahaja dapat menyelamatkan wang ringgit, bahkan nyawa para ahli keluarga (Bukan apa, tak ke susah kalau kereta breakdown tengah malam kat Highway Behrang, mahal tu, nk towing kereta anda pagi2, dah burn duit raya anak menakan)

2.    Kami sekeluarga memang susah nak tido sepanjang perjalanan dari Johor ke Kedah
(Kiranya bapa gua takdalah mengantuk dengar aku dgn adik aku bergaduh sepanjang 1000km tu, tak payah minum kafin banyak2 pun boleh drive)

3.    Berhenti setiap 2 jam kereta bergerak. (Tujuan, nak bagi enjin sejuk sikit, dan nak minum-minum, parent aku memang suka nak melawat2 keindahan R&R yang ada kat Negara kita ni, macam aku, suka nak tengok toilet kat sana, cantik ok, dahla bersih, wangi plak tu) R&R yang gua cadangkan adalah Ayer Keroh, Tapah, Nilai (sebab kat situ nasi lemak sedap) lagi, Pagoh pun ok…

4.    Bawak sekali nugget, drumstick, dan kerepek (Boleh makan ketika penat bergaduh)

Foto: Pekan Tawau, masa ni gualah budak aneh yang merayau malam2 pakai kemeja kerja amik gambar di sana sini. Baik saya memang nampak aneh, sebab buat benda sama 3 hari berturut-turut.
5.    Beri perhatian ketika memandu, fokus, kalau ngantuk, penat, berhenti la sebentar. Rehat sebentar bersama KitKat dan Kinder Bueno.

Haha, itu saja tips Pemanduan terkini dari keluarga saya. Pandulah dengan berhati-hati, ingatlah orang tersayang. Btw, kalau malas mmandu, naiklah pngangkutan awam…Insyallah Selamat. Kepada kawan2 yang nak balik beraya ke Perak, Sabah, Rembau, kirim salam pada seisi kerabat. Semoga Syawal kali ini membawa sejuta keindahan dalam hidup kita semua.

BTW, gua dah siap cat rumah, kaler Lavender kau…Rajin Gua Update. Sebelum dan Selepas di cat.
Foto: Ini adalah R&R Seremban kalau gua tak silap. Menarik juga suasana kat sini.

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

balik raya leklok yek..


samat ari raya..
\(^_____^)/

Yazid Husain said...

selamat hari raya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER