TANDA TANDA ANDA JATUH CINTA
1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
Perspektif Gua: Mana ada, aku lena je tidur, mungkin dah terbiasa jatuh cinta..ehhh, haha…”Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta, aku jatuh cinta kepada setiap wanita” – Ini Lagu. Lalalalalala
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.
Perspektif Gua: Setuju. Biasalah, dapat jumpa orang yang kita suka, mestilah heartbeat lebih kencang…yang penting jangan sampai si dia dengar…
3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.
Perspektif Gua: Menyelongkar. Amik tahu ni biasanya melalui kawan2 si dia, tempat kerja dia dan yang paling senang tengok je facebook si dia, semua ada kat sana.
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
Perspektif Gua: Gua memang tak geti nak jeles2 terlampau ni…Mula2 anda kena rasa bangga, then baru rasa cemburu sikit…haha. “Contohnya situasi begini: Ada mamat kat opis gf anda yang memuji gf anda cantik setiap hari, (itu bukan puji, itu menggatal namanya). Langkah yang perlu diambil: Berlagak la cool, even anda rasa ada kurang secure. Banggalah kalau ada orang puji GF anda. Anda jeles sebab rasa anda tak secure, ke mmg anda sgt sayang gf anda..ehh…mcm2 la.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung.
Perspektif Gua: Bengong la termenung. Orang biasanya termenung lepas kekenyangan tau…Aku selalu tgk kat kedai makan, bila orang dah kenyang, dia akan termenung…Sweet ok moment tu…Gila Kentang.
7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
Perspektif Gua: Yang ni gua agak setuju la, kapel mana la yang tak suka nak jumpa…ada chance mesti nak jumpa punya…So, mcm2 alasan dicipta untuk jumpa. Adik2, mari Abang ajar alasan2 kritikal bagi membolehkan anda berjumpa kekasih hati anda. 1. Belanja makan adalah paling biasa digunakan, so, ajaklah si dia makan2, sure dia tak menolak untuk berjumpa. 2. Anda perlukan nasihat si dia untuk membeli jenama baru ubat gigi di pasaran. 3. Keta anda tiba2 habis minyak gear, jadi, anda takda kereta nak kuar dah, so, call si dia untuk tumpangkan anda. Haa, kan boleh jumpa…Bergas betul idea2 gua. Wahahaha.
8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
Perspektif Gua: Malas komen, piker la sendiri sebelum berbuka puasa…
9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.
Perspektif Gua: Siang dah dating pun, malam nak gayut lagi ke…Biasala, rumah bujang, kan boring, bergayut la untuk hilang itu boring…eh, terasa plak.
Wahhh, aku kembali menaip panjang2 dalam blog ini…dahla, sepatutnya aku citer pasal bulan ramadhan…takpe, nanti aku citer juga…lately ni mode bercinta je…haha…Ok, apa yang penting sayangilah orang2 tersayang…buat dia ketawa, buat dia happy…sebab, itu kan dah tanggungjawab.
Okla, hari ini aku nak balik kampong, nak buka puasa di rumah…Tapi kena mesej mama aku dulu la Tanya dia masak apa…Ok, kawan2 selamat berbuka pose…Saya akan update lagi blog jika saya rajin…Ok, saya akan rajin2 kan diri…
2 comments:
oooo.
btoi2....ehhehhe
Post a Comment