NUFFNANG AD

Thursday, August 27, 2009

Terbang Terbang di Hutan Bandar Mutiara Rini

Venue: Hutan Bandar Mutiara Rini
Time: 6.00 petang (sebelum puasa)
Theme: Terbang terbang mcm rama rama
Objective: Cika dan Lina dapat keje kat UPM, amik gbr sebagai kenangan2

Bertepatan dengan musim balik ke kampung dan tema air asia "now everyone can fly"
jadi sang sahabatku ini buat aksi stunt dengan terbang dari besi kuning tu, 2,3 kali juga la, tapi gbr ni mmg first shoot la, loncatan ke2 nyaris hempap aku...hehe. manakala seorang teman lagi hanya mampu panjat dan tak berani terjun...sejuk katanya...haha
Cika, gadis yang dapat tawaran kerja di UPM Serdang, memang sgt suka bergambar...nah jadilah model aku yer,. seronok amik gbr makwe ni sebab sgt sporting (memang suka kena amik gbr). katanya, kalau ada kesempatan akan kembali untuk bergambar. kataku, maybe raya akan ambil gbr lagi...pakai cantik2 arrr...
Wajah kawan2, yang pun suka gambar diambil...untuk kenangan dalam FB...Mungkin Syawal nanti kita akan bergambar2 lagi tapi versi baju Melayu la kot... Insyaallah

Riangnya ketawa...Semoga ketawa2 ini akan mekar2 selalu...Untuk tempahan bergambar, boleh hubungi saya yer, apa yang penting, sporting2 sudah...hehe. thanks semua...

Wednesday, August 26, 2009

RESEPI RAMADHAN TODAY


MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang mkn
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan.

kredit untuk penyedia resepi ini
dah bagi kat RS, taktau la kapan dia mau bikin
nak lagi sedap, pegi jalan2 kat muar
sedap weiii makan buka pose


Bahulu ikan ni, digunakan sebagai salah satu hantaran perkahwinan, tapi we all guna yang kecik aje, yang besar nanti orang terkejut plak...hehe
Btw, baulu ni mmg sedap even tanpa rasa fish and chip di dalam nye
sesapa boleh try la...nak buat sendiri pun boleh, tapi kena cari pencetak yg besar la
mesti sedap makan kala raya...hehe

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

Why I'm Bloging?

Kenapa Saya Menjadi Blogger?
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Saya selalu cakap kat orang yang blog ni adalah diari maya dan
Saya selalu cakap yang para blogger ni ada identiti dan konsep blog masing2 pabila bercerita tentang dunia blog yang luas dan pelbagai ni...erm...
ada yang bercerita tentang kisah cinta mereka,
ada yang cite tentang makanan dan minuman yang dorg try
ada yang cite pasal perasaan,emosi, rasa tak puas hati
ada yang cite pasal kerjaya, hobi, minat
macam2 cite tentang para blogger ni
semuanya menarik...

Bagi aku plak, ada beberapa faktor yang menjuruskan aku menjadi blogger ni:

1. Rumate aku masa study dulu, dia yang ajak dan ajar aku main blog ni, katanya boleh elak alzhemier berlaku (bukan main chess ke rumate)...tapi dia plak dah malas nak update blog dia, blog dia ada di link aku, duniakumuzikhidupku...pi la tgk. update la rumate. come on

2. Teman teman sekantor aku ni rupanya blogger juga...senyap2 yer korang, hehe, kalau sesapa terer boleh revealkan sapa2 teman2 gue itu om...mereka blogger tegar yang telah pengaruhi aku ke dalam kancah peperangan.kebaboommm...
Keterangan Gambar: Teknik bluring wajah di Melaka (bukan penulis)

3. Yang ketiga ni, aku memang minat ambil gambar, gambar makanan, gambar perempuan, gambar kucing, pelangi, apatah lagi gambar kandid, mmg dah expert sgt aku ambil gbr time org tak sedar...jadi, dgn adanya medium blog ni, bolehlah aku berkongsi gambar2 yang aku amik tu,
Bermula dari kamera henpon yang cap ayam tu, aku beralih ke kamera silympus tahan selam dan kini dah ada plak kamera hitam...apa org panggil tu, DSLR, hehehe...
Jadi, memang kojenya mengambil gbr aje...
Nah sedikit tips untuk amik gambar SUNSET
Focal Length: 35mm
Aperture: f14
Exposure: 1/100 second
ISO Speed: 320
tapi terpulang pada kawan2 la nak setting mcm mana...yang penting gbr jadi...woowowowowo
Keterangan Gambar: Seorang teman sedang mempraktikkan diri bergelar sang nikonian.hehe. sesapa nak sponsor lens boleh emel saya..thank u

4. Nak cite pengalaman2 ketika berjalan ke sana sini, yela, sebagai contoh, kalau ada tempat makan menarik, contohnya seafood kat SENIBONG tu, kan ada banyak kedai, so kalau aku dah pegi salah satu kedai yang sedap, so boleh review pada rakan bloggers yang lain, so, dorg boleh dapat info ttg kedai mana yang sedap, menarik dan menawarkan keseimbangan tunai...(berpatutan)
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
Keterangan Gambar: Mee Wantan yang sedap pada harga ekonomi, dan sedap makan pagi2

5. Yang ke 5 nyer, sgt happy dapat kenal kawan2 blogger yang baru, jadi dengan hati riangnya, saya menyebarkan virus "TAG Why I'm Bloging?" kepada rakan blogger yang sempoi tak ingat tu...sila sambut, hintperihal, diyabest, KucingOrenGemuk (se2 time aku tag dia ni), zizilivelivewell, en me, hanna, tetel, duckness, thumbellina dan orkid opah kalau dia ada tersinggah kat blog aku ni...
Keterangan Gambar: Tuan Blog tiada dalam gambar di atas, di belakang tu Pavilion Negeri Kedah, ala ala bendang beb...

Ok, sekian saja, nak main mafia war ni...

Monday, August 10, 2009

MAJLIS HARI KUALITI 2008

Adik manis bertiga yang sgt suka gbr mereka diambil...

Agenda: Majlis Anugerah Kualiti 2008
Venue: Permata Ballroom, Puteri Pacific Hotel
Date: 07 ogos 2009
Tema: Glittering and Glamorous (UuuUUUuuuu)

Diadakan juga sempena persaraan CEO kami, dan sambutan majlis hari lahir beliau yang jatuh pada hari sebelumnya
Saya telah dilantik oleh urusetia majlis untuk menjadi anggota Unit Protokol. Antara tugasnya:

a. Memastikan para peserta bersedia awal di dalam dewan
b. Menyelia susunatur kerusi ketika sesi penggambaran
c. Menjaga trafik tetamu dalam dewan
d. Menjaga adat resam orang melayu (haha)
e. Makan dan minum

Tapi sebenarnya, saya telah diarah untuk menjadi pengiring kepada Dato, dan memakai kan beliau bunga rosset, oh satu penghormatan tu...syukur2

Ini adalah hidangan yang saya makan pada malam tersebut
Saya tak amik banyak malam ni...
Sebab saya kena menjadi juruacara untuk persembahan khas dari opis kami (suara latar)
Malam tu mmg agak happening sebab ada beberapa perkara yang tak diplan terjadi juga dan buatkan orang ketawa terbahak2


Saya tiada dalam gbr di atas...

Ini adalah gambar para tetamu yang memperagakan pelbagai jenis pakaian
Masing2 adalah sangat supportive dan beri komitmen
Yela dinner opis bukan selalu, so dah ada chance tu, bergaya sakan la
Ada yang siap bawak mak andam peribadi,
Make up di kiosk berdekatan
Tempah baju mahal2
dan saya sangat seronok dengan situasi itu

Diharap akan ada lagi dinner seperti ini
Di mana semua orang dapat berkumpul, dan bertemu dan berketawa2

Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan majlis ini. kerjasama anda amtlah dihargai...

Tuesday, August 4, 2009

AURORA KE NI?


Ke langit subuh yang merah?
Anyone sila bantu...
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Venue: Perjalanan ke tempat kerja, melalui bukit2 yang telah digondolkan
Time: 630 pagi isnin
Speedometer: 90km/j
Gadjet: Kamera Nikon warna hitam (saja nak eksen ni)
Kenapa ambil gambar ini: Sebab macam jarang sekali nampak langit subuh yang merah (ini
berikutan kalau hari cuti akan bangun menjelang mentari kuning di kepala...haha)
Indahnya alam ciptaan tuhan...Hargai setiap detik yang ada itu, maka akan terukir senyuman di bibir setiap insan yang tahu menghargai...
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Manakala ini adalah bunga yang sangat comel...sangat cantik dan ia kecil sebenarnya...
tumbuh di belakang opis, warna kuningnya dilatari dengan kehijauan rumput...sangat sweet
sangat sesuai untuk lepak2 bersama geng berkahwin...hehe...

so, sempena dah ada kamera hitam ni, akan rajin amik gbr2, untuk dipublish...
gbr orang2, gbr pokok2, gbr makanan2, gbr peristiwa2 dan mcm2 lagi la...

p/s: apa yang penting, hayati keindahan alam kurniaan tuhan...

Dialog 1

En Wan: Li, pinjam jap kamera ko
Saya: Nah ambikla...pakai aje sampai habis kodak...
En Wan: Klik, klik, klik, (klik bermaksud macam sedang amik gbr, gbr dinding, pokok pinang, tangki ikan keli, dan lain)
Saya: Waa, mcm pro, bagus bagus...aik mana gbr2 nyer...
En Wan: Aku eksen je li, tak amik pun...hahahahahahaaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER