NUFFNANG AD

Tuesday, December 14, 2010

RAWA STEAMBOAT, JOHOR. GUA SUGGEST KORANG PEGI

Foto: Haa, nampak tak tangan gua yang sasa tu mengambil puluhan kepak ayam. Hohi2. Dua orang tu adalah chef yang gua import khas. (Untuk perabih cendawan lembik.Haha)
Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi dalam segmen Ayuh Makan-Makan (AYAM). Maafla sebab lately ni sangat busy. Gua baru balik MAHA. So, badan ada sakit2. Datang kerja pun lambat. Balik keje je cepat. Sebenarnya gua dah lama nak Review Pasal Steamboat Rawa ni, baru la ni la berkesempatan. Sebab gambar2 banyak je dalam FB gua. Kalau dalam FB senang sikit nak upload. Okla, kalau korang nak makan Steamboat, korang berkunjung la ke Rawa Steamboat ni. Haaa, aku dah makan 3 tempat kat JB ni, tapi RAWA la yang paling best. Tak caya boleh try. Kalau rajin aku review kedai yang lagi dua tu.

Foto: Nampak tak, masing2 kusyuk. Takda masa dah nak mengorat kalau masing fokus. Tak sabar tunggu masak. Oh, rindu plak nak makan steamboat.
1.    Harga: Pemuda Dewasa: RM 18.00 (Konsep, Makan Sampai Semput)
2.    Servis: Staf dia rajin2 dan baik. (Kalau kuah tomyam korang tak sempat habis dia dah topupkan)
3.    Sedap dok?: Kuah tomyam memang terasa. Seafood dia pun segar2. Kalau korang makan kat luar, nanti Nampak la apek datang dengan lori bawak seafood.
4.    Ruang Makan: Better makan kat luar, or makan dekat dengan tempat amik makanan
5.    Halal ke Haram?: Kami mengamalkan konsep, Makan dulu dan Bayar Kemudian. Ehhh, mcm tak menjawab je persoalan tadi. Yang penting makan tanpa was was.
6.    Ada Aiskrim tak?: Ada, korang kena cepat berebut. Nanti perasa cempedak habis. (Ohye, bagi yang perempuan, bawa sekali beg korang dan sumbat la puluhan aiskrim)
7.    Hikmahnya: Bila makan steamboat ni baru kita Nampak gaya makan kawan2 kita yang sebenarnya. Hohi.
Foto: Haaa lagi. Nampak dok kaler chicken wing tu. Dengan cicah dia. Weieieieie.
Foto: Mama dan Abah gua. Suka je aku tengok depa. Loving Selalu. Semalam gua belikan mama baju jalan. Syukur. Kawan aku pesan, dapat gaji je terus bagi parent. Nanti cepat naik pangkat dan dimurahkan rezeki. Tak caya boleh try.
Haaaa, banyak plak aku menaip ni. Ohye, sebelum terlupa, ni gua sertakan alamat. Kalau nak bawak 18 ahli keluarga korang, better call dan book tempat dulu. Kalau datang petang, meja penuh, dahla orang kalau makan steamboat ni, mmg berjam2. Takkan korang nak tunggu plak sampai depa habis makan. So, silalah book tempat yer. Hehe. 
RAWA STEAMBOAT, NO 1, JALAN SASA 5, TAMAN GAYA, 81800 ULU TIRAM, JOHOR. 07 8637058. BUSINESS HOUR: 3.00PM – 12.00AM.
Foto: Maka, inilah hasil setelah kerjasama 4 lelaki dewasa makan bersama. Dari pukul 7 - 10PM. Kuss semangat. Pi semayang.
Eleanur P/S: Ohye, nak makan steamboat ni, kena bawa orang yang kuat makan. Kalau tak, nanti kejenya tengok orang yang makan je. Lagi satu. Korang sila jangan termenung yer lepas kekenyangan. Dan yang paling penting jangan dilupa Chicken Wing.

5 comments:

aten said...

ketam die sodap!

~~DucKneSs~~ said...

waaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa


jeles..

Kim said...

betul-betul. ibu kim pesan kalaw dapat gaji, benda pertama buat bagi parents dulu. mmg berkat. :)

Cinta Misteri said...

TQ.... nak pegi jap agi nie...

Anonymous said...

Dh pg ari tu.....mmg trbaeeek lh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER