NUFFNANG AD

Tuesday, July 2, 2013

TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR (SARAPAN, LUNCH, DINNER, SUPPER)

Thai Tomyam yang pekat lemak bersantan. 4 bintang.

Hai kawan-kawan, again, bersawang balik blog ni. Semalam ada terbaca satu blog ni citer pasal tempat makan best kat JB, tapi dalam list dia tu banyak makan kat Bukit Indah je, maybe dia kena tukar tajuk "Best food Spot in Bukit Indah", HAHA.

Semalam, ada main Trivia dengan GF gua "kalau i ni nak datang johor, mana tempat makan best u nak bawak?" xdapat jawab kan. Now, Gua nak share pasal tempat makan yang best dari versi tekak gua plak. So its coverla sarapan, lunch, dinner dan supper. Jemput. 

1. Sarapan: Kalau dekat Kluang, mesti gua cakap roti bakar Kluang, tapi kalau dekat JB ni, gua syorkan makan Kacang Pool Haji kat Bomba Larkin. Xheavy + kuah sedap.
2. Lunch: Asam Pedas Tasek, ni dekat area2 Pejabat Pendidikan JB. Sedap, masak baru, banyak ulam dan a bit mahal. Dari tepi jalan dah nampak signboard dia. Should try.
3. Dinner:  Kalau nak bawa Makwe or kawan or sedara dari negeri Luar, u can go for Senibong Village. ambient is cool (boleh nampak Singapore), relax, variety of seafood - nasi lemak sedap pon ada. tapi hati-hati kalau nak order Chilli Crab, sebab mahal, kang berpeluh plak. (cucuk duit dulu sebelum makan kat Senibong).
4. Supper: I go for Roti Naan Cheese Kichi kat Taman U. Jangan lupa sebut nama gua, nanti dapat meja tepi Oven Roti Naan tu.

Tu je cadangan tempat nak makan kat JB ni dari pandangan gua, actually banyak lagi tempat lain, but for now share ni dulu. Nota: Selamat Berpuasa dan jangan ponteng2 puasa. Have a nice ramadhan.

1 comment:

Noorfadzilah A Aziz said...

Terima kasih atas perkongsian infonya.
Good job! Keep it up.
Jemput singgah ke blog saya http://sihat-cantikmulus.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER