NUFFNANG AD

Wednesday, August 26, 2009

RESEPI RAMADHAN TODAY


MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang mkn
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan.

kredit untuk penyedia resepi ini
dah bagi kat RS, taktau la kapan dia mau bikin
nak lagi sedap, pegi jalan2 kat muar
sedap weiii makan buka pose


Bahulu ikan ni, digunakan sebagai salah satu hantaran perkahwinan, tapi we all guna yang kecik aje, yang besar nanti orang terkejut plak...hehe
Btw, baulu ni mmg sedap even tanpa rasa fish and chip di dalam nye
sesapa boleh try la...nak buat sendiri pun boleh, tapi kena cari pencetak yg besar la
mesti sedap makan kala raya...hehe

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

ape maknanya bercakap tentang makanan di kala berposa nih..haih~~~maken susah ati aku..hohoho..lapau bai..

~C.I.K~Z.I.Z.E.E~ said...

sedapnyer tgk mee tue!!
nak nak!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER