NUFFNANG AD

Thursday, December 23, 2010

PETUA MENAMBAT HATI KEKASIH HATI KORANG

Foto: Kalau nak guna orked pun boleh nak jadikan suprise. Lagi bagus kalau Pokok Orked, pastu suruh buah hati korang jaga, tengok dia jaga elok2 ke tidak. Haa. Idea. Kaktus pun boleh. Tikus belanda pun boleh.
Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi dalam segmen Petua Cinta. Haha. Gua bukan apa, besok dah nak ke Family Day Gambang Resort City selama 3 hari 2 malam, jadi update dulu la sebelum gua berangkat pagi besok. Dinda2, kanda nak pi main Taman Tema dengan Paintball, sila jaga diri dinda2 dengan baik yer, hehe. Eh, tiba2 terasa Hot Bachelor plak. Haha. Tapi jangan risau, kanda akan sangat behave di Gambang nanti. Wink2. Ohh tertinggalkan pesan pada dinda2 plak, nanti kanda SMS je la, lagi more private.

Foto: Sillouhette Pokok Nyok. Bayangkan korang berdating kala sunset ni...Haaa...Blossom2.
Berbalik kepada tajuk di atas, ingin gua jelaskan peri pentingnya untuk selalu /  kerap / acap / untuk kita ni sang peria untuk berusaha menambat hati pasangan2 anda. Yela, dulu semasa bercinta, belum kahwin, masa nak mengorat, amboi, invest macam2 kat GF korang, bawak dating sana sini, belikan hadiah saban minggu…Jadi, even dah kahwin pun jangan la benda2 romantis korang buat sebelum ni stop begitu saja. Apakata korang maintain or improvekan lagi suprise2 tu. Haaa, sure cinta itu akan blossom hari2 ok. Tak caya, sila try. Ok2, ini sedikit petua dari perspektif gua untuk korang semua yer…
PETUA MENAMBAT HATI KEKASIH HATI KORANG
1.    Bagi Barang Kemas: Haaa, ada ke pompuan tak suka…Habib dengan Wah Chan ada sale Hujung2 Tahun ni.Pi cari. White Gold ke, Belah Rotan. Kalau Tiffany and CO. memang GF korang takkan cari lain la. HAHA. Takpun bagi barang2 yang pasangan korang idamkan, macam Lola Marc Jacob, Travel Beg Elle, Gelang Tangan Thomas Sabo, takpun Kasut Kerja Bonia…Eh…

Foto: Ajarla GF korang berenang...Aku tak sabar nak main air ni besok. Hehe.
2.    Memberi Roses: Haa lagi, pompuan kan suka bunga2 ni, bagila, jadikan dalam bentuk surprise ke…Contohnya, korang pi la berkompromi dengan mamat jaga tiket wayang, letakkan roses tu kat kerusi korang. Pastu, bila masuk je kan gelap, terduduk atas roses tu, terus penyek…ehhh…Romantik ke tight GF korang kena duri Roses. See, romantis ok kenangan itu. Boleh cite kat anak cucu korang tentang sengalnya korang. 

3.    Memuji masakan yang dibuat oleh pasangan anda: Bagi kita2 yang suka makan ni, memang perlula bagi kita untuk memuji masakan GF kita even dia masakkan kita Sandwich Sardin je. HAHA. Even rasanya bisa mendatangkan amarah dalam diri, tapi kita puji la dulu, pastu baru komplen. Puji atas usaha depa buatkan Sandwich. (Bangun pagi, beli roti, buka tin sardin dll)

4.    Ambil berat dan prihatin : Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. Dia tidak perlukan nasihat bak kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya. Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.

Foto: Thistle JB. Kalau korang terpikir nak Holiday kat Johor. Thistle pun ada kat PD juga.
5.    Bawala pasangan korang bercuti2: OOO, Masa bercinta dulu, suka2 je korang angkut anak dara orang ke sana sini, dah dapat nak teman pi pasar malam pun fikir 8 kali yer. Macam yang gua cakap masa mula2 tadi, apa yang kita buat sebelum, kita buatla juga selepas. Kan ke Sweet. Hendak seribu daya, taknak seribu ringgit sudah. Tempat2 bercuti di Malaysia yang menarik, Cherating, Port Dickson dan Pulau Mantanani (Aku pun taktau kat mana ni. Haha)

Ehhhh, banyak lagi aku menaip ni…Dahla, biological clock aku telah menunjukkan hampir waktu lunch, aku nak main pingpong la dengan EJ. Nak kuruskan perut. Nanti kan nak tunjuk six pack gua ni masa main air di Taman Tema Gambang nanti. Opsss. Dinda2 jangan mare arrr, nanti kena jual. HEHE. Kanda akan behave kat sana, kanda akan pakai baju renang muslim. Eh, ada ke…Lagi satu, kanda ada game paintball di sana, doakan kejayaan kanda yer…Musuh kanda adalah Niza, bekas perajurit Palapes masa kat UUM dulu. Tapi kanda akan tetap berjuang, manatau dapat hamper…Boleh la kita makan sama2 hasil kejayaan kanda menembak Niza nanti. EH. Merepek lagi. Ok, kawan2 Gua Chaloo dulu.
Foto: Yana dan Sunot. 201210. Semoga korang kekal bahagia selama lamanya.
Eleanur P/S: Tahniah kepada Pasangan Yana Akua dan Sunot. Yang baru Ahad lepas aku shoot weeding korang. Trimas yer atas kerjasama korang semua. Also orang2 kampung yang sangat sporting. Also, aku nak minta maaf pasal makan anggur hijau hantaran kau. Eh…

Thursday, December 16, 2010

ALONE - Kadang2

Foto: Si Serabut yang Serabut makan Prosperity. Masih menunggu perasa Ayam. Dinda2, bila nak bawa kanda makan Perasa Ayam Plak.



Assalamualaikum…Taktau nak citer apa…Just kadang2 aku suka merayau sorang2. Sendiri. Berikut adalah rentetan aku sorang2.

Foto: Korang tengok, aku shopping kat Ikea Sorang2. Gila Kentang. Ohye, IKEA ni besar, sila pastikan pasangan atau anak2 anda sentiasa di sisi. BTW, IKEA ada meatball sedap. BTW lagi, Stool Chair tu sebenarnya kerusi ke tong sampah?

Alone 1: Selalu je balik keje makan sorang2.
Alone 2: Pergi shopping sorang2 dekat Jusco.
Alone 3: Tido sorang2. Eh.
Alone 4: Dalam perancangan (Tengok wayang sorang2) HAHA.
Foto: Nanti kita akan tua. Bersendiri. Hanya amalan dan anak2 menjadi peneman diri. (Gila Polite Bahasa Gua)
Eleanur P/S: Dahla...Gua ingat gua nak balik kampung la…Nak berehat tenangkan minda. 

Tuesday, December 14, 2010

RAWA STEAMBOAT, JOHOR. GUA SUGGEST KORANG PEGI

Foto: Haa, nampak tak tangan gua yang sasa tu mengambil puluhan kepak ayam. Hohi2. Dua orang tu adalah chef yang gua import khas. (Untuk perabih cendawan lembik.Haha)
Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi dalam segmen Ayuh Makan-Makan (AYAM). Maafla sebab lately ni sangat busy. Gua baru balik MAHA. So, badan ada sakit2. Datang kerja pun lambat. Balik keje je cepat. Sebenarnya gua dah lama nak Review Pasal Steamboat Rawa ni, baru la ni la berkesempatan. Sebab gambar2 banyak je dalam FB gua. Kalau dalam FB senang sikit nak upload. Okla, kalau korang nak makan Steamboat, korang berkunjung la ke Rawa Steamboat ni. Haaa, aku dah makan 3 tempat kat JB ni, tapi RAWA la yang paling best. Tak caya boleh try. Kalau rajin aku review kedai yang lagi dua tu.

Foto: Nampak tak, masing2 kusyuk. Takda masa dah nak mengorat kalau masing fokus. Tak sabar tunggu masak. Oh, rindu plak nak makan steamboat.
1.    Harga: Pemuda Dewasa: RM 18.00 (Konsep, Makan Sampai Semput)
2.    Servis: Staf dia rajin2 dan baik. (Kalau kuah tomyam korang tak sempat habis dia dah topupkan)
3.    Sedap dok?: Kuah tomyam memang terasa. Seafood dia pun segar2. Kalau korang makan kat luar, nanti Nampak la apek datang dengan lori bawak seafood.
4.    Ruang Makan: Better makan kat luar, or makan dekat dengan tempat amik makanan
5.    Halal ke Haram?: Kami mengamalkan konsep, Makan dulu dan Bayar Kemudian. Ehhh, mcm tak menjawab je persoalan tadi. Yang penting makan tanpa was was.
6.    Ada Aiskrim tak?: Ada, korang kena cepat berebut. Nanti perasa cempedak habis. (Ohye, bagi yang perempuan, bawa sekali beg korang dan sumbat la puluhan aiskrim)
7.    Hikmahnya: Bila makan steamboat ni baru kita Nampak gaya makan kawan2 kita yang sebenarnya. Hohi.
Foto: Haaa lagi. Nampak dok kaler chicken wing tu. Dengan cicah dia. Weieieieie.
Foto: Mama dan Abah gua. Suka je aku tengok depa. Loving Selalu. Semalam gua belikan mama baju jalan. Syukur. Kawan aku pesan, dapat gaji je terus bagi parent. Nanti cepat naik pangkat dan dimurahkan rezeki. Tak caya boleh try.
Haaaa, banyak plak aku menaip ni. Ohye, sebelum terlupa, ni gua sertakan alamat. Kalau nak bawak 18 ahli keluarga korang, better call dan book tempat dulu. Kalau datang petang, meja penuh, dahla orang kalau makan steamboat ni, mmg berjam2. Takkan korang nak tunggu plak sampai depa habis makan. So, silalah book tempat yer. Hehe. 
RAWA STEAMBOAT, NO 1, JALAN SASA 5, TAMAN GAYA, 81800 ULU TIRAM, JOHOR. 07 8637058. BUSINESS HOUR: 3.00PM – 12.00AM.
Foto: Maka, inilah hasil setelah kerjasama 4 lelaki dewasa makan bersama. Dari pukul 7 - 10PM. Kuss semangat. Pi semayang.
Eleanur P/S: Ohye, nak makan steamboat ni, kena bawa orang yang kuat makan. Kalau tak, nanti kejenya tengok orang yang makan je. Lagi satu. Korang sila jangan termenung yer lepas kekenyangan. Dan yang paling penting jangan dilupa Chicken Wing.

Saturday, November 20, 2010

DARI PUTRAJAYA, KE MUAR, KE JB, KE KL CONVEX, KE SEGAMAT, KE MUAR DAN KINI AKAN KE MAHA INTERNATIONAL, MAEPS SERDANG

Foto: Pelepak Tegar BIOMALAYSIA. (Keluar Menghirup Udara Segar)

Assalamualaikum. Lama ok, gua tak update blog. Malam ni tiba2 datang mood plak nak update. Update sikit2 dahla. Penat ok. Ke sana ke mari. Rosak badan muda gua ni. Hohi2. Kalau melihat kepada tajuk besar di atas menjelaskan kehilangan gua buat beberapa lama ni, also malas berganda dan asyik berdating je hari2. Maka mana la gua sempat nak update blog ni. Jadi, disebabkan akan menghilang lagi sempena MAHA International ni, lalu gua pun update sikitla. Letak gambar2 juga. MAHA 2010 akan berlangsung dari 26 Nov – 5 Disember 2010. Gua akan bertugas di Pavillion Rumah Limas Johor. Temui gua di sana. Untuk makluman, ketika di sana pun gua akan memblur kan wajah. Jadi, korang takkan jumpa punya. Haha. Ohye, 10 hari kan sana, jadi kepada dinda2 harap menjaga diri dengan baik2 yer. Jangan lupa makan MCD. Dahla, nak rehat. Tadi drive along ke Bukit Gambir Muar. Capek.
Foto: Haa, ni gambar pagi tadi masa kat Bukit Gambir, laju gila gua upload. Kak Mas. Haha. Masa bagi ucapan pun Kak Mas boleh ketawa besar. Lawak la akak ni. Hohi2

Foto: Adik ni salah baca jadual. Lalu tertinggal la baju PJ dia.
Eleanur P/S: Pada MAHA 2008, cuaca panas, sila bawa payung kepada adik manis yang tak tahan panas. Also, semoga parking tidak lagi jauh. Erm.

Tuesday, October 26, 2010

MENJAWAB TAG sempena 25 TAHUN (JADI KENA ADA 25 TAG)


Foto: Berkaraoke bersama Mimi dan Mama. I love Mama
Assalamualaikum. Blogger Cun ini telah memilih gua dari ratusan follower beliau untuk ditag. Trimas Gua Ucapkan. CIK RAHIMAH KITA. Sebelum tu, just nak maklumkan yang aku minggu lepas 4 hari ada event kat Putrajaya sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM 2010) Also, minggu ni plak busy menerjah ke sekolah2 sempena Program Rakan Biotek. Wahh. Capek dan Tegang bahu2 gua ini. Ok, terus kepada AKU yang 25 Perkara. Number One:
1.    Gua Mama’s Boy (U got problem with that? Haha. Tak rasa malu pun nak mengaku Anak Mama, bangga adalah. Bayangkan cuti sehari pun gua balik kampung…Apatah kalau cuti 8 hari. Macam biasa, kalau kenal dengan adik2 manis, perkara inilah yang akan gua maklumkan. Ko tak selesa, boleh get lost. Haha (Jahat aku).
2.    Pet Lover especially Kucin. Kat rumah gua ada 4 ekor kucing. Dengan membela kucing kita dapat memupuk nilai kasih sayang dalam diri kita dan lebih menghargai insan lain. (Wawawawa, motivasi)
3.    Sangat memanjakan Dinda2. Dinda2 setuju tak, Ex-Dinda2 setuju tak? Wanita itu indah, hargai mereka, layan mereka baik2. Maybe aku Mama’s Boy, tu yang sensitif sikit isu2 girl ni. Hoho.
4.    Nama GF Gua Eleanur. Tak sah kalau jalan2 tak bawa Eleanur.
5.    Pandai main golf, just tak berpeluang je nak go further. Erm…
6.    Belum berkahwin kerana merasakan diri masih belum bersedia dari semua aspek. Wahaha. Btw, mengimpikan perkahwinan yang simple, tapi memorable.
7.    Ada spek mata RayBan baru beli yang harganya tak relevan. (Self Achievement, Bukan Show Off) Cool.
8.    Belum memiliki cahaya mata berikutan belum berkahwin.
9.    Suka pada wanita cantik yang tahu menjaga kecantikan, rumah cantik, kereta cantik, gambar cantik, beskal cantik. Selalu berpesan kepada Dinda2. “Dinda2, sekali sekala keluar date dengan kanda cantik2 la, Dinda2 tu Refleksi Imej Kanda. Ulang, Refleksi Imej Kanda. (Please take note yer Dinda2)
10. Suka cat rumah. (Gua tak guna Roller, tapi guna Cat Berus Ok, sapuan lebih kemas)
Foto: Makan steamboat bersama BFF gua. Iwan, Budi, Rasis.
11. Gua memang tak geti mandi air panas kalau duk kat Hotel. Haa, panas ok. Camne la korang boleh mandi air panas2 tu. Tak paham betul la. Pedis okie belakang gua. Huuu, panas2. (Mode: Trauma)
12. Muka blur dalam blog ni sebab gua tak hensem orangnya, tapi Dinda2 cakap gua Baik.
13. Suka ambil gambar di sana sini. Haa, marilah kita sama2 belajar. Adik manis yang rasa nak amik gambar cantik boleh roger2 abang.
14. Suka nak berkawan. Dahla keje gua ni pegi event sana2 sini. Memang make friend aje.
15. Peminjam PTPTN.
16. Full of Surprise.
17. Berpendapat kebahagaian adalah milik semua orang dan mereka perlu berusaha untuk mendapatkan dan mengekalkannya agar jiwa tidak kacau.
18. Pernah duduk dekat Kuching Sarawak, Bentong Pahang, Sri Aman Sarawak, dan Kini menetap di Kluang Johor Rumah Mama Gua.
19. Benda berbaloi yang pernah dibeli adalah Speaker Edifier, Beg Laptop Hitam, Sandal Reebok, Kasut Bonia, Laptop HP (Tahun 2015 ni, masuklah 8 tahun aku pakai laptop ni), Haha.
20. Mengutuk lelaki2 yang merogol anak kecil dan anak gadis. Bodosssss, Chika kan banyak. Panas betul la gua. VAVI VETULL. Damn.
21. Sering bertanya pada diri sendiri, kenapa Currency Rate setiap Negara di Dunia ni berbeza-beza. Tak paham betul la gua. Maaf, ekonomi lemah.
22. Suka berjalan2 tengok tempat orang, budaya dan nilai setiap lokasi yang dijelajahi.
23. Kawan2 suka meluahkan emosi, perasaan kat gua. Gua suka je mendengar. HAHA
24. Xbiasa makan kat tempat2 mewah
25. Dahla, dah penat, banyak tak ingat gua nak type.

Eleanur P/S: Jam dah nak pukul 12am pada 26.10.10. Besok gua nak pergi sekolah. Bagi taklimat. Ok, Cik Rahimah, misi dah disempurnakan. Haha. Caloo Dulu.
Foto: Haa, gua dapat Coklat Langkawi dengan Kinder Bueno.

Tuesday, October 19, 2010

SEKITAR SAMBUTAN yang KE 25 TAHUN BAHAGIA

Assalamualaikum, ha, Ayin cakap Birthday Gua yang ke 25 ni, Abang paling happy. Kenapa Happy…Tengokla sendiri yer gambar2 ni. Banyak pulak aku upload. Haha.
Foto: Kek dari Mama, Abah dan Ayin. Even mama tak sihat, mama kuar juga seleb birthday gua. Gua Bahagia by Mello Coleslow
Foto: Kek Sedap, Niza yang belikan. Haa...Dahtu, Niza belanja makan Seafood. Pun Bahagia juga sambut ramai2.

Foto: See, ada lilin yang berumur 25 tahun. Happy Birthday to me. Lalalalalalala. Berbahagia
Foto: Dapat kek lagi dari adik manis...Makin gemuk la gua. (Ke memang gemuk). Bahagia makan benda manis ni.
Foto: Haa, gua dapat pakej percutian ke Avillion ni. Haa. Bahagia lagi. Cantik weeh scenery kat sini.
Foto: Haa, ni Iwan yang seleb, masa ni kami sambut berdua je, gua cedokkan la Tomyam dalam mangkuk iwan, orang lain tengok semacam je. Haiih tak paham betul. Selamatla aku tak tolong kopekkan kulit udang.Haha.

Eleanur P/S: Thank You kepada Parent gua yang menyambut, dinda2 sekalian, kawan2, korang memang terbaek. Semoga keindahan dan tawaketawa berkekalan dalam jiwa kita semua. Haha, Ida, jangan lupa dating kita, ohye H&H yang busy juga. Haha.

Monday, October 18, 2010

MUHAMMAD RAYYAN HAKIM yang HENSEM


Assalamualaikum, kemalasan melanda beserta hujung2 minggu yang busy tak ingat membataskan gua untuk mencoret tinta2 ke atas blog (Haa, bermadah kau). Pada tarikh 10.10.10 pada pukul 730 malam, gua dengan ditemani mama, abah, dan ayin pergi menangkap gambar sambutan hari lahir MRH yang Hensem. HEHE. Memang mencabar la ambil gambar MRH yang berumur 1 tahun ni. Asyik nangis dan nak dikelek je oleh Fidah. Syukur, lama kelamaan, RAYYAN dah boleh ketawa dan senyum masa gua ambil gambar dia. Thank Fidah, sebab sangat membantu “menghidupkan” mood Rayyan malam tu. Cayalah Rayyan. Nanti kalau ada jodoh, kita amik gambar Rayyan dengan Qasih masa di PD nanti yer. Dah boleh start tempah baju la Fidah dengan Kak Lili.
Foto: Gua suka la gambar ni...Ada mood orang kata. Lalu dengan pantas terus je gua menghitamputihkan gambar ni.
Btw, gambar ni Fidah dah hantar untuk Pertandingan Baby Comel kat FB PaPa MaMa. Kawan2 boleh Vote Rayyan dengan Klik Like pada gambar dorang. Secara tidak langsung anda Like juga gambar gua. Haha. (Saya budak baru belajar ambil gambar) Ini gua sertakan link Like tersebut. 
Foto: See, hensem kan. "Fidah, laki kau hensem mana kau jumpa, anak kau pun comel...Haha.
Foto: Haa, ni la gambar mereka sekeluarga. Kawan gua yang dah kenal gua selama 2 tahun baru dia puji gua hensem. Itu pun dia cakap hensem bermusim. Tgk sekali gambar laki Fidah ni terus cakap hensem. Hampeh. Hahaha.
Eleanur P/S: Kini, gua tak hanya pandai ambil gambar adik manis je macam yang dinda2 cakap. Dinda2, kanda pun pandai ambil gambar baby juga tau. Hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER