NUFFNANG AD

Wednesday, February 24, 2010

FACEBOOK.COM, FENOMENA MASA KINI?

Salam, sekarang kat mana2 pun tgk semua orang main Facebook. BEST ke?
Pada pendapat saya, kelebihan yang ada pada FB ni ialah

1. Simple: So, senang je nak post komen, share UTUBE, Update Info
2. Photo: Boleh tagging foto kawan2 kita yang lama, or, boleh bagatau kawan2 kita yang kita nak kahwin. "kawan2 aku nak kahwin, ni kad nya" - tagged kawan2 anda. Senang je kan.Dah jimat duit setem kan. Kad dan Gam.
3. Game: Ada banyak game okie. yg akan menyumbang kepada ketagihan. "Sapa yang tak pernah main game kat FB, sila angkat tangan". Farmville la, ikan ville, cafe world, mafia war, scrabble...mcm2 lagila. COOL.


Lagi, yang bestnya tentang FB ni...
1. Boleh Chat: Tapi kadang2 hang je. Tensi2.

Hehe...itulah kelebihan FACEBOOK masa kini...jaringan perhubungan menjadi lebih dekat. Jalinan Ukhuwah Bertambah2. Apa yang penting, berkawan la dengan hati, jangan ada niat tak baik. Salah guna FB namanya tu. Haha.

Gambar diambil ketika malam tahun baru 2010, di Danga Bay, bawa parent saya ke sana jalan2.(Takda kaitan dengan tajuk) Saja je nak tunjuk lampu warna warni

Lagi satu, melalui FACEBOOK ni akan jadi tempat temu jodoh ke, mana tau kan. HEHE. Taktaula sampai bila FB ni akan terus berfenomena.

BTW, SAPA YANG TAKDA FACEBOOK, ANGKAT TANGAN LAGI...HEHE.

Note: Harap Isnin dapat cuti, nak pergi buat IC...

Saya(Nak buat Akaun): Salam, saya nak buat akaun maybank...
Makwe Maybank: Boleh bagi saya IC Encik?
Saya(Nak buat Akaun): Ni dia...
Makwe Maybank: (Cucuk kad dalam mesin) Maaflah encik, kad dah rosak (Sambil bengkokkan kad saya yang dah lembik tu, dan cipnya kaler gangsa)
Saya(Nak buat Akaun): Ohhhhhhh...

Thursday, February 11, 2010

SO DELICIOUS, di Delicious


Nama: Kek Chocolate Brownies With Aiskrim
Tahap kesedapan: 4.5/5
Makan di:
Dua Residency (Ada piano warna putih ok)
Dekorasi: Menarik la, ada banyak sangkar burung.
Harga: Xmahal sangat pun, jadi pi la ramai2 merasa.

Lihat, ada banyak sangkar kan...tapi mcm takda burung pun...burung hanya akan pulang menjelang waktu senja. Tapi kat sini bersih la...Selesa nak makan.

Kepada mereka yang berminat nak rasa dan nak jumpa klien, dan nak menenangkan hati, bolehlah pi kat cawangan2 delicious ni.

1. Dua Residency (Tempat ni la yg aku pi)- kat Jalan Tun Razak
2. Bangsar Village
3. Mid Valley pun ada
4. Kat One Utama

Haruslah makan nasi, sebab tak akan kenyang sangat kalau makan coklat aiskrim...
Ini namanya nasi kerabu delicious. Bolehtahanla juga. Bentuk nasi dia menarik dan ayam rendang itu pun yummy...

Btw, hari ni malas nak type panjang2. Jiwa Kacau. 11.Feb.2010. 11.00PM. Tak sabar.

Nah, link lagu Selamat Malam,Faizal Tahir. Download. Dengar. Selamat Malam. Assalamualaikum.

Selamat Malam MP3 Faizal Tahir

Thursday, February 4, 2010

KAU, ABANG DREBAR DAN TRAGEDI DURIAN


Assalamualaikum W.H.T...Macam dah lama tak update blog, kali ni pasal TRAGEDIS DURIAN
. Ohye, ini kisah benar dalam perjalanan pulang dan ianya sangat kebetulan ok. Layan.

Venue: Atas lebuhraya di Pinggir K.L (rasanya)
Time: 11.30 A.M
Date: 25.Jan.2010
Keterangan Gambar: Raksasa sedang cuba mengupas durian dengan sepenuh kekuatan. Yarghhhh
Jumlah durian: 3 Biji (Durian Kampung)
Gajet: Parang Kupas Tebu Akak jual air tebu di tepi highway.
Watak-Watak: Saya, Kawan Saya, Abg drebar Hilux yang bawa durian, Akak jual Air Tebu.



Bermula la kisah TRAGEDIS DURIAN ni...Sebuah hilux memintas laju kenderaan kami dengan di bahagaian belakangnya terdampar puluhan durian.

Kawan Cun: Wahhh durian, sedapnya...Nak Nak Nak...
Saya xCun: (Dasar hantu durian dia ni). Kau pi la minta kat abg drebar tu...Jap aku potong dia...(Vroom -----> Memotong Hilux Durian).
Kawan Cun: (Sedang buat muka meminta2, dan muka innocent kat abg Hilux durian tu).
Saya xCun: Wahahahahahahaha...Harap2 abg tu campak la 2,3 biji...
Kawan Cun: Wekkkkkkkk. Dengki.

Kami meneruskan perjalanan pulang. Tiba2...Abg hilux durian tu memotong kereta yang kami pacu. Sambil tangan melambai agar kami berhenti di tepi jalan. (Dia nak bagi durian la tu). See, berjaya ok muka innocent kawan aku tu...(xboleh blah betul).

Abg Hilux Durian: Nah, amiklah 3 biji durian ni...durian ni bukan nak dijual, tuan tanah yang nak, jadi abg bagi korang, nah amik...Sebiji, dua biji, 3 biji.
Kawan Cun: Terima kasih abg...(masih buat muka innocent lagi)
Saya xCun: (Hampeh). (Malas aku nak layan).



Setelah berjaya mendapat durian dek keberkesanan muka innocent tu, kami yang sedang lapar, memberhentikan kereta di R&R untuk mencari parang. Pinjam parang dari akak penjual air tebu.

Saya xCun: Aku tak makan durian tau, kurangla, xpenagih durian sangat.
Kawan Cun: La ye keee... kenapa plak, rugi, sedap tau durian ni...
Saya xCun: (Sambil mengkopek durian). Tragedi masa kecik, kena tangkap dgn cina dusun durian, dia bawa shortgun ok, selamat la dia tak tembak masa tu. (Termenung kejauhan). Kalau tidak sure dah terlepas, lari ikut lubang tikus, tapi baju plak tersangkut, lepas tu, selipar baru tertanggal sebelah...kalau tak, lama dah dapat meloloskan diri. wahahahhahahahahahha.
Kawan Cun: Haahhahahahha, lawak la kau ni.
Saya xCun: Tapi ok je, setakat seulas dua tu boleh makan lagi...

Durian tu, 3 biji, kopek 2 dan sebiji bagi akak penjual air tebu (mengenang jasa parang dia)
Balik dengan bau semerbak durian dalam kereta.

30 Minit selepas Bergerak...

Nampak plak lori durian bergerak membawa ribuan RAJA BUAH itu.

Saya xCun: Buatlah lagi muka innocent kau tu...Manatau dapat sebakul lepas ni, boleh la kita buat bubur durian. Tempoyak pun ok. (Ini Ayat Perli)
Kawan Cun: Ok, u dare me...(Muka Innocent)
Abg Lori Durian: (Senyum lebar)
Saya xCun: Hampeh betul (Terus memecut laju meninggalkan abg lori durian)

Itulah, cite pasal durian...Kenangan lalu menimbulkan bibit2 rindu pada zaman jadi anak askar dulu. Liar betul aku. (Harap2 dapat jumpa kawan2 masa kecik dulu). Daa, chaloo dulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER