NUFFNANG AD

Thursday, October 7, 2010

FOTOGRAFI dan ADIK MANIS

Assalamualaikum, merujuk kepada tajuk di atas adalah menjurus kepada semi kerjaya dan passion gua ke atas bidang fotografi yang serba luas ini. Gua memang suka ambil gambar, dan kadang-kadang akan keluar ambil gambar orang kahwin, orang tak kahwin, Cuma gambar orang bercerai je masih gua tak ambil lagi. Kadang2 tu, sekelompok ahli fotografi akan berkumpul di suatu hujung minggu untuk sama-sama berdiskusi, berkongsi dan ambil gambar samada model, landskap, mahupun kumbang. Baru-baru ni, gua join satu outing yang diterajui Brother ShazliShots dan Rajawali Production di satu lokap tinggal zaman penjajahan British. Haa, Horrow kau.


Foto: Perkenalkan Bakat baru yang bakal menyinar. Amboi2.Shasha Ibr
Ohye, berbalik kepada tajuk di atas, ingin gua jelaskan kepada bakal2 isteri gua agar perlunya untuk dinda2 menanam perasaan Understanding dalam diri dinda2 yang kadangkala kanda akan keluar untuk ambil gambar, tak kirala Model/Talent, hot ke tidak, kurang baju ke tidak, itu namanya kan Seni Fotografi. Jadi, dinda2 haruslah faham dan tidak wujud perasaan jeles, irihati, amal maaruf nahi mungkar dan segala sifat mahzmumah yang seangkatan dengan yang kanda sebut tadi. Harap dinda2 faham dan take it easy. Kanda tak minat pun nak rapat dengan model2 tu semua. Kanda ni photog cap ayam, mana la nak model2 nak pandang kat kanda ni. Yang bukan model pun tak pandang, apatah lagi mereka yang bergelar model. Haiiihh, tak paham betul gua.
Foto: Nampak tak, ini namanya sesi memperangkan kulit. Mira, anda sangat sporting, mempunyai masa depan yang cerah. Huhu.
Foto: Asyik ambil gambar muka je, kali ni, ambil gambar tangan, pinggang, baju, apa lagi tak sebut...Fotografi perlukan idea dan kreativiti baru. Bukan aku cakap, photog lain yang cakap.
Erm, dengan terhasilnya entry ini, maka diharap dinda2 akan mendapat gambaran yang lebih jitu dan memahami prospek kerjaya kanda yang tak seberapani. Nanti dapat duit hasil buat kerja tu, dapatlah kanda belikan tas tangan yang menarik kepada dinda2 semua. Ohye, kanda dengan bangganya hidangkan gambar Talent/Model yang kanda ambil hari tu. Dinda2, ENJOYLAH tengok gambar yang kanda ambil. Haa, dalam toilet tu kami berdua je tau. Eh, terbakar plak dinda2 nanti. Ohye, terima juga kepada Talent, Noh Shazney, Mira, Shasha Ibr dan Zara. 
Foto: Dalam tandas yang pernah digunakan banduan...hoho. Seram.

Eleanur P/S: Fotografi tu indah, ambillah gambar dengan hati, sebab gambar tu akan menjadi nanti. (Ni aku punya mutiara kata, aku nak patenkan)

9 comments:

Un Phat Lee said...

wah.nice pic

Elvira Jay Arianna said...

nice...jangan risau dinda takan cemburu dgn bende remeh temeh muahahhaha.....
janji kanda jujur....hahahhah
nice word...there..nak paten???
ala...bawu nak cilok..hehhehe
nice entry...n picha;)

Rahimah Ramlan said...

chanteknyee....bila nak shoot pix i lak :P

toyolkiut said...

great job!
nanti amik gambar TK lak ye.. kt dalam gua ke..

ZaliHazali said...

phatlee: gua budak baru je belajar...masih kena explore dunia yg luas ni.

ZaliHazali said...

Arianna: tula dinda, kanda harap dinda2 semua jgn cemburu2 la...nanti kanda amik gambar dinda 11 ratus ok. yang penting kena senyum even tgh panas terik

ZaliHazali said...

cik rahimah: oooo, kena set the dating, eh. u roger je i kalu datang johor...banyak tmpt2 horrow kat johor ni

ZaliHazali said...

TK: tq atas compliment. boleh TK, tapi TK bukan dalam botol ke...haha

mimizuzuhaha said...

aku suka pic no 2. close up muka kat rumput tu =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER