NUFFNANG AD

Tuesday, March 15, 2011

Tonton Khurafat di Rumah


Assalamualaikum. Bersua kembali kita setelah sekian lama menyepi. Maaflah para hadirin sekalian, gua agak busy menguruskan hidup (Bukan Kurus). Minggu2 lepas, di kantor gua banyak berlaku aktiviti, dengan Program 5S, Sambutan Maulud Nabi, main pingpong lagi. Ahh, macam2, sudah jemu diriku mengadap semua itu. Wah, ayat macam Merong Mahawangsa dah. Jadi, macam biasala, kalau jemu je, gua mesti balik rumah mama gua di kampung untuk merasai suasana kampung, sure hilang stress punya. 
Haa, tengok tu, mana nak cari Panggung Wayang yang boleh makan talapia goreng. Kerusi selesa plak tu. Boleh baring melintang lagi. Toto tu gua yang stay, sebab gua dah tengok dah Khurafat, gua menjadi elemen terkejut2 je. Hahaha (Ketawa tokey wayang)
Jadi baru2 (12.3.11) ni gua menemani mama, abah dan ayin ke Econsave yang baru dibuka, maka ternampaklah kedai menjual DVD. Lalu, terus gua je mencapai DVD Khurafat bernilai RM 5.00 (Sure cetak rompak). Haa, bila sampei rumah je, tanpa mencuci kaki, gua terus setup hall rumah mama gua menjadi mini cinema. (Kelas Kau). Lengkap dengan speaker buka kuat2 bagi bunyi keliling, nachos dan kitkat pun ada, air masak pun lengkap kalau sapa2 haus kala nonton wayang gua ni. Maka wayang pun bermula, 10 minit pertama elok je DVD ni tak rosak, masuk je minit ke 11, rosak plak. Khurafat betul. Tersekat2. Selamatla tak kena baling dengan popcorn. Haih, impian gua lebur tatkala nak nonton wayang mini bersama keluarga lantaran DVD Cetak Rompak tu. Haih. Maka, penonton pun masuk bilik masing2 dengan perasaan hiba. (Takpe yer TuanPuan, besok kita akan adakan siaran ulangan, u all boleh simpan itu tiket). 
Lilin menjadi pengganti diri kepada lampu rumah gua yang sengaja dipadamkan (ala wayang kan). Pastu gua siap pasang pewangi kuat2 (elemen bunga kubur) dan nachos dan kitkat sebagai kudap kudapan.
Haha, begitulah serba sedikit rencah berkeluarga ni. Ada tolak ansur, support menyupport dan tak baling gua dengan nachos. Ayuh kita salahkan penjual DVD Cetak Rompak tu, eh,  ke salahkan aku yang membeli. Hurm. Ohye, selepas Program 5S, aku telah menjadi super rajin dengan mengemas bilik aku di kampung dengan vakum sekali. Gila kentang. Haha. Itu je pada kali ini, gua nak pegi makan ayam madu la plak. Daa. Assalamualaikum.
Taraa...inilah bilik gua sebelum dikemas dan divakum. Harmony tak...macam2 ada. Selepas korang tengok gambar ni, dah tak macam ni. Bilik gua telah bertukar jadi lebih luas. Mama gua pun puji sebab berjaya kuarkan sekarung besar habuk. Eh, sampah la. Haha.

1 comment:

Rahimah Ramlan said...

beshnye balik kg..*jelessss~~

cantek bilik? :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER