NUFFNANG AD

Monday, January 30, 2012

Day 3 - A Recipe

Assalamualaikum. Challenge kembali lagi. Sorry la. Sebab takdapat nak teruskan hari berturut2. Yerla, weekend kan busy Shoot kawan Tunang, also, kat rumah I mana la ada internet. (Alasan). Ok, hari ni I nak berkongsi resipi masakan yer adik2 manis sekalian, senang je, boleh dipraktikkan kala hidup bujang, ok, adik2 boleh amik buku nota dan salin k. I nak ajar resipi nak masak "Ayam Goreng Kunyit Kacang Panjang" versi Bujang. Mulakan dengan bahan2 yer.

Bahan-bahan
  1. 1 Ulas bawang putih
  2. 1 biji bawang besar dipotong bulat
  3. 1 biji cili merah & cili hijau dihiris nipis
  4. Sedikit serbuk kunyit
  5. Sedikit garam
  6. dan tidak dilupa Minyak masak juga 
Cara nak masak
  1. Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit
  2. Goreng ayam sehingga garing yer adik manis, angkat dan letak tepi
  3. Use the same wok again, tumis bawang yang telah diketuk hingga naik baunya, diikuti dengan bawang besar ok
  4. While dah nampak bawang tu, dah layu, masukkan kacang panjang plak, if nampak kering, adik2 boleh topup air sedikit k.
  5. Setelah air kering dan kacang panjang nampak dah masak, masukkan cili k
  6. Last, masukkan ayam, Gaul sebati dan siap untuk dimakan
  7. Ingat, kita masak Ayam goreng kunyit, bukan kurma, bukan ayam kicap, apatah soup ayam, sebab takda unsur sup pun dalam bahan2 kita. Nak lagi best, makanla dengan timun dan sambal belacan.
Sekian, cabaran hari ketiga I. Semoga perkongsian ilmiah ini mampu menceriakan hari2 adik2 semua. Saya hidangkan gambar Stew Tulang Kambing untuk adik2 semua. Di Secret Recipe xsedap n mahal, yang ni sedap dan boleh straw sekali. Sekian.
Stew Kambin - Serius sedap - Tak Bohong - I terfikir nak buat Food Travelogue la -  I kan suka makan2, bukan kuat makan - Syahirah bila nak makan steamboat -

1 comment:

shayra hint said...

haikel ckp cari date. dia ok je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER