NUFFNANG AD

Thursday, August 19, 2010

NAMA GF SAYA ELEANUR

Assalamualaikum, syukur dah masuk hari ke 9 Ramadhan…So, sebabkan blog dah bertukar wajah, satu malam gua godeh2 semalam, maka, dengan semangat baru, gua akan update blog…Yearghh, semangat baru. Jadi, dikesempatan ini, saya nak citer kan pasal GF saya, yang saya jumpa dah lama, kali pertama pandang hati terus terpaut…siang malam asyik terpikirkan dia…cantik, bersinar, buat saya senyum bila ingatkan dia…Bentuk badan dahla menarik…Wahhh, xboleh handle.



FOTO: Inilah GF saya, nama dia ELEANUR…Cantikkan, lama saya ngorat, baru dapat jadi kekasih hati…Hari2 yang kami lalui sangat indah…Tidur bersama…Makan Bersama…Mana2 saya pergi saya bawa (Jangan tinggal dalam kereta, sure hilang.) ELEANUR tu nama DSLR saya la. (Suka je aku nak bagi nama, ingat kucing ke)
Yela, saya kan suka mengambil gambar, jadi, haruslah ada gadjet yang memudahkan untuk merealisasikan misi saya tu…(Note: Saya bukan geti sangat amik gambar, baru je berjinak2). Ni la jenis DSLR saya. Klik Link:
Ok, kenapa saya letak nama ELEANUR? Nama tu saya amik dari filem Gone In 60 Second (Lakonan Angelina Jolie dan Nicolas Cage). Klik Link: 
Sebabkan hero dalam citer ni, pakar mencuri kereta, dan dorang kena curi 50 buah kereta dalam satu malam dan hero kita ni ada memori tak best sepanjang karier dia untuk curi kereta ini 1967 Shelby Mustang GT500. Dan keta ni dorang panggil Eleanor. Kereta yang last dan susah dorang nak curi.
So, dari perspektif saya plak, nama Eleanur tu saya saya cilok dari filem ni la, also, sukar juga nak dapatkan Eleanur saya ni sampai bergadai tanah kat kampung, mengikat perut tak makan tengahari, pinjam along, korek tabung, apa lagi…Haha. Last2 dapat pun…Pada tanggal 02 April 2010, maka saya pun membeli la DSLR ini di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur, pada harga yang dirahsiakan. Wahhh, self achievement namanya ni.
FOTO: Lepas beli je ELEANUR, gua tak tunggu lama terus shot gambar Amber Chia…HOHO
Itulah sedikit sebanyak coretan perjalanan saya mendapatkan kamera ni. Nak improve skill dengan amik gambar adik manis banyak2…ehh…Sapa2 nak ajak saya join dorang amik gambar, ke nak saya amik gambar korang, untuk suka suka, suka hati, just roger saya...Ok, petang ni ingat nak jaka GF saya pegi Bazar Ramadhan, amik gelagat orang ramai di bazar...Hehe. OK, Chaloo. SALAM.
FOTO: Inilah gambar aku dan kakak aku, cantikkan. Lama dah tak gossip dengan dia, sejak jadi pengetua sekolah cina kat KL tu…Kak, jom jalan2 pegi Pavi.

Wednesday, August 18, 2010

MENGHAYATI BULAN RAMADHAN SAYA



Keterangan Gambar: Ini Udang Goreng. Cadangan Untuk Para Penggemar Udang.

Ramadhan Juga Dikenali Sebagai Sahrun Mubarak Bermaksud Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatan

Sempena Ramadhan Yang Mulia Ini, Kita Umat Islam Dituntut Untuk Menambahkan Amal Ibadah, Banyak Manafaatnyer Beribadah Di Bulan Ini. Kena Jaga Mata, Mulut, Pipi, Bibir Dari Melakukan Perkara Yang Dilarang.

Keterangan Gambar: Ayam Masak Kuning Berserta Pucuk Paku Pakis...Sedap Ok, Mcm Biasa, Sekiranya Keseluruhan Famili Kecilku Berkumpul, Mesti Mama Akan Masak Sedap2 Punya. (Makluman: Ini Adalah Tray Pusing No 6. Ada 5 Lagi Tray Yang Penuh Berisi. Aku Je Malas Nak Amik Gambar Semua)

Cerita Sedih Aku: Korang Nak Tau, Gf Cantik Saya Buka Pose Kat Tempat Best, Saya Makan Nasi Ambang Je Sorang2 Kat Rumah...Takpe, Saya Akan Membalas Nanti...Tunggulah...Haha. Gf Cantik Saya Makan Kat Tempat Ni:

Http://Eatdrinkkl.Blogspot.Com/2010/05/Al-Halabi.Html

Http://Www.Marriott.Com/Hotels/Hotel-Information/Restaurant/Kuldt-Jw-Marriott-Hotel-Kuala-Lumpur/

Saya Tak Kisah Pun Makan Nasi Ambang, Pun Sedap...Semalam Pun Sedap, Saya Makan Nasi Ayam, Semalam2 Pun Sedap, Makan Ayam Percik + Murtabak...

Keterangan Gambar: Masa Ni Kami Sekeluarga Berbuka Di Luar Berikutan Mengambil Adikku, Kritikal Yang Baru Sampai Dari Nilai, So, Mama Malas Nak Masak, Jadi, Makan Di Luar La. Masing2 Makan Bergoreng. Senang. Cepat. Cepat Balik.

Jumaat Ini, Geng 3 Jari Ada Plan Nak Buka Pose Makan Steambot. Kami Susah Nak Jumpa. Masing2 Busy, Dan Ada Komitmen Tersendiri. Semoga Dapat Jumpa Korang...Tema Berbuka Puasa: Jangan Bergosip. Eh...Lalalalalaallaalalalalaala.

Sempat Pun Update Entry Ramadhan...
Salam Dan Selamat Berbuka Puasa...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER