NUFFNANG AD

Thursday, August 19, 2010

NAMA GF SAYA ELEANUR

Assalamualaikum, syukur dah masuk hari ke 9 Ramadhan…So, sebabkan blog dah bertukar wajah, satu malam gua godeh2 semalam, maka, dengan semangat baru, gua akan update blog…Yearghh, semangat baru. Jadi, dikesempatan ini, saya nak citer kan pasal GF saya, yang saya jumpa dah lama, kali pertama pandang hati terus terpaut…siang malam asyik terpikirkan dia…cantik, bersinar, buat saya senyum bila ingatkan dia…Bentuk badan dahla menarik…Wahhh, xboleh handle.



FOTO: Inilah GF saya, nama dia ELEANUR…Cantikkan, lama saya ngorat, baru dapat jadi kekasih hati…Hari2 yang kami lalui sangat indah…Tidur bersama…Makan Bersama…Mana2 saya pergi saya bawa (Jangan tinggal dalam kereta, sure hilang.) ELEANUR tu nama DSLR saya la. (Suka je aku nak bagi nama, ingat kucing ke)
Yela, saya kan suka mengambil gambar, jadi, haruslah ada gadjet yang memudahkan untuk merealisasikan misi saya tu…(Note: Saya bukan geti sangat amik gambar, baru je berjinak2). Ni la jenis DSLR saya. Klik Link:
Ok, kenapa saya letak nama ELEANUR? Nama tu saya amik dari filem Gone In 60 Second (Lakonan Angelina Jolie dan Nicolas Cage). Klik Link: 
Sebabkan hero dalam citer ni, pakar mencuri kereta, dan dorang kena curi 50 buah kereta dalam satu malam dan hero kita ni ada memori tak best sepanjang karier dia untuk curi kereta ini 1967 Shelby Mustang GT500. Dan keta ni dorang panggil Eleanor. Kereta yang last dan susah dorang nak curi.
So, dari perspektif saya plak, nama Eleanur tu saya saya cilok dari filem ni la, also, sukar juga nak dapatkan Eleanur saya ni sampai bergadai tanah kat kampung, mengikat perut tak makan tengahari, pinjam along, korek tabung, apa lagi…Haha. Last2 dapat pun…Pada tanggal 02 April 2010, maka saya pun membeli la DSLR ini di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur, pada harga yang dirahsiakan. Wahhh, self achievement namanya ni.
FOTO: Lepas beli je ELEANUR, gua tak tunggu lama terus shot gambar Amber Chia…HOHO
Itulah sedikit sebanyak coretan perjalanan saya mendapatkan kamera ni. Nak improve skill dengan amik gambar adik manis banyak2…ehh…Sapa2 nak ajak saya join dorang amik gambar, ke nak saya amik gambar korang, untuk suka suka, suka hati, just roger saya...Ok, petang ni ingat nak jaka GF saya pegi Bazar Ramadhan, amik gelagat orang ramai di bazar...Hehe. OK, Chaloo. SALAM.
FOTO: Inilah gambar aku dan kakak aku, cantikkan. Lama dah tak gossip dengan dia, sejak jadi pengetua sekolah cina kat KL tu…Kak, jom jalan2 pegi Pavi.

9 comments:

~~DucKneSs~~ said...

uloh..semangat je aku bukak page ko bila baca title dia..huh, daku tertipu..



tp kan, aku pon perasan entri ko skang nih byk psl chenta..xmo spill the beans here ke?

nurayunni said...

nak jgk ambik pic..
eleanur tolong ambikkn bleh??
leh lar...

ainnoraini said...

tq sudi singgah blog kite tu....
kat rmh kite pun ade jugak...baru jer beli beberapa bulan lepas...sebab yg lame dah rosak...

ZaliHazali said...

duck: haruslah cari tajuk yang bersemangat bulan2 pose...hehe, nanti ada masa aku citer yer, tengah agak lapang ni...

ZaliHazali said...

nurayunni: boleh, kita amik gambar awak sepuluh ek, kita amik kat pokok2 rhu tepi Uitm tu nak...mesti walla. apa2 roger kita ek...eh.

ZaliHazali said...

ainoraini: wahhh beli juga ke, cantik, nanti amik gambar cantik2 dan kita kongsi dalam entry blog, cayalah...

Izyana Jasmay said...

Cantik dan manis orangnya eleanur tu. bila nak kahwin? Haha

~~DucKneSs~~ said...

menanti....... :)

Arafara Nodean said...

nak pinjam dslr der....hehehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER