NUFFNANG AD

Tuesday, September 8, 2009

RAMADHAN, BUKA POSE & RUMATE

Keterangan gambar: Lihatlah kasih sayang antara kami...(rumate sila malu2)

Assalamualaikum, semalam explore balik folder gambar lama2 dalam laptop ni, terjumpa plak, gbr2 time Ramadhan bersama rumate tercinta masa zaman study dulu...mari kita mulakan sesi Kenali Rumate Anda...

Nama: Fairul Errol
Umur: 24 tahun pada Januari lalu
Asal: Kampung Gajah, Bota, Perak (Botarian katanya)
Waktu tido: Awal, sekitar 10-11pm
Skil: Mahir dalam bidang photoshop dan selalu jadi ketua untuk assignment kumpulan
Kemahiran memasak: Tomyam Halia...Spaghetti Bujang...Maggi Kari (Asam pedas paling power)

Keterangan Gambar: Sharing is Saving. TQ

Rumate aku ni, banyak membantu, baik orangnya, suka masak spagethhi dalam bilik dan dia ni biz mind, bilik kami dah mcm kedai runcit ada, pusat fotokopi ada, pengedaran kerepek ada, sandwich, apatah lagi menggunakan khidmat translate jurnal ada...mcm2 ada juga la...

Ramadhan di universiti, satu pengalaman best, sebab kadang2 kalau malas nak pegi bazar, we all just masak kat bilik aje, simple2 sudah...kan rumate? tapi disebabkan rumate ada motor, jadi dia ni rajin pegi bazar2 ramadhan untuk survey dan membeli lauk pauk...antara yang best adalah acar jeruk ek, ke apa, ala yang boleh dimakan dengan nasi tu...ikan pekasam pun rumate suka, tapi yang paling tak boleh lupa, adalah rumate ajar makan tempoyak, atas tempoyak tu ada ikan bilis kisar, waaaaaaaaaaaaaaaaa (sgt sedap ok). rumate ajar makan tempoyak tu dengan nasi lemak panas RM1.00. Ianya sgt sedap...syukur syukur...sejak jatuh hati dengan tempoyak tu, mmg dalam peti ais kat rumah ada stok tempoyak...best wei...sila try...

Keterangan gambar: Laaa, aku pernah join bengkel Photographer masa kat U dulu...mana sijilnya...(ni pun Rumate yang ajak).

Sememangnya kenangan ramadhan kat U satu pengalaman yang menarik...
Thank kpd Rumate yang banyak mendedahkan aku kepada variety local food dan mendewasakan aku, di kesempatan ramadhan yang berbaki 2 minggu ini, aku ingin mengucapkan selamat berbuka pose kepada rumate dan kahwin jgn lupa jemput aku, aku tau, ko dah gatai nak kahwin...
btw, baru2 ni rumate baru hilang laptop, pendrive 2 biji dan broadband beliau (padan muka)

8 comments:

diyadeary said...

erk.. ending tu tak tahan betol! haha.

saya mo jugak share air oren tu. :P rindu la zaman duk hostel camtu.. (T_T)

~~DucKneSs~~ said...

the best pic for the moment is the one with kotak KFC and 3 straw..hahaha..keceriaan dan kegalakkan terserlah dengan jayanya..hahahha..betol, zaman U adalah antara zaman ter'best' dalam hidup aku jugak..

kucingorengemok said...

apakah motif meletakkan biodata? masih belum berpunyakah? hihi

sHe said...

aku rasa bukan acar jeruk, org panggil acar buah kot..

aku pun lepas dah konvo baru blajar makan tempoyak..sedap giler ahh~~

tapi tak pernah try pulak makan dgn nasik lemak..

ZaliHazali said...

diya: share la, letak ais banyak2 dan air akan jadi banyak

apa khabar laptop mu diya...

ZaliHazali said...

duck:
haha, masa letak gbr tu dalam friendster dapat komen2 yang pelbagai...
mmg selalu buat keje pelik masa zaman belajar

ZaliHazali said...

KOG:
Tujuan letak biodata adalah untuk mencari pasal dengan rumate...
selamat buka pose rumate

ZaliHazali said...

shayra:
aca tu ada mcm2 jem kan, dalam dia ada mcm buah2 han...
try je makan dgn nasi lemak panas...
sure nangis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER