NUFFNANG AD

Thursday, February 4, 2010

KAU, ABANG DREBAR DAN TRAGEDI DURIAN


Assalamualaikum W.H.T...Macam dah lama tak update blog, kali ni pasal TRAGEDIS DURIAN
. Ohye, ini kisah benar dalam perjalanan pulang dan ianya sangat kebetulan ok. Layan.

Venue: Atas lebuhraya di Pinggir K.L (rasanya)
Time: 11.30 A.M
Date: 25.Jan.2010
Keterangan Gambar: Raksasa sedang cuba mengupas durian dengan sepenuh kekuatan. Yarghhhh
Jumlah durian: 3 Biji (Durian Kampung)
Gajet: Parang Kupas Tebu Akak jual air tebu di tepi highway.
Watak-Watak: Saya, Kawan Saya, Abg drebar Hilux yang bawa durian, Akak jual Air Tebu.



Bermula la kisah TRAGEDIS DURIAN ni...Sebuah hilux memintas laju kenderaan kami dengan di bahagaian belakangnya terdampar puluhan durian.

Kawan Cun: Wahhh durian, sedapnya...Nak Nak Nak...
Saya xCun: (Dasar hantu durian dia ni). Kau pi la minta kat abg drebar tu...Jap aku potong dia...(Vroom -----> Memotong Hilux Durian).
Kawan Cun: (Sedang buat muka meminta2, dan muka innocent kat abg Hilux durian tu).
Saya xCun: Wahahahahahahaha...Harap2 abg tu campak la 2,3 biji...
Kawan Cun: Wekkkkkkkk. Dengki.

Kami meneruskan perjalanan pulang. Tiba2...Abg hilux durian tu memotong kereta yang kami pacu. Sambil tangan melambai agar kami berhenti di tepi jalan. (Dia nak bagi durian la tu). See, berjaya ok muka innocent kawan aku tu...(xboleh blah betul).

Abg Hilux Durian: Nah, amiklah 3 biji durian ni...durian ni bukan nak dijual, tuan tanah yang nak, jadi abg bagi korang, nah amik...Sebiji, dua biji, 3 biji.
Kawan Cun: Terima kasih abg...(masih buat muka innocent lagi)
Saya xCun: (Hampeh). (Malas aku nak layan).



Setelah berjaya mendapat durian dek keberkesanan muka innocent tu, kami yang sedang lapar, memberhentikan kereta di R&R untuk mencari parang. Pinjam parang dari akak penjual air tebu.

Saya xCun: Aku tak makan durian tau, kurangla, xpenagih durian sangat.
Kawan Cun: La ye keee... kenapa plak, rugi, sedap tau durian ni...
Saya xCun: (Sambil mengkopek durian). Tragedi masa kecik, kena tangkap dgn cina dusun durian, dia bawa shortgun ok, selamat la dia tak tembak masa tu. (Termenung kejauhan). Kalau tidak sure dah terlepas, lari ikut lubang tikus, tapi baju plak tersangkut, lepas tu, selipar baru tertanggal sebelah...kalau tak, lama dah dapat meloloskan diri. wahahahhahahahahahha.
Kawan Cun: Haahhahahahha, lawak la kau ni.
Saya xCun: Tapi ok je, setakat seulas dua tu boleh makan lagi...

Durian tu, 3 biji, kopek 2 dan sebiji bagi akak penjual air tebu (mengenang jasa parang dia)
Balik dengan bau semerbak durian dalam kereta.

30 Minit selepas Bergerak...

Nampak plak lori durian bergerak membawa ribuan RAJA BUAH itu.

Saya xCun: Buatlah lagi muka innocent kau tu...Manatau dapat sebakul lepas ni, boleh la kita buat bubur durian. Tempoyak pun ok. (Ini Ayat Perli)
Kawan Cun: Ok, u dare me...(Muka Innocent)
Abg Lori Durian: (Senyum lebar)
Saya xCun: Hampeh betul (Terus memecut laju meninggalkan abg lori durian)

Itulah, cite pasal durian...Kenangan lalu menimbulkan bibit2 rindu pada zaman jadi anak askar dulu. Liar betul aku. (Harap2 dapat jumpa kawan2 masa kecik dulu). Daa, chaloo dulu.

1 comment:

~~DucKneSs~~ said...

huwah..musim durian ke skang nih?

durian kampung amat best!

tip top!!

*tp cuma dpt mkn sket2 jek..kalo mkn sket2 jek..kalo sebijik tuh,kompem abih..hahahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER