NUFFNANG AD

Thursday, December 23, 2010

PETUA MENAMBAT HATI KEKASIH HATI KORANG

Foto: Kalau nak guna orked pun boleh nak jadikan suprise. Lagi bagus kalau Pokok Orked, pastu suruh buah hati korang jaga, tengok dia jaga elok2 ke tidak. Haa. Idea. Kaktus pun boleh. Tikus belanda pun boleh.
Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi dalam segmen Petua Cinta. Haha. Gua bukan apa, besok dah nak ke Family Day Gambang Resort City selama 3 hari 2 malam, jadi update dulu la sebelum gua berangkat pagi besok. Dinda2, kanda nak pi main Taman Tema dengan Paintball, sila jaga diri dinda2 dengan baik yer, hehe. Eh, tiba2 terasa Hot Bachelor plak. Haha. Tapi jangan risau, kanda akan sangat behave di Gambang nanti. Wink2. Ohh tertinggalkan pesan pada dinda2 plak, nanti kanda SMS je la, lagi more private.

Foto: Sillouhette Pokok Nyok. Bayangkan korang berdating kala sunset ni...Haaa...Blossom2.
Berbalik kepada tajuk di atas, ingin gua jelaskan peri pentingnya untuk selalu /  kerap / acap / untuk kita ni sang peria untuk berusaha menambat hati pasangan2 anda. Yela, dulu semasa bercinta, belum kahwin, masa nak mengorat, amboi, invest macam2 kat GF korang, bawak dating sana sini, belikan hadiah saban minggu…Jadi, even dah kahwin pun jangan la benda2 romantis korang buat sebelum ni stop begitu saja. Apakata korang maintain or improvekan lagi suprise2 tu. Haaa, sure cinta itu akan blossom hari2 ok. Tak caya, sila try. Ok2, ini sedikit petua dari perspektif gua untuk korang semua yer…
PETUA MENAMBAT HATI KEKASIH HATI KORANG
1.    Bagi Barang Kemas: Haaa, ada ke pompuan tak suka…Habib dengan Wah Chan ada sale Hujung2 Tahun ni.Pi cari. White Gold ke, Belah Rotan. Kalau Tiffany and CO. memang GF korang takkan cari lain la. HAHA. Takpun bagi barang2 yang pasangan korang idamkan, macam Lola Marc Jacob, Travel Beg Elle, Gelang Tangan Thomas Sabo, takpun Kasut Kerja Bonia…Eh…

Foto: Ajarla GF korang berenang...Aku tak sabar nak main air ni besok. Hehe.
2.    Memberi Roses: Haa lagi, pompuan kan suka bunga2 ni, bagila, jadikan dalam bentuk surprise ke…Contohnya, korang pi la berkompromi dengan mamat jaga tiket wayang, letakkan roses tu kat kerusi korang. Pastu, bila masuk je kan gelap, terduduk atas roses tu, terus penyek…ehhh…Romantik ke tight GF korang kena duri Roses. See, romantis ok kenangan itu. Boleh cite kat anak cucu korang tentang sengalnya korang. 

3.    Memuji masakan yang dibuat oleh pasangan anda: Bagi kita2 yang suka makan ni, memang perlula bagi kita untuk memuji masakan GF kita even dia masakkan kita Sandwich Sardin je. HAHA. Even rasanya bisa mendatangkan amarah dalam diri, tapi kita puji la dulu, pastu baru komplen. Puji atas usaha depa buatkan Sandwich. (Bangun pagi, beli roti, buka tin sardin dll)

4.    Ambil berat dan prihatin : Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. Dia tidak perlukan nasihat bak kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya. Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.

Foto: Thistle JB. Kalau korang terpikir nak Holiday kat Johor. Thistle pun ada kat PD juga.
5.    Bawala pasangan korang bercuti2: OOO, Masa bercinta dulu, suka2 je korang angkut anak dara orang ke sana sini, dah dapat nak teman pi pasar malam pun fikir 8 kali yer. Macam yang gua cakap masa mula2 tadi, apa yang kita buat sebelum, kita buatla juga selepas. Kan ke Sweet. Hendak seribu daya, taknak seribu ringgit sudah. Tempat2 bercuti di Malaysia yang menarik, Cherating, Port Dickson dan Pulau Mantanani (Aku pun taktau kat mana ni. Haha)

Ehhhh, banyak lagi aku menaip ni…Dahla, biological clock aku telah menunjukkan hampir waktu lunch, aku nak main pingpong la dengan EJ. Nak kuruskan perut. Nanti kan nak tunjuk six pack gua ni masa main air di Taman Tema Gambang nanti. Opsss. Dinda2 jangan mare arrr, nanti kena jual. HEHE. Kanda akan behave kat sana, kanda akan pakai baju renang muslim. Eh, ada ke…Lagi satu, kanda ada game paintball di sana, doakan kejayaan kanda yer…Musuh kanda adalah Niza, bekas perajurit Palapes masa kat UUM dulu. Tapi kanda akan tetap berjuang, manatau dapat hamper…Boleh la kita makan sama2 hasil kejayaan kanda menembak Niza nanti. EH. Merepek lagi. Ok, kawan2 Gua Chaloo dulu.
Foto: Yana dan Sunot. 201210. Semoga korang kekal bahagia selama lamanya.
Eleanur P/S: Tahniah kepada Pasangan Yana Akua dan Sunot. Yang baru Ahad lepas aku shoot weeding korang. Trimas yer atas kerjasama korang semua. Also orang2 kampung yang sangat sporting. Also, aku nak minta maaf pasal makan anggur hijau hantaran kau. Eh…

7 comments:

~~DucKneSs~~ said...

baju pengantin pompuan itu chantik..suka tgk..hehehe..

Mrs Azs said...

cantik bju bride tuh. kawen nnt nk kaler gray gak r. tp turquoise cm cantik plak.. pink la.. xpela, nnt pk

ZaliHazali said...

Duck:
Yup, baju pengantin memang cantik...kawan FB aku pun komen yang sama.

ZaliHazali said...

azs:
hahaha...mcm2 kaler...ala, pakai gilir2 la...tapi biru turquise mmg walla.

Cik Puan Bunga said...

kenapa blurkan muka kacak?kenapa blurkan muka kacak?hah?hah?hah?

Un Phat Lee said...

haha.takpe anggur hijau je.orang2 kawin memang biasanya pemurah.diorang tak kesah.ehe

Omar F. said...

x kesah la.. tp.. mmg cantik..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

NUFFNANG AD

Siapa Online?

MY YAHOO MESSENGER