Salam, dah lama sangat tak update Blog. Kali ni nak cite pasal tempat makan lagi. hehe. hari tu kat opis kawan2 cite pasal Forrest Gump. Cite yang Tom Hanks bawa tu. Besoknya terus pi makan kat kedai ni. Sedap ok.Yang saya makan ni, namanya NASI LEMON BERBUTTER. Sedap ok nasi dia, ada rasa butter dan lemon.
Ohye, kedai ini terletak di pusat membeli belah The Curve kalau tak silap saya. Memang ramai orang. Saya kena tinggalkan nombor telepon, jalan2 dulu, pastu barulah dia kol, ckp meja dah ada. Yang unik nyer kedai ni pada pengamatan saya, ialah, cara nak panggil waiter...nak tau mcm mana, pi la alami sendiri. Unikla. Hahaha.
So, kedai ni kan semuanya pasal FORREST GUMP, kiranya TV tayang cite FG, Dekorasi, Pakaian Staff, Meja Makan pun mcm tu juga. So, kiranya mcm RUN forrest RUN la...hehe. Kalau nak rasa keenakan makanannya, kawan2 bolehla cuba rasa. Sure puas hati punya. Terbaek la.
Salam Jumaat...SAYA BENGANG DENGAN ROOMATE2 SAYA...
Di atas dan bawah2 ni adalah roomate2 saya...mari mengutuk mereka...KUTUK.OK.KUTUK. DAMNNNNN
ROOMATE 1: Fairul Errol
TEMPOH BERSEKEDUDUKAN: 2 Tahun Setengah
LOKASI: UUM, Sintok, Kedah
SISI BAIK: Suka tolong saya, selalu masak kat bilik, baik hati, bangun awal, aktif bergerak, bizminded, gatal. (Wahahaha)
KENANGAN MANIS: Banyak OK.
KAEDAH UNTUK MENANGANI ROOMATE JENIS INI: 1. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
2. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
3. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
ROOMATE 2: Haicel (Aku suka eja begini)
TEMPOH BERSEKEDUDUKAN: 1 Tahun juga la rasanya
LOKASI: Johor Bahru
SISI BAIK: Tak berkira, lebih kacak dari Soul, Anak ke 3, Bergayut dalam nada perlahan, bangun awal untuk mandi, mandi sangat lama, kaunselor hebat, rabun kronik dan xgatal.
KENANGAN MANIS: Pun Banyak.
KAEDAH UNTUK MENANGANI ROOMATE JENIS INI:
1. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
2. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
3. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg".
ROOMATE 3: Soul. Nama penuh Zul Afif.
TEMPOH BERSEKEDUDUKAN: 2 Tahun Laa.
LOKASI: Johor Bahru
SISI BAIK: Selalu bawak balik makanan (semalam bawa cheesy wedges), penyayang (hehe), bawa kereta cekap ok, pergi kerja awal dari aku, dan balik kerja lewat dari aku, asyik kalah je main PES dgn aku. Padan Muka.
KAEDAH UNTUK MENANGANI ROOMATE JENIS INI:
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
3. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
ROOMATE 4: Kak Sinar (CUN kan...)
TEMPOH BERSEKEDUDUKAN: Rahsia.
LOKASI: Rahsia.
SISI BAIK: Sweet, manis, sugar, wahwawhawhawaha(semua kata2 pujian la), baik kak sinar ni korang...selalu tlg aku. aku kan takda kakak, so, dah mcm kakak aku juga la, btw kak, kalau ko baca entry ni, aku nak kata, yang masa event ni, ko nangis kan kak, haha. padan muka kau...wekkk.
KAEDAH UNTUK MENANGANI ROOMATE JENIS INI:
1. Belanja makan Secret Resepi setiap hujung minggu.
2. Belanja dorg tengok wayang filem genre Seram setiap malam Rabu.
3. Belanja beli tudung kat Ariani.
(Belanja aje semua). Hahahahhaha.
ITULAH, SERBA SEDIKIT TENTANG ROOMATE2 YANG PERNAH BERSAMA AKU.
SEBENARNYA:
Aku rindu kat dorg2 semua ni, taula sibuk kerja, dating2 selalu, tapi silalah roger aku. Bukan apa semalam aku tgk gbr2 lama, teringat la kat korg semua.HAHAHA.
Aku ni dahla sebatang kera. duk sorg je, isteri pun takda. (Ayat sedih)
Senang2 nanti kita jumpa la. BTW, kaedah2 di atas sesuai untuk mereka yang tak suka roomate sendiri, "SILA PRAKTIS KAN SEBELUM ANDA DIPRAKTIS".
WAHAHAHHAHA (Ketawa Stephen Chow).
BTW, Kak Sinar belum ada BF lagi...(dia ckp la) sila ngorat ketika peluang masih ada. wahahaha. sori kak.
Salam, sekarang kat mana2 pun tgk semua orang main Facebook. BEST ke? Pada pendapat saya, kelebihan yang ada pada FB ni ialah
1. Simple: So, senang je nak post komen, share UTUBE, Update Info 2. Photo: Boleh tagging foto kawan2 kita yang lama, or, boleh bagatau kawan2 kita yang kita nak kahwin. "kawan2 aku nak kahwin, ni kad nya" - tagged kawan2 anda. Senang je kan.Dah jimat duit setem kan. Kad dan Gam. 3. Game: Ada banyak game okie. yg akan menyumbang kepada ketagihan. "Sapa yang tak pernah main game kat FB, sila angkat tangan". Farmville la, ikan ville, cafe world, mafia war, scrabble...mcm2 lagila. COOL.
Lagi, yang bestnya tentang FB ni... 1. Boleh Chat: Tapi kadang2 hang je. Tensi2.
Hehe...itulah kelebihan FACEBOOK masa kini...jaringan perhubungan menjadi lebih dekat. Jalinan Ukhuwah Bertambah2. Apa yang penting, berkawan la dengan hati, jangan ada niat tak baik. Salah guna FB namanya tu. Haha.
Gambar diambil ketika malam tahun baru 2010, di Danga Bay, bawa parent saya ke sana jalan2.(Takda kaitan dengan tajuk) Saja je nak tunjuk lampu warna warni
Lagi satu, melalui FACEBOOK ni akan jadi tempat temu jodoh ke, mana tau kan. HEHE. Taktaula sampai bila FB ni akan terus berfenomena.
BTW, SAPA YANG TAKDA FACEBOOK, ANGKAT TANGAN LAGI...HEHE.
Note: Harap Isnin dapat cuti, nak pergi buat IC...
Saya(Nak buat Akaun): Salam, saya nak buat akaun maybank... Makwe Maybank: Boleh bagi saya IC Encik? Saya(Nak buat Akaun): Ni dia... Makwe Maybank: (Cucuk kad dalam mesin) Maaflah encik, kad dah rosak (Sambil bengkokkan kad saya yang dah lembik tu, dan cipnya kaler gangsa) Saya(Nak buat Akaun): Ohhhhhhh...
Nama: Kek Chocolate Brownies WithAiskrim Tahap kesedapan: 4.5/5 Makan di: Dua Residency (Ada piano warna putih ok) Dekorasi: Menarik la, ada banyak sangkar burung. Harga: Xmahal sangat pun, jadi pi la ramai2 merasa.
Lihat, ada banyak sangkar kan...tapi mcm takda burung pun...burung hanya akan pulang menjelang waktu senja. Tapi kat sini bersih la...Selesa nak makan.
Kepada mereka yang berminat nak rasa dan nak jumpa klien, dan nak menenangkan hati, bolehlah pi kat cawangan2 delicious ni.
1. Dua Residency (Tempat ni la yg aku pi)- kat Jalan Tun Razak 2. Bangsar Village 3. Mid Valley pun ada 4. Kat One Utama
Haruslah makan nasi, sebab tak akan kenyang sangat kalau makan coklat aiskrim... Ini namanya nasi kerabu delicious. Bolehtahanla juga. Bentuk nasi dia menarik dan ayam rendang itu pun yummy...
Btw, hari ni malas nak type panjang2. Jiwa Kacau. 11.Feb.2010. 11.00PM. Tak sabar.
Nah, link lagu Selamat Malam,Faizal Tahir. Download. Dengar. Selamat Malam. Assalamualaikum.
Assalamualaikum W.H.T...Macam dah lama tak update blog, kali ni pasal TRAGEDIS DURIAN.Ohye, ini kisah benar dalam perjalanan pulang dan ianya sangat kebetulan ok. Layan.
Venue: Atas lebuhraya di Pinggir K.L (rasanya) Time: 11.30 A.M Date: 25.Jan.2010 Keterangan Gambar: Raksasa sedang cuba mengupas durian dengan sepenuh kekuatan. Yarghhhh Jumlah durian: 3 Biji (Durian Kampung) Gajet: Parang Kupas Tebu Akak jual air tebu di tepi highway. Watak-Watak: Saya, Kawan Saya, Abg drebar Hilux yang bawa durian, Akak jual Air Tebu.
Bermula la kisah TRAGEDIS DURIAN ni...Sebuah hilux memintas laju kenderaan kami dengan di bahagaian belakangnya terdampar puluhan durian.
Kawan Cun: Wahhh durian, sedapnya...Nak Nak Nak... Saya xCun: (Dasar hantu durian dia ni). Kau pi la minta kat abg drebar tu...Jap aku potong dia...(Vroom -----> Memotong Hilux Durian). Kawan Cun: (Sedang buat muka meminta2, dan muka innocent kat abg Hilux durian tu). Saya xCun: Wahahahahahahaha...Harap2 abg tu campak la 2,3 biji... Kawan Cun: Wekkkkkkkk. Dengki.
Kami meneruskan perjalanan pulang. Tiba2...Abg hilux durian tu memotong kereta yang kami pacu. Sambil tangan melambai agar kami berhenti di tepi jalan. (Dia nak bagi durian la tu). See, berjaya ok muka innocent kawan aku tu...(xboleh blah betul).
Abg Hilux Durian: Nah, amiklah 3 biji durian ni...durian ni bukan nak dijual, tuan tanah yang nak, jadi abg bagi korang, nah amik...Sebiji, dua biji, 3 biji. Kawan Cun: Terima kasih abg...(masih buat muka innocent lagi) Saya xCun: (Hampeh). (Malas aku nak layan).
Setelah berjaya mendapat durian dek keberkesanan muka innocent tu, kami yang sedang lapar, memberhentikan kereta di R&R untuk mencari parang. Pinjam parang dari akak penjual air tebu.
Saya xCun: Aku tak makan durian tau, kurangla, xpenagih durian sangat. Kawan Cun: La ye keee... kenapa plak, rugi, sedap tau durian ni... Saya xCun: (Sambil mengkopek durian). Tragedi masa kecik, kena tangkap dgn cina dusun durian, dia bawa shortgun ok, selamat la dia tak tembak masa tu. (Termenung kejauhan). Kalau tidak sure dah terlepas, lari ikut lubang tikus, tapi baju plak tersangkut, lepas tu, selipar baru tertanggal sebelah...kalau tak, lama dah dapat meloloskan diri. wahahahhahahahahahha. Kawan Cun: Haahhahahahha, lawak la kau ni. Saya xCun: Tapi ok je, setakat seulas dua tu boleh makan lagi...
Durian tu, 3 biji, kopek 2 dan sebiji bagi akak penjual air tebu (mengenang jasa parang dia) Balik dengan bau semerbak durian dalam kereta.
30 Minit selepas Bergerak...
Nampak plak lori durian bergerak membawa ribuan RAJA BUAH itu.
Saya xCun: Buatlah lagi muka innocent kau tu...Manatau dapat sebakul lepas ni, boleh la kita buat bubur durian. Tempoyak pun ok. (Ini Ayat Perli) Kawan Cun: Ok, u dare me...(Muka Innocent) Abg Lori Durian: (Senyum lebar) Saya xCun: Hampeh betul (Terus memecut laju meninggalkan abg lori durian)
Itulah, cite pasal durian...Kenangan lalu menimbulkan bibit2 rindu pada zaman jadi anak askar dulu. Liar betul aku. (Harap2 dapat jumpa kawan2 masa kecik dulu). Daa, chaloo dulu.
Wahhh...donut yang ceria. Asyik review pasal Hotel je. This time pasal makanan la plak...
Tajuk: Mari Makan Donut Date: Bulan Oktober 2009 Venue: J.CO Donut Cawangan K.L Gambar: Sebenarnya ada 7 Donut, tapi saya dah bedal yang lain2... Harga: Tak mahal sangat, lagipun sedap tu...wuhuuu...
Pilihan Menarik Untuk Anda:
1. Coco Loco 2. Hazzle Dazzle 3. Alcapone (yang ada keping2 kat atas ni haa) 4. Why Nut (yang putih tu) Ni alamat dia dekat K.L tu, kalau jumpa boleh la singgah makan, tambahan ada disediakan WIFI untuk pelanggan layari Facebook...
Gadis Hot: J.CO Donut ni berasal dari Indonesia, sebab tu la mostly staff dia semua orang sana... Kawan Gadis Hot: Wahhh, yela. Tapi nampak mereka semua mcm student je, maybe part time. Gadis Hot: Maybe. Staf J.CO: Kalau amik set ni, akan percuma 1 donut (6 + 1 = 7).(Kalu tak silap saya la) Kawan Gadis Hot: Wahhh, best..jom pilih, 1,2,3,4,5,6,7
Dialog customer depan saya. Pasang telinga betul aku ni...Wahhahahhaha.Maaf. Abang kacak J.CO sedang membuat air yang sedap. (Asyik sedap je). Abang ni cool la orangnya... Sedikit Fakta Tentang J.CO Donut:
1. Kedai pertama yang dibuka adalah di Supermall Karawaci, Indonesia pada 26 June 2005 2. Ada 65 outlets di sekitar Indonesia, Malaysia, Singapore. 3. Menang "Best Donut 2006".Wahhhh 4. Coco Loco sedap, pastikan ada (Fakta Saya Sendiri) http://tawaketawa.blogspot.com/
So, bagi sesapa yang berkeinginan nak makan, bolehlah cari kat K.L... Tapi kalau anda berkunjung ke luar negara, especially Indonesia lagi la merata2 ada... Kalau pi Bali nak makan J.CO, ni kedai dia, pi cari...kat Galleria Mall. Kalau kat Johor, ada kat City Square, nah no dia, boleh contact untuk tempah donut.(07 2212 177)
Dah beli, so, meh jalan2 sekitar K.L sambil makan donut...Jalan + Makan + Jalan + Makan http://www.jcodonuts.com/ (sebelum terlupa, web dia menarik dan yummy2)
Tajuk: Salam New Year 2010 Date: 31.12.09 Venue: The Zon Regency Hotel, Johor Bahru Peserta: 2 Orang. (Haha) Menu: Lu tapau sendiri la kat Singgah Selalu (Ayarkkk) Gambar: Abang Santa sedang duduk sambil melambai tangan kat saya. HO HO HO kata Abang Santa. saya plak, HORA HORA HORA.
Mendaki eskelator ok. sebab masih awal pagi dan tak on lagi suis eskalotor ni...wahhh...cuba tgk, dah 6 tingkat saya mendaki. sangat penat lelah (wahahaha...padahal, naik lif dari G ke level 5). Perjalanan ke Hotel ini dimulakan sekitar Jam 0900am yang mana mood saya masa tu, sangat ngantuk...dahla partner saya si N tu takmau ikut.
Puan Baju Kuning: Wahh, bagus la konsep senaman pagi yang Hotel ni organise... Puan Baju Hitam: Menyahut seruan kerajaan, badan sihat, otak cerdas Puan Baju Kuning: Betul, btw, ada berapa lagi anak tangga kita nak daki ni... Puan Baju Hitam: Xbanyak, adalah lagi 2 floor.
Ruang makan dan lepak2 yang agak luas dan selesa di Hotel The Zon ni...Lets Futsal. Ni rasanya berada di Paras 5.
Gambar belon ok. Ribuan belon ni sebenarnya berada atas kepala saya, dan ada jaring untuk menampung belon2 tu sementara menunggu detik 1200am 2010. Kiranya tepat pukul 1200am belon itu akan dilepaskan dan jadilah HUJAN BELON untuk para tetamu yang ada kat hotel ni. Wahhh, sangat meriah. Tenggelam dalam lautan belon. Kalau belon2 ini berisi air, mesti bertambah menarik dan cepat je belon sampai ke lantai. xla jenuh kita nak tgu belon tu sampai kat kita. Menarik.
Itu saja, sepintas lalu, merayau2 di The Zon Hotel, ohya, sini dekat dengan Stulang. Jadi, malam2 bolehlah jalan2 cari makan dan rayau2 sekitar hotel ni...shopping pun ok juga.
Tajuk: Hotel Room Services Date: Minggu Lepas (Sebelum New Year 2010) Venue: thistle, Johor Bahru Participant: Jumlah Rahsia Menu: Sirlon Grilled Apantah
Sea View, dari bilik ni kita dapat tengok Laut dan dapat tengok Singapore kalau ada teropong. Ya, Singapore. Bawah anda plak ada kolam renang untuk pelbagai peringkat umur. Mari mandi.
Info: Thistle Johor Bahru is the perfect starting point for your travels to South East Asia especially when it comes to shopping, dining and entertainment. Offering 380 rooms, 3 restaurants, 2 bars with live music, large events space, resort style swimming pool and fitness centre with spa, ideal for business or pleasure. (SETUJU) Perlunya adik yang manis di Meja Depan, sebab first impression yang baik penting dalam menggambarkan hotel yang bakal anda stay kan...haha. Btw, we all berpeluang dijamu dengan menu ala carte pada hari tersebut...Hidangan hari ni semua steak...Even ada juga la nasi2 dan beef curry, tapi steak juga yang budak2 ni pilih...Tapi, mari mulakan dulu dengan appetizer...Yumm yumm dan yumm yumm lagi.(Maaf, gbr steak kurang cantik jadi malas nak masukkan). Tapi sedap la.
Jadi, bagi sesiapa yang berkunjung ke negeri Johor, bolehla menginap kat hotel ni sebab: Ideally located for shopping, dining and entertainment. Large events space and resort style facilities near amenities. Yang penting banyak tempat shopping kot. Kat atas ni pemandangan di sekitar Hotel ni. Ohye, malam2 kat area Jam Besar tu, ada CUCUK-CUCUK. Ala, tempat makan tong tau fu la...Try la...Maklumat lanjut, roger je alamat ni:
thistle, Johor Bahru Jalan Sungai Chat, 80720 Johor Bahru Johor, Malaysia Phone: +607 222 9234 Fax: +607 222 0153
Thank, sgt2 kat Cik Retna dan cik assistant beliau, sebab layanan yang sangat A ok.
Date: 051209 (Sabtu) Venue: Genting Highlands (sungguh berkabus) Participant: 6 orang dewasa Objective: Amik gbr, makan nasi, gossiping Theme: Winter Sonata Nasihat: Beli McD, or Pizza kat tanah rendah dulu, sebab makan kat sini agak mahal dan ramai orang...(cuaca sejuk membuatkan kita cepat lapar. serius maa)
Ke Genting pada 05.12.09. Berkumpul di tepi tol sebelum sama2 memanjat Genting...vroom...sampai kat atas around 7pm rasanya, cuaca pun dah agak berkabus...(naik keta transmisi auto adalah digalakkan-sebab panjat gunung kan, senang sikit) Makwe cun kat meja sebelah aku...(Idea terhasil)
Saya: "hai gorgeous, boleh i amik gambar u sepuluh tak"? Gadis manis: "ya sure, boleh je, we all memang suka kena amik gbr" Saya: "oh, thank you yer...ok, ready adik manis" senyum senyum. Gadis manis: (sedang senyum). "tapi we all nak gbr ni nanti boleh tak"? Saya: (senyum berjaya). boleh, pass je ur henpon number...(senyum lagi...haha) Gadis manis: "017 32437##"...dah ada nanti callin2 we all tau.(senyuman manis) Saya: Misi berjaya...wahahahaha (ketawa jahat)
Papan pandu arah sekiranya anda tersesat di Genting...btw, saya tak ikut panduan ni sebab busy mengambil gbr. (konon) Kalau tgk pada tema saya pun, mmg takmau main indoor game tu...mungkin sebab saya dah dewasa kot...wahahaha
Saya rasa saya bertuah je hari ni, sebab saya jumpa Liya , citer Nurkasih, saya pun tak sure pasal dia asyik tutup muka dia je...wahahahahahaha. (xboleh blah btl aku)
Saya: Wahh, Cik Nurkasih. Boleh saya amik gbr... Cik Nurkasih: Boleh, xdahal. saya pun baru je pegi facial ni... Saya: Apa perkembangan terbaru Cik Nurkasih? Cik Nurkasih: Erm, baru lepas shooting...ni yang dtg sini berehat2... Saya: Betul betul. Cik Nurkasih nak tak gambar yang saya amik ni? Cik Nurkasih: Erm, tak payahla...awak simpan je la... Saya: (Down,sungguh). (Aku la KASIHAN)
Suasana Indoor Arena, Genting...mmg ramai orang yang berpusu2 ke dalam ni, yela, sebab kat luar game dah tutup...jadi, tawaf la dalam ni sampai penat. tapi ada je indoor game, mcm keta langgar, rumah ripley, gondola, tren, spongebob, apa lagi ek...lupa dah...
Di kesempatan ini, nak ucap trimas banyak2 kepada kawan2 sporting saya yang menyudikan gbr2 anda diambil oleh saya yer...bantu saya improve skill...Faiz, Zulai, Sher, Hud, dan Cik Awak...thank yer...semoga akan ada lagi tawaketawa kita nanti...(btw, korang nak pegi Bali, xmau ajak i ker...huhu). yang penting jngn lupa amik gbr 10 ratus...Itu priority tu...
Thank you semua...nah bebear HUG...(akulah Encik Bebear).cool.
Salam. Lama sangat nak update blog saya tentang Raya Korban ni
Quote Of The Day: ”Kemalasan Menyelebungi Diri”
Tajuk: Keluarga kami dijemput untuk membantu melapah dan mengagih2 daging korban
Tarikh: Raya Korban ke 2
Masa: 2.30 pm – 3.30pm
Tempat: Rumah Cik Tonton, T6.
Keterangan Gambar 1:Pakcik yang terer tu menunjukkan kaedah yang betul untuk melapah daging korban. Pisau harus sangat tajam dan batu asah perlu sentiasa diguna. Keterangan Gambar 2:
Adik saya yang tak terer. Sila lihat tangan beliau yang melapah daging lembu itu...Macam salah je. Suka hati kau lah...
Keterangan gambar 3:
Mama saya di bahagian packaging. Letak dalam plastik dan timbang...Cinggg. (Bunyi dacing).
Beberapa bulan yang lepas, berkesempatan berkunjung ke Butik Crocs, saja jalan2 cuci mata, telinga, mulut. Sempat la amik gbr, masa kawan2 saya duk membelek2 kasut untuk diberi pada ibu bapa mereka.
Ini plak adalah perhiasan untuk dilekat kat lubang pada kasut2 anda, menambah seri kasut la kiranya dan pemakai akan lebih kelihatan comel jika memakainya dalam kuantiti yang banyak...hahaha.
Alasan, kenapa CROCS perlu menjadi kasut yang anda ingin pakai:
1. Lemah lembut, selesa, dan mantap di kaki anda
2. Kasut yang ringan, mudah terapung dalam air sungai...haha
3. Lubang udara, memberi keselesaan dan menyejukkan kaki
Kasut CROCS yang tergantung...yang ni mcm kasut nak pi jalan2 atau ke rumah kahwin sedara, fleksibel la pasal bukan hanya untuk aktiviti lasak je, tapi boleh juga untuk jalan2.
Panduan membeli dan memakai kasut jenama ini:
CROCS should not fit like other shoes
They should fit very loosely. The sizes of your foot should not really touch the sides of the shoe. Your toes should never make contact with the front of the shoe.
Turut disediakan juga CROCS untuk kaum wanita dan kanak-kanak
Waaaaa ini la himpunan kasut2 CROCS yang bermacam kaler dan warna, memudahkan mata kita untuk memilihnya, jadi, belilah ketika sale, beli 1 percuma 1 ke...best2. Bagi kawan2 di Selangor, ni alamat kedai dia kat S51, 2nd Floor, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre Klang. Pergilah beli, sebab musim melancong dah bermula, pasti bergaya kalau jalan2 pakai kasut ni.huhu
NILAI - JALAN TELAWI - IKEA - THE CURVE - SESAT KE BATU CAVE - PAVILION - BUKIT BINTANG - KEDAI MAMAK JUGA
Nak citekan pengalaman berkunjung ke ibu kota baru2 ni...haha...kan saya ni kaki jalan yang merupakan kaki amik gambar, so abadikan la juga gbr time dekat KL hari tu... Kawan saya cakap tempat ni namanya FLEA MARKET, dekat dalam The Curve tu...sempat la sambar keychain berbentuk bintang kat sini,
Tujuan beli keychain: 1. Kenangan zaman muda 2. Nak memberatkan kunci moto dan kunci keta 3. Keychain sgt comel, ada ikon muka orang guilty
Suasana malam di The Curve...Bestnya kalau ada kamera hitam kan...
1. Yeap, mmg best, boleh shot gbr bangunan 2. Yeap, mmg best, boleh shot gbr makanan 3. Yeap, mmg best, boleh shot gbr orang
Yer, saya sempat shopping, donut donut di JCO, makwe sebelah saya ni yang belanja... kalau kat situ, beli air percuma donut agaknya, dan donut tu nak lagi sedap, kena cicah dgn air JCO tu sendiri...btw, donut tu mmg sedap dan rasa nak lagi, someone takmau bawa lagi ke, kali ni saya nak pi delicious plak...yeayyyyy.
Panduan membeli donut di J.Co 1. Pastikan duit cukup sebab ia bukan donut RM1:3 2. Kebolehan bertutur dalam bahasa Indonesia tidak akan mempengaruhi harga donut (J.Co asal dari Indonesia, sebab mostly cowok dan ceweknya orang sana) 3. Air Sedapnya itu mahal sebab melalui 8 proses rumit...ayarkkkk 4. Kemudahan WIFI disediakan
Nampak tak bunga merah ni, ramai sangat yang dtg amik gambar kat bunga ni...kenapa yer,...maybe sebab ia akan bertukar kaler ikut mood...
1. Mood Ok: Kaler Hijau 2. Mood kurang Ok: Kuning 3. Moody: Merah rasanya... Pandai2 je aku ni...x boleh blah sungguh
Pakcik Mahal...(Bintang Walk)...kenapa Mahal???
1. Sebab baju diselaputi emas 43 karat 2. Nak bergambar kena bayar RM1 (budak yang bergambar dgn pakcik tu cakap) 3. Pakcik ni mcm robot la, sangat cool ok...
Sekian saya tawaketawa saya pada kali itu ke k.l...memang seronok je, pasal dari pagi bawak ke malam minum 8jenis air. Antaranya ialah
1. Air Kopi O (Sarapan di rumah Nilai) 2. Air Ribenna (Air ketika kipas sate) 3. Air Mineral Kena Matahari (Dalam keta) 4. Air Mirinda Merah (Masa makan kat Ikea) 5. Air Pepsi (Masa refill air kat Ikea) 6. Air Nescafe Susu J.CO (Sedap sgt) 7. Air Tin Krisantimum (Penat lepas berjoging2 di BB) 8. Air Teh Ais (Minum masa tgk bola kat mamak)